|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, July 22, 2007

::Kusimpul Mati - 5::

Mumbling o milanhawkin at 9:31 AM
Sudah hampir sebulan dia menginap di rumah orang tua Amirul. Dan sepanjang itu juga dia tidak nampak kelibat Amirul. Malah ketika pergi kerja, pulang dari kerja, hanya wajah Pn Meriam yang menyambutnya. En Zulfakar pula hanya akan pulang menjelang malam. Maklumlah, menguruskan business memerlukan masa yang flexible.

Dia tak mahu jumpa aku langsungkah? Makin bencikah dia padaku? Adakah kerana aku ada di sini maka dia tak mahu pulang ke sini lagi? Mila mengeluh.

“Kami tak kisah kalau Mila tinggal kat sini. Mila pun bukannya org asing lagi. Kalau Mila balik, tinggal kami dua beranak saja di sini. Kakak Amirul, si Amira dengan suaminya, Azhan dah lama menetap di Johor. Adik Amirul, si Alia tu pun masih lagi belajar kat UK. Amirul pulak dah lama tak balik. Kalau ada Mila, takde la sunyi sangat rumah ni. Mama tak setujulah Mila keluar dari rumah ni” bantah Puan Meriam bila Mila menyuarakan hasratnya untuk pulang ke rumah sewanya.

“Seganlah saya lama2 kat sini, Mama” ujar Mila pula. Sungguh dia serba tak kena tinggal di rumah itu. Terasa seakan mengambil kesempatan pula. Lainlah jika Amirul ada bersamanya.

“Apa pula nak disegankan, Mila. Macam kata Mama kamu ni, kamu pun bukannya org lain. Menantu kami juga. Takde salahnya kamu tinggal kat sini. Nak pergi kerja pun dekat dari sini. Dah, jangan nak balik sana lagi. Hujung minggu ni habiskan angkut barang Mila yg ada kat sana dan bawa datang sini” tegas En Zulfakar pula.

Mila akhirnya terpaksa bersetuju setelah puas dipujuk oleh mereka. Sungguh dia terharu dengan layanan yang diterimanya. Tidak disangka, mereka sanggup menganggapnya seperti anak sendiri. Malah mereka sedikitpun tak pernah mengungkit tentang peristiwa hari itu.

Jauh di sudut hatinya, Mila sentiasa berharap Amirul akan menyedari kehadirannya. Dia hadir dengan kasih yang sudah dibaja bertahun lamanya. Bila ingatannya singgah pada lelaki itu, hatinya seakan membuak2 dengan perasaan kasih yang mendalam.

“Kau buat apa termenung kat sini?” tegur satu suara yg amat dikenalinya. Mila berpaling. Wajahnya berubah ceria melihatkan orang yang dirindu di depan mata.

“Aqim!” dia berlari2 anak mendekati lelaki itu. Wajah lelaki itu nampak tegang.

“Awak dah balik. Awak mesti lapar kan? Jom saya hidangkan makanan. Hari ni saya masak ayam masak merah. Awak suka tak?” Mila tersenyum riang sambil menarik tangan Amirul untuk masuk ke dalam rumah. Tetapi Amirul tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Sebaliknya direntap tangannya dari pegangan Mila.

“Kau buat apa kat sini lagi?” keras suara Amirul menyoal. Mila memandang Amirul dengan keningnya sedikit terangkat, tidak faham dengan kata2 suaminya itu.

“Err... saya... saya...” Kemunculan Puan Meriam seakan menyelamatkan situasi tegang itu.

“Mama...” mata Amirul beralih dari Mila kepada ibunya yang kemudian berdiri di sebelah Mila, seolah sedang menyelamatkan Mila dari serangannya.

“Baru sekarang kamu nak balik. Ke mana kamu? Kesian si Mila tu sorang-sorang kat sini. Ingatkan dah tak nak balik terus” Puan Meriam mula membebel sambil membiarkan saja Amirul tunduk mencium tangannya.

“Mirul tumpang rumah kawan, Mama. Mirul tak ke mana pun. Kalau Mama pergi office Mirul, mesti boleh jumpa Mirul kat sana” balas Amirul pula tanpa rasa bersalah. Dia kemudiannya menjeling pada Mila yg berdiri di belakang ibunya.

“Perempuan ni kenapa pula ada kat sini?” bentak Amirul. Berkerut dahi Pn Meriam mendengar soalan Amirul. Sudah hilang ingatankah budak Amirul ni?

“Kamu ni dah hilang akal ke apa? Ini kan isteri kamu, apa salahnya pula dia ada kat sini?” marah En Zulfakar yg tiba2 saja muncul. Macam tahu2 saja masalah akan timbul sebentar lagi. Briefcasenya masih lagi di tangan.

“Tapi Papa, masa tu Mirul...” Amirul mengertap bibir, tak mampu menyatakan kesilapannya. Tiada siapa yang mahu menyebelahinya waktu ini.

“Jangan cakap lagi, Mirul. You’re the who did this. Now you have to face the consequences. Jangan kamu fikir nak buat apa2 yg tak patut lagi” garang sekali En Zulfakar memotong percakapan anaknya. Berang dengan sikap lepas tangan anaknya itu.

“Tapi Papa, masa tu Mirul tengah marah” Amirul cuba membela diri. Dia mahu membetulkan kesalahan yang dilakukannya ini. Akhir-akhir ini sudah bermacam2 cara yang cuba difikirkan untuk lari dari masalah ini. Namun, jalannya cuma satu.

“Habis? Kamu nak ceraikan dia pula? Perkahwinan bukan perkara main2 Mirul. Papa dah bagi amaran pada kamu dulu tapi kamu tak peduli. Kamu perlu bertanggungjawab sekarang!” tengking En Zulfakar lagi. Berombak dadanya menahan rasa.

Amirul semakin gelisah dengan keadaan yg membelit dirinya sekarang. Malah dia turut berkecil hati bila ditengking sebegitu. Amirul tidak pernah ditengking oleh sesiapa pun. Tetapi sekarang, hanya kerana perempuan ini, Papanya sudah mula melayannya seperti orang luar.

Puan Meriam hanya mendengar perbalahan dua beranak itu. Kali ini dia tidak mahu menyebelahi Amirul lagi. Kalau dulu dialah yg meleraikan pergaduhan antara mereka, tapi kali ini Amirul patut terima akibatnya. Tangannya menyentuh lembut bahu menantunya, seakan memberi gadis itu kekuatan untuk menghadapi segala kemungkinan. Dia sendiri sudah menduga kejadian sebegini akan berlaku sebaik saja Amirul kembali ke rumah ini.

“Jangan ingat Papa akan biarkan kamu senang-senang saja ceraikan Mila. Mila dah jadi menantu kat rumah ni. Nobody can change that now. Ingat Mirul, segala apa yg kamu ada sekarang ini adalah milik Papa. Sama ada kamu bersama dengan Mila atau keluar dari rumah ini sehelai sepinggang. Itu keputusan Papa. I think you just have to live with it. Unless, Mila sendiri rela diceraikan. Papa serahkan semua ini pada Mila”

Tiga pasang mata itu tertumpu pada Mila. Mila cuba menahan debar di dadanya. Keputusan di tangannya? Ya Allah, apa yg patut dilakukannya sekarang? Menerima saja supaya Amirul menceraikannya dan menjadi janda dalam usia sebegini muda? Atau kekal sebagai isteri Amirul tetapi dibenci suami sendiri sepanjang hayatnya? Bagaimana pula jika suatu hari nanti Syalinda pulang ke pangkuan Amirul? Masih adakah tempat untuknya di sisi Amirul nanti? Bagaimana pula jika Amirul masih mahu mengahwini Syalinda? Sanggupkah dia berkongsi kasih? Sudahlah Amirul terang-terangan tidak mahukannya, jika Syalinda pulang nanti tentulah dengan senang hati dirinya akan disisihkan. Jadi, tidakkah elok untuknya menamatkan semua ini sekarang?

“Mila?” lembut Puan Meriam menyentuh bahunya, menyedarkan Mila dari lamunannya. Mila menatap wajah itu satu persatu. Semuanya membalas dengan pandangan mengharap, namun dengan harapan yg berlainan. Satu keputusan harus dibuat.

“Papa, Mama, Mila... Mila masih mahu jadi isteri Aqim” perlahan Mila menjawab. Dua nafas dihela dengan lega. Manakala yg lagi satu, sudah merengus. Langkahnya dibawa masuk ke dalam rumah.

Maafkan saya, Aqim. Saya perlu lakukan ini. Saya perlu berjuang untuk mendapatkan hak saya di sisi awak. Walau sejauh mana pun awak membenci saya, semakin dalam pula cinta saya untuk awak. Saya tak dapat menahan perasaan ini yg semakin mekar dalam jiwa saya ni. Saya hanya mahukan awak. Saya mahu berada dekat dengan awak. Walau apa pun yg terjadi. Walau hakikatnya awak akan lebih membenci saya. Maafkanlah saya.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review