|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, April 13, 2009

Amihana: Nilai Sekeping Hati 45

Mumbling o milanhawkin at 9:11 PM
Perlahan2 aku membuka mata. Beratnya mata ni. Di mana ni? Segalanya berwarna putih. Siling, dinding, langsir... sakitnya kepala...

“Hana...” itu suara Ummi. Aku berpaling mencari empunya suara. Ummi, Babah dan Balqish rupanya sedang mengelilingiku.

Kupandang wajah Ummi yang kelihatan sayu. Mata Ummi merah bagaikan baru lepas menangis. Babah yang berdiri di sebelah Ummi juga kelihatan muram.

“Kak Hana!” Balqish memelukku erat. Aku jadi kebingungan. Kenapa mereka begini? Apa yang dah berlaku?

“Ummi...” terasa sakit tekakku. Bagaikan berpasir.

“Hana sayang, Hana nak air?” bagaikan mengerti, Ummi menyuakan segelas air ke mulutku.

Balqish menolongku mengangkat kepalaku. Ya Allah, terasa lemah seluruh tubuh ini. Tekakku yang tadinya umpama berisi pasir, kini agak berkurangan pedihnya. Aku meneguk hampir separuh gelas. Ah, lega betul.

“Hana kat mana ni, Ummi?” aku cuba bersuara lagi walaupun masih serak2 basah.

“Hospital, sayang. Hana accident” terang Ummi. Tangannya mengusap2 rambutku dengan penuh kasih sayang.

“Kak Hana, jangan takutkan kami lagi. Qish tak nak Kak Hana tinggalkan Qish” ngongoi Balqish pula. Aku mengerutkan dahi. Accident? Bila? Adakah...

Aku memegang dadaku. Sakit. Sakit sangat. Kenapa aku jadi teringat pada Imran Hadi? Teringat pada gadis yang memeluknya erat. Teringat pada wajah tanpa rasa bersalahnya. Sakit...

“Kak Hana... kenapa ni? Sakit dada? Kejap, Qish panggilkan doktor” Aku memegang erat lengan Balqish, menghalangnya bangun.

Aku menggelengkan kepala sambil cuba mengukir senyum. Ummi dan Babah yang tadinya juga menunjukkan riak bimbang, mula berubah sedikit tenang.

“Dah berapa lama Hana kat sini?” aku mengajukan soalan pada mereka sambil cuba membetulkan baringku. Rasa kebas sedikit tubuhku. Kulihat kaki kiriku berbalut dengan simen. Tangan kananku juga dalam keadaan yang sama. Teruk juga aku accident rupanya.

“Tiga hari. Kami ingatkan...” beritahu Babah dengan terbata2. Kasihan kulihat Babah yang cuba menahan sedihnya. Terasa bersalah membuat mereka semua bimbangkan aku.

Tiga hari... Tiga hari lamanya...

“Alhamdulillah.. akhirnya Hana sedar jugak. Tiga hari Hana tak sedarkan diri, kami ingatkan dah takde harapan lagi. Nasib baik dah takde apa2. Tangan dengan kaki Hana patah. Nasib baik yang lain OK. Cuma lebam di sana sini” Ummi kembali mengalirkan air mata. Babah menepuk2 lembut bahu Ummi, menenangkan isteri tersayang.

“Maafkan Hana, Ummi, Babah, Qish...” aku pula yang sebak kini. Sungguh aku bersalah pada mereka yang menyayangiku. Tak patut aku buat begini, walaupun bukan ini pintaku. Tapi rasa kecewa yang mendalam rupanya membuat aku tak berdaya mengawal kereta.

Dari cerita Balqish, keretaku meluncur laju melanggar sebuah kereta Honda dan kemudian keretaku dirempuh pula oleh sebuah kereta pacuan empat roda. Nasibku baik bila aku tidak meninggal di tempat kejadian, sebaliknya hanya koma beberapa hari bersama patah tangan dan kaki. Ya Allah, cuainya aku.

Seketika kemudian Babah memanggil seorang doktor untuk memeriksa keadaanku. Doktor Khairul (seperti yang tertulis di name tag-nya) berkali2 menasihatkanku supaya banyakkan berehat. Nampaknya terpaksalah kutangguhkan kuliah tahun akhirku. Banyak benar dugaanku tahun ini. Harapnya aku boleh menghadapinya dengan tabah.

“Lain kali, bawak kereta tu jangan laju2. Jalan raya tu bukan medan perang. Bukan juga tempat berlumba. Not even a place for you to release your tension. Be careful next time. Kalau awak ada masalah, better bercerita dengan somebody, jangan pendamkan seorang diri” Doktor Khairul berbisik. Aku terpempam.

Nasib baik juga keluargaku sedang memerhati dari jauh. Kalau tidak, tentunya mereka dapat melihat betapa merahnya mukaku saat itu. Cheh, macam mana doktor ni boleh tahu pulak?

Aku sekadar menjelingnya. Malas mahu membalas. Suka hati awaklah nak cakap apa pun, tuan doktor!

Stetoskopnya dijauhkan dari dadaku. Dia mula menulis2 di atas file yang dibawa bersamanya tadi.

“Tak elok masam2 muka macam tu. Kalau awak senyum sikit, mesti ramai yang tergoda” Eh, dia ni, mengusik pulak?!

“Saya tengah sakit ni, lebam sana sini, macam mana nak senyum, dan mana ada orang boleh tergoda. Mengarutlah doktor ni! Dah sudah check tu, keluar je la” tukasku geram, malah sedikit kurang ajar.

Orang tengah sakit macam ni, boleh pulak dia nak mengusik. Mana aku tak marah? Sakit badan, sakit hati, sakit segala2nya!

“Saya tergoda je” jelas terserlah lesung pipit di sebelah pipi kirinya. Ingat awak tu hensem ke? Ingat saya ni apa?

Aku mencerlung geram ke arah doktor tinggi lampai itu. Aku jadi benci. Benci lelaki. Benci semuanya. Lelaki semuanya sama. Semua tak boleh dipercayai. Semuanya gatal. Semuanya mahu mempermainkan perempuan!

Belum sempat aku mahu membidas, Doktor Khairul bergerak keluar dari bilikku dan memanggil keluargaku masuk. Dia berbual2 dengan Babah di luar bilik. Ah, malaslah aku nak melayan. Aku letih. Aku nak tidur. Aku nak rehat.

“Dah, Hana rehat dulu ye. Dengar cakap doktor tu. Biar Ummi dan Babah balik dulu. Malam nanti kami datang lagi” Ish, sapa nak dengar cakap doktor gatal tu? Meluat aku tengok muka dia.

“Qish?” Ummi memandang Balqish. Kulihat Balqish menggeleng2kan kepalanya beberapa kali.

“Qish nak temankan Kak Hana” jawabnya. Ah, Balqish memang adikku yang manis dan lugu.

“Baiklah. Nanti Ummi bawakkan barang2 Qish sekali. Sayang rehat dulu ye” Ummi mencium lembut kedua pipiku. Babah juga menunduk dan mencium dahiku. Ah, aku takkan pernah kekurangan kasih sayang mereka. Aku patut bersyukur, walaupun mungkin tiada lelaki yang mahukan aku, aku masih punya Ummi dan Babah yang terlalu sayangkan aku. Aku juga ada Balqish yang akan sentiasa berada di sisiku di saat susah dan senang.

Namun, luka di hati ini... apakah akan ada ubatnya?

3 demented soul(s):

MaY_LiN said...

aaa~..doc khairul yea..
encemnyeee...
ader lesung batu lg..
hahaha..
milan nak wat cite doc chenta2 ngan hana yea..
huhuhuhu
(~_~)

pu3indah said...

kesian hana...tapi tak pe dr khairul ada

tzaraz said...

wei...aku tersengeh je baca dialog Hana ngan Dr Khairul tu...sweet je..

sure Dr tu ensem..ada lesung pipit lagi..hehe

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review