|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 37::

Mumbling o milanhawkin at 1:24 PM
Mila meletakkan beg tangannya ke atas meja. Hidungnya segera menangkap bau makanan. Eh, siapa pula yang datang memasak kat sini? Rasanya dia tak upah mana2 orang gaji lagi. Takkan Amirul kot? Sebelum masuk ke rumah tadi memang dah ternampak kereta Amirul sudah berada di parking lot. Awal pulak dia ni balik. Tapi, memasak? Biar betul…

Entah2 Mama yang datang kot? Tapi takde pulak Mama cakap nak datang rumah masa dia call tadi. Pelik, pelik sungguh.

“Assalamualaikum” sengaja Mila menguatkan suaranya. Salamnya bersambut oleh suara lelaki yang amat dikenalinya. Betullah dia memasak ni, Mila tersengih sendiri.

“Mila, dah balik ker? Ala, abang tak siap masak lagi la”

Eceh, ala-ala manja la pulak dia ni.

Amirul kemudiannya keluar dengan senduk di tangannya. Geli hati Mila melihat Amirul yang tersarung apron. Yelah, pakai apron dengan seluar pendek, berbaju singlet. Sebijik macam apek jual ikan kat pasar, cuma apek yang ini tengah memasak. Nak gelak karang, kecik hari pulak.

“Err… “ Mila hilang kata2. Nak kata apa?

“Kenapa? Terkejut?” Amirul sengih bangga. Mila mencebik.

“Abang nak masak special utk sayang ni. Mila naik atas dulu, mandi lepas tu solat. Then kita makan sama2 ye”

Amirul sudah menghilang ke dapur bila Mila menapak ke biliknya. Tak sangka betul mamat tu nak memasak. Mila menggeleng2kan kepalanya.

Hampir sejam kemudian Mila kembali keluar ke dining room. Aroma tomyam segera menerpa hidungnya. Alamak, ini favorite ni. Nasi putih masih berasap di atas meja makan. Semangkuk besar tomyam tersedia di tengah2 ruang meja. Siap ada kailan ikan masin lagi tu.

“Duduklah” tegur Amirul. Tangannya memegang semangkuk daging masak merah bersama sepinggan telur mata kerbau. Amboi, ini nak makan ker nak buat kenduri? Amirul kembali menghilang ke dapur. Kali ini dia membawa pula sejag jus oren.

“Sayang, tercegat apa lagi kat situ tu? Duduklah” sekali lagi Amirul mempelawa Mila. Mila yg sebenarnya terkejut melihat menu makan malam itu sedikit tersentak. Cepat2 ditariknya kerusi yang paling hampir dengannya. Dah rezeki depan mata, takkan nak ditolak pulak.

“Kenduri apa ni?” Aiseh, nak buat lawak tak menjadi pulak aku ni, Mila mengutuk diri sendiri.

Amirul mengorak senyum.

“Kenduri apa pulak, makan malam la ni. Abang masak special utk Mila tau” Amirul sudah mengambil tempat di sebelah Mila. Ish, sebelah aku jugak Mamat ni nak duduk.

“Awak dulu ambil kelas memasak ek?” sengaja Mila memperli. Riak wajah Amirul masih tak berubah, masih tetap dengan senyum menggodanya. Hati, tabahlah dikau.

“Makanlah” suruh Amirul setelah diletakkan semangkuk kecil tomyam di hadapan Mila. Tangannya menceduk kailan ikan masin ke dalam pinggan Mila.

Uiks, layanan tahap VIP ni. Mila menyudu tomyam, disuakan ke mulutnya. Dia sedar Amirul asyik memerhatikannya, namun tidak membalas penghormatan itu. Tengok la, bukannya luak pun.

“Sedap” terpacul perkataan itu dari bibirnya. Amirul tersenyum puas. Tak sia2lah dia lari awal dari office tadi semata2 mahu menyediakan makan malam untuk isterinya. Kira bab nak ambil hati la ni.

“Kalau macam ni, awaklah masak hari2”

Eh, Milakah ini yang mengusik? Mila, dah lupa ke dengan prinsip kau? Pendirian kau? Ah, untuk malam ni aje. Lagipun dah penat Amirul memasak untuknya. Sekadar membalas budi, apa salahnya kan?

“Ops, sorry sayang. Ini untuk malam ni saja tau. Untuk anniversary kita saja”

Huh? Anniversary?

“Genap 2 tahun kita kahwin”

Hampir tersembur nasi dari mulutnya. Amirul ingat? Eh, betul ke ni? Otaknya ligat mengira, mengingat. Hmmm, betullah. Seleranya tiba2 putus. Nasi di pinggannya dikuis2 malas.

“Abang ingatlah, sayang”

Kalau macam tu, mesti awak ingat jugak apa yang awak dah buat kat saya dulu kan? Mesti awak dah ingat semua kata2 awak pada saya. Kalau awak tak ingat pun, saya ingat. Sampai bila2. Sampai mati pun saya akan ingat! Kata2 itu hanya bermain di mindanya, tak terluah dek sebak yang mula menggunung di dada.

“Err… awak makanlah. Saya dah kenyang” Mila bingkas bangun. Namun secepat kilat juga tangannya disambar oleh Amirul. Mukanya seakan diratah oleh mata Amirul yang sudah mencerun padanya. Amirul sudah naik darah.

“Mila, tak elok membazir. Makan dulu, OK? Abang tahu Mila lapar” ayat itu sudah menjadi ayat arahan. Yang tak boleh dipatahkan.

Mila kembali duduk. Sungguh, seleranya dah hilang. Tapi dipaksakan juga menelan nasi yang ibarat pasir yang mengalir ke dalam kerongkongnya. Payahnya nak makan.

Makan malam itu berakhir dengan mereka berdua makan tanpa bicara. Masing2 seakan mengumpul kekuatan sendiri. Sunyi. Hanya kedengaran bunyi sudu berlaga dengan pinggan mangkuk. Selebihnya, sunyi.

“Lepas makan, Mila basuh pinggan”

Cheh! Ingatkan nak tolong basuh pinggan sekali. Benci!

“Lepas tu, Mila ke depan. Abang tunggu kat ruang tamu” serius saja suara Amirul. Hilang sudah keceriannya tadi.

Adalah tu nak bagi ceramah ke hapa tuh. OK Mila, bersiap sedialah untuk bertarung! Ish, macam nak pergi berperang pun ada ni.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review