|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, December 23, 2007

The reason of my being...

Mumbling o milanhawkin at 9:15 PM 0 demented soul(s)
OK, there is actually no reason AT ALL of my being... Just wanna type that on.. hehe

Anyway... I really.. and I mean, REALLY wanna start on my new story but I guess I dont have all the time in the world. Busy memanjang. Even nak berangan pun takde masa. Too many things to do with so little time in hand. Seriously getting crazy here. And I miss writing so much. Kindda a time for me being seriously giddy with characters and storyline. Cheewaahhh.. bercakap macam thy ni penulis berpengalaman la pulak.. Menyampah!!!

Camna ek? Even sometimes I really do think I need to rewrite my previous story coz it is not even near to perfect. Entahlah...

Sunday, December 16, 2007

Citer baru...

Mumbling o milanhawkin at 5:21 PM 0 demented soul(s)
I'm thinking of a new storyline... tapi takde masa nak merealisasikan impian thy tu. Camna ek? Thy currently too busy with work sampai takde masa nak berangan2 utk buat citer baru... huhuhuhu.. sedeynyer...

Sunday, October 21, 2007

Mumbling thydiva...

Mumbling o milanhawkin at 12:30 PM 3 demented soul(s)
Yeay.. akhirnya thy berjaya jugak postkan semua skali cerita 'Dia Milikku' ni. Hope you guys enjoy this story as much as I am.

Dia Milikku - 46 (END)

Mumbling o milanhawkin at 12:24 PM 12 demented soul(s)
"Tahniah En Akid, Pn Shaira. It's a baby boy" ucap doktor tersebut sambil menyerahkan bayi itu kepada bapanya. Bergenang air mataku saat Akid mengazankan bayi kami.

Sungguh, aku amat bahagia kini di samping suamiku yang tercinta. Kasih saying Akid padaku tak pernah berkurang sejak dari hari pertama kami diijabkabulkan. Walaupun begitu, rumahtangga kami juga tidak sunyi dari pertengkaran. Adat berumahtangga, biasalah tu. Tapi aku yakin, cinta yang kami semai makin subur dengan pertengkaran itu.

Akid membawa bayi kami dan meletakkannya ke dalam pangkuanku dengan berhati2. Dahiku dicium mesra. Kemudian dia mencium pula anak kami dengan gemas. Aku perasan matanya seakan bergenang. Kami merenung bayi pertama kami dengan penuh keajaiban. Bayi yang sebegini comel, sebegini kecil, telahpun selamat sampai ke dunia ini.

"Terima kasih, sayang kerana bagi abang peluang untuk merasai kebahagiaan ini" bisiknya ke telingaku. Jemari kami bertaut erat. Aku mengerti perasaan Akid ketika itu. Dialah orang yang paling gembira bila kukhabarkan tentang kehadiran orang baru di antara kami. Selama 9 bulan itu jugalah, aku tidak dibenarkan membuat kerja berat. Setiap hari, aku dilayan bagaikan permaisuri.

Perlahan dikucupnya tanganku dengan penuh syahdu. Aku menarik tanganku dari genggamannya, membelai pipinya. Cahaya cinta terpancar di mata kami.

"Tak, patutnya Shai yang ucapkan terima kasih pada abang sebab dah bahagiakan Shai. I love so much" balasku pula.

"I love you too, sweetheart" tulus sekali ucapannya. Ucapan itulah yang seringkali kedengaran di telinga ini. Ucapan itulah yang membuatkan aku mampu merasakan bahagia ini. Walaupun cintaku pada arwah Fakhrul tidak pernah padam, namun cintaku untuk lelaki ini semakin mekar dari hari ke hari.

Kami sama2 menoleh pada anak sulung kami yang sudah mula memperdengarkan tangisannya. Agaknya mahukan perhatian kami. Bahagianya aku mendengarkan tangisan pertama sang bayi. Maafkan umi dan babah, sayang. Kami terlalu asyik dilamun cinta agaknya sampai boleh lupa pada anak umi ni.

"Agaknya baby ni jeles ye tengok umi dan babah bercinta" usik Akid pada anak kecil itu. Jarinya dicuit ke hidung anak kami.

Aku dapat merasakan betapa bahagianya mata itu merenung setiap inci tubuh anak pertama kami. Aku pasti sekali, kasihnya membuak2 untuk anak ini. Mengenali Akid, aku bahagia. Mencintai Akid pula membuat aku begitu damai sekaligus teruja.

"Abang dah pilih nama untuk baby kita ni" ujar Akid kemudiannya setelah puas melarikan jarinya ke pipi si kecil, tersenyum memandangku. Aku mengangkat kening, mahu tahu apakah nama yang telah dipilihnya.

"Muhammad Fakhrul bin Muhammad Akid" ujarnya perlahan, merenung mataku untuk mencari reaksi barangkali.

Aku tersenyum dalam sendu. Tanganku mengelus lembut pipinya. Tanpa kuluahkan, bibirku menyuarakan 'I love you'. Dan dia turut membalasnya dengan sebuah kucupan di dahiku.

Ya Allah, aku panjatkan setinggi2 kesyukuran padaMu kerana telah menghadiahkan Muhammad Akid padaku. Terima kasih Tuhan. Terima kasih...

Dia Milikku - 34

Mumbling o milanhawkin at 11:52 AM 3 demented soul(s)
Flashback...


Paluan kompang yang menandakan kedatangan pengantin lelaki mula memenuhi ruang udara. Shaira semakin berdebar2. Hatinya gembira bercampur rasa takut. Akhirnya, mereka akan disatukan jua akhirnya. Tetapi, paluan kompang itu berhenti separuh jalan.

“Along...” Achik sedang menjerit. Suaranya cemas sekali. Achik mendekati Shaira dengan muka yang basah. Shaira kehairanan.

“Along...” kali ini suara mak pula yang kedengaran. Shaira berpaling memandang wajah sedih sang ibu. Abah yang berdiri di sebelah mak juga menunjukkan wajah yang pilu. Entah kenapa, Shaira dapat merasakan ada sesuatu yang buruk telah terjadi. Sesuatu yang amat buruk.

"Along... abang Fakhrul..." termengah2 Achik bersuara. Di luar sudah riuh dengan manusia yang ingin tahu apa sebenarnya yg berlaku. Shaira bangkit dari katil pengantin, mendekati Achik dan ibunya.

"Kenapa ni? Abang Fakhrul tak sampai lagi ke?" soal Shaira. Hatinya makin gelisah menanti jawapan. Maknya pula sudah mengalirkan air mata tanpa henti. Begitu juga dengan Achik. Angah mana? Abah mana? Fakhrul...mana?

"Along, Abang Fakhrul... accident..." terbata2 Achik menjawab dalam tangisnya. Serta merta tubuh Shaira melemah. Namun dikuatkan juga kakinya untuk berdiri dan keluar dari bilik pengantin. Kakinya dengan laju pula berjalan meninggalkan ibu dan adiknya. Matanya mencari2 kelibat ayahnya.

"Abah! Abah!" panggilnya dengan cemas, mendekati ayahnya yang sedang bercakap dengan bakal bapa mertuanya. Ayahnya berpaling dengan wajah sedih.

"Along, jom kita ke hospital sekarang. Kita pergi tengok Fakhrul" ajak ayahnya. Shaira mengangguk. Perjalanan ke hospital langsung tidak dirasakannya. Dia cuma mahu cepat sampai ke hospital, mahu berjumpa Fakhrul. Dia bimbangkan keselamatan Fakhrul. Pipinya sudah lama basah, dan masih tidak kering. Hatinya gundah menahan rasa sedih yang menggunung. Dia tak kisah kalau perkahwinannya tak jadi hari ni. Yang penting, kekasih hatinya selamat. Itu saja yang dipinta saat doa dipanjatkan di dalam hati.

Ayah dan mak langsung tidak bercakap. Angah juga diam tak berketik. Achik tinggal di rumah menjaga adiknya yang bongsu. Bakal bapa dan ibu mertuanya menaiki kereta yang berlainan. Shaira pula hanya mampu mengertap bibir dan mematah2kan jemarinya. Sesekali dia mengeluh kesal. Macam mana pula Fakhrul boleh accident ni?

Sampai saja ke hospital, Shaira yang berpakaian pengantin terus meluru ke bilik kecemasan. Berlari2 mencari tempat bertanya. Abah dan mak cuma mampu mengekori anaknya. Mereka masih belum mampu memberitahu keadaan yang sebenarnya pada Shaira. Akhirnya bapa mertuanya muncul dengan wajah sugul, dan menunjukkan tempat Fakhrul berada.

"Abang! Abang!" Shaira meluru pada sebuah katil, di mana terlantarnya seorang lelaki dengan pakaiannya berlumuran darah. Tubuh Fakhrul sudah penuh dengan lebam dan darah.

Untuk seketika, Shaira terpaku di sisi katil. Matanya meneliti sekujur tubuh yang diam terbaring. Tiada reaksi langsung dari tubuh itu. Malah tiada wayar2 yang bergelayut seperti apa yang selalu dilihatnya dalam tv. Yang ada, hanya sehelai kain putih yang menyelimut tubuh Fakhrul hingga ke paras pinggang. Dan kain putih itu juga sudah tidak begitu putih lagi bila tompok2 darah jelas kelihatan.

Perlahan, tangan Shaira naik dan mengusap wajah Fakhrul. Kaku. Jemarinya turun ke dada. Tiada reaksi. Malah jantungnya sendiri berhenti untuk sesaat bila dirasakan tiada degupan di situ. Shaira menangis lagi bila hakikat itu jelas di kepalanya.

"Kenapa ni? Kenapa abang tak bangun lagi ni? Bangunlah abang, Ira dah sampai ni. Abang takde apa2 kan? Kan?" soal Shaira bertalu2 sambil menggoncang2kan tubuh Fakhrul yang sudah tak bergerak.

Bila Fakhrul langsung tidak memberikan respon padanya, Shaira berpaling pada ibu mertuanya.

"Ibu, kenapa ni? Kenapa abang Fakhrul tak gerak langsung ni? Dia tengah tidur ke? Doktor ada bagi injection ke tadi?" tanya Shaira dengan mata yang berkaca2. Dia tahu apa yang sedang berlaku, namun dia masih tidak dapat menerima kenyataan ini. Tak mungkin sama sekali!

"Ira, Fakhrul dah takde sayang..." lirih sekali ibu mertuanya bersuara. Sedunya semakin kuat kedengaran. Shaira diam untuk seketika, kemudiannya mengukir senyum.

"Apa la ibu ni, kan abang ada kat sini je. Abang tengah tidur kan? Mesti dia penat sangat ni. Kejap lagi dia bangunlah tu" ucapan Shaira itu membuatkan seluruh keluarga terpaku memandangnya. Masing2 dengan wajah pelik. Shaira dah hilang akal?

"Ira, Fakhrul dah meninggal, nak. Keretanya accident dengan kereta lain, dan dia meninggal di situ juga" bapa mertuanya cuba menjelaskan pada Shaira. Shaira cepat2 menggeleng bersama sebuah senyuman pahit.

"Takdelah, ayah. Abang tengah tidur tu. Mana boleh abang tinggalkan Ira macam tu je. Kami kan dah janji. Kami dah janji untuk sehidup semati. Mana boleh abang tinggalkan Ira" jawab Shaira pula. Dia merebahkan kepalanya ke dada Fakhrul, tangannya mengusap lembut wajah Fakhrul. Air matanya menitis membasahi dada lelaki itu.

"Abang takkan tinggalkan Ira, kan? Abang kan dah janji, kita akan jadi pengantin paling bahagia hari ni. Abang milik Ira, dan Ira hanya milik abang seorang. Abang selalu cakap macam tu, kan? Abang janji, kita akan bersama2 sampai bila2. Sampai akhir hayat..." Jemari Fakhrul yang masih basah dengan darah diciumnya berkali2.

"Abang, bangunlah. Dah lama Ira tunggu abang ni. Kita kan nak kahwin hari ni. Bangunlah..." Shaira kembali merayu.

"Abang janganlah buat Ira macam ni. Bangunlah...bangunlah abang...janganlah tinggalkan Ira macam ni. Abang...tolonglah bangun. Mak, abah, ayah dan ibu semua ada kat sini. Angah pun ada. Kami semua tunggu abang bangun. Kenapa abang nak tidur kat sini pulak. We have a wedding to attend la abang..." rengek Shaira seolah langsung tidak sedar akan keadaan sebenar.

Ibu Shaira sudah meraung mendengar kata2 anaknya yang sudah terganggu emosinya. Angah terpaksa memangku tubuh mak yang makin lemah kerana menangis. Masing2 tidak sanggup melihat Shaira meratap kematian Fakhrul sebegitu.

"Lah, kenapa abang pakai baju kotor ni. Nak kahwin mana boleh pakai baju macam ni. Meh Ira tolong buangkan ye. Angah, tolong ambikkan baju lain untuk abang Fakhrul ni. Comot sangat baju ni" Shaira mula membuka satu persatu butang baju Melayu Fakhrul.

"Along, janganlah macam ni" Angah datang dan mendekati Shaira, cuba menarik Shaira dari terus membuka baju Melayu tersebut. Dengan kasar pula Shaira menyentap lengannya dari pegangan Angah dan menolak adiknya menjauh.

"Tak nampak ke baju abang Fakhrul kau ni kotor? Along cuma nak ganti baru je la. Mana boleh kahwin pakai baju ni" Shaira mengerling tajam pada adiknya. Angah jadi tidak berani mahu mendekati Shaira lagi. Dia meragui tahap kewarasan Shaira pada saat itu. Apa2 pun dia boleh buat. Shaira kembali meneruskan kerjanya.

Dengan susah payah pula dia meleraikan baju yang koyak rabak itu dari tubuh Fakhrul. Ketika itu juga matanya menatap luka2 yang terdapat di tubuh Fakhrul. Semua lukanya dalam dan mengerikan. Ada bahagian yang terkopek dengan darah yang sudah membeku. Shaira menelan liur. Bagai baru tersedar dari mimpi, Shaira mula meraung.

"Abang! Abang, jangan tinggalkan Ira bang. Jangan tinggalkan Ira!" Raungan hiba dari Shaira memaksa ayahnya menarik Shaira dari mayat Fakhrul. Malah beberapa petugas di hospital itu juga terus memasuki ruangan tersebut dan berusaha menolong ayah Shaira. Kejap tangan Shaira yang memeluk tubuh Fakhrul akhirnya terlepas jua. Yang tinggal hanyalah baju yang dibukanya sebentar tadi.

Dia Milikku - 33

Mumbling o milanhawkin at 11:51 AM 1 demented soul(s)
Sebelum berangkat pulang pagi itu, aku meninggalkan mesej pada telefon bimbit Akid. Kukhabarkan padanya, aku mahu pulang ke kampung untuk seminggu. Mesejku masih tidak mendapat balasan darinya. Aku hanya mampu mengertap bibir. Sedar, dia sudah tidak mempedulikan aku lagi. Salahku sendiri...

Dengan hati yang gundah, aku memandu pulang ke Terengganu. Sepanjang perjalanan, aku amat berharap agar Akid lembut hati dan menelefonku. Paling tidak, menghantar SMS padaku. Hingga aku sampai ke rumah pun, langsung tiada mesej dari Akid, apatah lagi panggilan telefon. Aku hampa.

"Assalamualaikum" sapaku. Beg pakaian ku angkut ke atas anak tangga. Abah dan mak muncul di muka pintu. Wajah mereka keruh sekali. Aku tidak nampak kelibat Angah mahupun Achik. Masih di tempat kerja agaknya. Ucu mungkin saja masih di sekolah. Aku menjabat salam dengan abah, mencium jemarinya yang kasar. Kubuat yang sama pada mak dan mencium kedua pipinya yang sudah berkedut.

"Emm... napa abah panggil Along balik ni? Ada hal penting ke?" soalku tidak sabar.

"Masuk dalam dulu, Along. Kita cakap kat dalam. Lagipun Along baru sampai, rehat2lah dulu" ujar mak, memimpin tanganku masuk ke dalam rumah. Aku makin pelik dengan sikap mak dan abah. Sudahlah wajah mereka begitu kusam dan keruh, cara mereka bercakap padaku juga agak berlainan. Lebih lembut dari biasa. Pelik betul ni...

Aku menurut saja. Malas nak bertanya lebih lanjut. Sampai masanya, aku akan tahu juga kan? Selepas membersihkan diri dan mendirikan solat Asar, aku mencapai telefonku dan menaip sesuatu.

'Abg, Shai dh sampai kg dgn selamat. Jgn risau ye'

Berkali2 aku merenung perkataan di skrin telefon. Kemudiannya aku delete kembali ayat terakhir itu. Dia masih akan risaukan akukah? Takpelah, sekurang2nya dia akan tahu di mana aku saat ini jika dia ingin mencariku. Rinduku pada Akid semakin membuak2. Aku hanya mampu menahannya saja.

"Along, meh kita makan dulu. Along belum makan lagi kan dari tadi?" ajak mak yang terjengul di pintu bilikku. Aku tersengih.

"Macam tahu2 je Along tengah lapar ni" balasku mesra. Senyuman mak nampak macam salah tingkah. Aih, kenapa dengan semua orang ni? Aku bergayut di lengan mak hingga ke ruang makan. Abah baru je nak duduk masa aku sampai ke meja.

"Makan, Along" pelawa abah. Aku angguk dan memulakan acara santapan. Yang peliknya, mereka cuma melihat betapa berseleranya aku makan. Diaorang sendiri langsung tak menjamah lauk pauk di hadapan mereka.

Suapanku terhenti.

"Napa ni, abah, mak? Tengok Along macam pelik je ni? Kenapa tak makan sekali?" soalku dengan muncung.

Abah menggeleng sambil melarikan pandangannya. Wajah abah nampak keruh. Mak pula terus bangun menuju ke dapur. Tapi aku sempat mengesan pipi mak yang basah. Seleraku segera mati. Tangan kusimbah dengan air cuci tangan.

"Abah, Along rasa baik abah berterus terang dengan Along sekarang jugak. Along tak sedap hati tengok mak dan abah macam ni. Kenapa abah nampak susah hati? Kenapa mak nangis tadi?" bertalu2 aku mengemukakan soalan. Jawablah, abah. Jangan buat Along tertanya2 lagi.

Abah menarik nafas panjang. Kemudian mendekatiku, menarik tanganku supaya mengikutinya ke ruang tamu. Abah dudukkan aku ke sofa dan kemudian turut duduk di sebelahku.

Aku menunggu dengan penuh debar, menanti butir bicara abah. Entah apalah agaknya yang penting sangat ni.

"Along, abah nak along jawab dengan jujur pada soalan abah ni, ye" abah seolah2 terlalu berhati2 menuturkan kata. Aku semakin mengerutkan dahi.

"Tanya jelah, bah" aku sudah tidak sabar lagi.

"Emm... apa dah berlaku kat Along sekarang ni? Ceritalah kat abah" Lah, takkan ni je kot soalannya. Takat nak tahu... err.. kenapa aku dapat rasakan abah tahu pasal Fakhrul?

"Macam biasa je la, bah. Pergi kerja, balik kerja. Hujung minggu, keluar dengan Aida ke, kawan2 yg lain ke" jelasku. Abah diam, seakan masih menanti kata2ku yang seterusnya.

"Lagi?" soal abah, bila aku turut sama mendiamkan diri.

"Lagi apa pulak, abah. Itu jelah rutin Along. Mana ada yang lain lagi" aku sudah membentuk2 mulut. Bosan juga disoal begini. Macam aku dah buat salah je lagaknya.

"Takde apa2 yang pelik ke berlaku kat Along?" soalan abah itu membuat aku tersentak. Sah, mungkin abah tahu pasal Fakhrul. Atau, mungkin juga abah tahu pasal Akid? Ish...

"Mana ada benda pelik, bah. Bencilah abah ni, tanya soalan camni" aku merengek manja. Sebenarnya aku ingin mengurangkan debar di dadaku.

"Fakhrul..?"

Ya Allah, benarlah. Abah dah tahu! Wajahku berubah riak. Pucat.

"Along... Along tahu kan pasal Fakhrul?" Aku mengangguk perlahan.

"Along tahu kan dia dah takde?" Eh?

"Takde? Dia ke mana abah? Takkan dia lari ke oversea kot" Teruk betul perangai mamat tu sorang. Suka hati dia je nak lari ke mana2. Sikit pun tak cakap pada aku. Aku tahulah aku dah kecewakan dia, tapi salah dia juga buat aku macam ni. Dan sekarang, dia terus je larikan diri.

Kulihat abah menggeleng. Wajahnya sayu sekali.

"Fakhrul dah takde, Along. Dah takde..." suara abah makin bergetar dengan perasaan. Aku merenung abah tak berkelip. Takde...?

"Along, ingat tak masa Along nak kahwin dengan Fakhrul dulu? Along ingat tak kenapa Along tak jadi kahwin?"

"Ingatlah. Dia tinggalkan Along. Dia tinggalkan Along sebab perempuan lain. Along ingat, bah"

Abah menggeleng lagi.

"Along tak jadi kahwin dengan Fakhrul sebab Fakhrul terlibat dalam kemalangan. Along ingat tak? Along pengsan sebab keluarga Fakhrul datang dan beritahu Fakhrul accident dan mati di tempat kejadian"

Aku tersengih. Apalah abah ni. Takkan sebab tak setuju aku bersama Fakhrul, abah nak reka cerita macam ni. Tipulah!

"Apalah abah ni. Janganlah tipu Along" aku sedikit membentak. Lawak jenis apa ni?

"Along... janganlah macam ni, sayang. Arwah Fakhrul dah lama meninggal. Jangan siksa perasaan Along lagi" Mak tiba2 muncul dari dapur. Air mata mak sudah merembes keluar.

Aku tercengang. Dah lama meninggal? Tipu! Baru hari tu dia pecah masuk rumah aku. Aku sendiri lihat Fakhrul melutut di hadapanku, mengucapkan kata2 sayang dan merayuku. Lantas aku bangun dari sofa, berdiri memandang abah dan mak silih berganti. Wajah abah masih keruh. Mak apatah lagi.

"Kenapa dengan mak dan abah ni! Bila masa pulak abang Fakhrul meninggal? Baru je dua minggu lepas Along jumpa dia. Mungkin salah Along sebab tak cakap kat mak, kat abah. Tapi abang Fakhrul ada datang jumpa Along. Dah banyak kali. Macam mana pulak dia boleh datang jumpa Along kalau dia dah meninggal?!" nada suaraku sudah meninggi. Aku keliru sebenarnya. Apa rancangan mak dan abah beritahu aku benda ni? Kenapa nak tipu aku?

"Along, jangan macam ni nak. Tolonglah sedar Along, tolonglah. Mak sedih tengok Along macam ni" Mak sudah teresak2. Aku menggeleng kepala berkali2. Aku tak suka mereka tipu aku macam ni! Tak mungkin Fakhrul dah mati. Tak mungkin!! Aku teringatkan sesuatu.

"Tunggu kejap" arahku pada mereka, berlari menuju ke bilikku. Bila telefon bimbitku berada dalam genggaman, aku kembali berlari ke ruang tamu.

"Along simpan lagi sms yang abang Fakhrul bagi pada Along" Tanganku menekan2 butang di telefon bimbitku, mencari2 sms Fakhrul dahulu. Memang aku tak pernah buang segala pemberian Fakhrul, termasuklah sms.

Tapi... takde satu pun sms dari Fakhrul di telefon bimbitku, kecuali sms yang lama dulu. Mana perginya sms tu? Takkan ada orang deletekan kot?

"Kenapa takde ni? Mesti ada orang deletekan sms tu. Hari tu ada je" keluhku, tak puas hati.

"Kenapa Along ni degil sangat ni? Abah dah cakap, Fakhrul dah mati! Mati! Along dengar tak? Mati! Fakhrul dah mati!" Abah nampaknya sudah naik darah. Habis tubuhku digoncang2kannya. Aku menggeleng sekuat hati, membuang kata2 abah itu dari kepalaku. Fakhrul tak mati lagilah!!

"Tak! Abah tipu! Abah tipu!" jeritku pula. Aku cuba menekup telingaku dengan tangan. Aku tak nak dengar semua ni! Tak nak! Mata kupejamkan rapat2.

Abah tiba2 menghilang masuk. Mak menghampiriku dan memeluk tubuhku seerat2nya. Aku biarkan saja. Mindaku kosong seketika. Sebentar kemudian abah kembali menghampiri kami. Aku perasan tangannya memegang sesuatu.

"Ni! Ni! Ingat tak ni?!" dengan kasar abah menarik tubuhku dari pelukan mak. Sehelai baju Melayu berwarna cream, dengan kesan tompokan darah jelas kelihatan, disuakan ke mukaku. Aku memandang baju Melayu itu tak berkelip. Macam kenal...

"Ni, baju Melayu Fakhrul yang Along pegang, yang Along peluk masa hari perkahwinan Along. Along menangis macam orang gila bila tahu Fakhrul meninggal. Along pengsan sebab tak dapat tahan perasaan Along. Along dah lupa?!"

Perlahan aku menarik baju Melayu itu dari tangan abah. Baju Fakhrul. Baju Melayu yang Fakhrul pakai pada hari perkahwinan kami...

Mutiara jernih tak terasa mengalir ke pipi. Laju merembes keluar dari mataku. Serta merta kabur pandanganku. Baju itu kubawa ke hidungku. Seakan masih terasa bau Fakhrul yang khas. Bau yang aku suka. Dan bau itu bercampur dengan bau darah. Aku sempat dengar mak meraung sebelum aku tumbang menyembah lantai...

Wednesday, October 17, 2007

Dia Milikku - 27

Mumbling o milanhawkin at 11:40 AM 1 demented soul(s)
Sejak Akid tahu aku tinggal berseorangan, setiap petang dia akan menunggu di hadapan rumah. Mulanya aku hairan juga, takkanlah dia mahu mengambil kesempatan? Dia akan menunggu aku membuka pintu, dan kemudian menyuruhku menunggu di luar. Bila dah selesai checking setiap ruangan bilik, barulah dia membenarkan aku masuk ke dalam. Dan dia akan terus pulang ke rumah.

Pada malamnya pula, dia akan menelefon untuk memastikan di mana aku berada, memastikan keadaanku. Aku rasa terharu dengan sikap mengambil beratnya. Aku rasa selamat dengan perhatiannya. Sungguh, dia semakin memikat hati ini untuk terus tertarik padanya.

"Kalau ikutkan abang, nak je abang tunggu kat luar ni sampai pagi. Tapi nanti apa pula kata jiran2 sayang" ujarnya pada hari pertama dia melakukan tugas 'bodyguard'. Aku hanya mampu mengucapkan terima kasih berkali2 padanya. Sekurang2nya aku tahu, Fakhrul takkan boleh menceroboh masuk ke dalam rumahku lagi.

Pada waktu malam pula, dia akan mengajakku berborak hingga aku rasa mengantuk. Bila aku cakap aku nak tidur, barulah dia sudi melepaskan aku dari talian. Itupun dengan janji bahawa aku tidak akan sesekali membiarkan panggilannya tidak berangkat, atau dia akan berlari ke rumah mencariku.

"Awak, saya nak tanya sikit la..." malam itu, seperti biasa aku bergayut dengannya di telefon.

"Emm... sikit je tau. Jangan lebih2 pulak" usiknya seraya tertawa. Suka sangat mengusik aku, tau.

"Awak ni..."

"Sorry, sorry. Apa dia sayang...?"

"Awak dah solat Isyak?" berhati2 aku menyusun kata. Ada sesuatu yang telah lama ingin kutanyakan padanya. Cuma tak terkeluar dari mulut je.

"Dah sayang. Lepas abang solat, baru abang call sayang. Kenapa? Sayang cuti ke hari ni?"

"Eh eh, ke situ pula dia ni. Mana ada. Sebenarnya... saya nak tanya pasal awak punya earing kat telinga awak tu. Kenapa awak bertindik?"

"Kenapa? Nampak tak macho ke?"

"Macho apa macam tu. Tak elok tau lelaki bertindik. Taula awak ni rugged, hip-hop, tapi agama tetap perlu didahulukan, kan?"

"Prihatinnya buah hati abang ni. Ni yang buat abang makin sayang ni. Sayang sikit..."

"Ha, mulalah tu nak naik miang dia tuh. Orang serius ni..." aku berusaha untuk serius. Suka hati dia je mintak orang sayang dia.

"Tuan Puteri, nanti bila kita bertemu pada esok hari, tuan puteri perhatikan betul2 telinga patik ni nescaya tuan puteri takkan jumpa kesan tindikan. Demikianlah adanya..." Main drama melayu pulak dia nih. Suka nak buat lawak tau...

"Maknanya...?" Pelik, tak bertindik tapi pakai subang kat telinga...

"Abang pakai for fun la. Masa zaman muda remaja dulu, abang teringin sangat nak bertindik, tapi mama tak bagi. Tak elok ikut budaya barat katanya. Tapi rupanya bad habit die hard, or in my case, my bad desire. So, abang lekatkan je kat telinga ni. Sampai sekarang pun abang jadi terbiasa pakai. Dah jadi bad habit pulak" jelasnya kemudian. Owhh....

"Macam budak2" perliku. Ada jugak orang macam dia ni ye.

"Hahaha... abang tahu, dah tua2 gini pun nak pakai subang. Tapi abang nampak macho kan? Hahaha..."

"Tapi, kalau Shai tak suka, abang takkan pakai lagi"

"Kenapa?"

"Kenapa? Abang takkan pakai kalau buah hati abang ni tak suka"

"Bukan. Maksud saya, kenapa awak baik sangat dengan saya? Kenapa awak... suka kat saya?"

"Maksud Shai, kenapa abang jatuh cinta pada Shai?" Aku mengangguk walaupun aku tahu dia takkan nampak.

"Soalan yang bagus. Abang ingat lagi masa first time abang jumpa Shai. Shai ingat?"

"Ingat. Masa tu saya tumpangkan awak gi Kuantan. Kenapa awak tersadai kat highway masa tu? Tengah panas lagi"

"Kereta abang rosak masa tu. Kereta tunda dah angkut kereta abang sebelum abang tumpang Shai. Kebetulan hari tu abang ada emergency matters kat Kuantan, abang tak boleh nak tunggu diaorang hantar abang sebab diaorang kena ambil 2 buah kereta lagi yang rosak kat highway. So, abang cuma boleh berdoa semoga ada orang baik hati nak tumpangkan abang. Nasib baik sayang ada. Tapi itu bukan kali pertama kita jumpalah, sayang"

Hah? Sebelum tu lagi? Bila lagi? Itulah kali pertama aku berborak dengan dia.

"Kita jumpa masa kat food court kat bawah bangunan Shai kerja tu. Masa tu, abang tahu Shai tengah perhatikan abang masa abang dok bercakap2 dengan pakcik nasi ayam tu, kan?"

Eh, masa tu? Dia perasan aku tengok dia ke masa tu? Ya Allah, malunya!!

"Hah? Awak nampak? Macam mana awak nampak?"

"Shai tak perasan ke cermin besar kat depan gerai nasi ayam tu? Abang nampak Shai dari situ la. Abang jatuh cinta pandang pertama masa tu. Punyalah abang auta pakcik nasi ayam tu dengan macam2 soalan, just so that I can watch my girl watching me"

Iskk... tak sangka... terharunya... Akid...

Dia Milikku - 26

Mumbling o milanhawkin at 11:39 AM 0 demented soul(s)
Aku mendail nombor Aida sebaik saja aku masuk office. Pagi tadi aku menerima sms darinya supaya terus menghubunginya bila aku terima mesejnya itu. Ada hal apa ye?

Sudahlah fikiranku pagi ini sedikit bercelaru dengan kejadian semalam. Aku masih tidak dapat menghapuskan bayangan Fakhrul dari kotak fikiranku ini. Masih terngiang2 kata2 maafnya di telingaku semalam. Setiap kali teringatkan hal itu, aku jadi sebak sendiri. Entah bilanya aku tertidur, aku sendiri tidak pasti. Yang pastinya, bila saja mata ini terbuka, Fakhrul sudah tiada di sisiku. Menghilang begitu saja.

"Apsal kau tak jawab call aku semalam?" belum pun sempat aku bagi salam, terus saja aku diterjah dengan soalan dari Aida. Ada nada bimbang dari suaranya.

"Sorry, aku... aku penat sangat semalam. Terus tidur bila sampai rumah" Mana mungkin aku boleh beritahu Aida yang Fakhrul datang semalam. Lama Aida terdiam.

"Ada hal penting ke kau call aku?" aku cuba mengalih topik, tidak mahu Aida terus menanyakan soalan. Sejak semalam, Aida secara rasminya tidak akan tinggal bersamaku lagi. Majlis perkahwinannya akan berlangsung pada Sabtu akan datang. Dia sengaja mengambil cuti lebih awal untuk membuat persiapan. Kata Aida, majlis ini akan diadakan secara besar2an. Maklumlah, Shah anak tunggal.

"Hmm... just to remind you that you have to be here 2 days earlier. Kau dah janji kan?"

"Aku ingatkan apalah. Dont worry my dear, aku mesti datang temankan kau" janjiku bersungguh2.

"Lagi satu, ada sapa2 lagi tak yang kau nak jemput?" Fikiranku segera berputar pada Akid. Boleh ke aku ajak dia datang? Tapi macam mana pula dengan Fakhrul kalau dia nampak aku bersama Akid? Akan mengamuk lagikah dia?

Bila teringat peristiwa semalam, tubuhku menggeletar ketakutan. Bukan takut dia mengapakan aku. Aku tahu, malah yakin, Fakhrul takkan sesekali menaikkan tangannya padaku. Biar apapun kesalahanku. Namun, keraguan itu tetap terselit antara keyakinanku ini.

"Emm... actually ada sorang yang aku nak jemput. Boleh ke?" teragak2 aku bertanya.

"La... apa salahnya. Siapa? Boyfriend ek?" usik Aida dengan tawa riangnya.

"Emm... entahlah... hehe...Nama dia Akid. Aku baru je kenal dia dalam beberapa bulan ni."

"Uiks, lawanya nama. Bila masa kau kenal dia ni? Tak cerita kat aku pun" Aida dengan rajuknya.

"Alah, nanti kau kenal jugak dia. Bila dia datang majlis kau tu, aku kenalkan dia kat kau" pujukku. Hatiku disimbah rasa bahagia bila bercakap tentang Akid.

"OK, nanti aku passkan kad kat ko. Oklah, mak aku dah panggil tu. Nak ajak buat bunga telur. Bye, take care. Apa2 hal, call aku tau" pesannya sebelum memutuskan talian.

"Alamak, Ira. Aida dah start cuti kan hari ni?" soal Kak Shila padaku. Aku mengiyakan. Yelah, minah tu siap ambil cuti seminggu sebelum nikah dan 2 minggu selepas nikah. Lama tu... Dengarnya nak honeymoon ke Perth. Bertuahnya Aida.

"Alaa... akak lupa nak submit form untuk cuti akak bulan depan. Sapa yang gantikan dia ye?" Kak Shila merungut sambil melabuhkan punggung di sudut mejaku.

"Tak salah saya, rasanya Khairul yang akan gantikan Aida selama Aida takde ni. Cubalah akak tanya Khairul. Saya pun tak pasti sangat" jawabku, mendongak memandang Kak Shila.

"OK, nanti akak tanya dia. Oh ya, Ira pergi tak kenduri kahwin Aida Sabtu ni?"

"Mestilah pergi. Tak pergi kang, mengamuk pulak minah tu. Napa, kak?" senyumku. Kak Shila ketawa mendengar jawapanku. Mereka semua sudah maklum betapa rapatnya hubungan kami.

"Akak ingat nak ikut kau sekali. Kebetulan suami akak outstation, takde sapa pula nak temankan akak ke sana. Kita pergi sama2 ye?" sengih Kak Shila. Apa salahnya, sekurang2nya aku ada teman pada hari itu selain Aida.

"Boleh je, saya tak kisah kak. Tapi saya bermalam kat rumah Aida. Hari Sabtu tu, saya datang ambil akak kat rumahlah" cadangku. Kak Shila mengangguk bersetuju.

"Alaa... nak ikut sekali la" rengek Mimi yang entah bila masanya sudah mencelah di sebelah Kak Shila.

"Boleh. Kau tunggu kat rumah Kak Shila. Dari sana kita bertolak ke rumah Aida. OK?"

"Worait, set!" Kami sama2 tergelak mendengar sahutan Mimi.

Aku kemudiannya kembali mengadap komputer di hadapan. Sesekali aku mengeluh bila melihat masih ada banyak fail yang belum kuperiksa. Mana nak buat audit lagi, mana nak siapkan tax reporting lagi. Malah masih ada beberapa syarikat yang belum kulihat akaunnya. Di syarikat ini, semua akauntan punya bakat 'multitasking'. Maklumlah, company kecik.

Dalam kesibukan begini, aku lupa sebentar pada Fakhrul, mahupun Akid. Aku tenggelam dalam dunia kerjaku. Aku, kalau dah mengadap komputer dengan nombor, memang hanyut terus.

Hampir jam 1.00 petang, telefon bimbitku berbunyi nyaring. Alahai, waktu2 aku ada banyak kerja begini, malas rasanya mahu berbual dengan sesiapa. Tanpa melihat nombor si pemanggil, aku terus menekan butang hijau.

"Assalamualaikum, sayang" Ah, Akid rupanya. Rasa terhibur pula bila mendengar suaranya. Beban yang kugalas tadi, rasanya terangkat dari bahuku. Senang hati...

"Waalaikumsalam, awak. Tengah buat apa tu?" soalku, kedengaran sedikit manja biarpun pada telingaku sendiri.

"Abang baru je nak keluar dari office ni. Abang ingat nak singgah sana, nak ajak sayang lunch. Boleh?"

Aku tersenyum simpul mendengar pelawaannya. Semalam baru jumpa, hari ni pun nak jumpa juga? Tapi sebelum ini pun, tiap2 petang aku akan berjumpa dengannya di tempat dia bermain.

"Awak ni, nanti kalau En Halim nampak, macam mana? Malulah saya nak jumpa En Halim lagi. Lagipun saya biasa makan dengan budak2 office kat sini. Nanti apa pula katadiaorng" luahku. Aku sendiri belum pasti apa reaksi bosku itu sekiranya dia tahu adik iparnya sedang memikat aku. Cheh, perasan betul aku ni.

"Kenapa pula nak malu? Shai kan bakal adik ipar dia juga nanti, satu family" selamba je dia ni kalau bercakap. Taulah awak tak malu, tapi saya ni pemalu.

"Sebelum tu, saya nak cakap. Sabtu ni, kenduri kahwin kawan saya, Aida. Awak nak datang?" pelawaku pula tanpa berfikir panjang.

"Kalau di sana jemput, di sini boleh aje nak datang" Aku tergelak mendengar Akid memainkan adegan dari filem P.Ramlee. Kenapalah semakin hari aku semakin suka kat dia ni? Selalu aku rasa terhibur bersamanya.

"Kalau macam tu, di sini dengan segala hormatnya menjemput di sana datang untuk majlis tu nanti" balasku tak mahu kalah. Akid tertawa riang.

"InsyaAllah, sayang. Ini kawan yang mana ye?"

"Housemate, tapi dah jadi ex-housemate la. Nanti saya kenalkan awak pada dia” Terbayang2 wajahnya sedang senyum dengan manisnya.

"Kalau macam tu, abang takde masalah. Em... tapi sekarang ni Shai dok rumah tu sorang2 ke?" Akid bertanya. Ada nada kebimbangan dalam suaranya.

"Yup. Tapi awak takyahlah risau. Saya dah biasa la. InsyaAllah takde apa2"

"Mana boleh sayang, ini KL. Kita tak boleh ambil ringan pasal hal ni. Shai tu perempuan, bukannya laki2. Abang risaulah..." Lah.. tak cukup dengan sorang yang asyik risaukan aku, ini dah tambah lagi sorang. Apa lagi kalau mak dan abah tahu pasal hal ni, mau je aku kena resign dan balik kg.

"Kalau saya ni lelaki, maknanya awak ni gay la ye" gurauku sambil ketawa. Akid langsung tidak ketawa dengan joke ku. Marahlah tu aku main2 dengan dia.

"Janganlah risau, wak. Lepas ni, saya cari la housemate, ye" ujarku, memujuknya untuk melupakan hal ni.

"Kita kahwin je la cepat2. Takdela abang asyik risaukan Shai je. Lagipun, abang dah tak sabar la..." Ish, dia nih... sejak bila pandai nak menggatal dengan aku ni.

"Tak sabar apa pulaknya. Awak jangan nak menggatal ek" aku marah ala2 manja gitu.

"Abang gatal dengan Shai je... hahaha" sukanya dengar dia gelak. Rona2 merah sudah mula kelihatan di wajahku. Tak pernah pula dia bergurau sebegini denganku. Rasa lain macam je. Miang betul...

"Abang dah terbayang wajah Shai yang kemerahan. Geram je rasa nak cubit. Pastu kalau Shai malu2 macam tu, mesti Shai gigit2 bibir tu. Alahai... sayang, jom kahwin" Akid belum habis dengan usikannya, disambung pula dengan tawa lepasnya. Kalau dia ada di hadapanku saat ini, pasti saja dia dapat melihat betapa merahnya mukaku saat ini.

"Dahlah, layan awak ni sampai bila pun tak habis. Mengada!" balasku manja. Terus saja kuputuskan talian. Makin lama dilayan mamat ni, makin panas pula mukaku. Malu... tapi mau... hehehe. Sah, penyakit gatalnya dah berjangkit padaku pula. Aku menggeleng kepala berkali2 dengan sengihan memanjang.

Dia Milikku - 25

Mumbling o milanhawkin at 11:39 AM 0 demented soul(s)
Di rumah, aku seakan termangu sendirian. Masih memikirkan pertemuanku dengan Akid petang tadi. Separuh dari jasadku ini sudah dilambung ombak bahagia. Separuh lagi tetap meragui perasaanku sendiri. Jika Aida ada saat ini, aku pasti dia akan memaksa aku menceritakan apa yang telah terjadi. Lagi teruk kalau Angah juga berada di sini ketika ini.

"Mungkin terlalu awal untuk Shai percaya pada abang, pada kata2 abang. Apa yang abang boleh cakap, bagilah abang masa untuk buktikan kasih sayang abang pada Shai adalah ikhlas" Tenang sekali dia menuturkan ayat2 itu padaku. Memang jelas terpancar keikhlasan di matanya. Malah ada cahaya cinta di matanya.

"Entahlah, banyak yang awak tak tahu tentang diri saya, tentang masa silam saya. Awak yakin awak boleh terima saya seadanya?" Ketika itu, bunga2 bahagia sudah tumbuh mekar di hati ini. Kalau aku tak malu, dah lama aku terlompat2 kat sini.

"InsyaAllah, jika memang sudah tersurat jodoh kita, abang bersedia memikul apa saja bersama Shai. Tentang masa silam Shai, abang takkan paksa Shai untuk ceritakannya pada abang. Kalau tak nak cerita pun takpe. Abang cuma mahu Shai selesa bersama abang, bahagia bersama abang"

"Bercakap memang senang, awak. Tapi sebelum tu, maafkan saya sebab salah sangka pada awak selama ni, ye. Memang tak patut saya anggap awak macam tu. Teruk kan saya?" pintaku dengan hati diulit rasa bersalah yang mendalam.

"Memang teruk pun. Tak pasal2 abang tak tidur malam dok fikir apalah salah abang. Rupa2nya...Lain kali tanya dulu, jangan main serkap jarang je. Lepas tu mulalah nak jeles" Akid mengusikku selamba. Aku tersengih cuma, mengakui kekhilafan sendiri. Aku telah berjanji pada diri sendiri, untuk lebih berterus terang di masa akan datang.

"Awak..."

"Hmm... boleh tak dari sekarang, Shai panggil abang? Kita dah kembali pada masa kita bercakap macam ayam dengan itik tu" tergelak aku tengok mulut Akid yang dah memuncung. Macam budak2 tak dapat gula2 pulak. Comel je...

"Malulah...awak dengan saya bukannya ada apa2pun" Aku tahu wajahku sudah kembali kemerahan. Eii... segannya...

"Kalau macam tu, nanti abang cakap dengan mama dan papa abang suruh masuk meminang. Macam mana?"

"Eh, nantilah dulu" dan Akid kembali dengan tawanya. Merdu sungguh tawa Akid. Rasa bahagia itu terserap ke seluruh tubuh ini.

Aku mengerling pada jam dinding. Sudah pukul 7.30 petang. Lamanya aku mengelamun sorang2 kat sini. Aku bergerak ke dapur, membuka peti sejuk dan menarik keluar kotak jus oren. Kutuangkan jus ke dalam gelas dan kuhalakan ke mulutku. Tiba2 saja aku dapat rasakan diriku sedang diperhatikan. Siapa? Takkan Aida?

Aku berpaling. Sesusuk tubuh yang amat kukenali sedang berdiri tidak jauh dariku, merenung tepat ke arahku. Matanya memancarkan amarah yang amat sangat. Hampir saja gelas yang kupegang tadi terlucut dari peganganku. Dengan tangan menggeletar, aku meletakkan gelas tadi ke atas peti sejuk.

"Sampai hati Ira buat abang macam ni!" suara itu kedengaran begitu ketus dan kasar. Tubuhku menggeletar dek rasa takut yang mula menerjah. Fakhrul semakin mendekatiku. Secara automatik juga, kakiku melangkah ke belakang dan akhirnya berhenti bila belakangku menyentuh sinki.

"Ma...macam mana... awak boleh masuk sini?" Seingatku, aku telahpun mengunci pintu ketika keluar bersama Aida sebelum ini. Ketika sampai ke rumah tadi juga, aku yakin aku telah berbuat yang sama. Tak mungkin aku akan terlupa. Tingkap? Rumah sewaku ini berada di tingkat 7, mustahil dia akan memanjat masuk ke sini tanpa dilihat oleh sesiapa. Habis, macam mana dia masuk?

"Kenapa Ira buat abang macam ni? Kenapa?" lengkingannya membuat tubuhku semakin sejuk dan kaku. Aku semakin takut. Langkah Fakhrul pula semakin mendekatiku.

"Ira... Ira buat apa?" tergagap2 aku bersuara. Dalam hati, aku sudah menangis. Kenapa lelaki ini tiba2 naik gila begini? Kenapa dia tiba2 naik darah?

"Ira jumpa lelaki lain, Ira menduakan cinta kita. Ira curang pada abang! Ira hanya milik abang! Kenapa Ira nak jumpa lelaki tu? Apa istimewanya lelaki tu, hah? Abang nampak Ira jumpa dia kat tasik tadi. Bukan main lagi Ira bermesra dengan lelaki tak guna tu" Fakhrul sudah berada betul2 di hadapanku. Tangannya menumbuk meja di tepiku dek amarah yang amat sangat. Dia merenung tepat ke dalam anak mataku. Tangannya memegang mukaku bila aku ingin melarikan pandanganku darinya.

"Ingat Ira, Ira hanya milik abang. Milik abang!" jeritnya lagi.

Air mataku bergenang, dan akhirnya jatuh ke pipi. Jika aku ini milikmu, kenapa kau tinggalkan aku dulu? Jika aku milikmu, kenapa kau lukakan hati ini? Kenapa? Kenapa?!!

"Abang yang tinggalkan Ira!" Entah dari mana aku mendapat kekuatan, aku kembali menjerit padanya. Pandanganku kian kabur bila air mata memenuhi ruang mata.

Wajah Fakhrul berubah. Kelihatan kekesalan mula terukir di matanya. Semudah itukah kau merasa kesal abang?

"Abang yang tinggalkan Ira! Abang yang tinggalkan Ira!" jeritku dalam tangis. Tanganku naik dan memukul2 dada bidangnya. Fakhrul membiarkan saja aku melepaskan geramku padanya. Aku terus menghentak dadanya dengan tanganku, walau kutahu ia tidak begitu memberi kesan padanya. Yang penting, aku ingin meluahkan rasa kecewaku padanya. Biar dia tahu, aku amat terluka dengan tindakannya dulu.

"Kenapa abang tinggalkan Ira dulu? Kenapa? Kenapa abang?! Jawablah, kenapa abang tinggalkan Ira?" Fakhrul hanya mendiamkan diri, tidak berkutik, menerima saja tumbukanku di dadanya.

Sampai naik lenguh tanganku memukulnya, aku menekup mukaku dan mula teresak2. Kenapa dia kembali lagi dalam hidupku? Kenapa dia mahu mendapatkan kembali haknya di sisiku setelah 2 tahun menghilangkan diri?

"Maafkan abang, sayang. Maafkan abang" berkali2 kata2 itu dibisikkannya ke telingaku ketika dia mendakap tubuhku dengan kemas. Dan aku terus menangis, dan menangis hingga lemah tubuhku. Aku ni, dah takde kerja lain ke bila jumpa Fakhrul? Asal jumpa je, mesti aku nak nangis.

Dan aku tersedar pada pagi esoknya dengan mata yang bengkak, terbaring di katilku dengan selimut membalut tubuhku. Fakhrul...

Dia Milikku - 24

Mumbling o milanhawkin at 11:33 AM 0 demented soul(s)
"Shai!" mendengar namaku dilaungkan dari jauh, aku berpaling. Kulihat Akid sedang berlari2 anak mendekati. Sampai pun dia ni. Punyalah lama aku tunggu kat depan tasik ni. Ingatkan dah tak jadi nak jumpa.

Ketika menerima sms dari Akid yang mahu berjumpa, segera aku mencadangkan agar kami bertemu di tasik Shah Alam ini. Kebetulan pula ketika itu aku baru saja menghantar Aida ke rumah Shah.

Kesian, termengah2 lelaki itu ketika sampai ke tempatku. Tanpa dipelawa, dia sudahpun melabuhkan punggung di bangku di sebelahku. Aku memandang ke arah tasik Shah Alam itu. Ketenangan itu seakan meresap masuk ke dalam jiwaku yang kacau bilau sejak akhir2 ini. Kutarik nafas panjang2, dan kemudian menghembuskannya perlahan. Bila mataku terbuka, kulihat Akid sedang merenungku dalam senyum. Aku jadi malu tiba2.

"Cari ketenangan?" dengan nafas tak cukup tu, dia masih ada hati nak bersoal jawab dengan aku ye. Aku hampir menyungging senyum.

"Yup. Awak ni kenapa sampai termengah2 macam ni?" aku merenung wajahnya. Aduihai, kenapalah hati ini bergetar setiap kali mata kami bertentangan.

"Emm... abang tahu abang dah lambat. Sorry ye" pintanya dengan muka kesian. Kali ini, bibirku benar2 mengukir senyum.

Lelahnya sudah mula reda. Kemudian dia merenungku, lama. Aku biarkan saja matanya meratah wajahku. Malas nak layan awak lagi. Suka hati awaklah nak buat apa. Saya dah malas nak ambil tahu.

"Abang dapat rasakan Shai tengah marahkan abang. Kenapa ye?" Akid memulakan bicara, mengorek rahsia. Patutkah kuhamburkan saja persoalan yang sentiasa bermain di fikiranku selama ini? Patutkah aku mencari jawapannya dari Akid?

"Kalau Shai tak cakap, sampai bila2 pun abang tak tahu. Talk to me..." Wah, Akid sedang merayukah? Atau memujuk? Kenapa semua orang ingat aku ni ada masalah? Tapi... memanglah ada masalah pun.

"Tak perlu saya cakap, awak patutnya dah tahu. Awak dah tipu saya kan?" Tanpa dapat ditahan, bibir ini berbicara ketus. Hampir saja aku menekup mulut, sedar aku sebenarnya sedang meluahkan rasa pada lelaki ini.

Dahi Akid berkerut. Kerut2 macam tu pun nampak hensem lagi, macam mana ni? Kenapalah aku nak kena kenal lelaki tampan macam Akid ni. Sudahlah segak bergaya, langkahnya saja penuh dengan keyakinan. Dia selalu tampil menawan di mataku. Di mata orang lain, aku tak tahulah.

"Apa yang abang dah tipu Shai?" Hai, kura2 mana pula dalam perahu ni? Aku mendengus.

"Sudahlah, awak. Saya pun bukannya sapa2 pada awak. Sepatutnya saya tak rasa macam ni. Maafkan saya, ye. Kita still kawan, kan?" aku cuba menjernihkan suasana. Tak guna aku nak memanjangkan soal ini, walaupun aku sedang menipu diri sendiri.

"Siapa cakap kita ni kawan?" Akid kembali bertanya dengan nada serius. Kali ini dia bangun dari bangku, memandangku dari atas. Tanpa kuduga, Akid sudah melutut di hadapanku. Aku memandangnya dengan penuh perasaan curiga. Apa dia nak buat sebenarnya ni?

"Shai..." pandangannya begitu lembut. Sekali lagi hati ini bergetar dipanah sinaran matanya.

"Abang, sebenarnya... dah jatuh cinta pada Shai" Akid berbisik perlahan, begitu romantis pada pendengaranku. Hati ini dibuai perasaan ketika mendengar kata2 keramat itu.

"Please, janganlah buat saya macam ni. Yang kat rumah tu awak nak campak mana? Longkang?" sinis saja aku melemparkan kata2. Aku berpaling darinya, tak sanggup lagi bertentang mata dengannya. Makin sakit rasanya hati bila dipermainkan sebegini. Apa maksud drama ni?

"Yang kat rumah? Siapa? Papa dan mama abang ke?" Kenapa dia nak main2 macam ni?

"Hah, yeah rite. Papa dan mama konon. Yang saya maksudkan, bini awak la. Siapa lagi? Anak2 awak tu, nak campak mana pulak?" suaraku sudah naik entah berapa oktaf. Susahnya mahu mengawal suara dalam keadaan begini.

"Bini? Anak? Apa yang Shai cakap ni? Abang tak faham”" Demi Tuhan, mahu aku menjeritkah baru dia nak faham? Susahnya bercakap dengan lelaki ini.

"Awak ingat saya tak tahu awak dah kahwin? Saya nampak gambar awak dengan isteri dan anak2 awak dalam bilik En Halim. Hari tu pun, saya nampak awak hantar isteri awak ke pejabat En Halim. Huh, siap berlaga pipi, cium tangan bagai, lagi tak nak mengaku dah ada isteri" Lega rasanya dapat mengeluarkan segala yang berbuku di hati. Baru dia tahu aku bukannya perempuan yang senang2 mahu ditipunya. Entah motif apa pun dia menipu aku tak tahu.

"Halim? Halim B Shukri ke? Itu bos Shai?" Aku mengangguk. Kularikan anak mataku dari memerhatikan reaksinya.

Rasa marah yang bermaharajalela sebentar tadi, kini diganti dengan perasaan pelik bila Akid menghamburkan tawa. Makin berkedut dahiku mendengar tawa riangnya itu. Takkan dah tak betul kot?

"Sayang cemburu ye?" usiknya, melirik padaku. Ini yang lemah ni...

"Apa sayang-sayang? Apsal pula saya nak cemburu?" bentakku sedikit kasar. Akid tersengih cuma. Geram je rasa nak sekeh2 kepala dia tuh.

"Cik Shaira sayang, abang ni belum kahwin lagi tau. Anak apatah lagi" ucapnya dengan tenang. Dia cuba meraih tanganku, tapi dengan pantas pula aku melarikannya. Aku menghadiahkan sebuah jelingan maut untuk cubaannya itu.

"Sorry, abang tak sedar tadi" Akid tersipu2.

"Tapi abang memang belum kahwin la, sayang. Kalau nak kahwin pun, Shai belum setuju lagi" celotehnya, masih dengan nada mengusik.

"Habis..." aku makin ragu2 dengan apa yang aku percaya selama ini.

"Yang sayang nampak abang hantar tu, adik bongsu abang. Budak kembar yang dalam gambar tu, anak2 sedara abang, anak pada Halim" terangnya bersungguh2.

Bulat mataku memandangnya. Otakku segera menganalisa maklumat terbaru ini. Adik? Anak sedara? Boleh caya ke? Tak sangka En Halim ada anak kembar.

"Tapi... dalam gambar tu, En Halim peluk orang lain, bukan perempuan yang awak hantar hari tu" ujarku, masih sukar untuk menerima kenyataan yang baru kudengar ini. Kulihat Akid menarik nafas.

"Itu first wife Halim, madu pada adik abang" Melopong aku mendengar pengakuan Akid. Maka betullah tekaan teman-teman sepejabatku selama ini. Betullah En Halim tu ada 2 isteri. Tak sangka...

"Kenapa? Tak percaya?" sengaja pula dia buat suara ala-ala iklan dalam TV. Senyumannya makin meleret. Wajahku pula semakin membahang.

Dia Milikku - 23

Mumbling o milanhawkin at 11:33 AM 0 demented soul(s)
Rupanya rajuk Angah berpanjangan hinggalah ke hari mereka mahu bertolak pulang ke Terengganu. Malah sewaktu aku menghantar Angah dan Achik ke stesen bas, Angah langsung tidak bercakap denganku. Sengaja pula dia memilih untuk duduk di seat belakang. Teruknya Angah merajuk kali ni.

Sesekali aku cuba juga bertegur sapa, tapi Angah buat bo layan je kat aku. Ish, Angah ni... Achik buat tak tahu je. Mungkin dia malas nak masuk campu hal aku dengan Angah.

"Kirim salam pada abah dengan mak ye" pesanku sebelum mereka menaiki bas. Achik mengangguk dan terus tunduk mencium tanganku. Angah juga berbuat yang sama, cuma kurang kemesraan pada tingkah lakunya.

Bila Achik masuk ke dalam perut bas, sengaja aku memanggil nama Angah kuat2 hinggalah dia berpaling dan mendekatiku.

"Kenapa?" soalnya. Angah tak pandang langsung padaku. Begitulah dia, kalau nak marah tu, dia takkan bertemu mata dengan orang yang dia sakit hati.

"Angah marah Along lagi ke?" Kudengar Angah mendengus. Yelah tu.

"Takpelah kalau orang tu dah taknak kongsi apa2 dengan kita. Kita tak marah pun" Amboi... Angah ni kalau dah merajuk, main 'kita-orang' pulak. Lawak pulak si Angah ni kadang2.

"Bukan macam tu, Ngah. Bagilah Along peluang uruskan hal Along ni sendiri. Nanti Along cerita la bila masa dah sesuai. Janganlah merajuk dengan Along lagi, ye Ngah" pujukku sambil mengusap lengannya. Aku mula nampak riak perubahan di wajah manisnya.

"Angah tak percaya kat Along ke? Angah tak percaya Along boleh handle urusan Along sendiri? Sampai bila korang nak Along bergantung pada korang je ni. Please Angah, tolong faham perasaan Along..." panjang lebar pula aku berucap kali ni. Aku mahu Angah faham mengapa aku tak mahu Angah masuk campur dalam urusanku kali ini. Angah sama macam mak dan abah, tak mahu aku terluka dan terlalu menjaga aku. Terlalu memanjakan aku sebenarnya hingga aku rasa rimas.

"Tapi Along, segala yang berkaitan dengan Abang Fakhrul bukannya perkara yang boleh Along handle sendirian. Percayalah Along, Along perlukan kami, keluarga Along" beria2 pula Angah bercakap. Teruklah Angah ni, suka nak menterbalikkan keadaan. Kenapa diaorang ni tak percaya pada aku? Kenapa asyik nak risaukan aku? Ingat aku tak boleh hidup tanpa Fakhrul?

"Dahlah Angah, Angah ni rupanya lagi degil dari Along" aku sudah berputus asa. Seperti selalu, bercakap dengan Angah, aku takkan boleh menang.

"Angah cakap benda yang betul, Long. Takpelah, mungkin kali ni Along tak bersedia lagi nak cakap dengan Angah. But dont expect me to let you off this easily. There is always a next time. Till we meet again, Along. Sayang Along" serentak itu, satu ciuman singgah ke pipiku, membuatku terharu. Angah ni, pandai betul nak ambil hati aku.

Aku melambai pada Angah dan Achik yang sudahpun berada di dalam bas yang sedang bergerak menuju ke timur. Jauh di sudut hati ini, aku amat bersyukur punya adik seperti Angah.

Dia Milikku - 22

Mumbling o milanhawkin at 11:32 AM 0 demented soul(s)
"Assalamualaikum"

Aku menjawab salam tersebut dengan nada yang malas. Kenapalah lelaki ini masih mahu menelefonku?

"Malam ni, Shai ada buat apa2 tak?”" Akid menyoal. Suaranya tenang seperti selalu. Seingat aku, tidak pernah lagi aku mendengar suaranya meninggi atau dalam keadaan marah. Atau lelaki ini memang tidak mengenal perasaan sebegitu?

"Entahlah..." malas lagi. Rasa macam nak letak je telefon ni. Tak kurang ajar ke buat macam tu?

"Kalau macam tu, kita keluar nak?" cadangnya. Aku menggeleng. Sebal, agaknya itulah perasaan aku dikala ini.

"Tak maulah" Kertas di hadapanku, kuconteng2 dengan pen. Entah lakaran apalah yang kulakarkan ni. Macam ayam pun ada, macam kambing pun ada. Ke pokok?

"Laa... kenapa pula ni? Dah tak sudi nak keluar dengan abang ke?" Eleh, abang kunun. Memang tak sudi pun. Menyampah lagi ada. Pen kucampakkan ke tepi. Kertas yang tadinya kuconteng kurenyuk2kan sekuat hati, dan kucampakkan ke dalam tong sampah di tepi kaki kiriku.

"Saya banyak kerja la. Pulak tu adik saya ada datang sini. Takkan nak tinggalkan diaorng kat rumah pulak" getusku sedikit kasar. Kenapa dia ni selalu beria2 nak keluar dengan aku. Ingat aku suka ke nak mengacau laki orang? Buat tambah dosa je!

"Kalau macam tu, ajaklah adik Shai sekali. Abang tak kisah pun. Boleh juga abang kenal2 dengan adik Shai" suaranya makin lembut memujuk. Hampir cair aku dibuatnya. Macam tahu2 saja aku memang minat dengan suaranya tu, sebab tulah digunakannya untuk melembutkan hati aku. Bencih!

"Lain kalilah..." aku masih berkeras hati. Tak sangka, keras kepala juga aku ni ye.

"Kenapa macam marah je ni? Dahlah Shai dah lama tak datang tengok abang main basketball..." kenapa macam merajuk pula? Apahal pulak nak merajuk ni?

"Macamlah kalau saya takde, awak tak boleh main. Main jelah, apa yang susahnya" sinisnya aku bercakap. Hai, kalau hati dah tercarik...

Akid terdiam di hujung talian. Alamak, kenapalah aku suka nak menyakitkan hati dia? Sedangkan selama ini bicaranya padaku selalu baik2. Aku je yang suka nak marah2 kat dia. Tapi aku tak dapat meluputkan peristiwa tadi dari fikiranku. Mengingatkan itu, aku akan jadi naik angin dan rasa tertipu. Sesungguhnya, aku sudah lupa kenapa aku begitu menyukai lelaki ini pada awal2 dulu.

Kenapa aku tak tanya je terus pada dia kan? Rasa macam nak terkeluar je dari kerongkong aku ni: siapa perempuan seksi tu? Tunang awak? Isteri awak? Kekasih awak? Tu, yang dalam gambar tu, anak2 sapa tu? Kembar sapa tu? Sampai hati awak tak cakap kat saya yang awak ni dah kahwin. Kalau saya tahu, takdelah saya menaruh harapan pada awak...

Betulkah aku menaruh harapan padanya? Nope! No! Tak mungkin!

"Awak, bos saya dah masuk tu. Till next time, ek. Bye, Assalamualaikum" pantas aku menutup talian. Aku kembali mengadap komputer dengan fikiran kosong. Lelaki oh lelaki...

Dia Milikku - 21

Mumbling o milanhawkin at 11:13 AM 0 demented soul(s)
Selepas menghantar Angah dan Achik ke stesen LRT, aku dan Aida meneruskan perjalanan ke pejabat. Kunciku juga kuserahkan pada mereka supaya mereka tidak terkunci dari luar ketika kami tiada di rumah.

"Apsal Angah macam senyap je?" soalan Aida membuatkan aku mengerling sekilas pada gadis itu. Kemudian aku kembali menumpukan perhatian pada pemanduanku.

Angah. Aku masih tidak berupaya ntuk berkomunikasi dengan Angah selepas kejadian semalam. Mungkin Angah masih terasa hati dengan penolakanku semalam, maka dia lebih selesa berdiam diri untuk hari ini. Angah... Tapi aku tahu, Angah takkan bergaduh denganku lama2. Aku harap, nanti petang, Angah akan sudi menegurku semula.

"Dia penat kot, maklumlah jalan jauh. Hari ni dah kena gi seminar" kataku, menyedapkan hati Aida. Kulihat Aida terangguk2.

"Eh, lagi 3 minggu dah nak majlis aku. Kau macam mana? Dah dapat cari pengganti aku ke?" Nasib baik Aida mengalih topik perbualan.

"Takpela, Aida. Aku malas nak cari house mate baru. Lagipun, tak tau akan dapat housemate macam kau ke tidak. Biarlah dulu" jawabku dengan malas. Aku betul2 tak terfikir untuk mencari house mate baru.

"Kau ni, takkan nak duduk sorang2 kat rumah tu. Tak takut ke? Aku pula yang risau nanti" jelas sekali Aida tidak senang dengan pendapatku.

"Alah, aku bukannya tak biasa dok sorang2 kat sini. Selalu pun kau bukannya ada kat rumah. Ha, masa tu, bukan ke aku dok sorang2 jugak?" ujarku sambil tersengih. Aku tahu Aida risaukan aku, tapi aku bukannya budak kecil. Umur pun dah nak masuk 30. Nak takut kat apa lagi? Eh, cakap besar pula aku ni. Astaghfirullahal'azim.

"Kau ni, selalu nak ambil mudah apa2 perkara. Nak aku tolong carikan housemate? Aku carikan ye? Aku rasa ada je member aku yang tengah mencari rumah sewa ni" pelawa Aida, bersungguh2 dia mempelawa.

"Nantilah dulu, Aida. Maybe I need to be alone for a while. Lepas kau kahwin, aku janji aku akan cari housemate. Not to worry la, OK" pujukku dengan senyum meleret. Sebenarnya aku dah malas nak berbahas dengan Aida ni. Aku lega bila melihat Aida kembali menjadi burung belatuk, walaupun wajahnya sedikit mencuka. Ada je orang yang tak puas hati dengan aku, kan? Kenapalah diaorang ni tak boleh nak biarkan aku uruskan hal aku sendiri?

Sampai saja kat office, Aida bergegas meninggalkanku untuk ke toilet. Sakit perut katanya. Aku sekadar menggeleng kepala. Macam2 la Aida ni. Tak kusangka, pagi itu aku akan melihat satu pemandangan yang begitu menyakitkan hati.

Akid! Akid berada di dalam kereta bersama seorang perempuan muda yang cantik. Bukankah ini perempuan yang kulihat di dalam gambar di sebelah Akid? Perempuan yang juga sedang mendukung bayi di dalam dakapannya, seperti mana juga Akid? Isterinyakah? Kekasih? Tunang?

Aku seakan kaku di tempatku. Mataku hanya melihat saja bagaimana Akid mencium pipi wanita muda itu dengan mesra. Kemudiannya wanita itu mengucup sopan tangan Akid yang berada dalam genggamannya, sambil sebelah lagi tangan Akid mengusap lembut rambut wanita tersebut.

Ah, hati, kenapa rasa pedih begini? Sakitnya...

Kulihat wanita itu kemudiannya keluar dari kereta dengan senyuman melebar, melambai2 ke arah Akid yang sudahpun memandu keluar dari kawasan bangunan. Kemudian wanita itu melangkah ke arah lobby. Dia kerja kat sini ke? Wanita itu begitu seksi dengan baju tanpa lengan yang dipadankan dengan skirt pendek. Wah, begini rupanya citarasa sebenar lelaki bernama Akid itu. Memang padanlah dengan penampilan ruggednya selama ini.

Kiranya tepatlah perkiraanku selama ini, Akid tak pernah serius! Kenapa dia perlu melayan aku hingga begitu sekali? Jika tiada rasa cinta, tak perlulah melayan aku dengan penuh kasih sayang! Jika tiada rasa sayang, usahlah diri ini dirisaukan! Sekali lagi aku salah menilai layanan seorang lelaki padaku. Salah aku sendiri, bukan salah sesiapa. Aku yang terlalu naif dalam hal begini. Baru saja orang nak berbaik, aku sudah mula salah sangka.

Kalau diikutkan hatiku saat ini, mahu saja aku mengekori wanita tadi. Tapi fikiran rasionalku menghalang. Apa perlunya? Siapa aku pada Akid? Kami hanyalah teman. Bukan sesiapa. Jadi, aku tak perlu ambil tahu kan?

Dengan fikiran bercelaru begitu, aku menapak ke lift. Tanganku menekan butang untuk naik ke tingkat atas. Tenanglah wahai hati, langit tidak selalunya mendung.

Wednesday, October 10, 2007

Selamat Hari Raya

Mumbling o milanhawkin at 9:58 AM 0 demented soul(s)


Salam Aidilfitri buat semua...
Maaf Zahir dan Batin

Sunday, October 7, 2007

Dia Milikku - 20

Mumbling o milanhawkin at 10:33 AM 0 demented soul(s)
Aku menyambut kedatangan Achik dan Angah dari stesen bas Putra pada jam 5 pagi. Selalunya bas dari timur akan sampai seawal ini di Kota Metropolitan. Mereka nampak keletihan setelah berada lebih kurang 5 jam di dalam bas semalaman. Sebaik saja sampai ke rumah, tanpa berbasa basi lagi mereka terus merebah badan ke sofa dengan mata terpejam.

"Angah, Achik, makan dulu ye. Lepas tu mandi, then baru tidur" pesanku sebelum berlalu ke bilik air. Mereka tidak menjawab tapi tahu mereka telah berlalu ke dapur bila mendengar bunyi pinggan mangkuk berlaga. Nasibku baik kerana Aida telahpun memasak sebelum keluar ke rumah tunangnya. Kata Aida, masih ada banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum majlis perkahwinan mereka dilangsungkan.

Selesai membersihkan badan, aku segera mencari Angah dan Achik di ruang tamu.

"Mana Achik?" soalku pada Angah yang sudah kekenyangan dan bersandar di sofa. Angah tersengih sambil tangannya mengunjuk ke arah dapur. Melantak lagilah tu.

"Berapa lama korang kat sini?"

"Seminggu je. Angah ada seminar sampai hari Rabu. Then ingat nak gi jalan2 dengan Achik kat KL ni. Along kerja kan? Tak boleh ambil cuti ke temankan kitaorang?"

Aku menggeleng sekaligus terpaksa mematahkan harapan adikku. Sudah terlalu banyak cuti yang kuambil tahun ini. Lagipula, masih banyak kerja yang terbengkalai di office. Lagipun, Angah bukannya tak biasa dengan KL. Dulupun dia pernah kerja kat sini.

"Lain kali la, Angah ye. Kecuali kalau Angah dngan Achik balik this Monday. Weekend tu bolehlah kita gi jalan2. OK?" cadangku. Angah mengangguk setuju. Ceria wajahnya dengan cadanganku itu.

"Along, Angah nak tanya sikit?" perlahan saja Angah bersuara. Tubuhnya didekatkan padaku. Matanya merenung tepat ke arahku. Macam ada hal penting je ni?

"Apa dia?" aku menyoal dengan kerut di dahi. Tuala yang kugunakan untuk mengeringkan rambutku tadi, ku sangkutkan ke bahu. Aku membalas pandangan Angah.

"Hari tu kenapa Along tak jawab call? Banyak kali Angah dengan Achik try call Along” Angah nampaknya masih berhati2 dalam mengeluarkan soalan. Dia ni, ada kuasa psikik agaknya. Macam tahu2 saja...

"Along tertidur awal la..." aku bersuara malas, sambil berharap Angah akan meninggalkan persoalan itu di situ sahaja.

"It's not like you to ignore any calls, unless..." Ish, adikku yang satu ini. Bila dia dah start dengan English dia tu, maknanya dia sedang membincangkan sesuatu yang serius dan memerlukan jawapan dalam masa yang singkat.

Sememangnya Angahlah adik yang paling rapat denganku. Beza umur antara kami juga tidak jauh berbeza. Kami banyak persamaan, juga banyak perbezaan. Semua itu membuat kami lebih rapat lagi. Angah paling cepat mengesan perubahan tingkah lakuku. Kami terlalu banyak berkongsi hinggakan aku tak mampu merahsiakan apa2 darinya.

Namun kali ini, aku tak mahu membebankan sesiapa. Aku perlu hadapi masalah ini dengan bijak, tanpa pertolongan sesiapa. Sudah cukup dengan malu yang kami sekeluarga terima dulu.

"Betullah Ngah, Along tertidur malam tu. Nak return call, Along takde kredit" Aku dengan alasanku.

"Along, Angah bukannya nak menyibuk. Tapi kalau Along ada masalah, Along boleh cakap dengan Angah, kan? Kita tak pernah pun berahsia selama ni. Why now?" suara Angah begitu tegas pada pendengaranku. Aku patut tahu Angah takkan pernah membiarkan aku tenggelam dengan perasaanku sendiri.

"What are you trying to say, Angah?" aku sedar nada suaraku sudah semakin meninggi. Aku sedikit berang dengan kedegilannya yang tak mahu menerima penjelasanku. Inilah padahnya kalau jumpa dengan Angah. Angah selalu dapat membaca fikiranku.

"Ini ada kaitan dengan Abang Fakhrul, kan?" serkap Angah selalu mengena.

Aku menjengilkan mataku pada Angah. Angah tak berkutik, langsung tidak takut.

"Kenapa nak sebut lagi nama jantan tu? Kenapa nak ingatkan Along pada dia?" aku mula menyinga. Geram dan marah bercampur aduk. Bukannya Angah tak tahu, aku pantang benar mendengar namanya.

"If it is, then I am here. You can tell me everything, Along. Jangan pendamkan" Angah masih bersuara dengan lembut. Angah cuba memegang tanganku, tapi dengan kasar pula kutarik tanganku dari genggamannya.

"Dont be a fool, Angah. Why everything must start with him? Jangan pandai2 nak serkap jarang aje" bidasku dengan geram.

"Hanya Abang Fakhrul je yang boleh buat Along melenting macam ni"

True! Aku memejamkan mata. Terbayang wajah Fakhrul.

"Hanya Abang Fakhrul je yang boleh buat Along menangis"

True! Wajah Fakhrul dengan senyum di bibir dan lesung pipit di pipi bermain2 di mindaku.

"Hanya Abang Fakhrul je yang boleh buat Along hilang arah, hilang akal"

Very true! Hanya Fakhrul! Aku meringis dalam diam, menangis dalam dendam.

"Along, tolonglah cerita pada Angah. Kenapa kali ni Along nak berahsia?" bujukan Angah tidak kuendahkan. Sebaliknya aku terus berlalu ke bilik, menutupnya dengan kasar dan merebahkan diriku ke tilam. Air mataku mengalir lagi.

Dia Milikku - 19

Mumbling o milanhawkin at 10:31 AM 0 demented soul(s)
"Kalau abang tak bawa Shai ke klinik, agaknya entah bilalah Shai nak ke klinik sendiri" ujarnya sebaik saja aku menyoal ke mana dia ingin membawaku.

"Teruklah awak ni. Ingatkan awak nak culik saya pergi mana tadi" aku pula membalas, sedikit lega. Sebenarnya segala macam kemungkinan telah bermain di fikiranku tadi. Risau juga aku kiranya dia nak ajak aku bersukan ke apa.

"Tengok..."

"Huh? Tengok apa?" mataku sudah meliar ke luar kereta. Ada apa yg menarikkah? Ada accident ke? Nauzubillah... Tapi elok je aku tengok kat luar tu. Hanya kereta yang bersimpang siur.

"Shai la. Kan dah setuju nak panggil 'abang'. Kenapa bersaya awak lagi?" tegas dia membantah.

Eh? Err... serius ke dia ni? Bila masa pula aku setuju? Iskk... malunya aku saat ini. Terasa membahang mukaku.

"Dah, abang tak nak dengar lagi Shai guna 'saya-awak' dengan abang. Lagipun..." Akid terhenti di situ, bersamaan dengan terhentinya keretanya di hadapan sebuah klinik swasta yang berhampiran dengan kawasan perumahanku.

"Lagipun?" aku masih menanti ayat sambungan darinya, tapi dia berdiam diri saja sambil tersenyum penuh makna. Renungannya buat hatiku berdegup lebih laju dari biasa. Dia ni...

"Dahla, Shai masuk jumpa doktor dulu. Jom" ajak Akid. Senyumnya masih tidak mati. Adalah tu, saja nak buat aku tertanya2 sendiri.

"Lepas ni kita gi makan, OK. Abang tahu Shai belum makan kan?"

Macam tahu2 saja perutku ini sudah lama berdangdut ria. Aku mengangguk. Tanpa kusedari, sepanjang aku bersama Akid, tidak sekalipun Fakhrul singgah di fikiranku. Petanda apakah ini?

Akid dengan setianya menungguku hinggalah tiba giliranku untuk mendapatkan ubat. Untung saja aku tak perlu mengeluarkan duit untuk perubatan memandangkan syarikatku punya kad ING. Lagi pula aku risau jika Akid berdegil mahu membayarkannya untukku.

"Kita makan kat tempat special hari ni ye" ujar Akid dengan sebuah senyuman mesra.

"Keluar dengan awak ni asyik kena makan je" aku sengaja berlagak kurang senang.

"Mestilah, takkan nak biarkan calon isteri kurus kering. Abang kena belajar dari sekarang kan macam mana nak jaga isteri" Wajahku kembali merah. Kenapalah Akid selalu je nak cakap macam ni? Aku tahu dia hanya main2, tapi kalau dah sering sangat bergurau seperti ini, aku boleh jadi berharap padanya. Aku tak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah dengan kesengsaraan yang pertama itu.

"Awak ni, kot ye pun nak bereksperimen, janganlah gunakan saya. Saya dah cukup montel ni ha" aku masih cuba mengusik, dari menganggap kata2nya itu sebagai sesuatu yang serius.

"Hmm... abang nak tanya sikit boleh?"

O’oooo....

"Apa dia?" aku tidak berani memandang wajahnya, lalu kubuang saja pandanganku keluar kereta.

"Kenapa semalam Shai tak angkat call abang? Hari ni pulak, mata Shai bengkak semacam. Wanna tell me what’s going on?" suara Akid sudah berubah serius namun masih penuh perhatian. Aku jadi kaget dengan soalannya. Bagaimana aku mahu menjawab soalan sebegini? Berterus terang? Tak mungkin.

Kami masih lagi di dalam kereta dengan air-cond terpasang, walaupun kami sudah sampai ke destinasi yang mahu dituju. Akid tidak berusaha untuk membuka pintu kereta, apa lagi mahu keluar dari kenderaannya. Aku pula tetap menunduk di sebelahnya, masih berbelah bagi sama ada mahu menceritakan segalanya padanya atau tidak.

Tak perlu! Kata hatiku seakan menjerit. Persoalan tentang siapa sebenarnya dia masih lagi menjadi satu tanda tanya. Aku masih tidak tahu statusnya, bukan? Malah, kami baru saja beberapa bulan saling berkenalan. Masih banyak tentang dirinya yang tidak kuketahui. Aku yakin dia juga berpendapat yang sama.

"Takde apa2la. Semalam tak boleh nak tidur, sebab tu mata bengkak" aku berdalih. Aku tahu dia tak puas hati dengan jawapanku berdasarkan dengusannya.

"Shai..." Yup, dia memang tak puas hati.

"Saya takde apa2 la. Saya cuma tak sihat sikit je" aku terus cuba untuk meyakinkannya bersama senyum di bibir.

"You can tell me anything, Shai. I can be a shoulder for you to cry on" Ah, lelaki ini. Kenapa nak tahu sangat?

"Awak..."

"Abang!"

"Sorry, awak bukan abang saya" entah kenapa begitu kasar aku mengeluarkan kata2 itu. Mungkin bosan dengan sikapnya yang selalu ingin tahu, sedangkan aku tak pernah berbuat perkara yang sama padanya.

Akid terdiam dengan kata2ku sebentar tadi. Mungkin tersinggung. Perasaan bersalah mula menjalar di dalam hati ini. Teruk betul aku ni. Kenapa pula aku salurkan kemarahanku padanya? Dia tiada kaitan dalam masalah aku.

"Abang memang bukan 'abang' Shai, tapi sekurang2nya hormatilah abang dengan panggilan" Akid terasa hati.

"Maaf, saya tak berniat macam tu. Macam yang saya cakap tadi, saya tak berapa sihat. Mood pun tak berapa elok. Maafkan saya?" pintaku. Mataku merenung wajahnya dengan muka kesian. Maaflah, awak. Saya bukannya sengaja nak cakap macam tu.

Akid yang muram, mengukir senyum sesaat kemudian. Cepat betul hatinya lembut. Terima kasih, awak.

"Kita lupakan dulu soal ni. Kita makan, OK? Nanti perut Shai masuk angin" seraya itu, Akid membuka pintu kereta dan melangkah keluar.

Dia Milikku - 18

Mumbling o milanhawkin at 10:31 AM 0 demented soul(s)
Keesokannya, aku tak pergi kerja. Pada Aida, aku minta maklumkan pada En Halim yang aku MC. Kunci kereta pun kuserahkan pada Aida. Rancanganku, mahu menenangkan fikiran pada hari ini. Fikiran, perasaan dan hati. Aku mahu sujud padaNya, mahu menyerahkan segalanya dalam ketentuan Ilahi.

Usai solat Subuh, aku mencapai Al-Quran dan mula mengalunkan ayat2 suci Kalam Allah. Sedamai pagi yang makin bersinar, sedamai itulah perasaanku tika itu. Sesungguhnya Allah tidak pernah melupakan umat yang sentiasa mengingatiNya.

Kata mak, hati yang sentiasa mengingati Allah SWT akan sentiasa dibaluti perasaan pasrah padaNya. Mendekati Allah SWT akan meringankan beban ujian yang kita hadapi. Kita akan semakin kuat dengan Allah di sisi kita.

Ya Allah, bantulah kami supaya sentiasa mengingati-Mu dan sentiasa bersyukur kepada-Mu serta sempurna dalam melakukan ibadat kepada-Mu.

Selesai berzikir kemudiannya, aku melipat sejadah dan kain sembahyang dan kugantung pada birai katil. Saat itu, mataku tertancap pada handphoneku yang tergeletak di atas lantai, tidak jauh dari katil. Entah bila masanya aku mencampakkan handphone ku hingga ke situ, aku sendiri sudah lupa.

Ada 15 miscalled. Inilah kali pertama aku menerima begitu banyak miscalled dalam masa satu hari. Satu rekod untuk aku.

2 panggilan itu dari Achik. Yang lain semuanya dari Akid. Tiada pula panggilan dari Fakhrul. Ah, biarlah! Macam aku peduli! Aku membentak dalam hati. Cukuplah semalaman aku mengingati lelaki itu.

Aku belek lagi telefon bimbitku itu. Ada 6 sms yang masuk malam tadi. Aku mula membelek satu-satu.

- Along, kenapa tak jawab call Angah? Busy ek? - Angah

- Shai, banyak kali abang call tapi Shai tak jawab. Shai dah tido? - Akid

- Along ni, kot ye pun bz, balas la sms. - Achik

- Along, Achik nak datang KL next week. Achik ada seminar kat Damansara. Achik naik bas je. Nanti Along datang amik kat Putra ye! - Achik

- Shai, abang rindu nak dengar suara Shai. Nampaknya takleh tido la abang malam ni kalau Shai tak angkat call abang.  - Akid

- Shai, tak rindu abang ke? Tak nak dengar suara abang? - Akid

Aku hampir tersenyum membaca mesej2 dari Akid. Entah kenapa, hati ini bergetar lembut tatkala kubaca sms darinya? Malah tiap kali mataku melekat pada perkataan 'abang' itu, aku berasa senang sekali. Patutkah aku berperasaan begini?

Tidak! Kau memang tak patut punya fikiran ke arah itu Shaira! Kau ini bodohkah? Tak serikkah? Bukankah baru semalam kau menangis macam orang gila hanya kerana seorang lelaki yang telah kau pertaruhkan seluruh hidup kau pada dia? Sekarang ni, senang2 pula kau putikkan perasaan baru pada seorang lelaki yang baru saja kau kenal. Memang bodoh namanya tu! Cari nahas!

Tapi... aku tak berhakkah merasa bahagia? Aku ingin bebas dari perasaan sebegini. Aku tak mahu lagi mengingati kejadian lalu. Aku mahu mulakan hidup baru, dengan orang baru.

Fakhrul kau campak mana?

Kenapa pula aku nak peduli pasal lelaki tu? Dia kan dah ada hidup dia sendiri sekarang?

Jangan nak tipu, Shaira. Kau masih cintakan dia, dan akan selalu mencintai dia. Sampai bila2 pun, hati kau hanya untuk dia. Kau milik dia!

Tidak! Tidak! Ya Allah, kenapa aku perlu bermonolog begini? Sudah gilakah aku? Hanya kerana aku berjumpa dengan Fakhrul semalam, aku sudah hilang akal begini.

Telefon bimbitdi tanganku tiba2 berbunyi. Terpampang nama Akid di skrin telefon. Mahu angkat atau tidak? Bolehkah aku bercakap dengannya dalam keadaan begini? Akhirnya, punat berwarna hijau itu kutekan perlahan.

"He...hello?" di telinga aku sendiri, suaraku kedengaran lemah sekali.

"Assalamualaikum, sayang" Tersentak aku dibuat Akid. Mak aih, main sayang2 pula dia ni. Main2 ke betul2? Mengada la tuh!

"Waalaikumsalam, awak" jawabku, malas. Aku dengar suara Akid tergelak kecil.

"Kenapa suara macam lemah aje ni? Demam ye?" Dia masih mesra seperti selalu.

"Taklah, tak sihat sikit je"

"Oh, jadi Shai MC la hari ni ye?"

"Ha'a"

"Shai, bersiap ye, sayang. Nanti abang datang ambik Shai kat rumah"

Eh? Eh? Kenapa pula ni?

Belum sempat aku bertanya dengan lebih lanjut, Akid sudahpun memutuskan talian. Ish dia ni. Nak main paksalah tu. Suka hati dia je nak buat apa!

Dia Milikku - 17

Mumbling o milanhawkin at 10:29 AM 0 demented soul(s)
"Apa yang berlaku sebenarnya?" soalan dari Aida telah memecahkan khayalanku. Aku mengerling lemah pada Aida yang sudah berteleku di tepi katil, masih setia mendengarkan luahanku sejak dari tadi. Aku tersenyum pahit.

"Kau agak?" sengaja aku menduga.

"Fakhrul... tinggalkan kau?" Duhh...

Aku mengangguk berkali2. Pipiku yang basah, kukesat dengan lengan baju. Ya, lelaki durjana yang kucintai separuh mati itu telah meninggalkanku pada hari bahagia kami. Dia telah menghancurkan seluruh kepercayaanku padanya. Berminggu2 aku menangis dengan perbuatannya. Berbulan2 aku hilang arah hinggakan terpaksa berhenti kerja dan mula mencari kerja di KL. Aku tak mahu tahu apa2 tentangnya lagi. Malah, nama Fakhrul tidak pernah lagi kedengaran di rumahku.

"Kenapa?" Aida seolah masih tak berpuas hati. Nampaknya dia ingin mencungkil segala2nya. Agaknya mahu tahu hingga ke akar rumbi.

Kenapa? Ah, aku rasa ingin ketawa mendengar pertanyaan begitu. Kenapa seorang lelaki yang mendakwa terlalu mencintai pasangannya tidak dapat membuktikan kata2 itu pada hari perkahwinan mereka? Kenapa seorang lelaki yang saban malam mengulit pasangannya dengan kata2 cinta yang agung akhirnya berundur pada saat2 akhir? Ada sebab lainkah?

"Apa lagi sebabnya kalau bukan kerana ada orang ketiga di antara kami? Dia tinggalkan aku untuk perempuan lain! Aku benci dia! Aku benci dengan apa yg dia dh lakukakan pada aku" suaraku meninggi bersama tangisan yang panjang. Aku semakin lemah bila Aida menghampiriku dan memeluk tubuhku.

"Sorry kalau nampak macam aku nak menjaga tepi kain kau. Tapi macam mana kau tahu dia ada perempuan lain?" berkerut dahi Aida, berkerut lagi dahi aku yang mendengar soalan begitu.

Ah, soalan jenis apa ni? Takkanlah aku mahu menuduh membuta tuli pula?

"Sehari selepas hari kami sepatutnya berkahwin, ada orang tinggalkan satu kotak kecil kat depan pintu rumah aku. Bila aku buka... kat dalam tu... semuanya gambar2 Fakhrul dengan seorang perempuan yang aku tak kenal. Mereka nampak mesra sangat. Malah ada juga beberapa keping gambar mereka dalam keadaan... yang memalukan. Hati aku hancur Aida bila tengok gambar2 tu. Tak sangka sangat Fakhrul sanggup buat macam tu. Kenapa? Kenapa dia nak tinggalkan aku dalam keadaan yang memalukan? Aku kesian tengok mak dan abah aku. Aku tahu mereka kecewa dengan tindakan Fakhrul. Tapi apa yg boleh mereka buat? Apa yang boleh aku buat? Keluarga Fakhrul sendiri malu sangat dengan kejadian tu. Aku tak mahu salahkan mereka, tapi dalam masa yang sama, aku tak boleh nak tengok muka diaorang lagi" Kali ini aku meluahkan segala2nya. Segala apa yang terbuku di dada, aku hamburkan pada Aida. Segala rahsia yang kupendam sendiri selama ini, terbongkar sudah di hadapan Aida.

"Ira, sabarlah. Jangan siksa perasaan kau begini. Ini semua dugaanNya. Kau kena ingat, semua yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya" nasihat Aida umpama masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Aku bukan menyalahkan takdir, tapi aku menyalahkan lelaki itu. Kerana dia aku sengsara. Kerana dia aku merana.

"Aku... aku cuma tak sangka dia akan datang cari aku semula, Aida. Kenapa? Kenapa dia kembali dalam hidup aku? Kenapa?" aku mengongoi sedih. Tangan Aida mengusap2 belakangku, mungkin cuba menenangkan aku. Pun aku tahu, hidup aku takkan sama seperti dulu lagi. Tak mungkin akan sama lagi. Aku merintih lagi.

"Kau masih sayangkan dia?" pertanyaan dari Aida kupandang sepi. Aku tak mahu menjawab soalan itu. Aku masih sayangkan dia? Sayangkan Fakhrul? Ya Allah, selama ni dia bagaikan nyawaku, separuh dari diri aku. He's my soulmate. Aku tak boleh hidup tanpa dia. Tak boleh!

Tapi, itu dulu... Sekarang? Sekarang... entahlah. Berjumpa dengannya semalam, seakan mengimbau semua kenangan lalu. Wajahnya masih segak seperti dulu. Tubuhnya juga masih tegap seperti dulu. Takde perubahan pun. Cuma riak wajahnya saja yang sentiasa dalam kesedihan, muram. Ah, kenapa dia perlu tunjukkan muka kasihan begitu? Untuk meraih simpatiku? Jangan harap!

Dia Milikku - 16h

Mumbling o milanhawkin at 10:28 AM 0 demented soul(s)
Hari yang ditunggu2 tiba jua akhirnya. Suara muzik yang berkumandang memeriahkan suasana kampung itu. Anak2 kecil berlari2an di sekeliling khemah. Saudara mara jauh dan dekat sudah mula membanjiri majlis. Malah teman sekolah dan teman sekerja Shaira juga sudah setia menemani Shaira di bilik pengantin.

Shaira yang mengenakan sepasang baju pengantin berwarna biru lembut, meremas jemarinya dengan cemas. Sesekali dia membelek2 wajahnya yang sudah siap dimekap oleh mak andam yang ditempah oleh keluarga Fakhrul. Wajahnya nampak lebih berseri dengan mekap nipis itu.

"Abang nak kita jadi pengantin paling bahagia untuk hari itu" Kata2 itu disemat ke dalam sanubarinya, membuatkan dia sentiasa mengukir senyum walaupun hatinya diburu rasa gelisah.

Paluan kompang yang menandakan kedatangan pengantin lelaki mula memenuhi ruang udara. Shaira semakin berdebar2. Hatinya gembira bercampur rasa takut. Akhirnya, mereka akan disatukan jua akhirnya. Tetapi, paluan kompang itu berhenti separuh jalan.

"Along...!!!" Achik sedang menjerit. Suaranya cemas sekali. Achik mendekati Shaira dengan muka yang basah. Shaira kehairanan.

"Along..." kali ini suara mak pula yang kedengaran. Shaira berpaling memandang wajah sedih sang ibu. Abah yang berdiri di sebelah mak juga menunjukkan wajah yang pilu. Entah kenapa, Shaira dapat merasakan ada sesuatu yang buruk telah terjadi. Sesuatu yang amat buruk.

Dia Milikku - 16g

Mumbling o milanhawkin at 10:28 AM 0 demented soul(s)
"Sayang, abang tengah busy ni. Kejap lagi abang call balik ye. Love you, sayang"

Itulah kata2 dari Fakhrul setiap kali dia cuba menghubungi Fakhrul. Sudahlah mereka semakin jarang menghabiskan masa bersama. Masing2 sibuk dengan kerja. Fakhrul sentiasa sibuk dengan mesyuarat dan projeck sejak kebelakangan ini. Walaupun Shaira sendiri sibuk dengan kerjanya di kilang di kampung mereka, dia tetap meluangkan masa untuk menelefon tunang tercinta. Dan dia kecewa bila setiap kali panggilannya diputuskan dengan cara begitu.

"Agaknya abang Fakhrul dah tak sayang Along lagi tak?" luah Shaira dengan nada kecewa. Tubuhnya direbahkan ke atas tilam. Achik sekadar tergelak mendengarkan kata2 kakaknya.

“Mustahil abang Fakhrul tak sayang Along. Dia busy sangat tu agaknya” Achik menyangkal. Dia tahu betapa sayangnya Fakhrul pada kakak sulungnya itu. Kasih sayang Fakhrul begitu jelas pada mata mereka sekeluarga. Sesiapapun tidak akan dapat menafikan betapa sayangnya Fakhrul pada Shaira.

Biarpun bertahun2 sebelum ini Fakhrul merantau ke negara orang untuk mencari ilmu, tidak sekalipun lelaki itu lupa untuk mengirimkan berita pada Shaira. Malah birthday Shaira juga selalu dikirimkan hadiah dan kad pengganti diri. Achik amat pasti pada ketulusan cinta Fakhrul pada Shaira.

"Yelah, sejak akhir2 ni, busy sangatlah dia tu. Sampai takde masa nak call Along langsung. Cakap nak call back, tapi sampai mata terlelap pun dia tak call Along lagi tau. Geramlah..."

"Alah, nanti dia call lah tu"

Shaira hanya mampu mengangguk. Dia begitu berharap agar Fakhrul meluangkan masa untuknya. Jarak memisahkan mereka, jarak jugalah yang menghalang mereka dari menghabiskan masa bersama2. Shaira bekerja sebagai akauntan di sebuah kilang di kampung mereka, manakala Fakhrul sendiri bekerja sebaagai arkitek di Johor Bharu. Shaira begitu rindukan Fakhrul, dan dia tahu Fakhrul juga merindukannya. Apa yang mampu dilakukannya saat itu hanyalah menunggu hari mereka akan diijabkabulkan.

Dia Milikku - 16f

Mumbling o milanhawkin at 10:28 AM 0 demented soul(s)
Shaira membelek2 cincin di jari manisnya. Cincin pertunangannya. Bibirnya asyik terukir senyum manis sepanjang hari.

"Terima kasih, sayang. Terima kasih kerana sudi terima abang" ucap Fakhrul ketika menelefonnya semalam. Shaira hanya tersenyum simpul dengan wajah memerah. Dia bahagia, teramat bahagia. Jalinan cinta mereka akan menjadi suatu ikatan yang halal tidak lama lagi.

"Rasa tak sabar je nak jadikan sayang milik abang yang sah" Ah, romantisnya Fakhrul. Setiap kata2nya membuai2 perasaan gadis itu. Kalau boleh, dia mahu hanyut untuk selamanya dalam lautan kasih Fakhrul yang tiada berpenghujung itu.

"Sayang abang tak?" soal Fakhrul dengan suara romantisnya lagi. Semakin merah pipi Shaira walaupun Fakhrul tiada di hadapannya. Seakan terbayang2 lesung pipit indah yang biasa menghiasi wajah tampan itu.

"Ish, apa la abang ni. Takkan nak tanya soalan tu lagi"

"Abang suka nak dengar. Cakaplah, sayang abang tak?" Fakhrul mendesak manja.

"Hmm... entahlah..." Diam. Nampaknya usikan Shaira dianggap serius oleh Fakhrul.

"Ira tak sayang abang? Betul ke? Ira tak sudi dengan abang? Ira..." suara Fakhrul seakan begitu menggelabah, begitu takut. Shaira hampir saja tergelak tapi di tahan saja.

"Abang, tenang dulu. Ira gurau je la. Mestilah Ira sayang abang, cintakan abang. Kalau tak, takkanlah Ira terima pinangan abang tu"

"Jangan gurau macam tu lagi, sayang. Sampai bila2 pun, Ira milik abang kan?" lemah saja Fakhrul bersuara.

"Hmm... sampai bila2"

"Sampai bila2 pun, abang hanya akan jadi milik Ira. Dan Ira hanya milik abang seorang" ikrar itu seakan meresap ke dalam jiwa mereka, sedalam2nya.

Dia Milikku - 16e

Mumbling o milanhawkin at 10:26 AM 0 demented soul(s)
"Abang?!!" Shaira menjerit kegirangan saat matanya terhenti pada sesusuk tubuh yang amat dikenalinya. Sebentar tadi, setelah ada teman yang menyampaikan, ada lelaki yang mahu menemuinya, dia tertanya2 siapa gerangan lelaki itu. Rasanya baru minggu lepas, Abah datang melawatnya di Kolej ini.

Rupanya Fakhrul. Yang amat dirinduinya siang dan malam. Yang semakin dicintainya. Fakhrul sudah sedikit berubah. Tubuhnya yang dulu begitu kurus, kini sudah semakin tegap. Wajahnya juga berubah seiring dengan perjalanan masa. Sejemput janggut nipis menghiasi wajah tampannya. Rambutnya sudah mencecah bahu. Segaknya dia, hati Shaira berlagu.

Tanpa menunggu, Shaira berlari ke arah Fakhrul. Hampir saja dia memeluk tubuh sasa Fakhrul, namun niatnya terhenti bila menyedari di mana dia berada. Dia masih berada di Asrama Cemara. Ramai mata yang memandang. Dia perlu menjaga adab dan agama. Dia tahu batasnya, biarpun menggunung rasa rindunya pada lelaki itu.

"Assalamualaikum, sayang”" sapa Fakhrul, mesra. Matanya bersinar dengan cahaya cinta, Shaira dapat melihatnya dengan jelas. Dia tertunduk malu. Wajahnya memerah.

"Waalaikumsalam, abang" malu2 Shaira menjawab. Fakhrul tersenyum lebar. Gadisnya sudah membesar menjadi seorang wanita yang manis dan bersopan. Dia bangga melihat gadisnya sudah mula menutup aurat, sudah pandai malu2 begini.

Tudung di kepalanya dibetulkan. Sebenarnya dia tak tahu mahu berbuat apa. Dia bertambah segan bila menyedari mata Fakhrul asyik memandangnya.

"Abang buat apa kat sini? Bila balik? Ini kereta siapa? Kereta pinjam ek?" soal Shaira bertalu2, cuba menghilangkan rasa gemuruhnya. Matanya ditala pada kereta Honda Accord berwarna perak di sebelah Fakhrul. Senyum Fakhrul masih tak mati di bibirnya.

"Abang balik sebulan yang lepas" beritahu Fakhrul. Wajah gadis kesayangannya masih tak lepas dari pandangan. Dia mahu menjamu puas2 matanya. Rindunya begitu menyesakkan dada kadang kala. Setiap kali dia teringatkan Shaira, tiap kali itu juga perasaannya merusuh begitu hebat. Namun dia tetap bersabar, sabar menunggu gadisnya dewasa. Seperti janji2nya dahulu.

"Sampai hati abang tak cakap pada Ira abang nak balik sini. Dahlah abang tak balik lepas graduate" Shaira memuncungkan bibirnya. Fakhrul tergelak, senang sekali dengan reaksi dari Shaira.

"Sayang, abang pegang pada janji kita. Kan abang janji, abang takkan jumpa Ira sampailah Ira bersedia terima abang. Lagipun abang kerja kat sana. Inipun abang minta tukar ke Malaysia balik. Abang... rindukan Ira...sangat..." Lesung pipit itu muncul lagi.

Dia Milikku - 16d

Mumbling o milanhawkin at 10:26 AM 0 demented soul(s)
Ira yang abang sayang,

Maafkan abang. Abang tahu abang tak patut buat macam tu pada Ira. Tapi percayalah, sayang, abang terlalu sayangkan Ira. Sebab tu abang tak dapat tahan perasaan abang masa tu. Apa lagi bila abang tahu abang takkan dapat menatap wajah manis Ira selama 4 tahun ini. Janganlah kerana kejadian itu, Ira benci pada abang.

Abang faham kenapa Ira tak mahu hantar abang ke airport. Abang faham dan abang tak marah. Abang tahu Ira sedang keliru. Abang juga tahu Ira masih kecil. Baru 14 tahun. Abang tahu perbezaan umur kita agak jauh. Abang sanggup tunggu Ira sampai Ira dewasa. Sampai Ira boleh terima abang sepenuhnya. Sampai Ira boleh faham betapa dalamnya sayang abang pada Ira.


Salam cinta dari abang,
Fakhrul Ariffin B Shariffuddin

"Ira maafkan abang" seru Shaira. Perlahan2 sebuah senyuman terukir di bibirnya. Rindunya kian merajai hati sementelah sudah sebulan lebih Fakhrul meninggalkan tanah air. Sepantas kilat dia mencapai pen di meja study dan mula melakar bicara hati seorang gadis yang baru mengenal apa itu cinta.

Dia Milikku - 16c

Mumbling o milanhawkin at 10:26 AM 0 demented soul(s)
"Alaa... kenapa abang nak kena sambung belajar sampai oversea? Kat Malaysia ni tak boleh ke?"

"Boleh, tapi kalau abang belajar kat sana, peluang abang untuk menjawat jawatan tinggi, lagi besar. Ira tak nak tengok abang berjaya ke?"

"Bukan tak nak. Cuma nanti, Ira mesti sunyi bila abang takde. Sapa lagi nak temankan Ira study. Sapa lagi nak temankan Ira jalan2. Nanti kalau Ira rindukan abang, macam mana? Abang jauh..." Shaira sudah tersedu. Air matanya mengalir deras di pipi.

Fakhrul menarik Shaira ke dalam dakapannya. Tangannya mencakup wajah manis Shaira, menyapu pipinya yang basah. Mereka saling berpandangan. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tahu2 saja, Shaira menolak keras tubuh Fakhrul yang melekat di tubuhnya. Tangannya menyentuh bibirnya yang baru disentuh oleh Fakhrul. Wajahnya merah padam. Matanya melotot pada Fakhrul, seakan tidak percaya dengan apa yang baru dilaluinya sebentar tadi.

Fakhrul tahu dia bersalah pada gadis yang dipujanya siang malam itu. Dia tak kuat menahan rasa kasih yang mendalam pada Shaira. Tiap kali bersama gadis itu, rasa sayang dan cintanya seakan membuak2. Itu yang membuatkan dia tak dapat menahan diri sebentar tadi. Betapa kuatnya hasutan syaitan pada anak muda ini.

Fakhrul menjerit memanggil nama Shaira berkali2 bila gadis itu berlari laju meninggalkannya di pondok kebun itu menuju ke rumah.

Dia Milikku - 16b

Mumbling o milanhawkin at 10:24 AM 0 demented soul(s)
"Abang, kenapa ni?" Shaira menyoal sambil membelek muka Fakhrul. Matanya lebam kehitaman. Bibirnya berdarah. Dengan cemas, dikeluarkan sapu tangan dari poket baju sekolahnya dan segera mengesat darah yang mengalir dari situ.

"Abang tak apa2. Ira jangan risau ek" kata Fakhrul. Hatinya berbunga senang bila melihat Shaira kerisauan begitu. Terasa dirinya disayangi.

"Ira tau abang gaduh dengan si Bob gemuk tu, kan?" telah Shaira. Kali ini dia membasahkan sapu tangan tadi dengan air masak yang sentiasa dibawanya ke sekolah. Dengan berhati2, dia menyapu di sekitar mata kanan Fakhrul.

"Habis, sapa suruh dia tarik tocang Ira, kacau Ira tiap kali Ira balik dari sekolah? Bob tu memang kena ajar sikit!" bentaknya. Terbayang2 muka Bob yang melutut di kakinya meminta belas setelah dia membelasah budak gemuk itu. Fakhrul senyum puas. Tak disangka Bob mengadu pada abangnya, Jon yang jauh lebih besar dari dirinya. Kerana itulah matanya boleh lebam. Pun begitu, dia tetap menang bila Jon juga tumpas di tangannya. Kemudian dia mengaduh kesakitan apabila dengan sengaja Shaira menekankan sapu tangan tadi pada matanya kuat2.

"Padan muka! Ada ke pasal ini pun nak gaduh" balas Shaira dengan geram. Shaira memandang perkara itu sebagai perkara yang boleh dibawa berunding. Bagi Fakhrul pula, tiada siapa boleh menyentuh Shaira selain dirinya.

"Ira ni, tak sayang abang ke? Sakit tau!" rajuk Fakhrul. Shaira tersengih2.

"Sebab sayanglah ni. Ira tak nak abang gaduh lagi, dengan sesiapapun tau. Tengok, abang dah lebam2 macam ni. Ira susah hati. Abang jangan gaduh lagi ye" pujuk Shaira pula.

"Habis, kalau ada yang kacau Ira lagi?"

"Rasanya, lepas ni, mesti dah takde orang berani kacau Ira lagi. Diaorang mesti dah serik dengan penangan abang tu, betul tak?" Fakhrul mengangguk2. Hatinya masih dilambung rasa bahagia bila Shaira mengaku menyayanginya.

"Jom balik. Nanti Opah risau" ajak Shaira. Tangannya dihulurkan pada Fakhrul. Dengan senang hati, Fakhrul menerimanya. Mereka berpimpin tangan pulang ke rumah.

Dia Milikku - 16a

Mumbling o milanhawkin at 10:19 AM 0 demented soul(s)
"Ahhh... sakit..." tubuh Shaira yang kecil itu sudah tumbang ke tanah. Basikal yang dikayuh tadi sudah meluncur entah ke mana. Kedengaran tapak kaki bersama jeritan kesakitan mengikutnya dari belakang.

"Ira, meh sini. Lari cepat. Cepat!" Fakhrul menjerit cemas. Tanpa menunggu budak kecil berusia 5 tahun itu bangun, dia sudah meraih tubuh kecil Shaira dan mencempongnya sambil berlari. Fakhrul yang tua 4 tahun dari Shaira sendiri merasa cemas dengan keadaan mereka kali itu.

"Abang, cepat! Lari!" Shaira di dukungannya menjerit cemas. Sekumpulan tebuan hutan sedang mengejar mereka berdua tanpa belas. Seekor dari tebuan tadi berjaya menyengat lengan Shaira hingga menyebabkannya jatuh dari basikal. Fakhrul ternampak sebatang sungai yang selalu diselusuri bersama Shaira. Tanpa menunggu lagi, dia terjun bersama Shaira ke dalam sungai tersebut.

Dek kejadian Fakhrul yang cuba mengait layang-layang Shaira yang tersangkut di pokok, dan secara tidak sengaja tertusuk sarang tebuan, seminggu Shaira demam dengan bengkak di lengan. Fakhrul juga mendapat beberapa sengatan di badannya. Mungkin kerana dia anak lelaki, dia tak banyak merungut walau tetap mengaduh sakit tiap kali Opah menyapu bahagian yang disengat tadi dengan ubat tradisional kampung. Kerana kejadian itu juga, puas Mak dan Abah memarahi mereka berdua.

Dalam sakit2 sebegitu, Shaira sempat tersenyum geli hati pada Fakhrul yang sudah bengkak mukanya. Fakhrul juga balas senyum dengan kasih yang terpancar di matanya. Dia sanggup melakukan apa saja untuk Shaira. Apa saja.

Thursday, October 4, 2007

Dia Milikku - 15

Mumbling o milanhawkin at 3:30 PM 0 demented soul(s)
"Nah, minum kopi ni" Aida menghulurkan cawan yang masih berwap kepadaku. Aku menyambutnya dalam getar yang masih tak padam.

Perlahan kuhirup minuman itu. Seteguk. Dua teguk. Kemudian aku meletakkan cawan itu di meja sebelah katil. Aku menarik nafas, kemudian melepaskan keluhan yang panjang. Aida yang sudah duduk di sisiku meraih jemariku, mengusapnya perlahan.

"Aku rasa sudah masanya kau bercerita pada aku, Ira" Aida memulakan bicaranya. Aku tahu sikapku tadi menimbulkan tanda tanya pada Aida.

Aku tunduk memandang lantai. Sejak tadi aku hanya menangis dan menangis di ribaannya, hinggakan lemah seluruh tubuhku. Aida yang memapah aku ke bilik tidur dan menyelimutkan aku. Sepanjang petang itu aku disuruh berehat. Dan kini, dia seakan meminta jawapan kenapa aku berkelakuan begitu. Sekali lagi aku menarik nafas dalam2.

"Ira..." seru Aida lagi. Mataku bergenang lagi mendengarkan suara yang memujuk itu. Dengan agak kasar, aku mengesat mataku berkali2. Aku tak sudi menangis lagi. Sungguh aku tak sudi menangis untuk Fakhrul. Cukuplah dengan air mata yang pernah kuhamburkan 2 tahun lepas.

"Aku tak apa2, Aida. Betul..." mendatar saja aku menjawab. Kutarik selimut menutupi seluruh badanku. Aku rasa lemah sekali. Fikiranku bercelaru.

"Jangan begini, Ira. Kau kena luahkan perasaan kau. Jangan simpan macam ni aje, buruk padahnya" nasihat Aida itu kupandang sepi. Aku merebahkan kepala ke bantal. Aku mahu tidur lagi. Aku mahu melupakan semua yang berlaku hari ini. Semuanya!

"Biarlah, Aida. Aku letih sangat ni. Aku nak tidur" dalihku.

"No! Kau kena bagitahu juga pada aku. Aku nakdengar. Kau sampai hati nak biarkan aku susah hati dengan perangai kau yang macam ni? Kau tak anggap aku kawan ke?" marah Aida. Suaranya sudah meninggi. Agaknya dia sudah penat melayan karenahku yang hanya tahu mengalirkan air mata.

"Aida, please!" pohonku lagi.

"No, you have to tell me everything. Everything, Ira!" tegas Aida bersuara kali ini. Dia sudah menarik bahuku agar mengadapnya. Kami bertentang mata. Aku dengan kedegilanku, dan dia dengan kedegilannya.

"Please..."

Akhirnya aku mengalah. Aku mengangguk, menolak perlahan tangannya di bahuku. Kemudian aku bangun dari katil, melangkah dengan lemah ke jendela. Tanganku membuka daun tingkap, membiarkan angin malam yang dingin menyerbu masuk ke bilik, menenangkan hati ini.

"Baiklah, kalau kau nak dengar sangat cerita aku ni..." sedikit ketus aku bersuara.

Dia Milikku - 14

Mumbling o milanhawkin at 3:29 PM 0 demented soul(s)
Aku membuka pintu kereta Tiara, mencapai tas tangan di bahagian penumpang dan menarik kunci dari slotnya. Pintu kereta kututup rapat dan menguncinya secara manual. Maklumlah, kereta lama. Segala2nya perlu dibuat secara manual. Tanpa sedar, sebenarnya ada yang sedang menanti kepulanganku kali ini.

"Assalamualaikum" suara garau itu menyentuh gegendang telinga. Jantungku seakan berhenti rentak untuk sesaat dua. Aku berpaling ke arah suara itu demi memastikan apa yg kudengar sebentar tadi. Mataku bulat memandang pada susuk tubuh itu.

Dia masih tak berubah. Masih bisa menggetarkan perasaan ini. Fakhrul Ariffin berdiri tegak, tampak sedikit ragu2 mengadapku. Wajahnya begitu gelisah dan nampak salah tingkah. Aku membuang pandang. Sungguh aku tak sudi untuk melihatnya lagi. Kenapa dia perlu datang mencariku? Apa lagi yang dimahukan dariku? Ya Allah, kali ini ujian apa pula yang harus kutempuhi? Tabahkanlah hati hambaMu ini, Ya Allah.

"Apa awak nak?" aku bertanya kasar dengan nada yang tertahan-tahan. Lelaki seperti ini hanya layak dilayan begitu. Tak mungkin aku akan bersopan lagi di hadapannya. Tak perlu lagi untuk aku berbudi bahasa.

"Ira, benci sangatkah Ira pada abang?" soal Fakhrul seraya melangkah setapak. Aku pula mengundur dua tapak. Aku tak ingin untuk berada dekat2 dengannya. Kalau boleh, sampai mati pun aku tak mahu menatap wajahnya lagi. Hati ini seakan tercarik2. Pedihnya hanya Allah saja yang tahu.

"Kalau awak takde apa2 yang penting untuk beritahu pada saya, saya mohon tolong jangan ganggu saya lagi" keras aku membentak bila melihat dia hanya mendiamkan diri. Fakhrul memandangku dengan pandangan yang sayu. Ah, peduli apa aku! Muka kesian lelaki itu tak laku di sini. Kaki kuhayun meninggalkannya di tempat parking. Seperti yang kuagak, Fakhrul juga turut melangkah menyaingiku.

"Sayang, tolong jangan lari dari abang lagi. Please sayang" Fakhrul merayu. Hah, merayu konon. Aku sedikit berlari, dengan niat mahu meninggalkannya. Tanpa kuduga, tangan gagahnya meraih lenganku, membuatkan aku hampir terhenyak ke belakang. Aku menentang matanya dengan penuh perasaan benci. Dia nampak terkilan dengan pandanganku itu.

"Awak, tolong lepaskan tangan saya. Awak bukan ahli keluarga saya, mahupun suami saya untuk menghalalkan apa yang awak buat sekarang!" aku hampir memekik. Dia yang termangu melonggarkan cengkamannya tadi. Beberapa penghuni di sekitar perumahan flat yang kebetulan lalu lalang di situ memerhatikan tingkah kami. Wajahku memerah menahan perasaan malu yang bertandang. Tak guna!

"Sayang..." lirih sekali suaranya, namun sedikitpun tidak berkesan padaku. Lelaki itu tidak layak untuk dikasihani. Jika Allah menghalalkan perbuatan membunuh, sudah pasti dialah orang pertama yang akan aku habisi nyawanya. Begitu bencinya aku pada sidia yang dulunya menghiasi malamku dengan mimpi indah. Kini, mengingatinya adalah mimpi yang paling menyiksakan batinku.

"Jangan sesekali panggil saya dengan panggilan sebegitu. Dont you ever dare! Saya dah jemu, dah jelak bila panggilan itu datang dari mulut awak yang kotor tu" aku sudah naik darah. Jari telunjuk kuacungkan ke mukanya.

"Ira, please. Bagilah abang peluang untuk jelaskan semuanya" rayunya lagi.

"Jelas apa lagi?" tanpa sedar aku menjerit, meluahkan perasaan marah yang berbuku di dada. Nafasku turun naik. Tas tangan kugenggam erat. Diikutkan rasa marah, mahu saja aku humbankan tas tanganku ini ke wajah tampan itu. Geramnya aku!

"Sudahlah En Fakhrul Ariffin. Awak tak berhutang apa2 penjelasan pada saya. Saya juga tak ada hati nak dengar segala penipuan awak tu. Saya bagi amaran, jangan dekati saya lagi lepas. Kalau tak, saya report polis!" jerkahku tanpa segan silu lagi. Biarlah kalau ada sesiapa yang mendengarnya. Aku tak peduli lagi. Kali ini, bila aku melangkah naik ke flatku, dia sudah tidak mengekoriku lagi.

Tanganku terketar2 mahu membuka pintu rumah. Air mataku mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Wajahku sendiri sudah basah dek empangan yang pecah. Sebaik saja daun pintu kubuka, aku terjelepuk ke lantai bersama sedu sedan yang semakin menyesakkan dada. Aku bagai hilang arah untuk seketika.

"Ira! Ira, kenapa ni?" Aida yang meluru ke arahku kelihatan kaget.

"Aida..." aku menyembamkan mukaku ke bahunya, cuba meredakan tangisanku. Pelukan Aida semakin erat. Dan aku menangis semahu2nya di dalam dakapan seorang teman.

Dia Milikku - 13

Mumbling o milanhawkin at 3:28 PM 0 demented soul(s)
Sudah seminggu berlalu sejak hari itu. Biarpun benakku sering dihimpit dengan perasaan ingin tahu yang menggebu, aku masih mampu menghabiskan masa dengannya tanpa menyentuh tentang perkara itu. Aku takut. Takut kenyataannya bakal mencalar perasaan yang tumbuh di dalam hati ini. Sesungguhnya, aku terlalu menyenangi lelaki tinggi lampai itu. Aku tak mahu nanti aku terpaksa menjauhkan diri darinya.

Pada setiap petang, aku akan singgah ke Sunway untuk melihat Akid beraksi di gelanggang. Permainan bola keranjangnya memang hebat. Agaknya sudah setanding dengan mana2 pemain professional. Aku gemar melihatnya merogoh bola ke dalam jaring dengan gaya 'slam dunk'nya. Nampak hebat aje.

Hari ini juga, seperti hari2 yang lain, aku duduk di bangku di suatu sudut, memerhatikan permainannya. Aku tahu dia menyedari kehadiranku kerana sesekali mata kami akan bertembung dan menyapa. Setiap kali dia berjaya menjaringkan mata, dia akan melambaikan tangannya padaku sambil tersenyum girang. Saat itu adalah saat yang paling bahagia kurasakan. Kembang hati ini setiap kali dia tersenyum padaku.

Sungguh, dia tak nampak seperti lelaki yang sudah punya isteri dan anak. Wajahnya juga tidak kelihatan seperti layaknya suami orang. Lagi pula, usianya masih muda. Hanya setahun lebih tua dariku. Tuhan, layakkah rasa cemburu ini tumbuh di hati setiap kali aku terkenangkan kemungkinan perempuan yang berdiri di sebelahnya di dalam gambar itu adalah isterinya?

Sepanjang perkenalan kami, tidak pernah dia berlaku lebih dari seorang teman yang baik. Aku sendiri kadang kala keliru dengan hubungan ini. Kalau aku ini sekadar kawan, perlukah aku datang setiap hari ke sini semata2 ingin berjumpa dengannya? Tidak perlu kan? Jika dia pula hanya menganggap aku ini hanya salah seorang dari kawannya, mengapa pula dia harus menelefonku saban malam sebelum mata terlelap? Tak harus kan? Tapi kami tidak pernah berbincang tentang perasaan. Tidak sekali pun. Dia tak pernah menyoal tentang statusku, dan begitulah sebaliknya. Jadi, kenapa aku pula yang terasa tertipu walau dalam masa yang sama mengharapkan gambar itu adalah ilusiku semata2?

Mungkin, bayi didukungannya itu adalah anak saudaranya. Mungkin perempuan cantik di sebelahnya adalah adiknya. Mungkin juga Akid memang pernah berkahwin dan punya anak, dan isterinya sudah meninggal dunia. Segalanya mungkin, bukan?

"Lewat you sampai hari ni?" Akid menyapa sambil mendekati. Khayalanku tadi segera terbuang jauh. Aku menoleh padanya dengan senyum di bibir. Bajunya lencun dengan peluh. Nafasnya juga sudah termengah2. Tangannya mengeluarkan sehelai tuala kecil dari beg sukannya untuk mengesat peluh di muka dan leher. Aku hanya tersenyum memerhati. Akid, dalam keadaan apa sekalipun, tetap nampak segak dan bergaya. Beg sukannya diletakkan di sebelahku.

"Saya banyak kerja kat office tadi. Ingatkan tak sempat nak tengok awak main hari ni" balasku pula seraya mengeluarkan sebotol air mineral dari handbagku dan kuhulurkan padanya. Akid mengucapkan terima kasih lantas meneguk rakus air mineral tadi. Itu rutinku sejak aku mula menemaninya datang bermain bola keranjang ini. Ini salah satu minatnya yang tak dapat ditinggalkan sejak dari alam remaja, katanya.

"Kerja, sampai bila pun tak habis" usik Akid sambil melabuhkan punggung tidak jauh dari tempat aku duduk. Aku pula memandang terus ke arah gelanggang, malu mahu menatap terus padanya. Hatiku berkocak hebat setiap kali mata kami bertemu.

"Betul tu, tapi kerja kan ibadah. Jadi kenalah buat sebaik mungkin. Barulah Allah redha" Akid tersenyum mendengar kata2ku. Kepalanya diangguk2kan. Mungkin bersetuju dengan kenyataan itu.

"Shai, you perasan tak?" Aku berpaling menatap wajah itu dengan kerut di dahi.

"Perasan apa?"

"You selalu bahasakan diri you, 'saya' dan you panggil I, 'awak'. Dan I pula bahasakan yang sebaliknya. You tak rasa pelik ke? Macam itik bercakap dengan ayam” komennya serius. Aku ketawa. Memang dah lama aku perasan. Sejak dari mula kami berkenalan lagi. Kerana aku rasa janggal untuk ber'I-you' dengan sesiapa, aku memanggilnya 'awak'. Takkanlah aku nak memanggilnya 'Akid' dan membahasakan diri aku pula 'Shai'? Nampak gedik je. Tak kuasa betul.

"Habis tu? Saya tak biasalah nak ber'I-you' ni. Apa salahnya saya ber'saya-awak'?”

"Kalau macam tu, panggillah nama lain" sarannya. Ada senyuman nakal bermain di bibir nipis itu. Suka betul menggoda aku.

"Hmm... OK, saya panggil awak 'Akid' aje ye" Akid cepat2 menggelengkan kepalanya berulang kali.

"Habis?

"Panggil I, 'abang' sebab I lagi tua dari you"

"Alah, takat tua beberapa bulan tu je, tak payahlah sangat" aku mengusiknya dalam debar yang semakin hebat melanda. Hangat wajahku cuba kusembunyikan darinya dengan memandang teman2 Akid yang sudah mula meninggalkan gelanggang.

"Still... you have to call me 'abang'. And I'll call you... hmm... apa ye... sweetheart?" Aku tahu dia sedang merenung tepat ke arahku, seakan cuba meneliti reaksiku pada kata2nya. Ya Allah, malunya aku saat itu. Dia ni, sengaja mahu mengusik aku barangkali.

"Ish, awak ni. Suka nak mengarut tau. Dahlah, saya nak balik. Lagipun dah lewat petang ni. Assalamualaikum!" pantas aku meninggalkan bangku dan berlari2 anak ke tempat aku memarkir kereta. Sebenarnya aku tak mahu dia melihat wajahku yang sudah seperti udang kena bakar. Merah! Dalam masa yang sama, aku seakan terdengar Akid ketawa. Adakah dia sedang menduga aku? Untuk apa?

Rasa bahagia yang menyelinap ke lubuk hati ini serta merta hilang bila fikiranku terarah kembali pada gambar di bilik En Halim itu. Ah, dia baru mengusik begitu, aku sudah menggelabah begini. Perasannya aku!

Baru saja aku mahu masuk ke perut kereta, telefon bimbitku berbunyi. Ada sms yang masuk.

-Abang tunggu Shai datang esok-

Aku berpaling ke arah Akid. Dia masih di bangku itu, tersenyum memandangku. Tangannya di angkat, melambai2 ke arahku. Kemudian tangannya di bawa ke bibirnya, seolah meniup sesuatu di telapak tangan. Flying kiss pertama dari lelaki yang semakin mendapat tempat di kalbu ini. Mak, mungkinkah anakmu ini sudah jatuh cinta untuk kali kedua?
 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review