|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 44::

Mumbling o milanhawkin at 1:28 PM
:Minggu Pertama:

Sebulan! Sebulan untuk memikirkan kembali sama ada sudah bulat fikirannya untuk meneruskan rancangannya sebagai wanita tanpa apa2 ikatan. Semakin difikirkan, semakin sakit kepalanya. Hatinya semakin berbelah bagi. Dia semakin keliru tentang perasaannya sendiri.

Sejak sampai ke rumah petang tadi, Amirul kembali memandu keretanya keluar. Malah sejak keputusan itu dibuat, Amirul tidak bercakap walau sepatah pun. Mereka diam membisu hinggalah sampai ke perkarangan rumah. Entah ke manalah tempat yang ditujunya itu. Peluang yang ada digunakan untuk menelefon Halina. Hanya Halinalah tempat dia mengadu sekarang ini.

“Mila, kenapa dengan kau ni? Kenapa kau buat dia macam tu?” suara Halina di hujung talian sana kedengaran agak kesal. Mila mengeluh. Pasti dialah yang bersalah sekarang ini. Segala kelakuan Amirul dulu sudah dilupakan oleh Halina. Malah Mila pasti, sekiranya dia benar2 berpisah dengan Amirul, semua jari akan menuding padanya.

“Entahlah, Ina. Aku sendiri tak faham dengan diri aku sendiri” dengan bingung Mila menjawab. Sungguh, sejak tadi hatinya tidak tenteram.

“Aku ingatkan kau sayangkan Amirul, cintakan dia. Kenapa bila dia mahu balik pada kau, kau tolak dia pula?”

Kata2 Halina itu bermain2 di mindanya selepas perbualan mereka tamat. Baru saja kakinya mahu melangkah ke bilik air, telefon bimbitnya pula memainkan lagu ‘Where is the love’. Dia hampir berlari mendapatkan telefonnya. Sangkanya Amirul akan menelefon untuk memujuknya supaya menukar fikiran. Namun dia hampa bila melihat nama Dani yang tertera di skrin telefonnya.

“Assalamualaikum” lemah sekali suaranya. Hilang sudah semangatnya. Jiwanya seakan layu. Semuanya serba tak kena.

“Waalaikumsalam. Mila, kenapa tak tunggu saya tadi?” suara Dani di hujung sana berbaur kekecewaan. Mila buat tak peduli.

“Dani...” Mila bersuara, seakan memberi amaran. Ini lagi seekor kura2 dalam perahu.

“Hmm... ye saya tahu. Amirul datang ambil awak tadi”

“Kenapa awak telefon ni?” Mila bertanya. Badannya sudah dibaringkan ke katil. Katil yang dikongsi bersama Amirul sejak malam itu.

“Saya nak jumpa awak malam ni” pinta Dani bersungguh2. Mila menggelengkan kepalanya. Menyedari Dani takkan dapat melihatnya, dia kembali menyusun ayat. Dia perlu menjelaskan keadaan tanpa melukakan hati lelaki yang banyak menolongnya.

“Dani, awak tahu kan keadaan saya sekarang ni. Saya masih isteri Amirul, Dani. Tak elok rasanya saya jumpa awak malam2 macam ni. Nanti orang akan salah faham” Amirul akan salah faham. Amirul... ke manalah awak lari tu. Awak nak tinggalkan saya sekali lagi ke?

“Mila, saya rasa awak tahu perasaan saya pada awak. Sejak pertama kali jumpa awak kat pantai dulu, saya dah jatuh hati pada awak. Saya langsung tak boleh lupakan awak” luah Dani.

“Maafkan saya, Dani. Saya tak boleh terima awak. Dari dulu pun, saya hanya anggap awak macam kawan saya, kawan baik. Please Dani, awak patut tahu semua ni. Amirul kan kawan awak” Mila seakan memujuk. Memujuk Dani supaya melupakannya. Melupakan semuanya.

“Kenapa awak masih nak ambil kira perasaan Amirul? Amirul yang tinggalkan awak dulu dan saya yang masih ada di sisi awak. Amirul yang lukakan hati awak, dan saya yang mengubatnya. Amirul tak pernah fikirkan perasaan awak selama ni, kenapa awak nak fikirkan tentang dia pula?” Dani sudah naik berang. Dendamnya berbuku bila dia langsung tidak dapat menyaingi Amirul untuk mendapat tempat di hati gadis yang dicintainya. Sedangkan Amirul, lelaki itu hanya tahu memberi kesengsaraan dan kesakitan pada Mila. Kenapa lelaki itu juga yang dipilih oleh Mila? Terlalu butakah hati Mila hingga tak dapat melihat betapa luas cintanya pada gadis itu?

“Dia suami saya, Dani” tegas Mila, tak suka dengan cara Dani menggambarkan Amirul sebelum ini.

“Mintak cerai saja dari dia, Mila. Bercerai dengan dia, dan kahwin dengan saya. Saya akan pastikan awak akan bahagia bersama saya. Saya takkan pernah lukakan hati awak. I love you, sayang. Please marry me” pujuk rayu Dani umpama racun pada telinganya. Mila beristighfar panjang. Ya Allah, berdosanya aku mendengar semua ini. Dan Dani juga berdosa kerana cuba meruntuhkan masjid yang dibina.

“Dani, maafkan saya. Jika saya bercerai dengan dia sekalipun, saya takkan kahwin dengan awak. Maafkan saya” dengan kata2 muktamad itu, jarinya menekan butang merah di telefon bimbitnya. Bila telefonnya sekali lagi melagukan irama ‘Where is the love’, Mila dengan segera mematikan telefonnya. Fikirannya sudah cukup serabut dengan segala kejadian untuk hari ini. Dia mahu berehat. Mahu menenangkan fikiran dan melapangkan dada.

“Seronok ke boleh cakap dengan buah hati awak tu?” hampir terseliuh tulang belakangnya bila dia terbangun dengan tiba2. Amirul muncul di muka pintu. Wajahnya kusut, mungkin masih memikirkan hal tadi. Entah kenapa, mulutnya terkunci untuk menjawab pertanyaa Amirul. Apa lagi untuk bertanya ke mana lelaki itu menghilangkan diri. Matanya mengekori langkah Amirul yang mendekatinya. Hatinya semakin berdegup kencang. Apakah Amirul akan memarahinya? Memukulnya?

Amirul mencapai bantal di sebelah Mila. Kemudian dia merenung anak mata Mila. Terpancar rasa sedihnya di mata bening itu. Mila mahu merangkul tubuh di hadapannya dan menghilangkan kesedihan Amirul. Dia mahu... apa yang dia mahu?

“Abang tidur kat bilik sebelah. Mila tidurlah kat sini. Abang takkan kacau Mila lagi” ujarnya perlahan. Lambat2 dia melangkah keluar dari bilik tidur mereka. Mila masih kaku di atas katil.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review