|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Thursday, June 5, 2008

Berpalinglah padaku - 8

Mumbling o milanhawkin at 10:53 AM
Iqram menyapu mukanya. Ah, budak tu! Macam mana dia boleh tahu semuanya pasal diri aku? Sungguh tak disangka, Liana seakan dapat membaca apa yang tertulis di wajahnya. Pemerhatian Liana rupanya lebih mendalam dari yang disangkakannya. Selama ini, dia memang tahu Liana menyukainya dan sentiasa memerhatikannya. Tetapi dia tidak menyangka Liana dapat membaca setiap butir lakunya.

Sejak seminggu lepas, dia sudah tidak bertembung dengan Liana di mana2. Malah dia langsung tidak ke kelab lagi kerana dia tahu Liana akan berada di situ. Sebetulnya dia sengaja melarikan diri dari Liana. Untuk apa, dia sendiri tidak mengerti perasaannya sekarang ini.

Iqram menarik nafas panjang, dan melepaskannya dengan deras. Liana memang telah membuatnya tak tidur malam! Tak guna betul! Kata2 Liana seakan terngiang2 di telinganya. Hatinya tersentuh tiap kali terbayangkan wajah Liana yang dibasahi air mata. Selama hidupnya, air mata perempuan tidak pernah berjaya menyentuh hatinya, kecuali Vivien.

Ah, kenapa nak samakan Liana dengan Vivien? Vivien gadis lincah, Liana gadis yang pendiam. Vivien cantik menawan, Liana pula comel dan cute. Vivien sering membuatnya rasa lively, sedangkan Liana membuatkan dia terasa matang. Vivien cintakan Haikal, dan Liana...

Sekali lagi dia meraup wajahnya. Dia tak suka fikirannya kucar kacir begini. Dia geram bila sedar Lianalah yang menghuru-harakan fikirannya hingga begini.

Iqram melangkah perlahan, menelusuri jalan kecil di belakang bangunan Kolej Musik. Dia jarang melalui tempat ini, tapi dek kerana malas mahu terserempak dengan sesiapa, dia teruskan juga langkahnya.

Dia terhenti bila mendengar musik yang dimainkan dengan piano. Ya Tuhan, siapalah yang teruk sangat mainnya ni? Iqram menjenguk di sekitar bangunan music itu, sekadar ingin melegakan keinginannya. Mana tahu dia boleh gelakkan budak yang dah menyumbangkan musik tu...

Eh, itu bukan ke... Liana? Matanya terhenti dan menatap gadis itu dari luar cermin bilik kelas musik itu. Liana sedang bersungguh2 belajar main piano agaknya, langsung si gadis itu tidak perasan dirinya sedang diperhatikan. Jemari Liana dengan lemah lembut menekan2 punat piano walaupun dia kelihatan cemas setiap kali bunyi yang dikeluarkan oleh piano itu terdengar sumbang.

“Selalunya dia yang mengintip aku...Rasa lain pulak bila aku pulak yang mengintip dia...” bisiknya perlahan, sambil terus memerhatikan tingkah Liana yang asyik menumpukan perhatian pada pianonya. Memang tiada sesiapa di situ kecuali Liana, piano dan not musiknya.

“Ah, dia memang tak reti main piano la...” Iqram tersengih sendiri. Nampak clumsy... itulah Liana. Gadis yang cuai. Still... cuai tu bunyinya macam terlalu ‘selesa’...

Wajah Iqram mula berubah ketika sedar ke arah manakah fikirannya. Kemudian dia melangkah meninggalkan tempat itu dengan wajah yang tak dapat dimengertikan.

--------------------------------------------------------------------------------

“Liana takde kat sini hari ni?” tanya Iqram pada Ashraff sebaik saja dia membuka pintu bilik kelab seni itu. Kerusi yang selalu diduduki oleh gadis itu kosong tanpa penghuni. Terasa pelik pula dengan keadaan itu.

“Takde. Dia ada cakap yang dia tengah busy skang ni. Dengarnya dia tengah belajar main piano. Tapi, can you imagine her playing the piano? Hahaha...” Ashraff tergelak besar.

Iqram menjegilkan matanya ke arah Asyraff, membuatkan lelaki itu terhenti tawanya.

“Apsal kau gelakkan Liana? Kau cikgu piano dia ke?” geram pula Iqram mendengar Asyraff mentertawakan Liana.

“Takde ar, Abg Iq. Saya mana tahu main piano. Gitar boleh la” Asyraff menggaru2 kepalanya.

“Habis tu? Sekurang2nya dia berusaha nak pandai!” Iqram menambah.

“Err... lain macam je Abang Iq” sengih Asyraff.

Iqram mengurut dagu. Dia rasa pelik dengan keadaan itu. Dia tak sangka sama sekali dia akan melenting bila Asyraff gelakkan Liana. Padahal sebelum ni, dia pernah dengar lawak lagi teruk tentang gadis pendiam itu, dan tak pernah sekalipun dia rasa marah. Malah dia tak peduli pun. Cuma kali ini...

Dan setiap kali dia ke bilik kelab, Liana mesti diam di sudut kegemarannya. Bila tempat itu kosong, dia seakan rasa sunyi...? Iqram menggigit bibir. Dia memegang dadanya dan mengurutnya perlahan. Dahinya berkerut.

Baru saja dia berura2 mahu meninggalkan bilik tersebut, telefon bimbitnya memainkan irama Uptown Girl. Ada panggilan masuk. Tiada nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya, membuatkan dia tertanya2 sendiri. Dibawa telefon bimbit itu ke telinganya selepas menekan butang hijau.

“Hello? Haikal..?”

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review