|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, July 22, 2007

::Kusimpul Mati - 10::

Mumbling o milanhawkin at 9:34 AM
Alia mencampakkan remote control tv ke atas meja di hadapannya. Bosan bila tiada rancangan menarik yg di Paparkan. Asyik2 cerita yg sama. Astro sungguh. Cuti semesternya baru bermula namun dia sudah kebosanan di rumah. Hendak mengulangkaji, terasa malas. Hendak keluar bersama teman2, ramai yg sudah pulang ke kampung. Yg tinggal dalam kawasan KL pula, bercuti ke luar negara bersama keluarga. Menyesal pula tak ikut teman2nya bercuti.

Papa sedang outstation atas urusan perniagaan. Mama sekarang sudah mula sibuk dengan persatuan semenjak Mila tinggal bersama mereka. Agaknya senang hati bila ada yg menjaga rumah semasa ketiadaannya. Apa lagi Mila tu jarang sangat nak keluar tanpa arah tujuan. Memerap saja di rumah. Abangnya pula hingga kini masih tak nampak batang hidungnya.

Alia mengerling ke arah Mila yg sedang sibuk di dapur. Apalah yg hendak di masaknya. Memang sekarang ini Milalah yg memasak di rumah itu, bukan lagi Mamanya. Tidak dinafikan masakan Mila mmg boleh tahan. Lebih2 lagi bila Mila memasakkan lauk ikan masak 3 rasa kegemarannya. Agaknya kerana itulah Mama dan Papanya semakin sayang pada perempuan itu.

Namun dek kerana meluat, Alia tak pernah memuji masakan Mila. Mengutuk lagi ada. Sejak abangnya bercerita tentang Mila, dia sudah nekad untuk membantu abangnya menghalau Mila dari rumah itu. Macam2 yg dia buat. Kadang2 disuruh Mila membasuh kain bajunya yg kotor, membeli barang keperluannya dan ada masanya dia sengaja menyuruh Mila mengemaskan biliknya. Pendek kata, dia melayan Mila tak ubah macam orang gaji. Percakapannya selalu saja kasar, tak pernah berlembut. Bila malam saja, dia pasti menyuruh Mila menyediakan minuman malam untuknya dan disuruh hantar ke bilik.

Pun semua itu dilakukan di belakang ibubapanya. Tak mahu nanti Mama dan Papanya memarahinya pula kerana bersekongkol dengan abang kesayangannya. Yg peliknya, sampai sekarang perbuatannya tak dapat dihidu oleh sesiapa. Perempuan tu tak mengadukah?

Ah, lakonan je tu. Nak ambik hati aku lah tu. Berpura2 baik, lemah lembut, sentiasa tersenyum. Agaknya kalau diberi peluang, mesti teruk dia dikerjakan oleh perempuan tu. Alia mencebik.

”Alia, mari makan dulu. Kakak dah siapkan makan tengah hari. Mama balik lewat hari, so kita makan dulu la ye” pelawa Mila. Tangannya sibuk menghidangkan lauk pauk yg baru dimasaknya.

”Tak payah, aku tunggu Mama balik. Aku takde selera nak makan dengan kau” jawab Alia sambil mengambil majalah di bawah meja dan membelek helaian demi helaian tanpa minat.

Mila diam mendengar.

”Kalau macam tu, kakak makan dulu la ye”

”Hmm... ye la, dia dah buat macam rumah ni dia yg punya. Tak malu betul” desis Alia, agak kuat pada pendengaran Mila. Gadis itu hanya mampu mengeluh perlahan. Tak jadi dia nak menjamu selera. Seleranya patah. Akhirnya Mila melangkah masuk ke biliknya dengan hati yg walang.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review