|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, May 25, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 4

Mumbling o milanhawkin at 2:54 PM
Perbincangan kami pada malam itu sedikit sebanyak membantu kami semua mencapai kata sepakat untuk tajuk yang akan dipilih. Dalam perbincangan itu, Kamal Hadilah yang paling banyak mengemukakan pandangan dan idea bernas. Memang dasar budak genius!

Selepas selesai untuk peringkat pertama, kami semua berjanji untuk berjumpa pula pada hujung minggu, mencari bahan tambahan untuk dimasukkan ke dalam artikel kami nanti. Aku dan Aiza kembali ke asrama kami dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak universiti. Kamal Hadi dan Shahid pula kembali ke rumah sewa masing2.

Dalam perjalanan ke asrama, aku menerima mesej ringkas dari Kamal Hadi dari telefon bimbitnya. Aiseh, memang hari bertuah aku rupanya. Dapat nombor telefon jejaka pujaan.

‘Hana, ini nombor saya. Nanti paskan pada Aiza juga. Senang nak buat perjumpaan lain kali’

Aku tersenyum macam kerang busuk menerima mesej itu. Macamlah si dia tu tengah bagi ayat2 romantis. Tapi hatiku tetap berdendang riang.

“Apsal ko sengih2 ni? Pakwe bagi mesej ek?” usik Aiza yang duduk di sebelahku. Walaupun kami tidak sebilik, tetapi Aiza tergolong dalam kategori teman rapat padaku. Mungkin kerana kami punya hobi yang sama, iaitu membaca novel cinta! Selalulah aku dan Aiza bertukar2 buku. Malah kalau aku teringin nak ke MPH, Aizalah penemanku yang setia.

“Takdelah. Ini mesej dari Kamallah. Nah, ambik nombor tepon dia. Nanti senang sket nak calling-calling” ujarku, menghulurkan telefonku padanya. Aiza tersengih cuma. Aku tahu dia mengetahui tentang perasaanku pada Kamal Hadi meskipun aku tak pernah bercerita.

“Kau ni, dapat mesej macam ni pun dah angau” usiknya sambil ketawa. Aku segera menyikunya perlahan.

“Janganlah gelak kuat2. Malu aku tau” Aku tahu wajahku sudahpun memerah. Aiza mencebik lalu menaipkan nombor Kamal Hadi ke dalam telefon bimbitnya.

“Nanti bolehlah kau sms dia selalu, lepaskan rindu” Aiza tak habis2 mahu mengusikku. Aku sekadar tersenyum malu. Apa lagi yang boleh kubuat? Tapi aku tahu aku takkan senang2 menelefon atau menghantar mesej pada lelaki itu. Malulah!

Lagipula aku bimbang dia merasa terganggu dengan semua itu. Bukankah kami di sini untuk menimba ilmu? Hal cinta boleh difikirkan kemudian. Kami semua masih muda. Masih di awal duapuluhan. Ini tahun ketiga kami di sini. Dan tidak mungkin untuk aku mensia-siakan penat lelah ummi dan babah hingga aku boleh berada di sini.

Sampai saja aku di bilik, kulihat ada bungkusan di atas katilku. Aku mengerut dahi. Bungkusan apa ni? Cantik dan kemas sekali balutannya. Aku macam tahu2 saja siapa yang mengirimnya, tapi aku tetap mahu bertanya.

“Ju, sapa bagi ni?” soalku pada teman sebilikku, Juliana. Aku meletakkan beg sandangku ke atas meja study.

“Oh, adik kau datang tadi tapi kau takde. Dia tinggalkan bungkusan ni untuk kau” beritahu Juliana. Gadis itu kembali menelaah. Juliana ni memang rajin menelaah. Selalu juga aku lihat dia tidur bersama2 buku2nya. Patutlah dia asyik score je tiap2 semester.

Haa... kan aku dah cakap. Aku memang dah agak adik kesayangan aku tu punya kerja la ni. Aku naik ke katil tanpa menukar baju kurungku. Tak sabar mahu melihat kandungan di dalam bungkusan tersebut. Qish, apa la kau bagi kat akak ni ye. Nak kata birthday, lambat lagi.

Aku tersenyum lebar melihat sebuah diari comel berwarna pink terletak elok di dalam kotak. Ada nota kecil dilekatkan di atas diari tersebut.

‘Kak Hana sayang, sila gunakan diari ni dengan sebaik2nya ye! I know how much you love to write. Saja je Qish hadiahkan untuk akak. Tak perlu birthday atau anniversary utk bagi hadiah kan? Love you sis! Muach!’

Aku tergelak kecil. Aduhai adikku sayang, suka sangat jadik cute macam ni. Hubungan kami rasanya lebih dari adik-beradik kandung. Kami terlalu rapat antara satu sama lain. Tiada rahsia antara kami. Malah kami sudah di ajar untuk saling berdiri teguh di sisi satu sama lain.

Dan Balqish Azwani, adik tunggalku ini memang selalu memberi kejutan padaku, malah pada ummi dan babah juga. Aku masih ingat pada hari lahirku yang lepas, Balqish menghadiahkan aku dua buah katak yang besar, dan dua buah katak yang kecil, dari warna dan rupa yang sama. Katanya, yang besar tu ummi dan babah, dan yang kecil tu adalah kami berdua. Rasionalnya, ‘keluarga katak’ tu nampak bahagia dan comel2 belaka.

Tit! Tit!

Ada sms?

‘I know you luv me. I luv u 2’

Balqish! Memang dia selalu membuat aku tersenyum. Aku segera membalas mesejnya.

‘Tq darl. Ptt tggu akak balik. Miss u so much. C u dis weekend. Kem slm pd ummi & babah gak’

Ah, rasanya hidupku ini sudah terlalu sempurna. Ada ummi dan babah yang menyayangiku tanpa berbelah bagi. Ada adik yang begitu comel dan manja. Dan ada pujaan hati yang cukup sempurna di mataku.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review