|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 50::

Mumbling o milanhawkin at 1:49 PM
Pagi yang indah. Amirul membuka matanya saat kedengaran azan Subuh berkumandang. Dikerlingnya ke arah kanannya. Mila masih lagi nyenyak di sisinya. Wajah isterinya begitu tenang sekali, malah kelihatan seakan sedang tersenyum. Amirul membetulkan letak lengannya yang sudah terasa kebas, masih tidak mahu mengejutkan Mila dari tidurnya. Dia masih ingin memerhatikan wajah wanita yang telah menguasai hatinya.

Entah kenapa, sayangnya tiba2 saja dirasakan begitu membuak2. Tanpa dapat ditahan, bibir Amirul menyentuh dahi isterinya, mengucup lembut. Pelukannya dikemaskan. Sungguh, dia tak rela lagi melepaskan Mila. Tidak hari ini, tidak juga untuk selamanya. Kasihnya sudah tertumpah pada Mila seorang.

“Selamat pagi” suara serak2 basah itu muncul dari bawah dagunya. Amirul merenggangkan pelukannya, menjarakkan sedikit wajahnya. Sebuah senyuman manis dihadiahkan kepada isteri tersayang.

“Selamat pagi, sayang. Ingatkan tak nak bangun tadi” usik Amirul, mencuit lembut hidung isterinya. Mila mengerdipkan matanya berkali2, cuba memfokus penglihatannya. Amirul masih tenang merenungnya. Seketika kemudian wajah manis itu mula merona merah, mungkin masih mengingatkan kejadian semalam. Hai isteriku, masih nak malu lagi ke?

“Sayang tak nak solat Subuh ke?” soal Amirul, membetulkan juraian rambut di dahi Mila dengan penuh kasih sayang. Mila menguntum senyum, malu.

“Nak la. Tapi nak kena mandi dulu” ujar Mila, masih malu untuk menatap wajah sang suami.

“Kalau macam tu, kita mandi sama2 la. Abang pun kena mandi jugak” Amirul sudah menarik Mila untuk bangun. Terkial2 Mila cuba melepaskan pegangan Amirul.

“Ishh.. tak malu ke?” cebik Mila.

“Apa yang nak dimalukan, sayang oi. Bukannya tak biasa tengok pun” Amirul masih mahu mengusik. Dia mula ketawa bila wajah Mila sudah bertukar kelat. Akhirnya Amirul membiarkan saja isterinya melepaskan diri dari pelukannya dan berlari ke bilik mandi. Takpe, suatu hari nanti sayang takkan terlepas lagi dari abang! Ikrar Amirul dengan senyuman yg tak lekang dari bibir.

Setelah selesai mandi, dilihatnya Mila sudahpun bersedia menantinya dengan telekung.

“Abang, kita jemaah ye”

Amirul mengangguk. Dalam hatinya, terbetik rasa bangga dan syukur ke hadrat Ilahi. Akhirnya Mila sudi juga membahasakan dirinya ‘abang’. Panggilan yang dinantikan sekian lama. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia memeluk isterinya dengan erat. Takpe, suruhan Allah perlu diutamakan. Cepat2 dia membetulkan kain pelikatnya dan berdiri di sejadah yang sudahpun disediakan oleh Mila.

***

‘Abang, petang ni Mila half-day. Mila tak rasa macam tak sihat badan je’

Itulah pesanan ringkas yang diterima di telefon bimbitnya sejam yang lalu. Hatinya terus diundang rasa bimbang. Kebetulan waktu itu dia sedang bermesyuarat dengan Ahli Lembaga Pengarah yang lain, satu mesyuarat yang sudah ditangguhkan sejak sekian lama dan tak mungkin dapat dielakkan lagi. Keluar saja dari bilik mesyuarat, Amirul bergegas keluar dari office dan memandu ke rumahnya.

Sebentar tadi Papanya sendiri menegur sikapnya yang tidak sabar2 mahu pulang menjenguk isterinya.

“Mirul rasa risau, Papa. Tak tahulah kenapa”

Memang sejak menghantar isterinya ke pejabat, dia sudah dapat merasakan perubahan wajah Mila yang kepucatan. Mulanya dia menyuruh Mila tinggal saja di rumah dan berehat, tetapi Mila tetap berdegil mahu datang bekerja. Alasannya dah lama sangat dia bercuti.

“Ala, kan dia cakap dia tak sihat je. Bukannya dia accident ke apa. Kamu ni pun, risau tak kena tempat. Tahulah kamu tu sayang bini” perli En Zulfakar. Amirul hanya tersengih, malas mahu berdebat dengan Papanya.

Sebaik saja keretanya diparkir, Amirul berlari naik ke tingkat kondominiumnya. Tak sabar rasanya mahu melihat isterinya. Hatinya hanya akan rasa lega sebaik saja dia dapat melihat wajah Mila. Butang loceng ditekan berkali2. Tiada jawapan. Amirul semakin gusar. Tak cukup menekan butang, dia mengetuk2 pintu. Masih tiada jawapan. Akhirnya dikeluarkan kunci miliknya.

‘Ya Allah, janganlah jadi apa2 pada isteriku’ berkali2 dia berdoa di dalam hati.

Hampir luruh jantungnya melihat Mila terbujur kaku di tepi sofa.

“Ya Allah!”

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review