|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 34::

Mumbling o milanhawkin at 1:23 PM
Sudah hampir seminggu mereka berpindah ke kondominium baru mereka yang terletak tidak jauh dari rumah ibubapa Amirul. Walaupun sebelum ini dia berkeras untuk tinggal bersama Pn Meriam dan En Zulkifli, namun akhirnya dia terpaksa mengalah pada kemahuan Amirul. Apalagi bila tindakan Amirul itu disokong sepenuhnya oleh En Zulfakar dan Pn Meriam.

Pada mulanya, Mila mahu mereka tinggal di bilik yang berasingan. Dia tak ingin nak merapatkan jurang mereka. Dia cuma mahu menunggu masa yang sesuai untuk mereka berpisah. Tapi sepatutnya dia sedar akan kedegilan Amirul yg tiada tandingannya. Dia terpaksa tunduk pada kemahuan Amirul dengan alasan yang sudah berulang kali digunakan: 'Bagaimana kalau Mama dan Papa datang sini? Nanti diaorg mesti susah hati kalau nampak kita macam ni'. Benar, dia tak mahu mengguris hati kedua org tua itu lagi, tapi perlukah dia mengorbankan perasaannya pula? Persoalan ini sering mengganggu benaknya. Dirinya ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapak, dikemam diri sendiri yang mati.

Satu keluhan berat dilepaskan dari dadanya. Terasa begitu penat sekali. Bukan penat badan tapi penat otak. Penat memikirkan perubahan mendadak Amirul sejak pulang ke Malaysia. Penat memikirkan bagaimana mahu melepaskan diri dari lelaki itu yg seringkali menggodanya. Aduhai, godaannya itu sungguh...sungguh...sungguh memikat hati. Jika bukan kerana dirinya seringkali mengingatkan diri sendiri akan apa yang pernah berlaku dulu, bila2 masa saja dia boleh lemas dalam godaan tersebut.
Terasa panas wajahnya bila teringatkan pada malam pertama mereka di sini...

“Sayang, dah kemaskan bilik ker? Nak abang tolong?” tegur Amirul yg santai berbaju T-shirt Polo dan berseluar pendek, bersandar tenang di pintu bilik tidur mereka. Seguris senyuman menggoda terukir di bibirnya.

“Dah siap baru nak tanya” getus Mila perlahan. Kedengaran tawa Amirul meledak. Entah apa yang kelakar sangat, Mila sendiri tidak pasti. Lelaki itu begitu murah dengan tawa sekarang ini, berbanding dahulu.

“Sorry sayang, tadi abang sibuk kemaskan bilik study abang tu. Emm... jom kita keluar makan? Abang dah lapar ni”

Sikit2 lapar. Nak makan aje kerjanya. Badan tak naik pulak. Dengki betul.

“Malaslah, penat sangat ni. Kalau awak nak makan, awak keluar jer la. Saya tak kisah” jawab Mila sambil membetulkan kain cadar yang terkeluar dari lipatan. Ekor matanya menangkap bayang2 Amirul yang semakin menghampirinya, lantas membuatkannya bergerak menjauh sedikit. Kakinya terpaku di lantai saat Amirul mula mendekatinya dengan sebuah senyuman yang menggoda. Sejak akhir2 ini, memang senyuman sebegitulah yang sering terukir di bibir lelaki itu. Senyuman yang bisa membuatkan jantungnya berlari 100km/j. Yang membuat wajahnya kemerahan. Yang membuat dirinya tak keruan. Mau semput dibuatnya jika perkara sebegini berpanjangan.

“Sayang dah mandi ye? Patutlah wangi” puji Amirul, tubuhnya sudah terlalu hampir dengan tubuh Mila yang kaku. Matanya tak lepas dari memandang sekujur tubuh yang hanya dibaluti oleh sepasang baju tidur yang agak usang. Sopan tapi tetap nampak seksi di mata lelakinya.

“Mila...”serunya perlahan, gemersik suaranya seakan menusuk terus ke dalam kalbu Mila. Mila tetap tidak tegar mahu berpaling. Tubuhnya terasa seram sejuk. Dia berdoa dalam hati agar Amirul tidak melakukan sesuatu yang tidak diingini. Dia tak rela! Sungguhkah?

Hatinya berdetak lebih hebat saat merasakan tubuhnya dirangkul erat dari belakang. Tangan kekar milik Amirul melingkar ke pinggangnya. Nafasnya seakan terhenti bila tangan itu makin erat memeluknya. Nafas lelaki itu hangat singgah ke lehernya yang terdedah. Ya Allah, apa yang harus dilakukannya saat ini?

“Wanginya...” desah Amirul. Suaranya terlalu dekat dengan telinga Mila, membuatkan gadis itu merinding. Mila tersentak bila bibir Amirul menyentuh lembut telinganya.

“Aw...awak... lapar kan? Saya...saya masakkan ekk” Mila cuba berdalih, cuba menolak tangan yang sudah selesa mendakapnya. Cubaannya untuk merungkai pelukan tersebut nyata sia2 bila mendengar Amirul tergelak halus, seakan menyindirnya. Malah dia dapat merasakan betapa rapatnya tubuh mereka.

“Sayang kan penat. Kita rehat dulu la kat sini. Tiba2 je abang rasa dah tak lapar” Usikan atau kenyataan? Ah, sudah....

“Takpe.. takpe... saya masak kejap aje. Awak tunggu kejap ye” Mila masih mahu mencuba nasib. Sia2 saja kerana Amirul sedikitpun tidak berganjak.

“Tak payah nak larikan diri dari abang. Abang taknak lepaskan Mila lagi. Cukuplah sekali...” Serentak itu, Amirul memalingkan tubuh Mila supaya mengadapnya. Wajah manis itu hanya menunduk, lebih tertarik merenung T-shirtnya dari memandang wajahnya. Debaran di hati mereka, hanya Tuhan saja yang mengetahui.
Dengan perlahan jemari Amirul menyentuh dagu Mila, mengangkat wajahnya hingga Mila terpaksa bertentang mata dengan sepasang mata kuyu itu.

“Mila...”bisikan itu sungguh menggoda. Amirul semakin mendekatkan wajah mereka. Kemudiannya dia menunduk, mahu menyatukan bibir mereka. Namun dia terkejut bila Mila meletakkan tapak tangannya pada bibirnya.

“Awak tak solat maghrib lagi kan? Awak solat dulu, saya siapkan makan malam”
Ah, nasib baik dia bijak mencari jalan keluar. Dia hampir berlari meninggalkan Amirul yang terpinga2. Malah malam itu dia sengaja membiarkan Amirul tidur sendirian di bilik utama.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review