|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 46::

Mumbling o milanhawkin at 1:46 PM
:Minggu 3:

Ini minggu ketiga. Bermakna dia sudah melalui dua minggu yang begitu menyeksakan. Dua minggu yang umpama neraka. Sepanjang dua minggu itu, Amirul begitu dingin. Tiada lagi gurauan mesranya. Tiada lagi usikan nakalnya. Tiada lagi senyuman menggodanya. Tiada lagi sikap mengada2nya. Rumah ini juga sudah hilang serinya. Sunyi dan sepi. Kesunyian yang memekakkan telinga, yang menghancurkan jiwanya. Dan dia masih ada dua lagi minggu yang mungkin sama parahnya.

Seringkali dia merungut dalam hati. Terasa Amirul langsung tidak mahu memulihkan hubungan mereka. Lelaki itu tidak mengendahkannya. Oh, Amirul masih lagi menghantar dan menjemputnya pulang dari pejabat. Malah mereka masih lagi makan malam bersama. Cuma suasana sudah menjadi begitu ‘awkward’. Amirul jarang sekali membuka mulut. Malah bilik sebelah sudah dijadikan bilik tidur tetapnya. Tak pernah sekalipun dalam dua minggu ini Amirul mendekatinya. Mila jadi rindu. Rindu pada belaian suaminya, pada gurauannya yang kadangkala menyakitkan hati namun tetap menghiburkan dan rindu pada siungnya yg menghilang bersama senyumnya.

Peliknya, jika Mila memerlukan bantuan, dengan segera pula lelaki itu akan mengerjakannya. Sebutlah apa saja, akan segera ditunaikan. Nak beli barang dapur? Amirul akan menghantarnya, setia menemaninya dari lorong ke lorong Carrefour tanpa rasa jemu, malah akan menolong memunggah segala barang yang dibeli. Nak ke kedai buku? Amirul akan turut serta, malah sedia menemaninya selama berjam2 di sana. Nak makan buah durian? Suaminya akan tolong kopekkan hingga berpuluh2 biji. Lampu bilik air rosak? Akan segera dibaiki. Pendek kata, apa saja.

Namun semuanya dilakukan tanpa kemesraan, tanpa suara. Kadang kala, Mila sengaja meminta tolong itu dan ini. Sengaja mencari peluang untuk mendengar suara Amirul. Dia semakin tertekan dengan keadaan sebegini. Pun begitu, setiap kali dia cuba untuk memberitahu Amirul untuk melupakan semua ini, lidahnya menjadi kelu. Tertutup oleh egonya.

Mila mengerling ke arah Amirul, yang masih lagi membenamkan dirinya ke dalam akhbar.

“Awak” panggil Mila. Dia menanti Amirul mengangkat mukanya dari dada akhbar. Entah apalah yang menarik sangat pasal berita hari itu. Rasanya sudah berulang kali dia membaca benda yang sama.

“Mmm” langsung tidak berpaling. Selepas satu, satu dibeleknya helaian akhbar tersebut. Mila menarik muka. Hampeh betul! Dah jemu tengok muka aku agaknya.

Bukankah Amirul yang patut memujuknya untuk kembali? Bukankah dia yang patutnya dalam mode membatukan diri? Kenapa pulak terbalik ni? Asyik2 dia yang kena sembah lelaki tu. Asyik2 dia yang berusaha memujuk Amirul. Asyik2 dia yang mengalah. Memang hampeh! Huhuhu... Dia rindu!

“Awak nak makan tak? Saya dah siapkan semua atas meja tu. Kita makan sekali ye?” sekali lagi Mila cuba menarik perhatian Amirul. Mila tersenyum lebar bila Amirul meletakkan akhbar tersebut ke atas coffee table.

“Takpe, Mila makanlah dulu. Abang ada lunch date kat Shah Alam” ujar Amirul dan terus berlalu ke biliknya.

‘Lunch date’? ‘Date’? Dengan siapa? Perempuan? Lelaki? Kawan lama? Kekasih lama? Kekasih baru? Otaknya sudah berputar ligat dengan pelbagai kemungkinan dan persoalan.

Seketika kemudian, Amirul keluar dari biliknya dan bersiap untuk pergi. T-shirt putih tadi sudah ditukarkan kepada kemeja hitam berlengan panjang. Seluar pendeknya juga sudah hilang diganti dengan seluar slack hitam. Rambutnya sudah disisir rapi. Semerbak harum perfume Dunhillnya. Perfume yang paling digemarinya.

“Err.. awak ada date?” Mila menyoal. Tangannya bermain2 dengan hujung baju t-shirtnya. Matanya memerhatikan tingkah Amirul yang sedang tunduk menyarungkan kasutnya.

“Ha’a” Amirul mengiyakan. Mila mengertap bibir.

“Siapa?” ketus Mila bertanya. Sakitnya hati bila suami sendiri mengaku sedang menjalinkan hubungan dengan perempuan lain. Tapi, bukan akukah yang mahu berpisah? Kenapa pula aku nak peduli tentangnya. Suka hati dialah nak ada makwe baru ke, nak ada bini baru ke...

Amirul diam. Kemudian dia menarik segaris senyum.

“Nanti abang kenalkan pada Mila”

Huh, kenalkan pada aku? Kenapa pula dia expect aku nak jumpa kekasih baru dia? Nak suruh aku jealous la tu. Huh, jangan harap! Kenapa hati aku ni sakit semacam jer ni?

Mila menghantar pemergian Amirul dengan pandangan berkaca.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review