|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Saturday, August 23, 2008

Forum Cari

Mumbling o milanhawkin at 10:21 PM 0 demented soul(s)
Forum kat cari.com.my tu rasanya tengah down sbb sampai la nie milan xleh nak masuk sana. Apa kejadahla deme tu tgh buat ye... Dahla susah sgt nak masuk sana, sampai skang xleh nak masuk langsung!

Ermm... tp... ye la.. I've got no rights to say anything, am I?

Amihana: Nilai Sekeping Hati 22

Mumbling o milanhawkin at 5:50 PM 0 demented soul(s)
‘Bagi Honey masa untuk Honey fikirkan tentang semua ni.. Honey perlukan ruang untuk bertenang - Amihana’

Nota itu kuselitkan pada buku rujukan Kamal Hadi yang kupinjam sebelum ini. Kemudian aku serahkan pada Aida untuk diberikan pada Kamal Hadi. Biarlah, aku tak ingin bersemuka dengannya untuk saat ini. Aku mahu bersendirian.

Sudah seminggu kubiarkan mesej Kamal Hadi tidak berjawab. Panggilan telefonnya tidak kuendahkan. Kalau berjumpa di kelas pun, aku sekadar menjawab apa yang perlu. Tidak aku memberi peluang padanya untuk berbicara dengan panjang lebar lagi. Kalau nak diikutkan hati, aku memang tak nak ke kelas langsung. Tapi nanti apa pula kata Ummi dan babah kalau pelajaranku merosot.

Hanya Aida yang tahu ke mana aku mahu pergi. Yalah, aku memang ajak dia ikut aku sekali. Malah aku sudah minta dia bersumpah untuk tidak memberitahu sesiapa, ke mana aku akan menghilang. Nasib baik cuti kali ini, agak pendek, hanya dua minggu. Jadi tidak hairanlah kalau aku tak balik ke rumah pun. Cuma aku kena ada alasan yang kukuh untuk sebab itu.

“Ad, cuti dua minggu ni, kita gi Terengganu, nak?” tanpa berbasa-basi, aku menyuarakan cadangan yang telah kufikirkan berhari2 itu pada Adli, teman dari kecil merangkap jiran. Aku yakin, dia mesti tengah terkejut gile.

“Ish, kau ni... apsal? Gaduh ngan parents kau ke apa?” Ish, suka sangat serkap jarang...

“Taklah... alaa... panjang sangat cerita dia ni. Kau nak gi ke tak ni? Jomla, kita cuti sama2. Kita dah lama dah tak jumpa kan?” sengaja aku memujuk rayu Adli. Mintak2lah makan pujuk mamat ni.

“Mesti ada masalah besar ni. Dah, bila kau nak gi sana?” tanpa banyak soal lagi, Adli nampaknya bersetuju untuk mengikutku. Bukan apa, dia tahu agaknya kalau dia tak ikut aku, aku boleh je naik bas sorang2 gi sana. Bukannya tak pernah sampai Terengganu tu.

“Esok? Kalau boleh, aku nak dok sana sepanjang cuti ni. Kau temankan aku la. Lagipun nenek kau mesti syak pape kalau aku gi sorang2. Dah lama tak jumpa nenek kau ek, mesti dia rindu kat aku tu..”

“Dah tau dah. Okla, esok aku datang ambil kau kat hostel. Kita bertolak terus ke sana” cadang Adli pula.

“Thanks, Ad. Ko memang best friend aku. Oh, lupa nak cakap, aku bawak kawan aku, Aida sekali tau”

“OK... kalau gitu, aku nak ajak kawan aku jugakla. Mana tau ada budak2 kat kelas aku tu yang teringin nak pergi Terengganu jugak”

“Bagus gak cadangan kau tu. Hoyehhh... mari kita berhuha-huha”

“Dah, jangan sampai sana asyik nak nangis dah la..” sempat lagi Adli ni memperli aku. Dasar best friend, walau jarang berjumpa, dia tetap tahu isi hatiku.

Pada Ummi dan Babah, kukhabarkan aku ingin bercuti bersama Adli ke Terengganu bersama beberapa lagi teman. Tanpa banyak soal, Ummi dan Babah merestui pemergianku. Lagipun mereka tahu betapa akrabnya aku dan Adli. Nasib baik mereka tidak menyuruh aku membawa Balqish sekali. Mereka agaknya masih tidak tahu ada krisis antara aku dan Balqish. Pada Balqish... aku masih tidak sanggup mahu bercakap dengan adikku itu. Tidak mahu lagi melukai hatinya, dan tidak ingin hati ini dipijak2 olehnya.

Amihana: Nilai Sekeping Hati 21

Mumbling o milanhawkin at 4:52 PM 0 demented soul(s)
Wajah tampan Kamal Hadi kurenung dalam-dalam. Rasa kasih yang dulunya membuak-buak untuk lelaki itu setiap kali menatap wajahnya, kini telah beransur pudar. Nyatanya aku semakin dalam keraguan. Pun begitu, untuk melepaskan lelaki ini pergi, rasanya aku tidak betah hidup tanpanya.

Yelah, dia cinta pertamaku. Dia lelaki pertama yang mencuri hati ini. Dia lelaki pertama yang kuserahkan perasaan cinta ini. Tapi sanggupkah aku mempercayai kata2nya dan melupakan kata2 Balqish? Bagaimana pula dengan Balqish nanti? Takkan aku akan sampai hati berlaku kejam pada adikku sendiri? All is fair, in love and war. Itu kata2 orang putih. Tapi aku ini masih lagi Melayu, masih lagi beragama Islam.

“Honey, trust me. Abang takkan main2kan Honey. Honey sendiri tahu abang lelaki yang bagaimana, kan?” rayuan Kamal Hadi sedari tadi kudengar. Dia memang tak jemu2 memujukku.

Aku mahu saja mengangguk, tapi seakan masih ada yang belum kuketahui sepenuhnya. Bagaikan ada rahsia yang tidak dikongsi oleh Kamal Hadi. Jemariku diraihnya dan digenggam erat.

“Abang hanya sayangkan Honey, bukan Balqish” luahnya. Aku diam, cuba untuk berfikir. Agaknya kerana peristiwa yang berlaku hari ini begitu besar impaknya, otakku jadi tidak mahu mengerah tenaga. Aku buntu.

“Sayang, jangan diam begini. Please say something...” Aku mengangkat wajahku yang menunduk. Bibir kukertap perlahan.

“Sebelum ni, abang pernah tolak perasaan Honey pada abang. Abang ingat kan? Kenapa? Kenapa masa tu abang tolak Honey? Honey pun rasa pelik kenapa lepas cuti je, abang terus je rapat dengan Honey. I mean... takkan semudah itu kan?” aku segera bertanya. Memang aku sering tertanya2 kenapa Kamal Hadi pernah menolak luahanku padanya sebelum ini. Dan kemudiannya tiba2 saja dia berubah pula menjadi lelaki paling romantik padaku.

Kamal Hadi mengeluh perlahan. Matanya dipejamkan untuk sesaat dua. Apa yang sedang difikirkannya? Apa yang bermain di dalam mindanya?

“Kerana masa tu, abang hanya mahu bagi tumpuan pada study. Walaupun abang dah lama sukakan Honey, tapi abang ingat abang mampu tahan perasaan ni. Selagi Honey tak tahu apa yang ada dalam hati abang ni, abang yakin abang boleh mengawalnya” Kamal Hadi menelan liur.

“Bila Honey luahkan perasaan Honey pada abang, abang terlalu gembira masa tu. Tak sangka, Honey juga punya perasaan yang sama pada abang. Namun bila abang fikirkan abang ni tak punya apa2 lagi, masih lagi seorang pelajar, abang nekad lupakan hasrat abang tu. Abang mahu berjaya dulu. Berjaya sebagai seorang manusia, barulah abang boleh bersemuka dengan Honey sebagai seorang Kamal Hadi yang benar2 menyintai seorang Amihana”

Luahan Kamal Hadi membuatku sebak.

“Tapi, Balqish... dia adik Honey, abang. Yang Honey sayang lebih dari adik kandung Honey sendiri. Honey rasa bersalah sangat pada dia. Mungkin betul katanya, Honey ni perampas. Honey rampas abang dari tangan adik Honey sendiri” aku menunduk lagi. Pipiku basah lagi.

Aku tak dapat menahan rasa sedih bila Balqish sendiri membuangku dari hidupnya. Ummi, Babah, Hana yang bersalah. Hana dah lukakan hati Balqish. Hana bukan kakak yang baik.

“Honey, abang tak pernah buat apa2 pada dia. Abang tak pernah langsung cakap yang abang sukakan dia sebagai seorang perempuan. Abang hanya anggap dia sebagai adik abang saja. Tak pernah lebih dari itu!” tegas Kamal Hadi lagi. Aku benar2 mahu percaya, tapi entahlah...

“Habis, hadiah-hadiah tu... siapa yang bagi? Kenapa Qish cakap abang yang bagi? Mustahil Qish nak buat2 cerita macam tu je” suaraku.

“Abang tak tahu... yang penting, bukan abang yang hadiahkan semua tu pada dia. Apa yang patut abang buat supaya Honey percayakan abang?”

Air mataku menitis lagi. Beratnya perasaan ini. Perasaan yang berbelah bagi. Yang mana satu harus aku percaya?

Wednesday, August 20, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 20

Mumbling o milanhawkin at 4:55 PM 0 demented soul(s)
Aku melirik pada Balqish yang sudah basah pipinya. Kemudian kualihkan pandanganku pada Kamal Hadi yang tunduk sedari tadi. Aku menarik nafas panjang. Keluhanku juga panjang. Aduh, apa yang harus kulakukan saat ini?

Kakak jenis apalah aku ini, kekasih adik sendiri pun mahu dikebas dan dibawa lari. Dalam hal ini, akukah yang bersalah? Sedangkan sudah tahu Kamal Hadi itu pujaan hati Balqish, aku masih tetap mahu mendapatkan tempat di hati lelaki itu.

‘Macamlah takde lelaki lain dalam dunia ni. Kepunyaan adik sendiri juga yang mahu dirampas!’ Mungkin itulah yang akan orang lain cakap. Namun, realitinya bagaimana?

Sebelum ini, aku sengaja menjemput Balqish ke KLCC, memintanya menungguku di hadapan pintu masuk. Aku datang bersama Kamal Hadi. Kedua mereka tidak menyangka bahawa aku akan menemukan mereka.

Balqish yang melopong melihat jemariku yang berada dalam genggaman Kamal Hadi, mula mengalirkan air mata. Kamal Hadi pula... ah, bagaimana mahu kuhuraikan tentang lelaki itu? Jelas sekali dia tampak bersalah, tetapi tidak pula dilepaskan tanganku dari genggamannya. Akhirnya aku mengajak Balqish ke restoran ini. Sengaja pula mengambil tempat yang agak tersorok dari pandangan ramai.

Biarlah kuselesaikan semuanya hari ini. Aku tak mampu menanggungnya sendirian. Aku perlu tahu kebenarannya. Bukan mahu menuding jari tentang siapa yang harus dipersalahkan, cuma aku mahukan kepastian. Tidak yakin lagi untuk membuat spekulasi yang bakal merobek hati sesiapa. Lebih2 lagi Balqish...

Esakan Balqish membawaku kembali ke alam nyata. Aku menggigit bibir.

“Sam...sampai hati...abang...abang Kamal buat Qish macam ni” esak Balqish. Aku memejamkan mata. Panggilan ‘abang’ kepada Kamal Hadi benar2 membuatku sesak dengan cemburu sedangkan sebelum ini pun Balqish memang menggunakan panggilan itu pada Kamal Hadi.

Kamal Hadi hanya mendiamkan diri. Tidak bersuara sejak dari tadi. Dan genggamannya pada tanganku semakin kejap, walau sudah berkali aku cuba melepaskan diri. Apa perlunya ditambah garam pada luka Balqish, abang?

“Sampai hati jugak... Kak Hana... sanggup...sanggup rampas Abang Kamal dari Qish!” tuduhan Balqish itu terkesan juga pada tangkai hati. Aku sememangnya perampas...

“Jangan tuduh sembarangan, Balqish! Awak sendiri tahu apa cerita sebenarnya. Jangan belitkan keadaan ni!” baru kali ini lelaki itu bersuara. Berdosakah aku jika aku merasa bangga sekali bila Kamal Hadi mempertahankanku?

“Abang Kamal yang cakap, abang Kamal sayangkan Qish, cintakan Qish. Abang hadiahkan Qish macam2. Gelang tangan ni, teddy bear kat rumah tu...” Aku mengerling pada gelang di tangan Balqish. Memang ini kali pertama aku melihat Balqish memakainya. Malah aku yakin bukan Ummi dan Babah yang menghadiahkannya pada adikku itu. Kerana Ummi dan Babah selalunya membeli barang kami sepasang. Jadi tak mungkinlah...

Kamal Hadi merenung Balqish dengan tajam. Bibirnya dikertap dengan kuat. Agaknya menahan rasa marah.

“Saya tak pernah hadiahkan semua tu pada awak, Balqish. Tak pernah! Jangan buat cerita tak masuk akal di sini!” bentak Kamal Hadi lagi. Wajahnya semakin kemerahan menahan marah.

“Habis? Siapa yang bagi semua benda tu kat Qish? Siapa?” suara Balqish sudah semakin meninggi. Aku mengerling sekeliling, bimbang sesiapa mencuri dengar. Risau juga kalau kami tiba2 dihalau dari restoran ni kerana membuat onar.

Ya, siapa yang hadiahkan semua tu pada Balqish kalau bukan Kamal Hadi? Kenapa Kamal Hadi beria2 menafikannya? Kenapa Balqish pula beria2 mengatakan semua itu dari Kamal Hadi?

Balqish kemudiannya berpaling pula padaku. Matanya merah kesan tangisan, namun tetap mampu memberikan pandangan yang begitu tajam menusuk perasaan ini. Kebencian itu terpancar jelas pada matanya. Aku jadi sebak tiba2. Balqish tidak pernah memberikan pandangan sebegitu padaku.

“Kak Hana, sanggup Kak Hana buat Qish macam ni. Qish sayang Kak Hana, lebih dari keluarga Qish sendiri. Kak Hana satu2nya kakak Qish. Kenapa akak sanggup buat Qish macam ni? Kenapa?!!”

“Balqish! Jangan salahkan Hana!” sekali lagi Kamal Hadi mempertahankanku.

“Dasar perempuan perampas! Tak sedar diri hidup tu cuma menumpang kasih keluarga orang!”

Aku kaku di sisi Kamal Hadi. Tidak kusangka sama sekali, adikku boleh menuturkan kata2 sebegitu padaku. Kolam air mataku pecah jua akhirnya.

Tuesday, August 19, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 19

Mumbling o milanhawkin at 10:48 PM 2 demented soul(s)
“Kak Hana, Qish happy sgt hari ni tau. Abang Kamal hadiahkan teddy bear utk Qish. Besar pulak tu. Eiii...happynyer...!!”

Telinga ni rasa panas je. Niat baik aku untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir pada Balqish rupanya membawa padah pada diriku sendiri. Kenapa aku perlu dengar semua ni? Dan siapa yang harus aku percaya? Yang paling penting, kenapa aku dengan bodohnya berdiam diri tanpa menanyakan kebenaran ini dari mereka berdua?

“Kak Hana, Kak Hana rasa Abang Kamal tu betul2 sayangkan Qish ke tak?”

Argh, rasa macam sembilu yang menusuk lembut ke jantung. Walaupun lembut, namun tetap menyakitkan. Cemburu itu datang tanpa diundang. Benci itu benar2 menyiksakan. Entah ke mana rasa kasih yang tak berbelah bagi pada Balqish sebelum ini menghilang. Hanya kerana Kamal Hadi...

“Anyway, thanks sbb remember my birthday. Qish sayang akak!”

Air mata ini menitik lagi...

Aku mengerling pada Mr Teddy yang tersadai tenang di tepi bantal. Rasa geram, benci dan sakit hati menyelubungi hatiku. Tak sedar aku bangun dari kerusi study, menghampiri Mr Teddy dan seterusnya melemparkan tubuh gempal Mr Teddy ke luar tingkap. Rasa terubat sedikit rasa sakit itu bila melihat Mr Teddy melayang2 dari tingkat 4 dan jatuh menghempap jalan bertar. Pintu balkoni kututup dengan kuat.

“Weh, apa bising2 ni? Kot ye pun nak tutup pintu, takyahla sampai kau hempas macam nak tercabut pintu tu. Kau buat apa kat luar?” soalan Aida kutinggalkan sepi tanpa jawapan.

Tanpa mempedulikan Aida, aku meluru kembali ke bilik dan menghempaskan tubuhku ke tilam. Handphone kututup. Tak mahu diganggu sesiapa. Aku lena bertemankan air mata.

Pada petangnya, aku tersedar dari tidur. Aku kerling pada jam di dinding. Sudah pukul 5 petang. Rasa sakit kepala itu tiba2 menyerang. Aku memang jarang tidur petang. Bila bangun, aku mesti akan sakit kepala.

Aku mengiring ke kanan. Tanganku tergapai2 mencari Mr Teddy. Mana pulak Mr Teddy? Sesaat kemudian, aku berlari turun ke tingkat paling bawah dan mula mencari2 Mr Teddy. Takde!!

“Err.. ada nampak teddy bear besar tak kat sini?” aku mula bertanya pada mana2 saja pelajar yang kebetulan lalu di situ. Masing2 mengaku tidak tahu menahu tentang sebuah teddy bear yang terlantar di atas jalan sebelum ini.

“Akak ke yang campak teddy bear tu ke luar?” tanya seorang pelajar perempuan. Rasanya juniorku. Aku cepat2 mengangguk2kan kepala dengan mata bercahaya penuh harapan.

“Adik ada nampak tak teddy bear tu?”

“Saya rasa ada orang ambil tadi, akak. Saya pun tak tau sapa...” Jawapan junior itu benar2 membuatku kecewa dan kesal. Kenapalah aku jadi tidak sabar begini? Cepat sangat melenting sedangkan ini bukan diriku yang sebenar.

Macam mana ni? Apa aku nak buat? Apa aku nak jawab pada Kamal Hadi? Sungguh aku menyesal. Dengan lemah dan longlai, aku memanjat kembali tingkat asrama menuju ke bilik.

“Apsal monyok semacam je ni? Kau gaduh dengan Kamal ke?”

Aku mengangkat muka, memandang wajah Aida yang nampak begitu risaukan aku. Aku mengangguk perlahan, kemudiannya menggeleng. Aku memang tak gaduh dengan dia pun. Aku gaduh sorang2. Dah rasa nak nangis sangat2 ni.

“Kau ni, gaduh ke tidak? Sekejap geleng, sekejap angguk. Dah tak betul dah kawan aku ni” keluh Aida. Dia pula yang asyik menggelengkan kepala.

Aku tidak menghiraukan kata2 Aida. Kaki kuangkat lemah ke tempat tidur. Macam mana ni... mana Mr Teddy? Sapa yang ambil? Aku kena buat report polis ke? Tapi, bukannya Mr Teddy kena culik ke apa. Aku yang campak dia keluar. Waa... abang... maafkan Honey...

Tapi abangla yang salah! Sanggup tipu Honey sampai macam ni? Yang mana satu abang nak? Qish atau Honey?

“Daripada kau dok wat muka sedih gitu, baikla kau gi tepon si Kamal tu, selesaikan masalah korang elok2. Buruk la buat muka gitu” Aida seolah memberi sedikit semangat padaku.

“Tapi...”

“Tapi apanya?”

“Mr Teddy...” air mataku sudah mula bergenang.

“Apa? Teddy dah hilang? Siapa suruh kau main campak2 je bendalah tu? Dah hilang baru kau nak tercari2. Padan muka” nampaknya Aida benar2 marahkan aku. Aku diam tak berkutik, tahu salah sendiri.

“Kau cakapla sendiri dengan Kamal, macam mana hadiah dia tu kau hilangkan” Aida langsung tidak membantu, sebaliknya terus menghilangkan diri. Aku sudah mula menitiskan air mata. Macam mana aku nak cakap pada dia?

Tengah aku dok fikir macam mana nak bercerita pada Kamal Hadi, Aida muncul kembali dengan Mr Teddy di tangannya. Belum sempat Aida menghulurkannya padaku, aku sudah meluru ke arah Aida dan memeluk Mr Teddy dengan gemas.

Nasib baik jumpa!

“Thanks Aida. Nasib baik kau ada...”

“Ambil ni sekali dan telefon Kamal Hadi. Better sort out dengan dia sebelum mata aku ni makin sakit tengok perangai kau” Aida menghulurkan telefon ke tanganku. Seketika kemudian telefon itu bertukar tangan.

“Thanks again, Aida” aku senyum. Aida membalas. Aku merenung skrin telefon. Ada 5 sms. Kesemuanya dari Kamal Hadi. Ntah2 dia juga cuba telefon aku...

“Hello... Assalamualaikum.. Abang... esok kita jumpa?”

Ya, aku perlu selesaikan semua ini sesegera yang mungkin.

Saturday, August 16, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 18

Mumbling o milanhawkin at 8:36 PM 2 demented soul(s)
Selesai menonton wayang, Kamal Hadi membawa aku ke Kinokuniya pula. Katanya mahu membeli beberapa buah buku rujukan. Aku apa lagi, seronok la. Gedung ilmu sememangnya tempat yang paling aku gemari. Dan yang paling penting, aku tidak perlu terserempak dengan mamat senget itu di sini. Dia kan penjaga MPH!

“Honey, lepas ni kita makan ek? Hadi dah lapar la. Lepas makan baru kita balik. OK?” ujar Kamal Hadi memberi cadangan.

“Honey ok je. Hari ni kita makan Little Penang, nak? Honey rasa macam nak makan Assam Laksa lah” suaraku pula. Terasa kecur air liur mengingatkan Assam Laksa yang sudah lama tidak menjamah lidahku itu. Nyum nyum!! Kamal Hadi tersenyum.

“Anything for you, my dear” kata2nya itu menambahkan rasa bahagia ini.

Kami beriringan menuju ke Kinokuniya. Sambil memanjat escalator hingga ke tingkat atas, jemari kami saling bertaut mesra. Kadang2 tu rasa malu juga bila ada mata yang memandang, tapi bila hati sudah sayang, aku jadi tak peduli. Biarlah kami dengan dunia kami sendiri. Lagipun bukannya kami buat benda2 yang tak senonoh kan?

“Yang, Honey nak gi kat tempat novel dulu ek. Nanti Honey cari Hadi” Kamal Hadi sekadar mengangguk dan membiarkan aku berlalu.

Aku mencari2 novel2 terbaru keluaran penulis kegemaranku, Norhayati Berahim. Takde pulak novel barunya. Ah, takpelah, takkan dia nak keluarkan cerita baru setiap bulan, ye dak? Aku mencari pula novel keluaran Alaf 21. Mana tahu kot ada yang berkenan di hati. Bila ternampak buku baru dengan tajuk ‘Fitrah Kasih’, segera aku mengambil buku tersebut dari rak.

Aku membelek sedikit melihat kandungannya. Hmm... nampak macam menarik. Cuba je la baca. Aku tersengih sendiri. Bolehla... daripada takde langsung.

“Apa sengih2 tengok buku ni? Nanti orang cakap awak ni tak betul!”

Erk! Suara ni?! Rasa macam kenal je?

Si mamat senget dengan bangganya menayangkan giginya yang putih teratur di hadapanku. Ya Tuhan, apalah dosaku pada mamat ni. Kenapa dia macam ada kat setiap kedai buku yang pergi? Bukan dia pak guard MPH je ke? Takkan dah tukar kerja pulak?

“Ni tengok orang lama2 ni, dah berkenan ke? Rindu ek?” kata2nya itu seakan mengundang kemarahanku. Siapa dia untuk aku rindu2 ni? Sekeh kepala kang! Ops, ke dia nak balas dendam pasal aku jatuhkan dia itu hari? Alamak!

“Tengok tu, muka pun dah merah. Betullah awak rindu saya ek?” mamat senget senyum lagi. Bila dia buat muka tak menyakitkan hati macam ni, takde la nampak teruk sangat pun dia ni. Ada la jugak hensemnya. Tapi, hensem lagi Kamal Hadi, huhuhu...

Dan, sejak bila pulak dia pandai2 guna bahasa bersopan ni? Selalu ‘aku-kau’ je.

“Yang awak ni, pehal pulak tetiba kacau orang ni? Suka sangatla kacau saya kan? Huh!” aku menjuih bibir. Yang dia ni terpacak depan aku ni buat apa? Tepilah... orang nak lalu ni!

“Saya bukan kacau awak pun. Saya tegur je. Awak tu yang selalu carik pasal dengan saya” eleh, macam budak2 pulak kitaorang ni. Macam budak2 sekolah tadika pun ada bila cakap macam ni dengan mamat senget.

“Tepilah, orang nak lalu ni”

“Cakap la dulu kenapa awak dah lama tak datang MPH Mid Valley tu. Saya tunggu awak datang, tapi awak tak muncul2 jugak”

Aiseh, mamat ni serius nak balas dendam ke? Aku ni dahla tengah mood elok je. Malas nak carik gaduh.

“Awak nak balas dendam ke?” berani2 takut aku menyoalnya. Kalau betul nak balas dendam, aku memang tak bersedia langsung. Manalah nak tahu akan jumpa mamat senget kat sini.

“Taklah, saya...”

“Honey, napa ni?” suara Kamal Hadi menghentikan bicara kanak2 tadika kami. Kulihat Kamal Hadi sudah mencerlung ke arah mamat senget. Kamal Hadi segera datang mendekati kami dan berdiri di sisiku.

“Hadi...”

Kedua2 mereka berpaling memandangku. Si mamat senget tersenyum sinis ke arahku.

“Siapa ni? Dia kacau Honey ke?” Mak aih, si jantung hatiku ini pandai cemburu rupanya. Ni yang buat aku kembang semacam ni.

“Ermm... tak.. ini... err...”

“Hi, saya Imran Hadi, just a friend” si mamat senget menghulur salam. Ooo... namanya Imran Hadi... nama akhir yang sama dengan Kamal Hadi. Patutlah dia berpaling sewaktu kusebut nama ‘Hadi’ tadi.

“Saya Kamal Hadi, the boyfriend” tegas sekali Kamal Hadi, setegas salam yang disambutnya. Masing2 tidak langsung mengukir senyum. Mintak2lah mereka tidak bertegang urat kat sini.

“Hmm.. oklah, Honey. Saya jalan dululah ye. Bye!”

“Its Hana for you!” sempat pula Kamal Hadi memberi ucapan berbaur amaran. Aduhai...

“Honey, please la jangan layan lelaki lain selain dari Hadi” kali ini amaran itu berpaling pula padaku. Aku senyum memandangnya. Terasa ingin mengusik Kamal Hadi yang berwajah masam itu. Ini kali pertama dia menunjukkan rasa cemburunya.

“Tapi, tadi tu pun ‘Hadi’ jugak” Makin lebar senyumanku bila lelaki itu semakin menarik muka.

“Alalala... sorry yang. Honey gurau je. Nampaknya Honey kena panggil awak nama lainlah. Nanti tertukar pulak, jeles pulak buah hati Honey ni” aku cuba memujuk. Dalam hati, rasa macam nak tergelak je.

“Panggil abang!” Kamal Hadi menarik tanganku keluar dari Kinokuniya. Aiseh, tak jadi beli buku.

Amihana: Nilai Sekeping Hati 17

Mumbling o milanhawkin at 6:34 PM 0 demented soul(s)
Sebulan yang berlalu ini dipenuhi dengan bunga2 cinta antara aku dan Kamal Hadi. Cintakah? Entahlah, sebenarnya itu masih lagi menjadi persoalan yang tidak mampu kuhuraikan. Tidak, bukan tidak mampu. Aku tidak mahu menghuraikan sebenarnya. Kerana aku takut kebenaran itu akan menyakitkan.

Aku membiarkan perasaan ini dibuai bahagia. Aku biarkan Kamal Hadi melayanku seperti kekasihnya. Malah, aku biarkan diri ini merinduinya saban malam. Tidak terdetik langsung di hati ini bahawa perasaanku yang mementingkan diri sendiri ini, akan membawa retak pada hubungan aku dan Balqish.

Aku menjadi kakak yang kejam. Aku utamakan perasaanku berbanding adikku. Kerana seorang lelaki yang bernama Kamal Hadi, aku menjadi seorang perempuan yang tamak. Menyesalkah aku? Tidak! Tidak sekali-kali!

“Honey, weekend ni kita keluar ye?” suara macho Kamal Hadi kedengaran agak dekat dengan telingaku.

Aku berpaling bersama sebuah senyuman manis. Kamal Hadi membalasnya dengan mesra. Tautan kasih antara kami agaknya tidak mungkin dipisahkan lagi. Apa lagi bila lelaki itu dengan senangnya membahasakan diriku dengan panggilan ‘Honey. Manja betul!

“Nak gi mana pulak? Weekend lepas pun dah keluar ke One Utama. Kali ni nak ke mana?” soalku dengan manja. Bersama lelaki ini, aku menjadi terlebih manja pulak. Bukan dibuat2, tetapi automatik. Buku yang kubaca tadi segera kututup. Mahu menumpukan perhatian pada kekasih hati.

Semenjak kami bertambah rapat, hampir setiap hujung minggu, kami akan menghabiskan masa bersama-sama. Aku juga sudah jarang pulang ke rumah. Alasanku, mahu mengulangkaji pelajaran, maka aku lebih selesa berada di asrama. Ummi tidak pernah bertanya lebih lanjut. Babah juga begitu. Mereka begitu mempercayaiku. Menipukah aku? Ah, rasa bersalah itu tidak pernah terlintas di minda ini. Lagipula, aku tidak melakukan apa2 yang melanggar hukum agama. Aku masih lagi tahu batas antara aku dan Kamal Hadi. Walau aku sudah terlalu mencintai Kamal Hadi, tidak akan sekali2 aku mempersiakan segala ajaran Ummi dan Babah untuk sesuatu yang bukan haknya.

“Emm... kita ke KLCC? Dah lama tak tengok wayang. Rasa ada cerita ‘Hellboy II’ baru nak tayang. Jom?”

Tanpa kata lagi, aku bersetuju dengan rancangan Kamal Hadi. Maknanya, minggu ini juga aku tidak akan pulang ke rumah...

-----------------------------------------------------------------------
Note:
K Hannah, milan alu2kan sesiapa saja yang sudi menjenguk teratak milan ni. Welcome dear sis! (-o-)
tzaraz, ada masa nanti milan sambung panjang2 utk Jodoh tu ye.. thanks for reading

Tuesday, August 12, 2008

Jodoh 2

Mumbling o milanhawkin at 8:04 PM 2 demented soul(s)
“Kak Imah!”

Aku yang baru saja menapak keluar dari bangunan Tun Razak, segera mencari si empunya suara. Siapa pula yang memanggil namaku itu?
“Laa... Shira ke?”

Shahira, juniorku sewaktu aku menuntut di Sekolah Menengah Teknik itu berlari2 anak ke arahku. Ish, budak ni. Boleh pulak main lari2 depan bangunan ni.

“Kak Imah! Ya Allah, lamanya tak jumpa akak! Akak buat apa kat sini?” soal Shahira yang sudah termengah2 ketika sampai di hadapanku. Aku tergelak kecil melihat telatahnya itu. Tak pernah berubah. Suka sangat berlari dan suka sangat bercakap masa tak cukup nafas. Aku menggeleng kepala.

Tanpa membuang masa, Shira memeluk tubuhku dengan gemas. Alahai, rindu la tu. Aku membalas pelukannya.

“Akak keje kat sini la. Shira pulak buat apa kat sini?” soalku pula sambil meneliti wajah anak gadis itu. Wajahnya yang putih melepak mula berona kemerahan.

“Shira tunggu abang. Shira pinjam kereta dia tadi, jadi Shira kena la ambil dia kat sini pulak” jawab Shira.

Abang? Mungkinkah.... Ah, tak perlulah aku berteka-teki. Aku sudah tahu jawapannya. Namun tak mungkin aku ingin memastikannya dengan Shira. Biarlah...

“Lamanya tak jumpa akak. Akak apa cerita sekarang? Dulu masa gi oversea takde pun bagitau Shira, tau. Kecik ati Shira” ujarnya sambil memuncungkan bibirnya yang merah. Alahai, comelnya kau ni Shira. Rasa geram nak cubit pipi tu.

Aku cuma mampu tergelak. Sememangnya kami agak rapat sewaktu di sekolah. Maklumlah, adik angkat kesayangan. Apa lagi Shira ni memang agak manja dan keletah orangnya. Terlalu banyak kenangan manis dengan anak gadis ini. Bila aku melanjutkan pelajaran ke luar negara, sudah tentulah dia merajuk bila aku tidak memaklumkan padanya. Tapi, aku punya alasanku tersendiri.

“Adik!”

Suara yang memanggil itu, aku kenal empunya dirinya. Tuhan, sudah lama suara itu tidak singgah ke cuping telingaku. Suara yang pernah kupuja dan yang masih menghuni setiap mimpi2ku. Aku kaku di tempatku, takut untuk berpaling.

“Abang! Oops, sorry, Shira lambat sikit. Meh la sini kejap” Shira sedikit melaung, memanggil si empunya suara tadi. Aku semakin berdebar2. Aku yakin, dia tidak mengenali diriku yang sedang membelakangkannya. Kalau dia tahu, sudah semestinya dia tidak akan mendekati kami.

Wangian ini adalah wangian yang sama dipakainya... ah, dia sudah berada di belakangku. Hati, tabahkanlah dirimu.

“Abang, kenalkan, ini Kak Imah. Fatimah Asyikin, kakak angkat Shira masa kat Sekolah Teknik dulu. Akak, inilah abang Shira yang Shira selalu cerita dulu tu, Adam Sufian” Shira yang riang, tidak menyedari raut wajahku yang sudah pucat.

Aku berpaling perlahan2, dan mengangkat wajahku dengan senyum yang sedia terpalit di bibir. Adam Sufian nampak terkejut. Matanya membulat. Wajah itu, masih seperti dulu. Tidak ada yang berubah. Ah, tidak, ada sedikit perubahan di situ. Jambangnya, walaupun tidak panjang tapi jelas kelihatan.

Tanpa suara, dan tanpa membalas senyumanku, Adam Sufian menarik tangan adiknya dan berlalu dari situ. Shira yang terpinga2 hanya mampu membuntuti langkah abangnya. Jelas sekali dia keliru.

Dan Adam Sufian makin mengecil pada pandanganku, sedikitpun dia tidak menoleh lagi.

Wednesday, August 6, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 16

Mumbling o milanhawkin at 5:53 PM 0 demented soul(s)
Sambil memeluk Mr Teddy, aku membaringkan tubuhku ke tilam asrama. Mataku terpejam, namun aku tak mampu melelapkan mata. Sebaliknya aku sedang memikirkan segala yang terjadi sejak aku keluar makan bersama Kamal Hadi tadi.

Tanpa kuduga, lelaki itu amat romantik orangnya. Aku sendiri terkejut malah jadi tersipu2 malu menerima layanan istimewa darinya. Aku dilayan bagaikan puteri. Terasa terbang di awang2an sekejap. Rasa bahagia itu tidak mampu kutahan.

Selepas makan malam, aku tidak terus dihantar pulang ke asrama. Kamal Hadi meminta izinku untuk membawaku bersiar2 di sekeliling Shah Alam. Walaupun sebenarnya, apalah sangat yang ada kat Shah Alam tu, tapi aku tetap terasa seronok. Banyak yang kami bualkan, walaupun tidak satupun perbualan kami itu melibatkan perasaan. Agaknya dia memang suka buat aku tertanya2.

Aku? Aku sendiri tidak berani mahu mengutarakan apa2 persoalan yang bakal mengganggu-gugat kemesraan ini. Aku tidak mampu bertanya tentang Balqish. Aku juga tidak menanyakan tentang perasaannya yang sebenar padaku. Biarlah aku nikmati dulu keindahan malam ini. Mungkin esok, semua ini akan kujadikan kenangan terindah buat kukenang di kemudian hari.

Dan kejutan yang terakhir adalah teddy bear comel ini. Memang terkejut yang amat ketika menerima hadiahnya itu. Sedikit pun tidak kusangka, Mr Teddy yang besar bagak, dan menginap di seat belakang kereta itu sebenarnya adalah untukku. Aduh... makin tergoda aku dibuatnya. Rasanya aku sudah sampai ke langit ke tujuh.

“Namanya?” soalnya bersama lirikan yang tidak dapat kulupakan.

“Kena bagi nama jugak ke Mr Teddy ni?” soalku, cuba menyembunyikan kebahagiaan yang jelas sekali terpancar pada mukaku. Rasanya sudah terlukis ‘I’m In Love’ kat dahi ini agaknya.

“Mr Teddy? OK gak tu. Jaga Mr Teddy elok2 tau. Nama manja dia... Hadi...” ujar Kamal Hadi dengan senyuman penuh makna di bibir nipisnya. Ummi, Hana jatuh cinta sekali lagi!! Bertambah merah mukaku sewaktu mengangkut Mr Teddy ke bilik. Semua yang memandang berbisik sesama mereka. Confirm, esok mesti heboh dengan berita hangat tentang aku dan Kamal Hadi.

Satu keluhan berat kulepaskan. Dari kiri, aku mengiring pula ke kanan. Muka kubenamkan ke belakang Mr Teddy. Boleh lemas aku dalam pelukan Mr Teddy ni.. hehehe...

“Yang kau mengeluh ni kenapa? Ada masalah berat ke?” suara Aida singgah ke cuping telingaku. Aku membuka kelopak mata perlahan2. Kulihat Aida berdiri memandangku sambil tersenyum lebar. Seketika kemudian, matanya membulat.

“Waaahhh!!! Comelnye teddy ni. Mana ko dapat ni? Meh la aku peluk kejap” suara Aida nyaring memenuhi ruang bilik. Tangannya cuba mencapai teddy bear coklat yang kupeluk kejap itu. Sepantas kilat pula aku membalikkan badanku menyebabkan Aida gagal memegang Mr Teddy tersebut.

“Kedekut!” aku mendengar Aida mengomel. Aku tersengih cuma.

“Mana boleh pegang2 orang punya” ujarku, separuh mengusik, separuh serius. Memang aku tak mahu Mr Teddy itu disentuh oleh sesiapa.

Aku kembali memusingkan badanku mengadap Aida yang sudah mula cemberut. Aku biarkan saja. Hanya senyuman yang mekar di bibirku.

“Tadi mengeluh macam hilang suami, sekarang tersengih macam menang loteri pulak” omel Aida lagi. Kali ini dia melabuhkan punggungnya ke tilamku. Ala, tak puas hati la tu orang tak bagi pegang.

“Aku... mm... aku confuse la, Aida” aku meluahkan rasa.

“Confuse apa pulak? Ini ada kaitan dengan si pemberi teddy bear ni ke?” Aku menganggukkan kepala.

“Interesting. Tapi terlebih dahulu, cepat bagitau aku sapa yang hadiahkan kau teddy bear yang comel gile dan besar bagak ni”

“Emm... ” kenapa aku perlu rasa serba salah ni? Aduyaiii...

“Takkan rahsia kot. Aku mana bleh tolong kalu ko tak cakap” Aida agaknya sengaja mahu memancing rahsiaku ini. Aku mengerling ke arahnya.

“Kamal...” perlahan saja suaraku. Terasa panas je muka aku ni. Cepat2 aku menekup pipiku dengan kedua belah tapak tangan.

Aida sepertinya langsung tidak terkejut.

“Dah agak dah...” cebik Aida. Aku pula yang mengerut dahi.

“Apa yg kau dok agak2?”

“Aku memang dah agak si Kamal Hadi tu sukakan kau. Cara dia tengok kau pun dah tahu. Bukan tu je, kau la satu2nya pompuan yg dia simpan gambar dalam telefon tau!” Aida membongkar rahsia yang tak pernah aku ketahui sebelum ini. Mana minah ni tau benda2 macam ni?

Tapi, mungkinkah semua ini benar? Ah, semua ini menambah kekeliruan yang sedang menyelubungi segenap fikiranku ketika ini.

Aku bangkit dari tilam. Mana boleh aku baring dalam keadaan macam ni!

“Mana kau tahu semua ni?” seboleh2nya aku cuba mengawal wajahku agar tidak terlalu jelas rasa curious ku.

“Ada la...” Aida sengaja memancing reaksiku. Sengaja pula kumuncungkan bibir tanda merajuk. Makin geram bila Aida buat tak tahu saja.

“Alaa... cakaplah Aida. Pleaseeeee” try pulak buat muka ala-ala cute meminta simpati.

“Kena ada syaratnya la...”

“Apa dia?”

“Bagi aku peluk teddy tu kejap. Kejappppp je... boleh?”

Kenapa aku rasa berat hati je nak bagi? Kenapa aku perlu rasa cemburu dan sakit hati mengingatkan Mr Teddy bakal dipeluk oleh perempuan lain selain aku? Huhuhu...

“Alah.. ko ni. Janganla buat muka sedih macam tu. Benci aku tengok tau. Ye la.. aku tau la pakwe ko yang kasi, jadi ko tanak orang lain sentuh kan? Ishh.. ada jugak orang macam kau ni ye” Aida akhirnya mengalah.

Aku kembali dengan senyumanku. Maaflah Aida, aku sendiri tak faham kenapa aku jadi kedekut begini. Jangan ambil hati ye!

“Aku pernah nampak la. Itu pun secara kebetulan je. Bukannya dia saja2 nak tunjuk kat aku pun” terang Aida kemudiannya.

“Oooo... ye ke...apsal ko tak pernah cakap pun kat aku?”

“Ye la.. ko nampak macam orang frust je memanjang. Aku tengok pun takut nak dekat. Nak cakap apa2 pun tak berani”

Ah.. ini mesti masa Kamal Hadi menolak luahan hati aku tu. Aiseh, makin confuse ni. Kamal Hadi, awak ni betul2 ke suka saya? Atau suka awak sememangnya sekadar teman biasa? Ada ke kawan hadiahkan teddy bear kat kawan lain? Bukannya birthday aku pun.

---------------------------------------------------------
Note: Maaflah milan lambat sangat update. Kinda busy lately with work as well as life. (O_o)
 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review