|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, December 14, 2008

Jodoh 6

Mumbling o milanhawkin at 10:40 AM 0 demented soul(s)
Aku berdiri di hadapan restoran Delicious You dengan gementar. Berpeluh2 aku dibuatnya. Sudahlah semalaman aku tidak mampu melelapkan mata. Semuanya gara2 Adam Suffian. Aku hampir2 saja mahu membatalkan meeting dengan Delicious You. Aku tak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Aku tak mahu!

Tapi bila teringatkan janjiku pada Jackie, aku jadi tak sampai hati. Lagipula, mak aku tak ajar aku jadi orang yang mungkir pada janji. Dengan berat hati, aku kuatkan hati untuk datang. Walaupun aku tahu, aku bakal jadi ‘makanan’ untuk Adam Suffian.

Aku merenung sekeliling. Masih terlalu awal untuk sesiapa datang menjamu selera. Hanya ada beberapa pekerja yang sedang menyiapkan beberapa buah meja. Semua pekerjanya adalah lelaki yang berpakaian waiter ala barat. Siap dengan kot dan bow. Dan semuanya nampak handsome. Alahai...

“Yes, miss? Anything that I can help you with? As you can see, you are our first customer” seorang lelaki tampan berdiri di hadapanku dengan senyuman melebar. Senyum seorang professional. Senyuman business. Tapi aku tetap rasa senang dengan senyuman itu.

“Err... ya.. emm.. yes. I’m...” kata2ku tiba2 saja dipotong oleh satu suara.

“What the hell are you doing here?” suara garau itu tidak menunjukkan nada yang ramah. Aku jadi makin resah. Takut. Gementar.

“Err.. saya.. saya... datang.. nak jumpa...”

“I dont want to see you! Not before, not now and definitely not ever! Do you understand?!” Kenapa dia perlu menengkingku? Kenapa dia mahu memalukan aku di hadapan pekerja2nya? Mereka semua sedang memandangku dengan rasa ingin tahu. Aku menunduk menahan malu yang bertandang.

“Boss, care to have your voice down? We are doing business here. It’s not nice to tell our customer off” lelaki di hadapanku tadi bersuara tenang.

Wah, beraninya dia menegur Adam. Dengan beraninya juga dia membalas renungan Adam yang seolah mahu membelasahnya di situ juga. Wajah Adam makin merah menahan amarah. Aku tahu dia tak biasa sesiapa menentang arahannya. Tapi lelaki itu tidak langsung menampakkan yang dia akan menikus menerima pandangan tajam sebegitu. My knight in shining armor!

“Perempuan ni tak layak masuk restoran aku! Have her away! I dont want her here” ketus Adam memberi arahan dan terus melangkah masuk ke dalam restorannya, meninggalkan aku dan lelaki itu.

Aku masih diam di hadapan restoran tersebut. Lemah rasanya lututku ketika menerima herdikan dari Adam tadi. Dia betul2 tak pernah berubah.

“Sorry. I dont think he is in his right mind. Awak OK ke? Need to sit down?” lelaki itu bertanya ke arahku.

Kemudian tanpa menunggu, dia menarikku masuk ke dalam restoran walaupun aku menolak. Aku tak mahu menaikkan lagi marah Adam padaku. Dia membawaku ke dalam sebuah bilik yang hanya terdapat sebuah meja sederhana besar dan dua buah kerusi. Ada beberapa buah rak buku di situ. Mungkin, ini bilik kerjanya?

“Dont worry. Awak duduk sini dulu. Nanti saya ambilkan air kejap. Duduk sini tau, jangan ke mana2. It’s ok, this is my office”

Seketika kemudian, lelaki yang bernama Muaz (seperti yang tertera di name tagnya) itu datang membawa segelas air fresh orange dan meletakkanya di hadapanku. Dengan gugup aku mencapai gelas tersebut dan membawa ke mulutku. Kuhirup perlahan. Sedapnya...

“So... miss...?” Aku bagaikan terlupa memperkenalkan diriku. Sepantas kilat, sedikit kelam kabut, aku mencapai seberkas kad dari dalam beg tanganku dan menghulurkan sekeping kad kepadanya.

“Err.. saya.. Fatimah Asyikin. Emm.. ini kad saya..”

Muaz mencapai kad tersebut dari tanganku dan membacanya. Aku mengambil peluang ini untuk meneliti lelaki yang berani melawan Adam Sufian. Orangnya memang tinggi, mungkin lebih dari 180cm. Tubuhnya tegap, jadi amat sesuai sekali mengenakan kot hitam yang melekat kemas pada badan segaknya. Wajahnya bersih, dihiasi sepasang mata yang tajam dan bersinar. Apa yang boleh aku katakan, lelaki ini memang boleh tahan...

“Oh.. awak dari Khaidir & Co., you’re the accountant right?” Cepat2 aku mengangguk dengan senyum mengharap. Takkanlah aku nak tinggalkan je restoran ni begitu saja. Kerja tetap kerja.

“I thought the girl’s name was Jackie?” Keningnya terangkat. Aku tersenyum tipis.

“Saya gantikan dia. Hari ni dia ada hal sikit, on MC. Do you think En Adam Sufian would like to see me on this? We are suppose to have a meeting today” jelasku.

“Ah... OK... ” Muaz diam sejenak, mungkin berfikir bagaimana mahu memberitahu pada Adam tentang hal ini.

Friday, December 12, 2008

Jodoh 5

Mumbling o milanhawkin at 7:02 PM 0 demented soul(s)
Aku memerhatikan baris2 nombor di atas kertas putih setebal setengah inci itu. Mak aih, banyak betul yang aku kena check ni. Tanganku naik memicit2 kepalaku. Bukan sakit kepala, tapi pening kepala.

“Eh, you still working on the Berjaya Holdings accounts?” soalan Jackie membuat aku mengangkat muka.

Aku tersengih memandang Jackie yang berkerut. Jackie merupakan seniorku di syarikat ini. Berbanding aku yang baru 3 tahun bekerja di syarikat ini, Jackie sudahpun mempunyai pengalaman selama lebih 6 tahun sebagai accountant. Dialah yang banyak membantuku dalam kerjaya. Selain sikapnya yang ramah, aku senang sekali dengan cara kerjanya yang professional.

“Yup. Too many figures I have to check back again. Maybe I need another few days to go through this. Why are you here?” tanyaku kembali. Tak mungkin Jackie datang ke mejaku sekadar untuk berborak. Dia bukan jenis sebegitu. Setahuku, Jackie takkan bercakap kosong semata2 mahu berborak. Apa yang keluar dari mulutnya selalunya sesuatu yang bernas dan patut diambil kira.

“I need your help. I should have gone for a meeting tomorrow at our new client’s office. You remember the new restaurant opening at KLCC right?”

Aku jadi teringat pada flyer yang pernah kudapat pada minggu lepas. Satu restoran mewah yang akan dibuka di KLCC. Tema restoran itu juga agak unik kerana menyediakan sajian makanan yang terdapat di seluruh dunia, seunik namanya. Apa ya namanya?

“Oh, yeah. That cultural restaurant. What’s its name again?”

“Delicious You. That’s our new client. I’m suppose to be there for the first meeting but I dont think I can make it. My son is not feeling well lately. I have to take a day off to get him to the clinic. Dont mind filling me in, do you?” wanita itu seolah memujuk.

Aku tergelak. Takkanlah aku mahu menolak bila Jackie teramat jarang mahu meminta bantuan sesiapa.

“I dont mind. It’ll be my pleasure. So, who am I suppose to meet?”

“Mr Adam Suffian, the owner”

Bulat mataku merenung Jackie. Aduh, Adam Suffian? Aku jadi gelisah. Rasa menyesal kerana bersetuju memenuhi permintaan Jackie itu timbul di benakku. Tapi mustahil untuk aku tiba2 menolak.

“Why? Anything wrong?” Jackie menyoal, mungkin kerana melihat wajahku yang mula mendung. Cepat2 aku menggelengkan kepala sambil tersenyum hambar.

“No...nope. I’ll be fine” ujarku perlahan. Tuhan, selamatkanlah hambaMu ini

Wednesday, December 3, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 40

Mumbling o milanhawkin at 9:47 PM 5 demented soul(s)
Pulangnya aku ke tanah air kali ini membawa seribu erti yang mendalam. Sedar tak sedar, rupanya sudah hampir 2 tahun aku berhijrah ke Korea. Aku bukan sahaja tertarik hati pada suasana indah yang sering dipaparkan di dalam drama korea, malah budi bahasa mereka juga patut dipuji. Mungkin part yang menunduk2 tu yang membuatkan mereka seolah2 begitu merendah diri pada sesiapapun.

Sepatutnya aku pulang 6 bulan yang lepas. Tapi dek kerana tak puas berada di sana, aku memohon untuk memanjangkan tempohku di sana. Bukan main risaunya Babah dan Ummi mendengarkan keputusanku itu. Imran Hadi apatah lagi. Siap boikot tak nak telefon aku selama sebulan. Puas jugalah memujuk mamat senget tu. Nasib baik cepat pula coolnye. Kalau tidak... Eh, kalau tidak apa pula? Macamlah aku takleh hidup kalau dia tak telefon aku kan? Hmm...

Sebaik saja kaki ini melangkah turun dari kapal terbang, udara kuhirup dalam2. Walaupun udara kurang segar, tapi udara inilah yang aku rindukan selama 2 tahun ini. Tempat jatuh lagikan di kenang, inikan pula tempat bermanja... kan?

Bibirku menguntum senyum ke arah segerombolan manusia yang sememangnya aku kenali. Babah, Ummi, Balqish, Kamal Hadi sibuk melambai2kan tangan ke arahku. Anehnya, tidak terasa pula rasa sakit di mana2 saat mata ini singgah pada Balqish dan Kamal Hadi. Sebaliknya, aku rasa bahagia melihat kuntum2 senyuman di bibir mereka. Nampaknya mereka bahagia bersama. Mungkin sudah tiba masanya aku merelakan semua ini...

Tapi, di mana pula Imran Hadi ya? Aku tertanya2 sendiri bila melihat kelibat Auntie Zue di celah2 keluargaku tadi. Takkanlah dia tak datang kot? Aku sikit punya baik hati dah bagitau awal2 bila aku nak balik, tapi dia boleh tak datang jemput aku kat airport! Bencinye!!

“Ummi...” aku berlari2 anak ke arah Ummi yang sudah sedia mendepangkan tangannya. Titis2 air mata mengalir hebat saat aku berada dalam pelukan Ummi. Banjir sekejap. Rindunya pada sentuhan dan belaian Ummi. Teresak2 aku di bahu Ummi melepaskan rindu.

“Alahai.. tak sangka manja betul Hana ni” usik Auntie Zue, membuat aku tersenyum dalam tangis. Aku cium pipi Ummi berkali2.

Tangan Babah yang tadinya mengusap lembut belakangku, kutarik lalu kucium hangat. Tanpa kuduga Babah menarik tubuhku ke dalam pelukannya. Inilah kali pertama Babah memelukku. Mesti Babah rindu gile kat aku ni...

“Lepas ni Babah tak mahu Hana tinggalkan Malaysia lagi” perlahan Babah bersuara. Dalam hati, aku mengiyakan saja. Aku juga tak ingin berjauhan dengan orang yang aku sayang.

“Kak Hana tanak peluk Qish ke?” soalan Balqish membuat aku berpaling padanya. Saat ini, sungguh, tiada dendam mahupun benci yang bermain di lubuk hatiku. Hanya rindu pada si adik begitu membara. Tanpa menunggu lebih lama, aku meraih tubuh Balqish. Kami sama2 tersedu, seakan saling memaafkan antara satu sama lain. Aku yakin kini, Kamal Hadi bukanlah destinasiku.

Kemudian aku menyalami Auntie Zue. Pada Kamal Hadi, aku sekadar mengukir senyum.

“Sudahlah, mari kita balik ke rumah dulu. Boleh borak lama2 sikit” ujar Ummi yang masih merah matanya. Tangan Ummi menarik tubuhku ke arah Grand Livina yang sudah lama menunggu.

“Erm...” aku sebenarnya masih belum mahu bergerak. Aku menoleh ke arah sekeliling, seakan mencari wajah2 yang kukenali.

“Tunggu sapa lagi, Hana?” soal Auntie Zue. Wajahku sudah bersemu merah. Takkan Auntie Zue tahu kot?

“Err... takdelah... emm.. Hana..” serius, otakku rasa macam tak boleh nak membina ayat. Skill bahasa aku dah hilang sebab lama sangat duduk Korea.. kuikuikui...

“Boy kirim salam kat Hana. Dia mintak maaf sebab tak dapat datang hari ni” Sah! Sudah terang lagi bersuluh! Auntie Zue memang tahu akulah perempuan yang saban minggu bergayut dengan anaknya. Warghhh!!! Malu seh... apa lagi bila nampak muka Ummi dan Babah yang tersenyum simpul, sok tahu nih...

Tuesday, November 4, 2008

Jodoh 4

Mumbling o milanhawkin at 9:14 PM 0 demented soul(s)
“Apa kata aku carikan jodoh utk kau?” soalan Suzila pada pagi hari itu membuat suapanku terhenti. Terbantut seleraku mendengarkan pertanyaan teman sepejabatku itu. Suasana yang sedikit sepi pada pagi hari di food court itu seakan menghentikan masa. Spoil the mood betulla minah ni.

“Kau ni, tak baik tau. Kau buat camtu macam kau letakkan nasib dia kat tangan kau, sedangkan nasib manusia tu terletak kat tangan Allah SWT kan?” memang aku sengaja tak menjawab soalan. Bagi tazkirah pagi2 begini, mana tahu dapat pahala.

“Tapi, kalau kita tak usaha, mana kita nak tau. Aku cuma nak kau berkenalan je dengan diaorang ni je” panjang muncung Suzila. Tangannya kembali menyudu bihun goreng di pinggannya. Hanya separuh yang masih berbaki.

“Ila, kalau ada orang yang nak berkenalan dengan aku ni, dah lama diaorang tu cuba nak kenal aku tau. Tak payah tunggu ada orang tengah. This is just to say that they are not interested. As simple as that, dear” aku mengeluh. Bosannya mahu melayan sahabatku yang satu ini.

“Kau ni, belum cuba belum tahu kan? Bukannya aku nak suruh kau kawen terus dengan mamat ni. Berkenalan je la...” Suzila masih belum berputus asa nampaknya.

“Tak nakla aku...” aku memasamkan muka tanda tidak bersetuju. Takkan aku nak bersetuju. Aku paling tak suka blind date. Paling tak suka dengan pertemuan yang diatur. Bagiku, blind date ni boleh membuatkan kita kecewa kalau yang kita harapkan tidak menjadi. Kerja sia2 bagiku.

“Kau ni, kita pun kena berusaha jugak tau. Tengok macam aku ni, dah beranak 2 dah. Takkan kau nak tengok je. Aku kenal laki aku tu pun, sebab mak sedara aku yang kenalkan. Jodoh kami sampai ke hari ni jugak!” beria2 Suzila mempertahankan pendapatnya.

Apa la Suzila ni. Macamlah aku dengki tengok dia bahagia dengan suami dan anak2nya yang kiut miut tu. Cuma memang aku rasakan, jodohku belum tiba. Apalah yang dia nak susah2 sangat. Bukannya aku minta tolong dia carikan pun.

“Mamat ni boleh tahan hensem. Kaya lagi. Dia ada business sendiri. Bapak dia Dato’. Umur baru nak masuk 32 tahun. Single dan takde girlfriend” Sudah, dah masuk acara promosi pulak.

“Kau tahu kan, aku ni tak suka orang kaya. Tak boleh nak masuk. Tak boleh geng. Lebih2 lagi kalau lain jantina ni. Makin la aku anti. Bagi aku diaorang ni takde perasaan. Anggap orang miskin ni macam sampah” tak tahu kenapa, aku naik angin pulak. Macamlah aku dah jumpa dengan lelaki yang ingin dikenalkan Suzila. Macamlah semua orang kaya teruk macam tu. Tapi serius, aku memang tak suka orang kaya. Anak orang kaya, apatah lagi.

“Tengok! Tengok! Cubalah ubah sikit pemikiran kolot kau tu, Cik Imah oi! Bukan semua orang kaya tu seteruk yang kau bayangkan. Lagipun aku kenal dengan mamat ni. Dia tak sombong. Peramah, dan baik hati. Dia ni kawan suami aku. Dia sendiri yang minta suami aku tolong carikan calon. Itu yang aku teringat kat kau tu” panjang lebar pulak ceramah Suzila.

Aku mendiamkan diri. Tak kuasa melayan lagi. Daripada serabutkan kepala otak, baik aku teruskan makan nasi lemak aku ni. Lagi best...

“Aku cakap, kau buat2 tak dengar pulak. Terukla kau ni” marah Suzila lagi. Aku masih pura2 pekak.

Jodoh 3

Mumbling o milanhawkin at 8:59 PM 2 demented soul(s)
“Abang Adam! Abang Adam!” aku melaungkan nama itu sekuat hatiku. Seperti biasa, wajah tampan itu akan segera berubah masam melihatkan kelibatku. Tapi aku tak peduli dengan semua itu. Aku tetap berlari ke arahnya dengan riang.

Adam pula, melihatkan aku yang semakin menghampiri, bergerak bangun meninggalkan teman2nya. Kakiku pula secara automatik tetap saja mengikuti langkahnya tanpa rasa penat. Aku dah biasa mengejar lelaki itu, dan aku takkan putus asa dengan begitu mudah. Aku yakin, setiap usaha itu pasti ada hasilnya.

“Abang Adam, tunggula Imah” Adam Sufian buat2 tak dengar. Tetap meneruskan langkahnya tanpa sedikit pun berpaling.

“Abang Adam, hari ni kita lunch together-gether ye. Emm.. hari ni Imah masak nasi goreng kampung. Imah masak banyak ni. Kita makan sama2 ek” ujarku dalam nafas terbata2. Penat juga mahu menyaingin langkah Adam yang panjang.

Aku menghentikan langkah bila Adam tiba2 saja berhenti. Aku tersenyum lebar, lantas menghulurkan sebuah bekal plastik yang mengandungi nasi goreng yang kumasak pagi tadi.

“Ini untuk Abang Adam. Yang Imah punya, kat sini” ujarku sambil menunjukkan pada beg galasku tanpa dipinta.

“This is for me?” soalnya. Matanya yang tadi memandang bekal pemberianku, beralih pula ke arahku.

Aku cepat2 mengangguk dengan senyuman tak mati. Mesti Abang Adam akan suka dengan masakanku. Yelah, kat UK ni bukannya ada orang jual nasi goreng kampung macam kat Malaysia. Nasib baik ibu ada bekalkan bahan2nya ke sini bulan lepas. Adala peluang nak tunjukkan bakat terpendam.

Dengan excited, aku melihat Abang Adam membuka penutup bekal berwarna merah muda itu. Bekal itu disuakan ke arah hidungnya.

“Bau macam sedap.... tapi...” kata2 yang terhenti dari bibir Adam Sufian membuatku menala pandanganku kembali ke arahnya.

“Tapi apa Abang Adam?” aku mengerut dahi. Tak rasa lagi, takkan dah tau tak sedap kot?

“What makes you think that I would eat anything that you cook? Sekali kau letak ubat guna2 ke, tak pasal2 nanti aku tiba2 gilakan kau. Kalau tak pun, apekehal aku nak makanan yang belum tentu sedap ni? Huh?” lengkingannya membuat aku terkujat.

Serentak itu, bekal itu terus saja dibuang ke dalam tong sampah yang berhampiran. Putih mataku melihat bekal yang cuba kusiapkan dari pukul 5 pagi tadi akhirnya menjadi makanan tong sampah. Sampainya hati Adam.

“Ermm... Abang Adam, Imah ada tiket wayang untuk filem ‘The Da Vinci Code’. Kita tengok wayang nak? Imah beli 2 tiket. Satu untuk Abang Adam, satu lagi untuk Imah” aku menayangkan 2 keping tiket untuk filem yang barangkali akan menjadi box-office itu.

“Sorry... I dont date wh*res!” Untuk sekian kalinya aku terpempan mendengar2kan kata2 yang kejam itu keluar dari bibir tipis milik Adam. Wh*res? Pelacur? Perempuan murahan? Begitukah tanggapan Adam padaku? Tapi atas dasar apa pula dia menuduh aku sehingga begitu sekali? Menitis air mataku menerima kata2nya.

Kenangan itu datang tanpa kujemput. Kenangan yang cuba kulupakan sejak bertahun2 itu. Aku hampir meringis setiap kali terkenangkan Adam Sufian. Hati ini juga semakin sebak setiap kali wajah itu menerpa ruangan mindaku.

Adam Sufian... kenapa kau muncul lagi dalam episod hidupku ini? Walau aku sudah lama merelakan segalanya, namun kenapa pula pandangan matamu itu masih lagi terkandung benci yang mendalam? Terlalu hinakah aku dimatamu, Adam?

Saturday, November 1, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 39

Mumbling o milanhawkin at 8:09 PM 1 demented soul(s)
“Sampainya hati awak, Hana” keluh Imran Hadi. Suaranya sayu menjengah telingaku dari corong telefon bimbit. Alahai... bagaimana harus aku memujuk lelaki ini?

“Awak... kan awak jugak yang cakap, saya perlu tentukan hidup saya sendiri, tanpa paksaan dari sesiapa pun. Termasuk awak sendiri! I’ve gotta do this. I need to prove myself. Bukan kerana sesiapa, tetapi kerana diri saya sendiri” luahku pula. Sedih juga mengingatkan lelaki yang sering memberi semangat padaku, kini seolah menentang hasratku pula.

“Tapi awak tak pernah pun nak cerita kat saya pasal ni. Saya ni, tak penting ke untuk awak, Hana?” rajuknya berpanjangan pula. Alahai...

“Bukan macam tu... awak ni sengaja nak bagi saya rasa bersalah kan?” panjang muncungku kali ini. Rasa geram tu menambah2 pula sejak tadi. Tak patut dia nak salahkan aku begini. Aku bukannya pergi ke Korea tu untuk berfoya2 atau sekadar melancong! Malah semasa aku di sana nanti, pelbagai aktiviti yang aku kena buat untuk memenuhi misi program tersebut.

Program kali ini membawa seramai 20 orang pelajar dari serata pelusuk ASEAN. Dari Malaysia sendiri, aku dan seorang pelajar lelaki dari USM akan menjadi duta kecil Malaysia ke sana. Kami pergi bukan untuk main2. Kenapa Imran Hadi tidak mahu faham tentang hal ini?

“Macam mana kalau saya tiba2 rindukan awak, nak jumpa awak?”

Aku tergelak kecil mendengar rengekannya yang seperti kanak2 yang mahukan aiskrim itu.

“Boy...” seruku dengan senyum nakal.

“Nak usik oranglah tu. Nak lari dari tajuk ek...” aku seakan dapat membayangkan wajah Imran Hadi yang menarik muka. Comelnye...

“Mana ada lari dari tajuk. Ermm... kita tengah buat karangan apa ni ye, Boy?” usikku lagi. Kali ini aku tertawa kecil mendengar Imran Hadi merengus.

“Kalau saya ikut awak ke sana, boleh?”

“Ish.. mana boleh! Awak jangan nak buat keje gile ek. Saya tak suka!” Ada ke patut dia nak ikut aku ke Korea? Aku bukannya pergi melancong!

“Apa salahnya? Saya boleh tolong tengok2kan awak kat sana” Ah, idea gile ni. Tak mungkin aku akan bersetuju.

“Tak perlu, En Imran Hadi. Saya pandai jaga diri. Saya bukannya budak2. Dan saya bukannya ke sana nak main2. Saya gi blaja tau” kali ini aku pula yang menarik muka.

“Saya tau, sayang. Tapi, saya tak sanggupla nak berpisah dengan awak. Kita baru je nak berkasih sayang, awak dah nak tinggalkan saya”

Eiii... perasannye mamat senget ni! Bila masa pulak aku berkasih sayang dengan dia ni?! Ngengada!

“Dah2, jangan nak mengarut lagi. Dan jangan ngada2 nak gi Korea pulak. Kalau saya jumpa awak kat sana, tanak kawan dengan awak lagi!” Eh, eh, serius macam budak2 tengah bergaduh pulak.

“Yela, yela. Tapi kalau telefon, boleh kan?”

“Ye, boleh... tapi jangan selalu” Haii... nampaknya kena la mengalah sikit dengan Imran Hadi ni. Kalau tak, tak tahulah apa dia akan buat pulak.

Wednesday, October 29, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 38

Mumbling o milanhawkin at 8:50 PM 1 demented soul(s)
“Betul ke Kak Hana nak gi Korea?” aku sedikit tersentak mendengarkan pertanyaan dari Balqish yang tiba2 saja muncul di dalam bilikku. Aku berpaling ke arahnya dan menguntum senyum. Agaknya dia terdengar perbualan antara aku dan Babah serta Ummi tadi.

“Yup!” jawabku sepatah. Aku kembali berpaling dan mengeluarkan buku2 rujukan yang aku bawa bersama dari asrama. Sungguhpun sedang bercuti, aku tak mahu lalai lagi. Cukuplah sekali.

“Sebab Kak Hana patah hati dengan Abang Kamal ke?” Aku sedikit meringis mendengarkan nama itu keluar dari mulut Balqish. Harapnya Balqish tidak perasan. Aku bimbang andainya dia menganggap aku masih menyukai Kamal Hadi.

“Nope!” aku senyum lagi. Senyum paksa!

“Betul ke ni?” Balqish sudahpun duduk di hujung katil. Wajahnya kelihatan macam tak puas hati saja. Dahinya berkerut.

“Betullah. Kak Hana nak gi sana sebab nak luaskan pandangan Kak Hana. Akak nak tingkatkan pengetahuan tentang budaya asing. Takde kaitan dengan sesiapa pun. Dont worry, ok?” seakan memujuk pula aku ini lagaknya. Hipokritkah aku? Pengecutkah aku?

Lama Balqish merenungku, tapi aku buat tak peduli saja. Pandanglah semahumu Qish, akak tak kisah.

“If so, Qish rasa lega sikit. Sekurang2nya Kak Hana tak bencikan Qish, kan? Kak Hana, masih kakak Qish, kan?” aku menggigit bibir, menahan sebak yang tiba2 saja bertandang. Aku diam untuk sesaat dua, mengumpul kekuatan yang bersisa.

“Of course, dear. Qish tetap adik akak sampai bila2 pun, whatever happens...” entah ikhlas entahkan tidak kata2ku itu. Yang pasti, aku berjanji untuk memegang kata2 itu buat selama2nya. Biar apa pun yg terjadi, Balqish tetap adikku.

“Nah!” aku menghulurkan Mr Teddy padanya. Kebetulan minggu itu aku membawa pulang Mr Teddy bersama. Niat di hati sekadar mahu meninggalkan Mr Teddy kat rumah. Takdelah aku teringat sangat pada Kamal Hadi bila di hostel. Entah kuasa apa yg mendorong aku berbuat demikian. Balqish juga nampak agak terkejut. Aku yakin pasti dia tahu siapa pemberi Mr Teddy ini.

“Untuk Qish ke? Tak pape ke? Ermm... I mean...” tergagap2 pula adikku ini.

“Abang Kamal Qish tu takkan marah, trust me. Takde salahnya akak pulangkan pada yang berhak, kan? Kak Hana rasa, Mr Teddy ni lebih berhak ada dengan Qish, bukan dengan akak” terasa sayu pula melihat Mr Teddy beralih tangan. Sorry Mr Teddy...

Dengan ragu, Balqish menarik Mr Teddy ke dalam pelukannya. Aku seakan dapat merasakan, aku telah melepaskan sesuatu yang berharga dari tanganku. Namun aku tidak dapat lagi menarik kembali pemberianku itu.

“Maafkan Qish, akak. Qish tahu Kak Hana kecewa dengan Qish, kan? Qish harap Kak Hana faham perasaan Qish” tutur Balqish perlahan sambil menjatuhkan dagunya ke kepala Mr Teddy. Wajah mendungnya itu kutatap syahdu. Kenapa hubungan kami jadi kaku begini. Dulu kami sering bergelak tawa bersama2.

Entahlah Qish. Kak Hana tak pernah faham sebenarnya dengan apa yang telah terjadi ni. Walau hati Kak Hana ni terluka, persaudaraan kita takkan terputus hanya kerana seorang lelaki, dik.

Kata2 itu kutelan lumat. Tak mampu meluahkannya pada Balqish yang kelihatan muram. Tak mampu, atau tak mahu?

“Yang berlalu tu biarkan jelah berlalu. Takde gunanya kita nak bergaduh atas hal yang sekecil ni. Kak Hana tetap sayangkan Qish” aku seakan memujuk dua hati yang terluka.

Amihana: Nilai Sekeping Hati 37

Mumbling o milanhawkin at 8:49 PM 0 demented soul(s)
Wajah Babah nampak sedikit tegang. Wajah Ummi apatah lagi. Flyer di tangan Babah itu direnung agak lama oleh mereka berdua.

“Betul ke ni, Hana? Hana dah fikir habis2?” soalan pertama dari Babah. Ummi turut memandang wajahku dengan sayu.

“Betullah Babah. Hana dah fikir masak2. Lagipun bila lagi Hana boleh dapat peluang macam ni, kan?” aku masih tenang seperti tadi. Sepertinya sudah nekad sejak dari awal lagi.

“Jauh ni, Hana. Korea...” Ummi bersuara.

“Takpelah Ummi. Ini peluang untuk Hana, Ummi. Please.... Lagipun kebetulan sangat student yang sepatutnya terpilih untuk ikut program ni ada masalah lain, jadi Hana yang diaorang pilih. Lagipun, I have proven myself, kan Ummi, Babah? Semester ni Hana dapat 3.50. Bolehlah ek....” aku cuba memujuk.

Dengan ini pihak kami ingin memaklumkan bahawa permohonan saudari untuk menyertai International College Student Exchange Program antara ASEAN dan Republic of Korea, projek usahasama di antara AUN dan Daejeon University telah berjaya.

“Berapa lama?” tanya Babah lagi.

“2 semester je, Babah, Ummi. Lepas Hana balik, Hana kena buat presentation pada pihak universiti tentang apa yang kami telah belajar kat sana. Kemudian Hana sambung belajar balik macam biasa” terangku bersungguh2.

“Kenapa Hana tak bincang dengan kami dulu sebelum apply? Tak baik Hana buat Ummi macam ni” Ummi mula sebak. Aku pula jadi serba salah mendengarkannya. Cepat2 aku menghampiri Ummi dan duduk di sebelahnya. Bahu Ummi kupeluk gemas. Belakang Ummi kugosok perlahan2.

“Ummi, janganlah macam ni. Hana mintak ampun kalau Hana kecilkan hati Ummi. Hana takde niat macam tu, Ummi. Hana buat semua ni sebab Hana fikirkan masa depan Hana, Ummi. Please Ummi, janganlah nangis. Babah...?” aku memandang Babah separuh merayu.

“Yang, janganlah sedih sangat. Hana bukannya pergi lama. Setahun aje. Kemudian baliklah dia ke sini. Dahlah... tak baik menangis macam ni” pujuk Babah pula. Aku menghela nafas lega mendengar kata2 Babah. Nampaknya Babah menyokong penuh hasratku itu. Fuh...

“Bila nak bertolak, Hana?”

“Dalam 2 bulan lagi, Babah. Rasanya sempatla Hana buat persiapan. Ermm... jadi, boleh ke Hana ikut program ni, Babah?”

“Pergilah. Kalau Hana betul2 rasa program ni boleh bantu pelajaran Hana dan masa depan Hana, Babah sokong 100%. Tapi kena rajin2 belajar, jangan main2 tau” Babah mengingatkan sambil tersenyum.

“Ummi pula macam mana? Kalau Ummi tak bagi, Hana boleh batalkan. Hana takkan pergi kalau Ummi tak izinkan” aku memandang wajah Ummi dengan penuh harapan. Agak lama Ummi mendiamkan diri. Agaknya berfikir tentang keputusanku kali ini.

“Baiklah... tapi Hana kena pandai jaga diri kat sana ye. Jangan tinggal solat. Jangan lupakan Ummi dan Babah kat sini” akhirnya Ummi memberi keizinannya dengan nada sebak.

Aku rasa ingin menjerit kegembiraan saja. Ya Allah, terima kasih atas bantuanMu ini. Aku memeluk erat tubuh Ummi.

“Jangan risau, Ummi. Hana takkan sia2kan peluang Babah dan Ummi bagi ni. InsyaAllah, Hana akan buat yang terbaik” janjiku sambil menguntum senyum puas.

“Ah, banyak benda nak kena buat ni. Minggu depan kita shopping barang2. Lepas ni Hana kena balik sini every week ok? Jadi senang sikit Ummi nak buat persiapan untuk Hana” Ummi berubah ceria, walaupun sebenarnya dia masih bersedih atas keputusanku itu.

Saturday, October 25, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 36

Mumbling o milanhawkin at 10:42 PM 1 demented soul(s)
“Hana, dah lama Hana tak balik rumah ni. Busy sangat ke, sayang?” suara Ummi yang kurindui bergema di hujung talian. Aku tersenyum nipis mendengarkan Ummi meluahkan kerinduannya padaku. Rindunya mahu menatap wajah bersih Ummi. Juga rindukan Babah dengan nasihatnya. Dan jauh di sudut hati ini, aku masih tetap merindukan Balqish dan keletahnya.

“Maafkan Hana, Ummi. Hana memang busy sangat. Ummi tau kan, Hana nak score semester ni” aku menjawab seceria mungkin.

Sewaktu menerima berita aku terpaksa repeat semester kali ini, Ummi dan Babah kelihatan agak terkejut. Namun cepat2 mereka menasihati aku dengan pelbagai kata2 semangat. Aku amat bersyukur bila mereka begitu memahami diri ini. Mujurlah mereka tidak begitu kecewa kerana aku sudahpun berjanji akan menebus kesilapan ini.

Mana tidaknya mereka terkejut, aku merupakan salah seorang pelajar cemerlang di zaman persekolahan. Walaupun aku tidak pernah dapat menewaskan tempat pertama yang disandang Adli, aku masih boleh berbangga dengan tempat kedua.

Sejak semester pertama, aku termasuk dalam senarai Dean’s List. Jadi, sejak bila agaknya prestasi pelajaran aku ni menurun?

“Ummi tahu anak Ummi ni pandai dan rajin, tapi jangan paksa diri sangat ye. Kesihatan Hana pun kena jaga. Have some fun dear, jangan asyik terperap kat bilik je. Babah pun pesan suruh Hana balik”

“Hana akan ingat pesan Ummi tu. Ummi jangan risau ek. Hana rasa dalam 2 minggu lagi Hana baliklah rumah. Lagipun Hana ada perkara nak bincangkan dengan Ummi dan Babah. Boleh kan?”

Setelah berbasa-basi dengan Ummi dan menerima nasihat seperti biasanya, aku menekan butang merah di telefonku. Flyer di tanganku, kugenggam erat bersama sebuah senyuman di bibir.

Amihana: Nilai Sekeping Hati 35

Mumbling o milanhawkin at 10:41 PM 0 demented soul(s)
Aku menguap panjang. Ya Allah, mengantuknya mata ni. Nak dilelapkan, masih ada 3 mukasurat yang aku belum habiskan. Buku Social Psychology itu kurenung agak lama. Ah, dah takleh nak masuk ilmu ni. Kena lepak jap.

Aku mengerling pada jam di dinding bilik. Mak aih, dah pukul 2 pagi rupanya. Patutlah mata ni asyik nak terpejam je. Aku mengeluh perlahan. Mataku meliar keliling bilik. Si Aida sudah lama diulit mimpi rupanya. Agaknya teman2 yang juga sudahpun belayar ke alam mana. Hanya aku yang masih sibuk mengulangkaji.

Aku bangun dari meja studi, mencapai mug yang sudahpun kosong. Kaki kuangkat ke luar bilik, menuju ke arah dapur. Dari luar jendela dapur, aku dapat melihat langit yang cerah dan dipenuhi bintang2 yang berkelipan. Indahnya.

Aku membawa mug berisi air suam ke luar balkoni bilik. Suasana di hostel memang sunyi di waktu2 begini. Hanya ada beberapa buah bilik yang masih diterangi oleh cahaya lampu. Agaknya mereka juga macam aku, masih mahu mengulangkaji apa yang patut.

Aku mendongakkan kepala ke langit. Masih seperti tadi keadaannya, masih indah dan bercahaya. Kalaulah hidup aku pun sentiasa indah begini, alangkah baik. Tapi, kalau hidup tanpa cabaran, bukankah itu sesuatu yang memboringkan? Aku patut mengambil kegagalan ini sebagai satu cabaran untukku bangkit semula. Ini adalah salah satu pengajaran yang patut aku ambil iktibar darinya. Mungkin untuk aku, cinta dan ilmu tidak boleh seiring seperti orang lain.

Yup! Chaiyok Hana! Teruskan usaha murnimu ini!

Aku mengukir senyum. Puas berdiri di balkoni, aku kembali ke bilikku. Aku sisip sedikit air suam dari mugku dan kuletakkan ke atas meja studi. Aku masih kantuk. Rasa nak je baring2 atas tilam yang tak berapa empuk tu. Tapi kalau aku dah siap baring kat tilam, dah sah2lah aku akan terus tidur.

Aku mengerling ke arah tilamku. Mr Teddy masih setia menantiku di sana. Bila terpandangkan Mr Teddy, hatiku digamit rasa sayu. Sudah tentulah aku akan teringatkan Kamal Hadi. Betapa jauhnya aku dan dia kini.

Di uni, jarang2 sekali aku dapat bertembung dengannya disebabkan kami sudahpun berlainan kelas. Kalaupun aku terserempak dengannya, amatlah jarang untuk aku berbual dengannya. Walaupun dia sudah tidak melarikan diri dariku sejak kami berjumpa di rumah tempoh hari, aku tetap tidak ingin berbual lama dengannya. Sepatah yang ditanya, sepatahlah yang aku jawab.

Sebenarnya aku teramat merindukan Kamal Hadi. Aku rindukan layanannya terhadapku dahulu. Aku rindukan kata2 manis yang sering diucapkannya padaku. Aku pasti, kini hanya Balqishlah yang dapat menerima semua itu dari Kamal Hadi. Walaupun aku sering tertanya2 kenapa semua ini terjadi, kenapa Kamal Hadi berubah hati, aku takut mahu menghadapi kenyataan. Kata orang, kebenaran itu paling menyakitkan.

Rasa pilu yang kian lama bersarang di hati ini, dapatkah kuleraikan bersama masa yang berlalu? Benarkah kasih Kamal Hadi sudah berpaling arah dariku?

Sekali lagi aku menarik nafas dalam2. Perlahan2 kemudian aku lepaskan. Buku yang tersadai di mejaku itu, sekali lagi kupandang. Akhirnya, dengan nekad yang kubina, aku kembali meneliti bait demi bait yang tercetak.

Thursday, October 23, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 34

Mumbling o milanhawkin at 11:01 PM 2 demented soul(s)
‘Jom kita dating kat MPH?!’

Aku tersengih membaca sms dari Imran Hadi. Tak habis2 nak ajak aku gi MPH. Suka sangat pergi sana.

‘Takmo! Kita xnk gi MPH dh. Kinokuniya pulak’

‘Tak bestla kt sana’

‘Apsal plak?’

‘Kat Kinokuniya, xde saya’

Lagi2 aku mengukir senyum membaca sms Imran Hadi ini.

‘Sbb tula nk gi Kinokuniya’

Aku sengaja memancing reaksi. Tiada balasan. Aku mengerut dahi. Alahai, takkan merajuk pula dengan kata2ku itu? Namun, tak lama kemudian telefon bimbitku mengeluarkan musik menandakan ada panggilan masuk. Terpampang jelas nama Imran Hadi.

“Hello.. Assalamualaikum...” dengan ragu aku memulakan bicara.

“Oooo... tanak jumpa saya ek?”

“Eh, salam kita awak belum jawab lagi tau!” aku memperingatkan. Apa la dia, terus masuk macam tu je.

“Ops, sorry sayang. Waalaikumsalam. Apsal awak tanak jumpa saya? Awak tak rindukan saya ke?”

Ek ele... sapa nak rindukan dia?! Takde masa langsung!

“Takde kaitan...” tuturku separuh mengejek.

“Wah wah wah... nanti demam rindu karang... siapa yang susah? Saya... jugak!”

Aku tersengih lagi. Ada2 je...

“Saya busy la sekarang awak. Malas nak keluar ke mana2” Memang pun sejak mendapat keputusan peperiksaan yang mengerikan itu, aku jadi kurang gemar untuk ke mana2, melainkan ke library. Aku benar2 mahu bangkit dari kekalahan ini. Segan bila berjumpa teman2 yang dahulunya sekelas. Kini berjumpa pula dengan junior2 yang mengambil kelas yang sama. Malu!

“Em... saya tau. Kalau macam tu, all the best ye sayang. Saya tau awak boleh berjaya kali ni. Trust me, and trust yourself” nasihat yang dihulurkan itu terasa begitu ikhlas.

Eh? Dia tahu ke apa yang sedang berlaku pada aku ni? Kalau nak difikirkan, tak mustahil untuk dia tahu. Adli kan temannya dan Aida pula secara rasminya adalah teman wanita Adli.

“Mana awak tahu ni? Mesti Adli yang cakap kan?” aku sudah memuncungkan mulut. Siap kau, Aida!

“Takde salahnya untuk saya tahu kan? Sekurang2nya saya boleh bagi semangat kat awak”

“Thanks”

“Emm... thanks je tak cukup, Honey. Kena sayang saya lebih!” usikannya yang sedari dulu sentiasa membuat aku tergelak kecil. Namun aku tak ingin menanggapi apa2 dari kata2 Imran Hadi itu. Biarlah aku sendirian dahulu. Biarlah aku tentukan masa depanku dahulu. Biarlah luka di hati ini menjadi parut dahulu. Biarlah...

Tuesday, October 21, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 33

Mumbling o milanhawkin at 7:46 PM 0 demented soul(s)
Air mata yang terburai sejak tadi, masih lagi belum mahu berhenti. Kertas di tanganku kugenggam erat. Bibir kukertap kuat. Sakit!

“Dahlah tu, Hana. Janganlah nangis lagi. Tak elok tau” teguran dari Aida kubuat tak endah. Takkan ada orang yang akan faham apa yg aku alami sekarang ni. Kecewa yang teramat.

“Kalau kau nangis pun, macamlah perkara ni boleh berubah.. itula.. sapa suruh kau ikutkan sangat perasaan kau tu. Sekarang, dah jadi macam ni, baru kau nak menyesal” sekali lagi ceramah free Aida itu kuibaratkan seperti menyiram air ke daun keladi saja. Aku masih diam. Bantal yang menjadi tempat curahan air mataku itu sudah semakin basah.

Aku mengaku. Ini semua salahku sendiri. Aku tak boleh salahkan sesiapa pun. Tapi, macam mana nak beritahu Ummi dan Babah yang semester kali ini, aku gagal teruk?!! Aku menyesal. Menyesal kerana terlampau mengikut perasaan mudaku ini hinggakan pelajaranku terabai sama. Terkejar2kan cinta yang entah akan membawa aku ke mana, sedangkan ilmu yang Ummi dan Babah amanahkan padaku ini kupersia2kan sewenang2nya. Gerun aku mahu membayangkan wajah kecewa Ummi dan Babah.

Bukannya takut mereka akan menengking atau memukul aku. Ummi dan Babah tidak pernah sekalipun menaikkan tangan dalam mendidik anak2nya. Tapi aku lebih takutkan wajah mereka yang kecewa. Itu yang paling aku tidak aku ingini. Aku tidak mahu menghampakan harapan mereka.

“Sudahlah... janganlah sedih sangat, Hana. Risau pulak aku tengok kau asyik macam ni” Aida mengurut2 lembut belakangku.

“Macam mana aku tak sedih, Aida. Bukan 1 yang aku gagal, 3 tau! 3! Semuanya aku kena repeat semester ni. Aku kecewa. Aku malu! Aku lagi malu nak berdepan dengan Ummi dan Babah. Aku dah kecewakan mereka...”

“Daripada kau salahkan diri sendiri, apa kata start aje sem ni, kau usaha lagi kuat... jadi ko boleh score gile2 punya. At least, itukan membuktikan kau dah menyesal dengan tindakan kau sebelum ni? And you are doing something about it. Kalau kau menyesal macam ni tapi takde buat apa2, kan ke itu lagi teruk? Buktikan yang kau boleh bangun dari kegagalan ni. Aku rasa, itu pilihan terbaik yang kau ada sekarang”

Aku diam sejenak. Ada betulnya kata2 Aida itu. Aku kena buktikan yang aku boleh bangun dari kekalahan ni. Tapi, nampak gayanya, aku akan semakin kurang bertemu Kamal Hadi. Aku takkan sekelas lagi dengannya. Aku akan merindukan dirinya.

Eh, apa aku merepek ni? Kenapa Kamal Hadi juga yang aku ingat, sedangkan lelaki itu sedang berbahagia dengan Balqish. Bodohnya aku ni!

“Thanks, Aida. I’ll take on your advice. Kalau aku ada masalah nanti, tolong aku ye”

“Eh, mestilah.. aku kan kawan kau, sahabat kau. Susah dan senang, aku akan sentiasa di sisi kau. Dont worry about that, dear” senyum Aida. Aku membalas senyuman Aida.

Saturday, October 18, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 32

Mumbling o milanhawkin at 1:54 PM 2 demented soul(s)
"Tak sangka ek.. dunia ni kecik je sebenarnya" aku bersuara setelah agak lama kami mendiamkan diri. Imran Hadi tersenyum. Entah kenapa, senyuman itu terasa begitu manis sekali. Bagai terpukau pula melihat senyuman itu.

"Tak sangka yang saya ni Boy ke?" Kami sama2 tersenyum mendengarkan perkataan ‘Boy’ itu.

"Yang itu memanglah. Tapi lagi tak sangka yang awak ni anak Auntie Zue. I mean, maknanya kita dah kenal dari kecik lagi" ujarku setelah tawa kami sama2 reda.

"Yup, saya pun tak sangka yang awak ni Hana yang comot dan tak mandi tu" usiknya pula. Aku mencebik.

"Tapi dulu awak kan tak suka main dengan saya. Asyik2 Balqish yang awak cari kalau awak datang sini" kenapa agaknya aku kedengaran seperti cemburu pula ye.

"Sebab awak suka sangat cari pasal dengan saya. Nampaknya perangai awak yg satu tu tak pernah berubah kan? Takpelah... saya suka je..."

Aku diam. Suka? Betul2kah Imran Hadi ni sukakan aku? Setakat ini memang nampak kesungguhannya. Setiap malam, tak sah kalau tak dihantar SMS padaku. Setiap pagi, dia akan menelefonku sekadar untuk mengucapkan Selamat Pagi.

"Awak ni...."

"Assalamualaikum..." suara Balqish memberi salam membuat kata2ku terhenti. Panjang mataku meninjau2 tuan punya badan. Sekali lagi aku terkejut bila melihat Balqish muncul bersama Kamal Hadi di sisinya. Aku mengertap bibir. Terasa mahu luntur semangatku melihat jemari Balqish di dalam genggaman Kamal Hadi.

"Waalaikumsalam" suara Imran Hadi menjawab salam terasa begitu dekat. Sejak bila dia beralih tempat ke sisi aku ni? Tadi kan duduk kat sofa sana?

"Kak Hana.. sapa ni?" Balqish menyoal sambil menghampiri kami. Aku mengerling sekilas pada Imran Hadi.

"Ini Boy, anak Auntie Zue" aku menjawab ringkas sambil mataku tertancap kemas pada Kamal Hadi yang mula salah tingkah. Apa dia buat kat sini sebenarnya? Yang lebih penting, apa yang dia buat bersama Balqish?

"Oooo... yang selalu main dengan Qish masa kecik2 dulu tu ek. Apa khabar Abang Boy? Auntie Zue mana?" Kamal Hadi sudah melepaskan pegangannya pada Balqish. Sungguh, perasaanku benar2 hancur saat ini. Kiranya abang sudah lupakan Honey, dan memilih Qish pula ya....

"Panggil Imran je. Mama dengan Ummi dekat belakang. Ini siapa? Boyfriend ke?" aku tahu Imran Hadi sengaja bertanya begitu. Mustahil dia sudah lupa pada Kamal Hadi yang ditemuinya sedikit masa dulu. Aku juga pasti, dia sendiri sedang keliru dengan apa yang dilihatnya.

Balqish tersenyum malu sambil mengangguk.

"Hai... tak sangka kita boleh jumpa lagi. Convenient place plak tu" ada nada perli dalam ucapan Imran Hadi itu. Ish...janganlah cari pasal kat sini, Imran.

"Hai...emm..." Huh, tak reti nak jawab apa lah tu. Dasar jantan miang! Lelaki penipu!

"Imran... Imran Hadi. Hana’s boyfriend" Aik? Aku mendongak pada Imran Hadi yang sedang berdiri dan menyalami tangan Kamal Hadi. Geram pulak bila tengok Kamal Hadi macam nak telan je Imran Hadi bila Imran Hadi sebut dia tu boyfriend aku.

"Oh... sejak bila couple ni? Tak tahu pun" Kamal Hadi menjeling ke arahku. Aku memaling muka, malas nak tengok lakonan tak jadinya. Apahal pulak kau nak buat2 jeles ni, wahai Kamal Hadi. Bukan ke kau dah ada Balqish yang cantik menawan tu?

"Ha’a, Kak Hana... sejak bila? Sikit pun tak cerita kat Qish" sengih Balqish. Balqish ni pun satu... takkan dia tak perasan dengan tingkah Kamal Hadi yang mencurigakan tu? Takkan dia tak perasan betapa lainnya renungan Kamal Hadi padaku? Atau dia buat2 tak tahu saja?

"Dah lama dah... saja taknak cakap. Surprise sikit" sengaja pula aku menambah dengan geram. Imran Hadi tersengih, agaknya faham yang aku mahukan lakonan ini dipanjangkan. Tetapi suasana nampaknya semakin tegang antara kami.

"Erm... Qish cari Ummi kat belakang sekejap ek. Nak kenalkan Abang Kamal pada Ummi. Abang duduk dulu ye" Dan Balqish berlalu ke belakang. Mahu saja aku mengikut Balqish mencari Ummi, tetapi aku risau juga kalau mereka berdua ni berantam kat sini. Kecoh pula jadinya.

"Nampaknya kita ni bakal jadik biras la ek" Biras ke? Ada2 je Imran Hadi ni. Main sedap mulut dia je bercakap...

"Apsal plak kau cakap macam tu? Dan sejak bila pulak Hana ni jadi makwe kau? Aku tak percaya!"

Tak percaya? Amboi... over confidentnye si Kamal Hadi ni. Dia ingat, aku akan selama2nya patah hati? Sudahlah aku digantung tak bertali olehnya. Kata putus tak pernah diberi, sebaliknya dia menjauhkan dirinya begitu saja. Dia ingat, perkara ni akan selesai macam tu je ke?

"Apsal pulak tak percaya?" aku mencelah. Tajam mataku menikam wajah Kamal Hadi.

"Honey, abang tak percaya Honey ni makwe mangkuk ni! Kita tak pernah putus, kan sayang? Please tell me this is all an act. Honey saja je nak buat abang cemburu, kan?" rayuan Kamal Hadi kali ini tidak langsung menyentuh jiwaku. Bosan! Bosan dengan lakonannya yang tak masuk akal ni. Apa kes aku nak buat dia cemburu ni? Bukan ke dia yang sedang melakukan semua itu padaku?!

"Excuse me, En Kamal Hadi. Imran ni memang pakwe saya sekarang. Kita kan dah takde apa2 lagi. Sebab awak taknak putuskan hubungan kita sebelum ni, biar saya saja yang putuskan. Sekarang, saya bukan kekasih awak lagi. Lagipun... awak kan ada Balqish... jangan cakap dengan saya yang awak tak tahu menahu kenapa Balqish bawa awak ke sini!"

"Tapi, sayang...Honey... abang memang..."

"Sudahlah, Kamal Hadi. Janganlah bodoh2kan saya lagi. Apa salahnya kalau awak mengaku yang awak memang sayangkan Balqish. Mengaku sajalah awak memang tak pernah cintakan saya. Jangan hancurkan hati Balqish dengan perangai awak ni. Saya lebih rela awak hancurkan hati saya ni" tak terasa air mata ini tiba2 mengalir.

Cepat2 aku menyeka mata, tak mahu nanti Ummi dan Auntie Zue melihat keadaanku sebegini. Imran Hadi pula, dengan tenang memaut bahuku. Dia diam saja di sisiku. Mungkin dia tak mahu menyesakkan keadaan sekarang ini. Aku berterima kasih untuk itu.

"Honey..." seru Kamal Hadi. Kenapalah lelaki ini tidak faham!

"It’s Hana for you. Lagi elok kalau kau panggil Kak Hana, sebab dia kan bakal jadi kakak ipar kau" walaupun perlahan, ucapan Imran Hadi itu membuat Kamal Hadi terdiam. Kenapa dia tidak menafikan semua itu?

"Eh... macam ada perbincangan menarik je ni? Tapi kenapa diam je? Ermm... Ummi... kenalkan, Abang Kamal Hadi... lelaki kedua yang Qish sayang selain dari Babah" dramatik sungguh pengenalan Balqish terhadap Kamal Hadi. Kalau bukan kerana Kamal Hadi itu lelaki yang mengkucar-kacirkan perasaanku, pasti aku akan salute padanya kerana berjaya mendapatkan tempat dalam hati Balqish.

Aku menahan sebak yang bertandang tatkala melihat Kamal Hadi bangun dan bergerak ke arah Ummi. Saat Kamal Hadi mencium tangan Ummi, terasa tubuhku bergetar perlahan. Baru sekarang ini aku dapat merasakan betapa hati ini sudah hancur dan berkecai. Mungkin saja hatiku sudah menjadi habuk, yang bakal berterbangan kala angin bertiup kencang.

Friday, October 17, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 31

Mumbling o milanhawkin at 7:32 PM 0 demented soul(s)
Boy?! Aku memang nak tergelak bila tengok Boy yang ada kat depan aku sekarang ni. Boy pun nampak macam terkejut je bila jumpa aku. Mesti dia tak sangka, kan?

“Bila Auntie Zue sampai Malaysia?” aku bertanya sambil menjeling ke arah Boy yang berpura2 bersopan santun. Apa taknye, dari tadi tertib je dia dok kat sebelah mak dia. Dasar anak manja!

“Dah seminggu sebenarnya Hana. Tapi baru hari ni Auntie ada masa lapang sket. Boleh jugak auntie jumpa kamu semua ni. Qish mana Hana?”

“Qish keluar Auntie. Katanya nak jumpa kawan. Boy ingat Balqish lagi kan?” aku sengaja mempamerkan senyuman sinisku padanya sambil menekankan perkataan ‘Boy’. Wajahnya semakin berubah merah. Huhuhu... kemenangan di pihakku! Oh yeah!

“Alaa... yang selalu main2 dengan Boy masa kecik dulu tu. Boy kan suka main dengan Qish, Boy tak suka main dengan Hana, kan?” selamba je aku menempelak Boy.

“Eh Boy ni, kenapa diam je? Cakaplah dengan Hana ni. Kan dah lama tak jumpa. Maaflah Hana, tak tahu plak Auntie Boy ni pemalu orangnya” Auntie Zue memerli anaknya yang diam sejak tadi. Nampak serba tak kena aje duduknya sejak sampai ke sini.

“Sebenarnya dah lama Auntie suruh si Boy ni datang jenguk Auntie Imah sekeluarga. Agaknya dia segan. Lagipun dia tinggal sorang2 je kat sini sejak setahun lepas sebelum Auntie buat keputusan nak menetap semula kat Malaysia ni”

Aku mengangguk2kan kepala. Kesian... kurang kasih sayang mak rupanya sebelum ni. Patutlah selalu sangat mengacau aku!

“Eh, Zue... meh la kita ke belakang. Banyak benda kita nak borakkan. Dah lama betul kita tak jumpa kan? Biarkan je la budak2 ni berbual2” Ummi mengajak. Bila saja kelibat mereka menghilang, aku berpaling mengadap Boy yang sungguh sopan sekali duduknya. Serius aku nak tergelak sakan.

“Boy...” Boy berpaling. Aku buat2 bodoh.

“Boy... Boy... Boy... comelnya nama...” perliku sambil tergelak.

“Dahla tu... dok chanting my name takkan buatkan saya suka kat awak la.. sebab saya dah lama jatuh cinta kat awak”

Uiks... pandai pula dia membalas. Tadi diam je masa mak dia ada. Pandai betul berlakon budak sorang ni.

“Eh, ada suara rupanya. Ingatkan bisu...” aku mencebik, lalu mengambil senaskah majalah di atas meja dan mula membelek tanpa makna.

“Alaa... saya saje je malas nak cakap dpn Mama. Banyak mulut betul awak hari ni ye. Suka sangatla tu dapat usik saya kan?”

“Ha’a.. memang ar suka”

“Cium karang!”

Aku membuntangkan mata. Imran Hadi tersengih cuma.

Amihana: Nilai Sekeping Hati 30

Mumbling o milanhawkin at 7:14 PM 0 demented soul(s)
Aku meraup muka beberapa kali. Nafas kuhela panjang. Mata kupejamkan rapat2. Ah, seksanya menanggung rindu. Sakitnya menanggung perasaan. Akan beginikah selamanya?

Aku tak pernah menyangka, bercinta rupanya amat menyeksakan jiwa. Rasa rindu itu tak pernah hilang, malah makin membukit pula. Terbayang2 wajah Kamal Hadi di ruangan mata. Kenapa begitu sekali dia menjauhkan diri dariku? Sudah beralihkah kasihnya?

“Hana! Hana!” laungan Ummi berjaya membawa aku kembali ke alam nyata. Kulihat jam di dinding. Sudah pukul 9 pagi rupanya. Lamanya aku mengelamun dalam bilik ni. Sejak solat Subuh tadi, aku leka termenung di tepi tingkap bilik.

“Ya Ummi” aku menyahut sambil bangun dari kerusi. Aku melangkah ke dapur mencari Ummi.

“Temankan Ummi ke pasar hari ni ye. Ummi nak beli barang dapur sikit. Ikan dengan ayam pun dah takde ni” ajak Ummi yang dengan cekap membasuh pinggan mangkuk di sinki.

“OK, tapi Hana tukar baju dulu ye. Ermm... Qish mana Ummi?”

Betullah... tak nampak pula kelibat adikku itu di hujung2 minggu begini. Ke mana dia?

“Awal2 lagi Qish dah keluar, Hana. Katanya nak jumpa kawan. Entah kawan, entahkan boyfriend. Nampak lain macam je adik kamu tu Hana. Mmm... Qish dah ada boyfriend ke Hana? Hana mesti tahu kan?”

Tahu? Aku tahu ke?

“Entahlah Ummi. Qish takde plak cerita pada Hana. Mungkin betul dia jumpa kawan kot Ummi...” jawapan menyedapkan hati. Hati Ummi dan hati aku sekali...

Hampir sejam aku menemani Ummi ke pasar yang terletak tidak jauh dari rumah kami. Banyak juga barang yang Ummi beli. Macam nak buat kenduri pulak.

“Apsal banyak sangat Ummi beli lauk ni? Nak buat kenduri ke Ummi?”

“Takdelah... hari ini kawan Ummi nak datang dengan family dia”

“Siapa kawan Ummi tu? Hana kenal ke?”

“Apa pulak tak kenalnya... Auntie Zue yang selalu datang rumah kita masa Hana kecik2 dulu tu. Alaa... yang pindah ke US ikut husband dia tu... Dia baru je balik Malaysia balik”

Mulutku sudah membentuk huruf ‘O’. Baru aku ingat makcik tu... Auntie Zue tu memang selalu datang rumah aku sambil bawak anak lelaki dia. Rasanya anak dia tu sorang je.

“Yang anak dia nama Boy tu ek, Ummi?”

“Haa... ingat pun kamu. Tengah hari nanti Auntie Zue nak datang lunch dengan kita, so Ummi nak masak lebih la sikit”

“Abang, abang... kenapa abang diam je?”

Budak lelaki yang bernama Boy tu buat tak tahu je dengan teguran Balqish. Aku geram sangat bila orang buat tak layan je dengan Balqish.

“Kak Hana, napa abang ni diam je? Abang sakit ek?” Balqish masih cuba memujuk Boy bercakap dengannya.

“Awak? Apsal diam je? Bisu ek?” aku terus je bertanya dengan kasar.

“Ke awak sakit gigi?” perliku lagi, sengaja memancing reaksinya. Dari tadi dok diam macam batu, siapa tak sakit hati. Bila kita bercakap, dia diam je.

“Kita tak bisulah! Kita tak sakit gigi pun. Gigi kita elok je. Tengok ni!” Boy menunjukkan giginya yang putih dan tersusun rapi.

“Hah.. ada pun suara. Ingatkan bisu...” aku menokok geram.

“Sibuk je la! Kita tanak kawan dengan awak la. Sebab tu kita tanak cakap dengan awak! Awak comot! Awak tak mandi!”

“Adik, meh kita main sama2 nak? Abang ada bawak aeroplane” Boy menarik tangan kecil Balqish dan meninggalkan aku sendirian.

Aku mengertap bibir. Bila teringatkan kejadian tu, aku memang panas. Sampai sekarang ni pun aku panas. Siot je si Boy tu. Ingat aku nak sangat kawan dengan dia. Aku cuma nak tolong Qish je. Memang sejak pertemuan pertama dengan anak Auntie Zue tu, Boy hanya mahu bermain dengan Qish saja. Bila jumpa aku je, dia cuma reti menjeling.

“Err... Hana nak keluar la Ummi tengah hari ni...”

“Eh, janganla macam ni Hana. Sudahlah Qish takde...”

“Ermm... kalau Hana ada pun nak buat apa?”

“Eh budak ni... takkan tanak jumpa Auntie Zue dengan Boy?”

Memang tak nak jumpa si Boy tu!

Thursday, October 16, 2008

Salam Lebaran...

Mumbling o milanhawkin at 11:27 PM 0 demented soul(s)


Maaf ye teman2 sekalian.. takde entry jugak hari ni. Life is quite hectic for me nowadays. Banyak sangat benda nak kena settle... bagi Mila masa sikit ye.. :)

Wednesday, September 24, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 29

Mumbling o milanhawkin at 4:53 PM 3 demented soul(s)
Seminggu. Dua minggu. Kamal Hadi langsung tidak menghubungiku. Takkan dia merajuk sebab aku menghilangkan diri kot? Sepatutnya akulah yang merajuk sebab dia dah buat hidup aku kucar kacir macam ni!

Di universiti, bukannya kami tak jumpa tapi dah tak semesra dulu. Kalau dulu, kemain lagi dia asyik nak melekat dekat aku. Sekarang ni, muka aku pun dia tak nak pandang. Sakitnya hati aku. Rasa macam intan terbuang pulak. Err... intan ke aku ni? Entah2 dia anggap aku ni kaca saja. Sebab tulah boleh main campak macam tu je.

Kalau boleh aku memang nak aje bersemuka dengannya. Mahu bertanya.. tapi malu itu masih menebal. Pelbagai andaian yang bermain di kepalaku. Itu tak termasuk lagi dengan perangai Balqish yang pelik tu. Tiba2 saja dia sudah kembali pada Balqish yang asal. Siapa yang tak pelik, kan? Aku yakin pasti, mesti ada sesuatu dah berlaku sewaktu aku tiada di sini. Tapi pada siapa aku harus bertanya?

Balqish?

“Kak Hana jangan risau... Abang Kamal akan jelaskan semuanya pada akak. Dont worry, I still love you sis. Maafkan Qish ye sebab terlanjur kata masa hari tu. Qish marah sangat masa tu. Maafkan Qish ye...”

Hanya itu yang aku terima. Dan bila dia merayu meminta maaf begitu, takkanlah aku tak nak maafkan pula. Dia kan adik aku. Mestilah aku sentiasa memaafkannya.

Kamal Hadi?

Entah apa yang mahu disorokkan dariku. Geram pula melihat telatahnya yang seolah2 cuba melarikan diri dariku. Bila berdua aje, dia akan mula mencari alasan sebelum sempat aku bertanya dengan lebih lanjut. Sakit perutlah... ada meeting lah... ada perjumpaan lah... nak kena practice main bola lah...

Aku menongkat dagu. Buku di hadapanku hanya sekadar hiasan saja. Aku ralit dalam meneliti setiap kenangan yang pernah aku bina bersama Kamal Hadi. Selama ini, benarkah perasaan yang hadir antara kami? Betulkah cinta? Atau sekadar cinta monyet yang tidak tahan dek dugaan yang mendatang?

Aku akui, aku bahagia di samping Kamal Hadi. Dia lelaki romantis. Lelaki yang berwibawa. Lelaki yang aku dambakan dalam hidup aku. Bagi aku, he’s so perfect for me. Namun, baru sekarang aku tahu. Kamal Hadi rupanya lelaki pengecut!

Aku tersentak bila telefonku bergetar. Hampeh betul siapa2 yang tengah mengganggu aku berkhayal ni!

‘Awak suka tak dengan hadiah saya tu?’

Mamat senget! Eh, tak baiklah aku asyik panggil dia macam tu kan? Tapi sejak bila pulak dia ada nombor telefon aku ni? Memang sahla dia curik! Tak pun, si Adli yang bersekongkol dengan mamat senget ni.

Aku menekan2 butang2 di telefon bimbitku.

‘Ni sejak bila pulak da pandai jadik stalker ni? Rasanya x pernah bg awk no sy!’

Send.

‘Hendak 1000 daya. X nak 1000 dalih ’

Pandai pulak mamat senget ni menjawab. Apa aku nak balas ye? Tapi mamat senget lagi tangkas menghantar SMS.

‘Apa kita ckp kalau org bg hadiah?’

Huh? Nak cakap apa pulak? Ni mesti nk suh aku cakap terima kasih kat dia ni.

‘Ye la... sy tau. Thanks.’

‘Teet! Salah! Patutnya ckp -THANKS SAYANG-!’

Aku mencebik. Kurang asam!

‘Apa kita ckp bila org ucapkan –THANKS SAYANG-?’

‘Welcome lah. Apa lagik?’ Mengada2 la mamat senget ni.

‘Salah lg. Apa slow sgt my honey ni? Jawapannya: TQ je tak cukup. Kena sayang I lebih ’

Loyar buruk punya mamat senget! Dah la loyar buruk, miang pulak tuh! Tapi senyuman tetap terukir di bibirku. Entah kenapa kan, si mamat senget ni selalu berjaya membuat aku tersenyum, walau apapun keadaan aku masa tu.

Monday, September 22, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 28

Mumbling o milanhawkin at 10:27 PM 0 demented soul(s)
Pelik! Memang pelik sangat. Itulah yang dirasakan ketika disambut mesra oleh Balqish ketika baru tiba dari Terengganu sebentar tadi. Balqish masih manja seperti dulu. Seperti tidak pernah berlaku pertengkaran antara kami. Seolah2 peristiwa di restoran hari itu tidak pernah singgah dalam diari hidup kami. Apakah aku sedang bermimpi?

“Cantik sangat kain ni, Kak Hana. Thanks my lovely sis!” dan serentak itu satu ciuman singgah ke pipiku. Aku bagaikan terpempam seketika. Namun rasa bahagia itu tidak dapat kubuang dari hati ini. Alhamdulillah.. akhirnya aku mendapat kembali adikku. Biarpun aku sendiri tidak tahu apa sebabnya. Yang penting, Balqish sudah sudi bermesra denganku kembali.

“Ummi pun suka sangat dengan tudung saji ni, Hana. Cantik betul. Bukan senang nak dapat hiasan macam ni sekarang. Terima kasih ye, sayang” Aku mengangguk sambil tersenyum kecil.

“Nanti bolehla Babah pakai hadiah Hana ni bawak gi office. Mesti ramai yang jeles...” usik Babah pula. Aku tersengih melihat Babah menggayakan baju batiknya itu. Rasa terharu pula melihat mereka begitu menghargai pemberianku yang tidak seberapa itu.

“Hana beli apa pula untuk Hana? Takkan beli utk kami je?” tegur Ummi. Serta merta aku teringatkan Imran Hadi yang memaksa aku menerima hadiah yang dibelinya untukku.

“Saya belikan ni untuk awak. Harap awak sudi terima walaupun awak tak boleh nak terima saya sekarang. Mana tahu, kalau2 awak rindukan saya nanti, awak pakailah baju ni” ujar Imran Hadi perlahan. Waktu itu dia membantuku mengeluarkan beg pakaian dari bonet kereta. Aku tak sampai hati membiarkan hulurannya tak bersambut.

“Terima kasih...” hanya itu yang mampu kuucapkan. Imran Hadi tersengih.

“Sama-sama kasih” usikannya membawa tawa di bibirku, entah mengapa.

“Adalah sikit, Ummi. Hana beli tudung aje kat sana. Tak tahan tengok cantik sangat tudung2nya” khabarku. Nasib baik hadiah Imran Hadi sempat aku selitkan ke dalam beg sandangku. Tak mahu nanti kecoh2 pula diaorg ni. Lagipun aku tak sempat menilik apa hadiahnya padaku itu.

Tiba2 je terasa tak sabar2 nak tengok hadiah dari Imran Hadi.

“Ummi, Babah... Hana masuk dalam dulu ye. Nak mandi. Penat rasanya seharian dalam kereta” Tanpa menunggu persetujuan mereka, aku berlari masuk ke dalam bilik.

Perlahan2, kukeluarkan beg plastik dari beg sandangku. Aku buka perlahan2 untuk melihat isi kandungannya. Waahh... cantiknya. Rupanya baju kebaya batik sutera kelantan. Bila masa dia beli ni?

Tanganku mengusap perlahan kain batik sutera berwarna ungu dan coklat kekuningan itu. Bibirku menguntum senyum. Mana pulak dia tahu size aku ye? Pandai2 je Imran Hadi ni. Harga ni mesti beratus2 jugak. Banyak pulak duit dia habiskan untuk aku kali ini.

“Cantiknya, Kak Hana. Kak Hana beli ke ni?” tersentak aku mendengar suara Balqish yang rupanya mencuri2 masuk ke bilikku. Ish minah ni... suka suki je mengendap orang. Tak sempat aku sembunyikan, baju kebaya itu sudah bertukar tangan.

“Cantiklah... kenapa Kak Hana tak belikan untuk Qish satu? Tak acilah macam ni” panjang muncung Balqish. Tangannya menggaya2kan baju kebaya tersebut di depan cermin.

“Bukan Kak Hana beli, orang bagi” jawabku. Manalah aku ada duit sampai beratus2 semata2 nak beli sepasang je baju kebaya. Baik aku beli berpasang2.

“Oooo....”

Aku diam. Tak mahu menanggap apa2 maksud dari ‘O’ si Balqish. Aku mencapai tuala dan terus masuk ke bilik air. Biarlah Balqish dengan tanggapannya.

Amihana: Nilai Sekeping Hati 27

Mumbling o milanhawkin at 10:25 PM 0 demented soul(s)
“Kalau saya tanya sket, awak marah tak?” soal Imran Hadi sewaktu aku dan dia duduk2 di bawah pokok di halaman rumah Nek Pah. Adli dan Aida? Hah... rasanya tak perlu nak cerita kat sini kot. Maklum le.. steaming punya love story... hehehe... Nek Pah pulak tengah bertandang ke rumah jiran. Ada mesyuarat tingkap katanya... apa2lah nek.

“Tanya apa plak?” aku kembali menyoal. Entah hapa2 ntah dia ni. Nak tanya, shoot je la. Watpe plak main hide and seek. Aku melitik sekilas pada Imran Hadi yang duduk berlun jur di sebelahku. Panjang betul kaki mamat senget ni. Entah2 dia ni atlet lompat pagar masa sekolah dulu tak?

“Awak... ermm... gaduh ngan boyfriend ke?”

Aku diam. Perlu ke aku jawab? Yang paling penting, kenapa plak aku nak kena jawab? Tak abis2 nak menyibuk dlm urusan aku. Memang takde keje la mamat senget ni.

“Awak peduli apa?” aku mencebik.

“Kalau gaduh, ada la peluang saya masuk jarum kan?” beraninye dia ni... siap kenyit mata lagi. Memang tak pernah nak serius!

“He’eh awak ni... tak baik cakap macam tu tau. Macam mendoakan plak saya ni cepat2 putus ngan dia. Saya sayang dia tau!” cepat aje aku membalas kata2nya. Tak tahu pulak bila cakap macam tu, wajahnya terus berubah. Kelat.

“Betul ke awak sayang dia?” Betul, mamat senget ni memang suka tanya soalan yang mencabar minda.

“Who are you to judge?” aku bersuara perlahan, dalam ragu yang tak sudah. Aku berpaling, menyembunyikan keraguan yang pastinya terpancar jelas di wajahku saat ini.

Hampir seminggu di Terengganu, aku bagaikan cuba mencari satu jawapan yang pasti. Aku mencari apa sebenarnya yang aku mahu dari hubungan antara aku dan Kamal Hadi. Saban malam, aku menunaikan solat Istikharah. Aku mahukan petunjuk dari Tuhan kerana otakku saat ini bagaikan tiada fungsinya. Saban malam juga, hanya wajah Balqish yang hadir dalam mimpiku. Adakah ini petunjukNya?

Namun, melepaskan sesuatu yang paling aku ingini dalam hidup ini, mampukah aku?

“Well, saya dah selalu cakap yang saya suka gaduh dengan awak...” aku menjeling hairan ke arahnya. Suka gaduh dengan aku? Haa... elok le tu... nak cari teman gaduh rupanya...

“Eh.. I mean, saya suka awak. Why dont you give me a chance? Mana tahu, kita lebih serasi bersama?” Erk... serasi bersama? Teringat plak lagu Ajai dengan Nurul tu...huhuhu...

“Lagipun, awak tak jawab lagi kan... sama ada awak sudi terima saya ke tak...kalau awak sudi, saya janji kita takkan gaduh kat MPH lagik”

Betul ke tidak mamat senget ni? Ada ke main janji takkan gaduh lagi kat MPH? Nampak sangat, selama ni memang dia yang suka nak cari gaduh dengan aku, kan?

“Tak mungkin...” tuturku perlahan, memaling muka ke arah lain.

“Awak... tak suka saya langsung ke?”

“Masalahnya sekarang bukan sama ada saya suka awak atau tak. Saya kan dah ada Kamal Hadi...”

Entah kenapa, rasa sedih pulak bila teringatkan Kamal Hadi. Jauh di sudut hati, aku seakan dapat merasakan betapa kami sudah semakin jauh. Selama aku kat sini pun, tidak sekalipun aku menerima panggilan darinya. SMS.... jauh sekali.

Aku perasan Imran Hadi membatukan diri di sebelahku. Biarlah dia melayan perasaannya sendiri. Aku pun nak layan perasaan sedih aku jugak ni. Rasa best je masa ada kat sini. Takyah nak fikir pasal sapa2. Dan tak payah nak sakit2kan kepala. Tapi kenalah terima kenyataan. Sampai bila aku kena pendam saja segalanya. Harapnya, akan ada perubahan bila aku kembali ke KL.

Tuesday, September 16, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 26

Mumbling o milanhawkin at 11:08 PM 1 demented soul(s)
Esoknya, kami berempat merancang untuk ke Kuala Terengganu. Ke mana lagi kalau bukan ke pasar payang. Tempat biasa untuk pelancong2 mencari sourvenier. Ahaks, pelancong ke kami ni?

Seronok juga tengok barang2 yang ada kat sana. Aku belikan kain batik dan sepasang tudung saji kecil untuk Ummi serta baju batik untuk Babah. Untuk Balqish, aku belikan sepasang kain pasang bercorak batik untuk dibuat baju.

Mengingatkan Balqish, aku sedikit muram. Aku sebenarnya masih tidak tahu bagaimana mahu memujuk adikku yang satu itu. Masih marahkah dia padaku? Aku amat berharap dia tidak menyimpan dendam padaku. Aku masih mahu kami menjadi adik beradik, seperti dahulu.

“Banyak barang beli?” tegur Imran Hadi. Aku mengerling sekilas pada lelaki yang sudah berdiri di sebelahku sambil membelek2 kain pasang di depan mata. Mana pulak si Aida ni pergi? Tadi ada kat sini...

“Adalah sikit. Barang utk family” ujarku bersahaja. Imran Hadi mengangguk2kan kepalanya. Tangannya sibuk menarik2 kain2 pasang di hadapan kami. Mungkin ada yang dia tertarik tak?

“Awak tak beli apa2 ke?” soalku pula bila melihat tangannya kosong. Dari tadi kami dok keliling pasar ni, dia boleh tak beli apa2 lagi.

“Emm... tak tau nak beli apa untuk Mama saya. What do you think?” soal Imran Hadi, meminta pendapat.

“Beli kain pasanglah senang. Boleh jugak buat baju kurung ke, baju kebaya ke...” usulku pada lelaki itu. Bagi aku, itu hadiah yang paling senang nak cari. Cari saja yang cantik2, yang berkenan di hati.

“Kalau macam tu, awak pilihkanlah. Saya mana reti benda2 macam ni. Boleh kan?” Imran Hadi seakan merayu. Aku mencebik.

Ish, dia ni... kenapa pulak aku yang kena pilih? Pilih je la sendiri. Bukannya susah pun.

“Laa... mama awak, awak la yang pilih. Kenapa pulak suruh saya” aku memuncungkan mulut.

“Bukan orang lain pun, bakal mak mentua awak jugak” Terasa membahang pula wajahku mendengarkan kata2 Imran Hadi itu. Bila masa pulak aku setuju nak kahwin dengan dia ni? Belajar pun tak habis lagi!

“Mana Aida?” aku sengaja bertanya, mahu mengalih topik. Daripada melayan karenah Imran Hadi ni, baik aku tanya soalan lain.

“Aida dengan Ad. Tadi Ad ajak Aida cari barang jugak. Agaknya diaorang tu couple tak?” Imran Hadi separuh berbisik.

Aku tersengih. Bila masa pulak la diaorang ni main mata ni? Kenapa aku tak perasan? Itulah, agaknya sibuk sangat dengan hal sendiri, diaorang tengah bercinta pun aku tak sedar. Elok jugak tu, Aida single, Adli pun single. Nama pun nak dekat2 sama.

“Pandai je awak serkap jarang. Yang awak ni mengendeng kat saya apsal?”

“Takkan tak boleh. Kan saya tengah ngorat awak ni” selamba badak je mamat senget ni mengeluarkan ayat yang boleh bikin muka aku ni panas.

“Dah, meh tolong saya pulak cari barang. Kain untuk Mama, ermm... utk Papa apa pulak ye? Jomlah...” terus saja Imran Hadi menarik tanganku, membawa aku entah ke mana.

Friday, September 12, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 25

Mumbling o milanhawkin at 11:33 PM 1 demented soul(s)
Pada malamnya, setelah kami sama2 selesai menunaikan ibadah secara berjemaah, aku, Aida dan Nek Pah sibuk menyediakan juadah untuk makan malam. Masakan Nek Pah memang lazat. Apa lagi bila sajiannya adalah ikan patin masak lemak cili api bersama ulam-ulaman.

Kami semua duduk mengadap makanan. Terasa renungan Imran Hadi yang duduk betul2 di hadapanku. Aku buat tak peduli. Malah pengakuannya petang tadi pun aku biarkan sepi tanpa jawapan. Mustahil untuk aku menerimanya begitu saja. Entah2 dia main2kan aku saja.

“Sedapnya masak lemak ni, Nek” puji Aida yang sudah pun memulakan acara.

“Kalau macam tu, makanlah banyak2 sikit. Memang Nek Pah masak untuk kamu semua je ni”

Aku menguntum senyum. Si Aida ni kalau bab makan, laju aje. Aku menguis sedikit ikan ke dalam pingganku. Begitu juga Adli dan Imran Hadi.

“Err... Nek Pah, sudu dan garfunya kat dapur ye?” soalan Imran Hadi membuat aku mengangkat muka. Pehal pulak mamat senget ni siap mintak sudu dengan garfu?

“Ada kat dapur tu ha. Hana, tolong amikkan utk Imran ni” arah Nek Pah. Aku dan Aida saling berpandangan.

“Nak kena makan dengan sudu, garfu jugak ke? Makan je la dengan tangan” aku pulak mengarahnya. Ini bukannya bandar, setiap masa kena makan dengan sudu, garfu pelbagai. Ini kampung....

Imran Hadi nampak serba salah. Adli pula tersengih2 saja, macam ada sesuatu yang menggelikan hatinya.

“Saya... ermm... saya...”

“Makan je laa...” desakku lagi. Bukannya malas nak bangun tapi malas nak layan karenahnya. Apa, susah sangat ke nak makan dengan tangan? Ingat ini England ke apa?

Agaknya Imran Hadi mengalah sebab terus saja dia menyenduk kuah ke dalam nasi dan mula menjamu selera. Tak lama selepas itu, aku sendiri yang tidak tahan melihat cara dia makan. Ya Tuhan, macam budak kecik! Habis semua tangan kanannya diselaputi dengan nasi dan kuah. Comot gile.

Si Adli dah gelak sakan. Kurang asam je gelakkan member sendiri. Nek Pah dan Aida pula hanya tersenyum sumbing. Aku? Nak gelak tu memang ada tapi aku lagi kesian tengok mukanya yang cerah itu kemerahan menahan malu. Nampak terseksa saja dia menggunakan tangannya. Aku yang melihat ni pun lagi la terseksa.

Tanpa menunggu lagi, aku bangun ke dapur dan mendapatkan sudu dan garfu untuknya.

“Dah, basuh la tangan tu. Ni amik sudu ngan garfu ni” aku menyuakan alatan makanan tersebut pada Imran Hadi. Sikit pun tak diangkat mukanya.

“Takpe, saya belajar makan dengan tangan” ujarnya perlahan. Nampak macam merajuk je. Aku mengukir senyum. Kelakar betulla Imran Hadi ni.

"Kalau kau nak tau, Hana, si Imran ni memang tak reti makan guna tangan. Even kat kolej tu pun, tak pernah sekalipun aku tengok dia makan dengan tangan. Maklumlah, dulu dok oversea..." jelas Adli sekalilgus memperli temannya itu. Kesian juga tengok Imran Hadi yang seakan tidak mengendahkan kami.

Thursday, September 11, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 24

Mumbling o milanhawkin at 3:33 PM 1 demented soul(s)
Sebaik saja kami sampai ke Rantau Abang, kami disambut mesra oleh Nek Pah, nenek kandung kepada Adli. Aku memang mengenali Nek Pah kerana seringkali mengikut Adli pulang ke kampung. Maklumlah, aku ni takde kampung. Kampung aku kat Damansara tu la. So, bila teringin nak beraya kat kampung ke apa, aku akan merengek2 nak mengikut Adli pulang ke sini, hinggakan Nek Pah sendiri akan tertanya2 kalau aku tak pulang beraya kat sini.

“Apa khabar, Nek Pah” sapaku girang sambil mencium kedua belah pipi yang sudah berkedut itu.

“Baik, nak. Lamanya Nek Pah tak jumpa Adli ngan Hana ye.”

Aku sekadar tersengih sambil menjeling lembut pada Adli. Bila saja mataku melekat pada si mamat senget, wajahku segera berubah masam. Wajahnya, sama juga macam tadi. Toye je, tanpa perasaan. Geram betul tengok muka batu macam tu.

Aku memperkenalkan Aida pada Nek Pah yang sememangnya duduk berseorangan. Kemudian kami sama2 menjamu cempedak goreng yang digoreng khas oleh Nek Pah sempena menyambut kedatangan kami.

Badan yang kepenatan tadi seolah2 hilang bila saja bayu petang menyapa lembut tubuhku. Segera aku meminta izin dari Nek Pah untuk ke pantai yang tidak begitu jauh dari rumah Nek Pah. Aida menolak bila aku mengajaknya dengan alasan penat. Apalah Aida ni, tadi bukan dah cukup ke tidur dalam kereta tu. Adli pula hilang entah ke mana. Yang ada hanyalah si mamat senget. Ah, malaslah nak ajak dia. Bukannya kenal pun.

Aku memerhatikan laut yang membiru. Damainya perasaan ini. Betullah, untuk sesetengah orang, pemandangan laut boleh membantu menenangkan perasaan. Lebih kurang macam terapi la.

Mataku memerhatikan sekeliling. Ada anak-anak kecil yang sedang bermain-main di tepi pantai dengan riang. Saling kejar mengejar sesama mereka. Ada family yang sedang tenang duduk di pinggir memerhatikan anak2 mereka. Ada juga pasangan yang datang memadu kasih kat sini. Alahai... romantiknya...

“Tenangkan perasaan ke?” Suara itu benar2 memeranjatkan aku yang telah terbang ke duniaku sendiri. Ish.. takleh tengok orang senang la dia ni. Memang pengacau!

“Kita kenal ke?” sengaja aku memperlinya tanpa berpaling. Terdengar dia ketawa kecil. Merdu. Isk.. apa aku merepek ni?

Dari kerlingan mata, aku dapati dia sudahpun berada di sebelahku. Aku buat tak tau.

“Honey, awak marahkan saya ye?” lembut saja suaranya, menyentap tangkai jantungku. Aduhai... kenapa berubah romantik ni? Hana, please la...

“Nama saya Amihana la, En Imran Hadi!” ketus aku membalas. Suka suki je nak panggil aku Honey. Bila masa entah aku bagi kebenaran.

“Nasib baik awak ingat lagi nama saya. Tapi mestilah awak ingat kan, since nama boyfriend awak pun sama...”

“Excuse me? Sejak bila pulak nama dia sama ngn nama awak? Nama dia Kamal Hadi, OK!”

“Hadi jugakk...” Ish... dia ni memang saja nak provoke kemarahan aku ni. Daripada aku layan dia ni, baik la aku gi temankan Nek Pah tu.

Baru saja aku mahu bergerak, Imran Hadi dengan pantas memegang tanganku, menghalangku dari berlalu. Bulat mataku memandang wajahnya. Ish.. kenapa dekat sangat muka awak ni?

“I’m... sorry...?”

Huh? Huh?

Aku buat muka tak paham.

“Maafkan saya...sebab saya sukakan awak”

Arghh... lagilah aku tak paham. Jangan la serabutkan fikiran saya ni!

Friday, September 5, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 23

Mumbling o milanhawkin at 9:24 PM 1 demented soul(s)
Aku mengertap bibir, menjeling pada manusia yang sedang bersiul tanpa rasa bersalah di tempat duduk hadapan. Aida di sebelahku sudah lama lena. Boleh pulak minah ni tidur dalam kereta. Adli pula tekun memandu walaupun kami sudah berada dalam highway.

“Orang Islam yang bersiul umpama menyemarakkan api neraka, tau!” saja aku mengeluarkan ayat yang bakal menimbulkan provokasi pada mamat senget. Hanya siulannya saja yg berhenti, tiada kata2 balasan dari lelaki itu.

Wah, sejak bila dia boleh saja terima kata2 aku ni?

Adli menjeling ke arah cermin kereta. Agaknya pelik melihat aku seakan sengaja memancing aksi dari temannya itu. Sungguh aku tak sangka, si mamat senget ini adalah antara teman Adli di kolejnya. Tahu2 saja, si mamat senget ini sudahpun berada di dalam kereta Honda CRV kepunyaan Adli. Rasa mahu tercabut saja jantung aku melihat si mamat senget dengan selesa berada di sebelah pemandu, tapi dia boleh je buat tak kenal dengan aku?!

Pastu, sepanjang perjalanan sampai masuk highway ni pun, tidak sepatahpun yang keluar dari mulutnya. Selalu kalau jumpa tu ada je benda yang dia guna nak sakitkan hati aku. Bila dia senyap begini, aku jadi bertambah geram pula. Tak tahan!! Tapi apsal plak aku nak kena geram bila dia buat2 tak kenal aku ye? Apsal?!

“So, sejak bila pulak korang ni berkenalan?” soalan Adli membuat aku terdiam. Sejak bila? Sejak lama dulu. Sejak aku jumpa mamat senget di MPH. Sejak dia sibuk cari pasal dengan aku bila kami jumpa di MPH. Sejak itulah...

“Berkenalan? Ini kali pertama aku jumpa Cik Amihana ni. Apsal?” Mamat senget ni betul2 nak kena belasah dengan aku ni. Tak guna betul!

“Nampak cam dah lama kenal” jawab Adli sambil menjeling ke arahku melalui cermin. Aku memuncungkan mulut bila dia tersenyum sinis. Mesti ada yg dia nk kenakan aku lepas ni.

“Kami memang tak kenalla...” aku menokok geram.

Sepanjang perjalanan kemudian, aku mendiamkan diri. Yelah, orang dah tak kenal kita, buat apa kita sibuk2 nak berbual2 dengan dia, kan? Isk, apsal aku ni macam orang merajuk pulak? Dia bukannya pakwe aku yang aku nak merajuk2.

Ah, teringat pula pada Kamal Hadi. Aku mengerling telefon bimbit di tangan. Takde mesej macam selalu. Kosong je. Tak terfikirkah Kamal Hadi untuk memujukku? Kan aku tengah merajuk ni? Huhuhu...

Monday, September 1, 2008

Selamat berpuasa

Mumbling o milanhawkin at 10:22 PM 0 demented soul(s)

Selamat menjalani ibadah puasa semua! Semoga diberkati Allah SWT selalu. Sama2lah kita berdoa agar ibadah puasa kita kali ini diterima olehNya.

Saturday, August 23, 2008

Forum Cari

Mumbling o milanhawkin at 10:21 PM 0 demented soul(s)
Forum kat cari.com.my tu rasanya tengah down sbb sampai la nie milan xleh nak masuk sana. Apa kejadahla deme tu tgh buat ye... Dahla susah sgt nak masuk sana, sampai skang xleh nak masuk langsung!

Ermm... tp... ye la.. I've got no rights to say anything, am I?

Amihana: Nilai Sekeping Hati 22

Mumbling o milanhawkin at 5:50 PM 0 demented soul(s)
‘Bagi Honey masa untuk Honey fikirkan tentang semua ni.. Honey perlukan ruang untuk bertenang - Amihana’

Nota itu kuselitkan pada buku rujukan Kamal Hadi yang kupinjam sebelum ini. Kemudian aku serahkan pada Aida untuk diberikan pada Kamal Hadi. Biarlah, aku tak ingin bersemuka dengannya untuk saat ini. Aku mahu bersendirian.

Sudah seminggu kubiarkan mesej Kamal Hadi tidak berjawab. Panggilan telefonnya tidak kuendahkan. Kalau berjumpa di kelas pun, aku sekadar menjawab apa yang perlu. Tidak aku memberi peluang padanya untuk berbicara dengan panjang lebar lagi. Kalau nak diikutkan hati, aku memang tak nak ke kelas langsung. Tapi nanti apa pula kata Ummi dan babah kalau pelajaranku merosot.

Hanya Aida yang tahu ke mana aku mahu pergi. Yalah, aku memang ajak dia ikut aku sekali. Malah aku sudah minta dia bersumpah untuk tidak memberitahu sesiapa, ke mana aku akan menghilang. Nasib baik cuti kali ini, agak pendek, hanya dua minggu. Jadi tidak hairanlah kalau aku tak balik ke rumah pun. Cuma aku kena ada alasan yang kukuh untuk sebab itu.

“Ad, cuti dua minggu ni, kita gi Terengganu, nak?” tanpa berbasa-basi, aku menyuarakan cadangan yang telah kufikirkan berhari2 itu pada Adli, teman dari kecil merangkap jiran. Aku yakin, dia mesti tengah terkejut gile.

“Ish, kau ni... apsal? Gaduh ngan parents kau ke apa?” Ish, suka sangat serkap jarang...

“Taklah... alaa... panjang sangat cerita dia ni. Kau nak gi ke tak ni? Jomla, kita cuti sama2. Kita dah lama dah tak jumpa kan?” sengaja aku memujuk rayu Adli. Mintak2lah makan pujuk mamat ni.

“Mesti ada masalah besar ni. Dah, bila kau nak gi sana?” tanpa banyak soal lagi, Adli nampaknya bersetuju untuk mengikutku. Bukan apa, dia tahu agaknya kalau dia tak ikut aku, aku boleh je naik bas sorang2 gi sana. Bukannya tak pernah sampai Terengganu tu.

“Esok? Kalau boleh, aku nak dok sana sepanjang cuti ni. Kau temankan aku la. Lagipun nenek kau mesti syak pape kalau aku gi sorang2. Dah lama tak jumpa nenek kau ek, mesti dia rindu kat aku tu..”

“Dah tau dah. Okla, esok aku datang ambil kau kat hostel. Kita bertolak terus ke sana” cadang Adli pula.

“Thanks, Ad. Ko memang best friend aku. Oh, lupa nak cakap, aku bawak kawan aku, Aida sekali tau”

“OK... kalau gitu, aku nak ajak kawan aku jugakla. Mana tau ada budak2 kat kelas aku tu yang teringin nak pergi Terengganu jugak”

“Bagus gak cadangan kau tu. Hoyehhh... mari kita berhuha-huha”

“Dah, jangan sampai sana asyik nak nangis dah la..” sempat lagi Adli ni memperli aku. Dasar best friend, walau jarang berjumpa, dia tetap tahu isi hatiku.

Pada Ummi dan Babah, kukhabarkan aku ingin bercuti bersama Adli ke Terengganu bersama beberapa lagi teman. Tanpa banyak soal, Ummi dan Babah merestui pemergianku. Lagipun mereka tahu betapa akrabnya aku dan Adli. Nasib baik mereka tidak menyuruh aku membawa Balqish sekali. Mereka agaknya masih tidak tahu ada krisis antara aku dan Balqish. Pada Balqish... aku masih tidak sanggup mahu bercakap dengan adikku itu. Tidak mahu lagi melukai hatinya, dan tidak ingin hati ini dipijak2 olehnya.

Amihana: Nilai Sekeping Hati 21

Mumbling o milanhawkin at 4:52 PM 0 demented soul(s)
Wajah tampan Kamal Hadi kurenung dalam-dalam. Rasa kasih yang dulunya membuak-buak untuk lelaki itu setiap kali menatap wajahnya, kini telah beransur pudar. Nyatanya aku semakin dalam keraguan. Pun begitu, untuk melepaskan lelaki ini pergi, rasanya aku tidak betah hidup tanpanya.

Yelah, dia cinta pertamaku. Dia lelaki pertama yang mencuri hati ini. Dia lelaki pertama yang kuserahkan perasaan cinta ini. Tapi sanggupkah aku mempercayai kata2nya dan melupakan kata2 Balqish? Bagaimana pula dengan Balqish nanti? Takkan aku akan sampai hati berlaku kejam pada adikku sendiri? All is fair, in love and war. Itu kata2 orang putih. Tapi aku ini masih lagi Melayu, masih lagi beragama Islam.

“Honey, trust me. Abang takkan main2kan Honey. Honey sendiri tahu abang lelaki yang bagaimana, kan?” rayuan Kamal Hadi sedari tadi kudengar. Dia memang tak jemu2 memujukku.

Aku mahu saja mengangguk, tapi seakan masih ada yang belum kuketahui sepenuhnya. Bagaikan ada rahsia yang tidak dikongsi oleh Kamal Hadi. Jemariku diraihnya dan digenggam erat.

“Abang hanya sayangkan Honey, bukan Balqish” luahnya. Aku diam, cuba untuk berfikir. Agaknya kerana peristiwa yang berlaku hari ini begitu besar impaknya, otakku jadi tidak mahu mengerah tenaga. Aku buntu.

“Sayang, jangan diam begini. Please say something...” Aku mengangkat wajahku yang menunduk. Bibir kukertap perlahan.

“Sebelum ni, abang pernah tolak perasaan Honey pada abang. Abang ingat kan? Kenapa? Kenapa masa tu abang tolak Honey? Honey pun rasa pelik kenapa lepas cuti je, abang terus je rapat dengan Honey. I mean... takkan semudah itu kan?” aku segera bertanya. Memang aku sering tertanya2 kenapa Kamal Hadi pernah menolak luahanku padanya sebelum ini. Dan kemudiannya tiba2 saja dia berubah pula menjadi lelaki paling romantik padaku.

Kamal Hadi mengeluh perlahan. Matanya dipejamkan untuk sesaat dua. Apa yang sedang difikirkannya? Apa yang bermain di dalam mindanya?

“Kerana masa tu, abang hanya mahu bagi tumpuan pada study. Walaupun abang dah lama sukakan Honey, tapi abang ingat abang mampu tahan perasaan ni. Selagi Honey tak tahu apa yang ada dalam hati abang ni, abang yakin abang boleh mengawalnya” Kamal Hadi menelan liur.

“Bila Honey luahkan perasaan Honey pada abang, abang terlalu gembira masa tu. Tak sangka, Honey juga punya perasaan yang sama pada abang. Namun bila abang fikirkan abang ni tak punya apa2 lagi, masih lagi seorang pelajar, abang nekad lupakan hasrat abang tu. Abang mahu berjaya dulu. Berjaya sebagai seorang manusia, barulah abang boleh bersemuka dengan Honey sebagai seorang Kamal Hadi yang benar2 menyintai seorang Amihana”

Luahan Kamal Hadi membuatku sebak.

“Tapi, Balqish... dia adik Honey, abang. Yang Honey sayang lebih dari adik kandung Honey sendiri. Honey rasa bersalah sangat pada dia. Mungkin betul katanya, Honey ni perampas. Honey rampas abang dari tangan adik Honey sendiri” aku menunduk lagi. Pipiku basah lagi.

Aku tak dapat menahan rasa sedih bila Balqish sendiri membuangku dari hidupnya. Ummi, Babah, Hana yang bersalah. Hana dah lukakan hati Balqish. Hana bukan kakak yang baik.

“Honey, abang tak pernah buat apa2 pada dia. Abang tak pernah langsung cakap yang abang sukakan dia sebagai seorang perempuan. Abang hanya anggap dia sebagai adik abang saja. Tak pernah lebih dari itu!” tegas Kamal Hadi lagi. Aku benar2 mahu percaya, tapi entahlah...

“Habis, hadiah-hadiah tu... siapa yang bagi? Kenapa Qish cakap abang yang bagi? Mustahil Qish nak buat2 cerita macam tu je” suaraku.

“Abang tak tahu... yang penting, bukan abang yang hadiahkan semua tu pada dia. Apa yang patut abang buat supaya Honey percayakan abang?”

Air mataku menitis lagi. Beratnya perasaan ini. Perasaan yang berbelah bagi. Yang mana satu harus aku percaya?

Wednesday, August 20, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 20

Mumbling o milanhawkin at 4:55 PM 0 demented soul(s)
Aku melirik pada Balqish yang sudah basah pipinya. Kemudian kualihkan pandanganku pada Kamal Hadi yang tunduk sedari tadi. Aku menarik nafas panjang. Keluhanku juga panjang. Aduh, apa yang harus kulakukan saat ini?

Kakak jenis apalah aku ini, kekasih adik sendiri pun mahu dikebas dan dibawa lari. Dalam hal ini, akukah yang bersalah? Sedangkan sudah tahu Kamal Hadi itu pujaan hati Balqish, aku masih tetap mahu mendapatkan tempat di hati lelaki itu.

‘Macamlah takde lelaki lain dalam dunia ni. Kepunyaan adik sendiri juga yang mahu dirampas!’ Mungkin itulah yang akan orang lain cakap. Namun, realitinya bagaimana?

Sebelum ini, aku sengaja menjemput Balqish ke KLCC, memintanya menungguku di hadapan pintu masuk. Aku datang bersama Kamal Hadi. Kedua mereka tidak menyangka bahawa aku akan menemukan mereka.

Balqish yang melopong melihat jemariku yang berada dalam genggaman Kamal Hadi, mula mengalirkan air mata. Kamal Hadi pula... ah, bagaimana mahu kuhuraikan tentang lelaki itu? Jelas sekali dia tampak bersalah, tetapi tidak pula dilepaskan tanganku dari genggamannya. Akhirnya aku mengajak Balqish ke restoran ini. Sengaja pula mengambil tempat yang agak tersorok dari pandangan ramai.

Biarlah kuselesaikan semuanya hari ini. Aku tak mampu menanggungnya sendirian. Aku perlu tahu kebenarannya. Bukan mahu menuding jari tentang siapa yang harus dipersalahkan, cuma aku mahukan kepastian. Tidak yakin lagi untuk membuat spekulasi yang bakal merobek hati sesiapa. Lebih2 lagi Balqish...

Esakan Balqish membawaku kembali ke alam nyata. Aku menggigit bibir.

“Sam...sampai hati...abang...abang Kamal buat Qish macam ni” esak Balqish. Aku memejamkan mata. Panggilan ‘abang’ kepada Kamal Hadi benar2 membuatku sesak dengan cemburu sedangkan sebelum ini pun Balqish memang menggunakan panggilan itu pada Kamal Hadi.

Kamal Hadi hanya mendiamkan diri. Tidak bersuara sejak dari tadi. Dan genggamannya pada tanganku semakin kejap, walau sudah berkali aku cuba melepaskan diri. Apa perlunya ditambah garam pada luka Balqish, abang?

“Sampai hati jugak... Kak Hana... sanggup...sanggup rampas Abang Kamal dari Qish!” tuduhan Balqish itu terkesan juga pada tangkai hati. Aku sememangnya perampas...

“Jangan tuduh sembarangan, Balqish! Awak sendiri tahu apa cerita sebenarnya. Jangan belitkan keadaan ni!” baru kali ini lelaki itu bersuara. Berdosakah aku jika aku merasa bangga sekali bila Kamal Hadi mempertahankanku?

“Abang Kamal yang cakap, abang Kamal sayangkan Qish, cintakan Qish. Abang hadiahkan Qish macam2. Gelang tangan ni, teddy bear kat rumah tu...” Aku mengerling pada gelang di tangan Balqish. Memang ini kali pertama aku melihat Balqish memakainya. Malah aku yakin bukan Ummi dan Babah yang menghadiahkannya pada adikku itu. Kerana Ummi dan Babah selalunya membeli barang kami sepasang. Jadi tak mungkinlah...

Kamal Hadi merenung Balqish dengan tajam. Bibirnya dikertap dengan kuat. Agaknya menahan rasa marah.

“Saya tak pernah hadiahkan semua tu pada awak, Balqish. Tak pernah! Jangan buat cerita tak masuk akal di sini!” bentak Kamal Hadi lagi. Wajahnya semakin kemerahan menahan marah.

“Habis? Siapa yang bagi semua benda tu kat Qish? Siapa?” suara Balqish sudah semakin meninggi. Aku mengerling sekeliling, bimbang sesiapa mencuri dengar. Risau juga kalau kami tiba2 dihalau dari restoran ni kerana membuat onar.

Ya, siapa yang hadiahkan semua tu pada Balqish kalau bukan Kamal Hadi? Kenapa Kamal Hadi beria2 menafikannya? Kenapa Balqish pula beria2 mengatakan semua itu dari Kamal Hadi?

Balqish kemudiannya berpaling pula padaku. Matanya merah kesan tangisan, namun tetap mampu memberikan pandangan yang begitu tajam menusuk perasaan ini. Kebencian itu terpancar jelas pada matanya. Aku jadi sebak tiba2. Balqish tidak pernah memberikan pandangan sebegitu padaku.

“Kak Hana, sanggup Kak Hana buat Qish macam ni. Qish sayang Kak Hana, lebih dari keluarga Qish sendiri. Kak Hana satu2nya kakak Qish. Kenapa akak sanggup buat Qish macam ni? Kenapa?!!”

“Balqish! Jangan salahkan Hana!” sekali lagi Kamal Hadi mempertahankanku.

“Dasar perempuan perampas! Tak sedar diri hidup tu cuma menumpang kasih keluarga orang!”

Aku kaku di sisi Kamal Hadi. Tidak kusangka sama sekali, adikku boleh menuturkan kata2 sebegitu padaku. Kolam air mataku pecah jua akhirnya.

Tuesday, August 19, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 19

Mumbling o milanhawkin at 10:48 PM 2 demented soul(s)
“Kak Hana, Qish happy sgt hari ni tau. Abang Kamal hadiahkan teddy bear utk Qish. Besar pulak tu. Eiii...happynyer...!!”

Telinga ni rasa panas je. Niat baik aku untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir pada Balqish rupanya membawa padah pada diriku sendiri. Kenapa aku perlu dengar semua ni? Dan siapa yang harus aku percaya? Yang paling penting, kenapa aku dengan bodohnya berdiam diri tanpa menanyakan kebenaran ini dari mereka berdua?

“Kak Hana, Kak Hana rasa Abang Kamal tu betul2 sayangkan Qish ke tak?”

Argh, rasa macam sembilu yang menusuk lembut ke jantung. Walaupun lembut, namun tetap menyakitkan. Cemburu itu datang tanpa diundang. Benci itu benar2 menyiksakan. Entah ke mana rasa kasih yang tak berbelah bagi pada Balqish sebelum ini menghilang. Hanya kerana Kamal Hadi...

“Anyway, thanks sbb remember my birthday. Qish sayang akak!”

Air mata ini menitik lagi...

Aku mengerling pada Mr Teddy yang tersadai tenang di tepi bantal. Rasa geram, benci dan sakit hati menyelubungi hatiku. Tak sedar aku bangun dari kerusi study, menghampiri Mr Teddy dan seterusnya melemparkan tubuh gempal Mr Teddy ke luar tingkap. Rasa terubat sedikit rasa sakit itu bila melihat Mr Teddy melayang2 dari tingkat 4 dan jatuh menghempap jalan bertar. Pintu balkoni kututup dengan kuat.

“Weh, apa bising2 ni? Kot ye pun nak tutup pintu, takyahla sampai kau hempas macam nak tercabut pintu tu. Kau buat apa kat luar?” soalan Aida kutinggalkan sepi tanpa jawapan.

Tanpa mempedulikan Aida, aku meluru kembali ke bilik dan menghempaskan tubuhku ke tilam. Handphone kututup. Tak mahu diganggu sesiapa. Aku lena bertemankan air mata.

Pada petangnya, aku tersedar dari tidur. Aku kerling pada jam di dinding. Sudah pukul 5 petang. Rasa sakit kepala itu tiba2 menyerang. Aku memang jarang tidur petang. Bila bangun, aku mesti akan sakit kepala.

Aku mengiring ke kanan. Tanganku tergapai2 mencari Mr Teddy. Mana pulak Mr Teddy? Sesaat kemudian, aku berlari turun ke tingkat paling bawah dan mula mencari2 Mr Teddy. Takde!!

“Err.. ada nampak teddy bear besar tak kat sini?” aku mula bertanya pada mana2 saja pelajar yang kebetulan lalu di situ. Masing2 mengaku tidak tahu menahu tentang sebuah teddy bear yang terlantar di atas jalan sebelum ini.

“Akak ke yang campak teddy bear tu ke luar?” tanya seorang pelajar perempuan. Rasanya juniorku. Aku cepat2 mengangguk2kan kepala dengan mata bercahaya penuh harapan.

“Adik ada nampak tak teddy bear tu?”

“Saya rasa ada orang ambil tadi, akak. Saya pun tak tau sapa...” Jawapan junior itu benar2 membuatku kecewa dan kesal. Kenapalah aku jadi tidak sabar begini? Cepat sangat melenting sedangkan ini bukan diriku yang sebenar.

Macam mana ni? Apa aku nak buat? Apa aku nak jawab pada Kamal Hadi? Sungguh aku menyesal. Dengan lemah dan longlai, aku memanjat kembali tingkat asrama menuju ke bilik.

“Apsal monyok semacam je ni? Kau gaduh dengan Kamal ke?”

Aku mengangkat muka, memandang wajah Aida yang nampak begitu risaukan aku. Aku mengangguk perlahan, kemudiannya menggeleng. Aku memang tak gaduh dengan dia pun. Aku gaduh sorang2. Dah rasa nak nangis sangat2 ni.

“Kau ni, gaduh ke tidak? Sekejap geleng, sekejap angguk. Dah tak betul dah kawan aku ni” keluh Aida. Dia pula yang asyik menggelengkan kepala.

Aku tidak menghiraukan kata2 Aida. Kaki kuangkat lemah ke tempat tidur. Macam mana ni... mana Mr Teddy? Sapa yang ambil? Aku kena buat report polis ke? Tapi, bukannya Mr Teddy kena culik ke apa. Aku yang campak dia keluar. Waa... abang... maafkan Honey...

Tapi abangla yang salah! Sanggup tipu Honey sampai macam ni? Yang mana satu abang nak? Qish atau Honey?

“Daripada kau dok wat muka sedih gitu, baikla kau gi tepon si Kamal tu, selesaikan masalah korang elok2. Buruk la buat muka gitu” Aida seolah memberi sedikit semangat padaku.

“Tapi...”

“Tapi apanya?”

“Mr Teddy...” air mataku sudah mula bergenang.

“Apa? Teddy dah hilang? Siapa suruh kau main campak2 je bendalah tu? Dah hilang baru kau nak tercari2. Padan muka” nampaknya Aida benar2 marahkan aku. Aku diam tak berkutik, tahu salah sendiri.

“Kau cakapla sendiri dengan Kamal, macam mana hadiah dia tu kau hilangkan” Aida langsung tidak membantu, sebaliknya terus menghilangkan diri. Aku sudah mula menitiskan air mata. Macam mana aku nak cakap pada dia?

Tengah aku dok fikir macam mana nak bercerita pada Kamal Hadi, Aida muncul kembali dengan Mr Teddy di tangannya. Belum sempat Aida menghulurkannya padaku, aku sudah meluru ke arah Aida dan memeluk Mr Teddy dengan gemas.

Nasib baik jumpa!

“Thanks Aida. Nasib baik kau ada...”

“Ambil ni sekali dan telefon Kamal Hadi. Better sort out dengan dia sebelum mata aku ni makin sakit tengok perangai kau” Aida menghulurkan telefon ke tanganku. Seketika kemudian telefon itu bertukar tangan.

“Thanks again, Aida” aku senyum. Aida membalas. Aku merenung skrin telefon. Ada 5 sms. Kesemuanya dari Kamal Hadi. Ntah2 dia juga cuba telefon aku...

“Hello... Assalamualaikum.. Abang... esok kita jumpa?”

Ya, aku perlu selesaikan semua ini sesegera yang mungkin.

Saturday, August 16, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 18

Mumbling o milanhawkin at 8:36 PM 2 demented soul(s)
Selesai menonton wayang, Kamal Hadi membawa aku ke Kinokuniya pula. Katanya mahu membeli beberapa buah buku rujukan. Aku apa lagi, seronok la. Gedung ilmu sememangnya tempat yang paling aku gemari. Dan yang paling penting, aku tidak perlu terserempak dengan mamat senget itu di sini. Dia kan penjaga MPH!

“Honey, lepas ni kita makan ek? Hadi dah lapar la. Lepas makan baru kita balik. OK?” ujar Kamal Hadi memberi cadangan.

“Honey ok je. Hari ni kita makan Little Penang, nak? Honey rasa macam nak makan Assam Laksa lah” suaraku pula. Terasa kecur air liur mengingatkan Assam Laksa yang sudah lama tidak menjamah lidahku itu. Nyum nyum!! Kamal Hadi tersenyum.

“Anything for you, my dear” kata2nya itu menambahkan rasa bahagia ini.

Kami beriringan menuju ke Kinokuniya. Sambil memanjat escalator hingga ke tingkat atas, jemari kami saling bertaut mesra. Kadang2 tu rasa malu juga bila ada mata yang memandang, tapi bila hati sudah sayang, aku jadi tak peduli. Biarlah kami dengan dunia kami sendiri. Lagipun bukannya kami buat benda2 yang tak senonoh kan?

“Yang, Honey nak gi kat tempat novel dulu ek. Nanti Honey cari Hadi” Kamal Hadi sekadar mengangguk dan membiarkan aku berlalu.

Aku mencari2 novel2 terbaru keluaran penulis kegemaranku, Norhayati Berahim. Takde pulak novel barunya. Ah, takpelah, takkan dia nak keluarkan cerita baru setiap bulan, ye dak? Aku mencari pula novel keluaran Alaf 21. Mana tahu kot ada yang berkenan di hati. Bila ternampak buku baru dengan tajuk ‘Fitrah Kasih’, segera aku mengambil buku tersebut dari rak.

Aku membelek sedikit melihat kandungannya. Hmm... nampak macam menarik. Cuba je la baca. Aku tersengih sendiri. Bolehla... daripada takde langsung.

“Apa sengih2 tengok buku ni? Nanti orang cakap awak ni tak betul!”

Erk! Suara ni?! Rasa macam kenal je?

Si mamat senget dengan bangganya menayangkan giginya yang putih teratur di hadapanku. Ya Tuhan, apalah dosaku pada mamat ni. Kenapa dia macam ada kat setiap kedai buku yang pergi? Bukan dia pak guard MPH je ke? Takkan dah tukar kerja pulak?

“Ni tengok orang lama2 ni, dah berkenan ke? Rindu ek?” kata2nya itu seakan mengundang kemarahanku. Siapa dia untuk aku rindu2 ni? Sekeh kepala kang! Ops, ke dia nak balas dendam pasal aku jatuhkan dia itu hari? Alamak!

“Tengok tu, muka pun dah merah. Betullah awak rindu saya ek?” mamat senget senyum lagi. Bila dia buat muka tak menyakitkan hati macam ni, takde la nampak teruk sangat pun dia ni. Ada la jugak hensemnya. Tapi, hensem lagi Kamal Hadi, huhuhu...

Dan, sejak bila pulak dia pandai2 guna bahasa bersopan ni? Selalu ‘aku-kau’ je.

“Yang awak ni, pehal pulak tetiba kacau orang ni? Suka sangatla kacau saya kan? Huh!” aku menjuih bibir. Yang dia ni terpacak depan aku ni buat apa? Tepilah... orang nak lalu ni!

“Saya bukan kacau awak pun. Saya tegur je. Awak tu yang selalu carik pasal dengan saya” eleh, macam budak2 pulak kitaorang ni. Macam budak2 sekolah tadika pun ada bila cakap macam ni dengan mamat senget.

“Tepilah, orang nak lalu ni”

“Cakap la dulu kenapa awak dah lama tak datang MPH Mid Valley tu. Saya tunggu awak datang, tapi awak tak muncul2 jugak”

Aiseh, mamat ni serius nak balas dendam ke? Aku ni dahla tengah mood elok je. Malas nak carik gaduh.

“Awak nak balas dendam ke?” berani2 takut aku menyoalnya. Kalau betul nak balas dendam, aku memang tak bersedia langsung. Manalah nak tahu akan jumpa mamat senget kat sini.

“Taklah, saya...”

“Honey, napa ni?” suara Kamal Hadi menghentikan bicara kanak2 tadika kami. Kulihat Kamal Hadi sudah mencerlung ke arah mamat senget. Kamal Hadi segera datang mendekati kami dan berdiri di sisiku.

“Hadi...”

Kedua2 mereka berpaling memandangku. Si mamat senget tersenyum sinis ke arahku.

“Siapa ni? Dia kacau Honey ke?” Mak aih, si jantung hatiku ini pandai cemburu rupanya. Ni yang buat aku kembang semacam ni.

“Ermm... tak.. ini... err...”

“Hi, saya Imran Hadi, just a friend” si mamat senget menghulur salam. Ooo... namanya Imran Hadi... nama akhir yang sama dengan Kamal Hadi. Patutlah dia berpaling sewaktu kusebut nama ‘Hadi’ tadi.

“Saya Kamal Hadi, the boyfriend” tegas sekali Kamal Hadi, setegas salam yang disambutnya. Masing2 tidak langsung mengukir senyum. Mintak2lah mereka tidak bertegang urat kat sini.

“Hmm.. oklah, Honey. Saya jalan dululah ye. Bye!”

“Its Hana for you!” sempat pula Kamal Hadi memberi ucapan berbaur amaran. Aduhai...

“Honey, please la jangan layan lelaki lain selain dari Hadi” kali ini amaran itu berpaling pula padaku. Aku senyum memandangnya. Terasa ingin mengusik Kamal Hadi yang berwajah masam itu. Ini kali pertama dia menunjukkan rasa cemburunya.

“Tapi, tadi tu pun ‘Hadi’ jugak” Makin lebar senyumanku bila lelaki itu semakin menarik muka.

“Alalala... sorry yang. Honey gurau je. Nampaknya Honey kena panggil awak nama lainlah. Nanti tertukar pulak, jeles pulak buah hati Honey ni” aku cuba memujuk. Dalam hati, rasa macam nak tergelak je.

“Panggil abang!” Kamal Hadi menarik tanganku keluar dari Kinokuniya. Aiseh, tak jadi beli buku.

Amihana: Nilai Sekeping Hati 17

Mumbling o milanhawkin at 6:34 PM 0 demented soul(s)
Sebulan yang berlalu ini dipenuhi dengan bunga2 cinta antara aku dan Kamal Hadi. Cintakah? Entahlah, sebenarnya itu masih lagi menjadi persoalan yang tidak mampu kuhuraikan. Tidak, bukan tidak mampu. Aku tidak mahu menghuraikan sebenarnya. Kerana aku takut kebenaran itu akan menyakitkan.

Aku membiarkan perasaan ini dibuai bahagia. Aku biarkan Kamal Hadi melayanku seperti kekasihnya. Malah, aku biarkan diri ini merinduinya saban malam. Tidak terdetik langsung di hati ini bahawa perasaanku yang mementingkan diri sendiri ini, akan membawa retak pada hubungan aku dan Balqish.

Aku menjadi kakak yang kejam. Aku utamakan perasaanku berbanding adikku. Kerana seorang lelaki yang bernama Kamal Hadi, aku menjadi seorang perempuan yang tamak. Menyesalkah aku? Tidak! Tidak sekali-kali!

“Honey, weekend ni kita keluar ye?” suara macho Kamal Hadi kedengaran agak dekat dengan telingaku.

Aku berpaling bersama sebuah senyuman manis. Kamal Hadi membalasnya dengan mesra. Tautan kasih antara kami agaknya tidak mungkin dipisahkan lagi. Apa lagi bila lelaki itu dengan senangnya membahasakan diriku dengan panggilan ‘Honey. Manja betul!

“Nak gi mana pulak? Weekend lepas pun dah keluar ke One Utama. Kali ni nak ke mana?” soalku dengan manja. Bersama lelaki ini, aku menjadi terlebih manja pulak. Bukan dibuat2, tetapi automatik. Buku yang kubaca tadi segera kututup. Mahu menumpukan perhatian pada kekasih hati.

Semenjak kami bertambah rapat, hampir setiap hujung minggu, kami akan menghabiskan masa bersama-sama. Aku juga sudah jarang pulang ke rumah. Alasanku, mahu mengulangkaji pelajaran, maka aku lebih selesa berada di asrama. Ummi tidak pernah bertanya lebih lanjut. Babah juga begitu. Mereka begitu mempercayaiku. Menipukah aku? Ah, rasa bersalah itu tidak pernah terlintas di minda ini. Lagipula, aku tidak melakukan apa2 yang melanggar hukum agama. Aku masih lagi tahu batas antara aku dan Kamal Hadi. Walau aku sudah terlalu mencintai Kamal Hadi, tidak akan sekali2 aku mempersiakan segala ajaran Ummi dan Babah untuk sesuatu yang bukan haknya.

“Emm... kita ke KLCC? Dah lama tak tengok wayang. Rasa ada cerita ‘Hellboy II’ baru nak tayang. Jom?”

Tanpa kata lagi, aku bersetuju dengan rancangan Kamal Hadi. Maknanya, minggu ini juga aku tidak akan pulang ke rumah...

-----------------------------------------------------------------------
Note:
K Hannah, milan alu2kan sesiapa saja yang sudi menjenguk teratak milan ni. Welcome dear sis! (-o-)
tzaraz, ada masa nanti milan sambung panjang2 utk Jodoh tu ye.. thanks for reading
 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review