|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, July 22, 2007

::Kusimpul Mati - 15::

Mumbling o milanhawkin at 11:21 AM
”Lepas ni awak nak ke mana?” soal Dani, merenung wajah Mila sesuka hatinya. Dia sendiri tak tahu kenapa dia begitu tertarik pada gadis itu sejak mereka berkenalan di pantai Morib. Cuma dia terus2an mengingati Mila. Kadang kala terasa rindu untuk menatap wajah bersih itu. Kerana itulah dia tanpa segan silu memandang wajah Mila dengan terperinci. Geram, makin geram dibuatnya. Pipi Mila sentiasa kemerahan. Segan dengannyakah? Ah Mila, kau tak tahu betapa kau telah memikat hati ini.

”Tak ke mana. Nak naik ke bilik”

Dani mengerut dahi. Datang ke Genting Highlands semata2 nak makan dan tidur jer ker? Pelik la budak ni. Bagi Mila pula, hanya itu jawapan yg dapat diberikan. Takkan dia nak berjalan2 seorang diri kat Genting ni. Kalau sesat macam mana? Takpun, mesti Mamat ni dok mengekor jer. Eh, perasannya aku.

”Kita ke theme parkla. Naik spinner ker, roller coaster ker, nak?” cadang Dani.

Mila menggeleng, tersenyum. Dia bukannya budak2 nak main benda2 macam tu. Malulah. Bukan macam si Amirul, dah tua2 pun nak naik benda2 macam tu. Kalau ajak aku takpe gak.

”Waterpark?” Geleng lagi.

”SnowWorld?” Kali ini Mila tak jadi menggeleng. Bunyinya sungguh menarik. Dari dulu juga dia teringin nak tengok salji. Inilah peluangnya.

”Err... macam best... tapi...”

”Dani?” suara itu menghentikan perbualan mereka. Dani mendongakkan mukanya, menatap seorang pemuda yg sedang berdiri di meja mereka. Wajah Mila sudah bertukar warna. Pucat.

”Mirul?! Eh, kau buat apa kat sini?” Dani segera bangun dan berjabat tangan dengan Amirul. Amirul senyum, matanya mengerling sekilas pada Mila yg kembali menatap makanannya. Hati Mila kecut sebenarnya dengan pandangan Amirul itu. Entah apalah yg akan difikirkan oleh lelaki itu.

”Hey, that’s supposed to be my line” ucap Amirul, segera mengambil tempat di antara Mila dan Dani tanpa mengendahkan Mila yg diam dari tadi. Mila kembali meneguk jus epalnya dengan penuh minat.

”Ala... kau ni. Kacau daun la, aku baru jer nak usha si cantik manis ni” Dani ketawa sambil menjeling ke arah Mila. Pelik bila dilihatnya sedikitpun gadis itu tidak mengangkat wajahnya. Segan dengan Amirulkah? Pemalunya...

”Kau tengah nak ngorat Mila ni ker?” suara Amirul kedengaran agak keras pada pendengaran Mila.

”Kau kenal Mila?” Dani sedikit terkejut, tidak menyangka temannya itu mengenali gadis yg sama.

Ooppsss... terlepas cakap pulak. Aduh, macam mana nak terangkan pada si Dani ni? Habislah, rahsianya akan terbongkar. Amirul mula menggelabah.

”Sebenarnya Mila ni kakak angkat Alia” entah dari mana Alia datang dengan senyum dibibirnya. Amirul senyum pada Alia, dalam diam mengucapkan terima kasih kerana menyelamatkan keadaan.

”La, Lia pun ada kat sini ke? Korang ni tengah bercuti ke apa?”

”Yup, tengah bercuti la ni. Abang Dani buat apa kat sini? Nak ngorat Kak Mila ek” usik Alia. Amirul mengertap bibir, memandang adiknya. Alia pura2 tak nampak, terus duduk di sebelah Dani.

”Tak salah kan? Lia tolong la abang Dani sikit, promote abang kat kakak Lia ni, boleh tak?” bisik Dani pada Alia. Alia mengerling ke arah abangnya, mahu melihat reaksi Amirul. Amirul hanya menjeling tajam pada Dani namun tidak disedari oleh temannya itu.

”Itu kena la tanya pada abang Mirul” Alia lepas tangan. Tiba2 dia ingin benar nak menyaksikan drama abangnya kali ini.

”Kenapa plak nak tanya mamat ni. Dia kan dah ada Sya. Eh, lupa pulak aku. Syalinda dah balik KL tau. Dia ada call kau?” Kata2 Dani itu menyentakkan Amirul. Mila juga.

”Sya dah balik KL? Mana kau tahu?” Jelas benar perhatiannya kini beralih pada Dani.

”Dia ada call aku semalam, tanya pasal kau. Dia takut kau still marah kat dia”

”Emm...”

1 demented soul(s):

..tinis.. said...

syalinda 2 #@!$@ bt0llaa..

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review