|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, July 27, 2008

Jodoh : 1

Mumbling o milanhawkin at 12:20 PM
Aku tunduk, menguis2 lantai. Nasib baik je kaki aku ni tak diperbuat dari besi. Kalau tidak, memang dah lama berlubang lantai kayu rumah ibu ni. Menyesal pulak aku balik kampung. Kalau bukan kerana aku rindukan ibu dan kampung halaman ni, takde le aku nak buang masa dan tenaga memandu berjam2 ke sini.

Ish, tak baik betul la aku ni. Ada pulak menyesal. Dah memang aku rindukan ibu, balik je la. Buat apa nak kisah dengan leteran ibu ni. Bukannya kali pertama ibu membebel kat aku. Tapi bosannya bila asyik perkara sama saja yang dibangkitkan. Cuba la tanya pasal kerjaya aku ke, kelab memasak yang aku join tu ke, ada jugak cerita baru yang boleh aku sampaikan.

“Tengok tu, kalau ibu cakap sikit pasal ni, kamu diam je. Cubalah bagitau ibu berita gembira sikit” Ibu masih lagi membebel. Aku tetap juga diam di situ, membiarkan ibu dengan leterannya.

“Kamu tu bukannya muda lagi. Dah nak masuk 30. Ha.. bulan 8 ni, genaplah umur kamu tu. Sampai bila kamu nak membujang je ni. Kamu tu anak dara, bukannya anak teruna. Dah sakit telinga ibu ni dengar orang kampung ni dok mengata anak ibu ni anak dara tak laku”

Ah, ibu, sakit telinga ibu takkan sama dengan sakit yang anak ibu rasakan ketika ini. Kenapalah manusia ini suka menentang hukum alam? Hukum Allah? Sudah ditentukanNya aku masih begini, kenapa dipersoalkan takdir tuhan itu?

Kalau diikutkan hati, mahu saja aku menjerit pada dunia ini. Aku bukannya menyusahkan sesiapa. Aku tidak mengganggu sesiapa. Kenapa mereka semua mahu menghukum aku begini. Tapi beginilah keadaan di kampung. Masing2 saling ingin mengambil tahu. Bila dah tiada cerita baik yang boleh disampaikan, maka cerita tak elok pula akan diperdengarkan. Ah, manusia.

“Kat bandar tu, takkanlah takde sorang pun yang kamu berkenan? Kat tempat kerja kamu tu pun, takkan takde lelaki pun yang kamu jumpa? Kenapalah susah sangat kamu ni nak dapat jodoh. Kena mandi bunga agaknya kamu ni”

Ibu, mohon janganlah calarkan hati anakmu ini lagi. Tak kasihankah ibu pada anakmu ini, bu? Di bandar tu memang ramai lelaki. Di tempat kerja pun ramai juga lelaki, ibu. Masalahnya, tiada antara mereka itu yang mahukan anakmu ini, ibu. Tiada yang berkenan pada anakmu ini, bu. Sementelah, anakmu ini juga sudah tidak mahu patah hati lagi. Cukuplah berkali2 anakmu ini ditolak, bu. Cukuplah semua itu.

Oh, rintihan hati ini hanya dapat kulagukan dalam hati. Tidak mampu aku luahkan pada ibu. Aku masih kenal apa itu malu. Aku tak mampu meluahkan semua ini pada ibu. Maafkanlah Imah pun kerana sentiasa menyusahkan hatimu itu.

“Dah takde jodoh lagi, bu. Nak buat macam mana” akhirnya aku bersuara dalam getar yang tak sudah.

Kutahan saja rasa sebak yang bertandang. Kulihat ibu mendongak memandangku yang sedang berdiri di jendela. Dari kerlingan mata, kulihat tangan tua itu berhenti seketika dari melipat kain baju yang baru diangkat dari ampaian. Wajah ibu nampak mengendur. Mungkin dia juga dapat merasakan betapa keruhnya hatiku saat itu.

“Jodoh tu boleh dicari. Nak ibu carikan?” pelawaan ibu itu mengundang gusar di hati ini. Ibu, janganlah jatuhkan maruah anakmu hingga ke tahap itu, ibu. Sekali, hanya sekali bu, pertahankanlah harga diriku ini.

Aku menggeleng. Ibu mula mengerut dahi, kemudiannya memasamkan muka. Ibu marahkah? Merajukkah?

“Tengok tu, bila ibu nak carikan, kamu berlagak pula tak mahu. Apa salahnya kalau ibu yang carikan?” marah ibu. Aku diam lagi. Tiada gunanya aku menjawab.

Ini bukan kali pertama ibu menawarkan khidmatnya. Aku memang tak pernah bersetuju jika itu yang ibu mahukan. Aku ada alasanku sendiri. Dan aku tahu alasanku ini amat kukuh. Biarlah ibu dan orang lain mengatakan aku ini jual mahal dan berlagak. Tapi aku lagi takut untuk menerima hakikat andainya aturan ibu itu tidak berjaya. Aku tidak mahu lagi dibuang ibarat sampah. Aku tak mahu lagi disisihkan ibarat kayu buruk yang tiada gunanya.

“Sampai bila kamu nak hidup sorang2 macam ni? Ibu nak la jugak tengok anak kamu. Entah macam mana la rupanya...”

Entah ada ke tidak, ibu. Rasa macam takkan ada je. Adeh, kalau itu jawapanku pada ibu, nescaya akan melayanglah kain2 itu ke arahku. Lepas tu aku jugakla yang kena lipat balik. Tak mo le...

“... sebelum mata ibu ni tertutup...”

Ah, sudah... bila dah masuk bab mata nak tutup, mata nak pejam tak nak celik, ni yang susah sikit. Yang lain aku boleh handle lagi. Bab yang ni... lemah betul badan aku saat ini.

“Ibu ni tak baik cakap macam tu tau. Sikit2 nak pejam mata. Sikit2 mata nak tutup. Kot ye pun nak tidur, takyahla cakap kat Imah. Ibu masuk je la bilik tidur. Biar Imah je yang sambung lipat kain tu. Saja la tu nak suruh orang lipat kain”

Aku nampak mata ibu membulat. Bibir tua ibu dikertap dengan kemas. Ibu nak marah la tu. Aku tersengih macam kerang busuk, err.. busuk ke? Baru mandi ni tau!

Apa kenalah dengan aku ni ye. Kejap rasa nak buat lawak, kejap sedih macam dunia nak kiamat. Agaknya emosi andartu ni memang dah tak stabil ye. Kesian aku.

“Ya Allah budak ni, inilah dia... suka sangat loyar buruk. Tadi kemain senyapnya. Ingatkan dah insaf.. ishh... geramnya aku...”

Aku tergelak sakan. Sapa suruh ibu bangkitkan hal tu pada aku. Lagipula, cuma ini saja caranya untuk aku alihkan perhatian ibu. Kalau tidak, sampai ke malam le ibu akan membebel tentang hal anak dara tua ni.

“Alalalala... merajuk pulak Datin Mona, eh eh.. silap, Datin Munah ni. Tula, sapa suh membebel kat Imah. Bila Imah jawab, marah pulak” sengaja pula aku membalas dengan sengih di bibir. Rasa nak tergelak lagi bila tengok wajah ibu yang makin berkerut dan masam itu. Ala, bila lagi aku nak mengusik ibu.

“Kamu ni, suka sangat main2. Tak pernah nak serius” Lagi2 ibu menarik muka. Kuhampiri ibu dan kulingkarkan lenganku ke leher ibu. Kupeluk erat tubuh ibu yang sudah semakin dimamah usia.

Sebenarnya aku tidak mampu berkata2 kerana mataku sudah bergenang hebat.

====================================================================

Ini le kes mengada2 campur kes takde idea. Novel Amihana pun belum siap lagi da nak wat citer baru. Ekceli, milan tgh xde idea utk novel Amihana tu. Tgh mencari idea ni, tup2 terbuat plak cerpen baru. So, terimalah seadanya.... uhuhuhuh

2 demented soul(s):

tzaraz said...

Apa-apa je lah milan....Apa-apa cerita pun tak pe. Yg penting, cerita tu best. Dah ada idea nanti, sambunglah novel Amihana tu.

Anonymous said...

milan nak buat citer 3-4 pun tak pa asalkan jgn tergantung tau.... sambung la sikit2 pun tak pa.

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review