Suasana yg sepatutnya meriah pada hari itu menjadi kelam dan sunyi. Yang kedengaran cuma bisikan para tetamu. Masing2 sudah tentulah sedang membicarakan tentang apa yg baru saja didengari sebentar tadi.
“Pengantin perempuan dah lari. Kenapa ye??”
“Agaknya ini kahwin paksa. Kalau tak, takkanlah pengantinnya nak lari pula?”
“Eh, tapi rasanya mereka tu dah lama kenal”
“Ye ker? Habis...?”
Dan bermacam bisikan lagi kedengaran. Keheningan sesaat tadi berubah menjadi hingar-bingar. Masing2 bersama andaian tersendiri. Malah ada para tetamu yang sudah melangkah pulang. Untuk apa menunggu jika tiada majlis yang akan berlangsung?
“Maafkan kami Mirul” pinta Puan Soraya dalam esakannya. Wajahnya basah dengan air mata. En. Zulkifli, bapa kepada pengantin perempuan pula menunduk, tak berani memandang menantu tak jadi mereka. Tangannya memaut erat bahu si isteri, cuba menenangkan hati sang ibu yang kesal dengan sikap anak sendiri.
“Kami tak sangka Sya betul2 lari. Dia memang ada cakap tak nak teruskan majlis ni tapi kami paksa juga dia. Tapi kami tak sangka dia nekad...” sayu suara Puan Soraya. Tebal mukanya memohon kemaafan dari Amirul, juga kepada bakal besan mereka.
“Mirul” perlahan saja suara itu memanggil. Kedengarannya agak sayu. Penuh belas. Amirul memandang ibunya. Pandangannya begitu suram biarpun riak wajahnya tidak dapat dibaca.
“Miirul, sabar ye. Mungkin belum jodoh Mirul. Kita balik ye, sayang?” pujuk Puan Meriam pada anak lelaki tunggalnya. Apa lagi yang boleh mereka buat. Majlis ini terpaksa dibatalkan.
Amirul merengus kasar. Wajahnya merah menahan marah. Marah bercampur geram. Kesal. Segalanya bercampur aduk menjadikan perasaannya sukar untuk ditafsir. Sungguh dia tak pernah menyangka ini semua akan berlaku pada dirinya. Dirinya ditinggalkan pada saat2 sebegini. Sungguh memalukan!
“Mirul, sudahlah tu. Tak guna kita tunggu kat sini lagi. Majlis ni takkan berlangsung. Kita balik dulu. Yang lain kita fikirkan kemudian” tegas En. Zulfakar pula. Ayahnya itu juga berasa terkilan dengan kejadian sebegini namun apalah dayanya. Di mana mahu dicari pengantin perempuan?
Bagi Amirul pula, perbuatan Syalinda umpama mencabar kelelakiannya. Malah gadis yg dicintainya itu sudah berulang kali menukar tarikh perkahwinan mereka hanya kerana mahu mengejar kerjaya. Sebagai model ternama, Syalinda selalu risau akan kepopularitiannya akan menurun jika berkahwin. Seringkali mereka bergaduh mengenai perkara ini. Dan hari ini, Syalinda rupanya sudah memutuskan apa yg benar-benar dimahukannya. Untuk sekian kalinya Amirul merengus.
Amirul yg tadinya hanya mendiamkan diri tiba2 bangun dari tempat duduknya. Semua mata memandang ke arah Amirul, berkira2 apa yg mahu dilakukan oleh anak muda itu. Tanpa menghiraukan pandangan mereka Amirul melangkah mendekati sekumpulan wanita yg sedang berkumpul di satu sudut.
“Mila!”
Gadis yg dipanggil Mila itu berpaling, menatap wajah Amirul dengan keliru. Apa pula yang dimahukan oleh Amirul? Wajahnya penuh dengan persoalan.
“Kita kahwin” ucap Amirul tanpa berbasa-basi lagi. Buntang mata Mila mendengarkan kata2 Amirul. Seakan terasa denyut nadinya berhenti untuk sesaat dua. Kahwin?
“What!!?” akhirnya Mila bersuara, nadanya sedikit tinggi lantaran terlalu terkejut dengan kata2 itu. Sungguh dia tak percaya dengan apa yg didengarnya.
Tanpa kata, Amirul mencapai lengan Mila dan menariknya, memaksa gadis itu berdiri. Kemudian dia mengheret Mila kembali ke tempat di mana sepatutnya berlakunya upacara akad nikah untuk hari itu.
“Mirul, apa kamu buat ni?”
“Mirul, apa ni? Mila?”
“Mirul??”
Kesemuanya menghujam pelbagai soalan ke arah pasangan itu. Amirul buat tak endah. Mila pula semakin ketakutan.
“Pak Imam, kahwinkan kami” tegas Amirul sambil mendudukkan Mila di sebelahnya. Semua mata memandang mereka dengan terkejut. Wah, ini sudah jadi drama pendek untuk hari ini! Tak lama kemudian, sudah ramai tetamu yang mengelilingi mereka. Semuanya ingin menjadi saksi pada kejadian itu.
“Mirul tak kira, Mama, Papa. Mirul nak kahwin sekarang jugak!” dengan geram Amirul bersuara. Jelas sekali dia sudah nekad.
Tok kadi kelihatan menggeleng kepala mendengar kata2 lelaki muda itu. Malah sekumpulan lelaki yang hadir sebagai saksi akad nikah juga kelihatan berbisik2 sesama mereka. Itu semua menambahkan amarah Amirul.
“You just sit there and don't go anywhere” Amirul seakan memberi amaran pada Mila. Gadis itu tercengang seketika dan kemudiannya mengangguk walaupun hatinya berdebar dengan kencang. Dia sendiri tidak percaya dengan apa yg sedang berlaku. Fikirannya bercelaru namun bagai lembu dicucuk hidung, dia hanya menurut kata2 lelaki itu.
“Mila, apa kamu buat ni?” soal Puan Soraya pula. Tangisnya sudah terhenti sebaik saja menyedari kehadiran Mila di antara mereka. Mila hanya memandang wajah Puan Soraya dengan serba salah. Apa yg sepatutnya dilakukan?
“Mila, bangun dari situ! Aku kata bangun!! Jangan kamu ingat kamu dapat ganti tempat Sya. Perempuan tak guna!!” Puan Soraya berubah garang. Dia mahu menerpa ke arah Mila dan menghalau gadis itu tetapi niatnya itu dihalang oleh suaminya yang sudah memeluk erat tubuh isterinya.
“Abang, kenapa Mila pulak nak ganti tempat Sya. Dia tak layak. Bangun kau dari situ, bangun! Keluar kau dari rumah aku. Keluar!” Pn Soraya masih menjerit. Suasana kembali kecoh. Nampaknya drama sudah semakin menarik. Makin ramai yang menjadi pemerhati. Beberapa orang wanita segera mendapatkan pasangan tersebut, membantu En. Zulkifli menenangkan Pn. Soraya.
“Amirul, buatlah apa yg kamu rasa betul. Dalam hal ni kami yg bersalah. Maafkan kami” kata En. Zulkifli dengan sebak sambil menuntun isterinya ke ruangan lain.
“Aqim...” panggil Mila. Nada suaranya penuh kebimbangan. Dia benar2 berharap ini semua hanyalah mimpi.
“Shut up! Just do what I say” Mila kembali menunduk, takut dengan renungan Amirul yang tajam menusuk.
“Tak baik apa yg kamu buat ni Mirul. Jangan babitkan orang lain dalam hal ni” Pn. Meriam semakin risau. Dia seperti tidak percaya Amirul masih mahu melangsungkan perkahwinannya. Dan dengan gadis entah dari mana. Apa lagi setahunya Amirul tidak pernah berkawan dengan mana2 perempuan lain selain Syalinda.
“Mirul, Papa tak benarkan kau rosakkan masa depan org lain semata2 kerana kau tak dapat apa yg kau mahu. This will not only affect her life, but yours also. And others! Use your head. Jangan buat kerja gila ni” En. Zulfakar cuba menarik tangan Amirul namun Amirul kembali menyentap tangannya.
“Sorry Papa, I just have to do this. Trust me Papa, Mama, I’m not doing any mistakes here. Just please trust me” ucap Amirul pada ibubapanya.
“Tok Imam, cepat nikahkan kami!” makin keras suara Amirul. Langsung tidak dipedulikan amaran Papanya. Juga tangisan Mamanya. Apalagi pada suara2 di belakangnya.
“Anak ni nama apa?” lembut suara Tok Imam itu menyoal Mila yg nampaknya ketakutan. Mungkin masih keliru. Mungkin juga tidak bersetuju.
“Mila... Mila Aria bt Khalimi” perlahan suara Mila menjawab, sedikit tergagap. Hatinya dipalu kebimbangan yang tak berkesudahan.
“Siapa yg akan jadi wali kamu?” soal Tok Imam lagi. Keningnya terangkat bila tiada jawapan dari mulut pengantin segera itu. Dipandang pula wajah pengantin lelaki dengan penuh tanda tanya.
“Dia ni anak yatim piatu. Takde sedara mara. Dia hanya ada saya” Amirul pula menjawab bila Mila mendiamkan diri.
Tok Imam kelihatan terdiam seketika. Puan Meriam dan En. Zulfakar berpandangan sesama mereka. ‘Amirul, apa yang kau buat ni, nak?’ bisik Pn Meriam. En Zulfakar menggeleng2kan kepalanya.
“Kamu setuju dengan perkahwinan ni? Kalau kamu tak setuju, cakap aja dgn Pak Imam. Jangan takut. Pak Imam boleh tolong kamu” Amirul sudah mengerling tajam pada Tok Imam.
Mila memandang wajah tenang di hadapannya. Tok Imam tersenyum pada Mila, seakan memberinya semangat untuk menolak. Kemudian pandangannya beralih pada lelaki di sebelahnya pula. Mata mereka berpandangan untuk seketika. Saat itu, Mila membuat keputusan yg bakal merubah hidupnya dalam sekelip mata. Mila melarikan pandangannya, kembali berbalas pandang dengan Tok Imam.
Dengan perlahan, Mila akhirnya mengangguk. Amirul melepaskan nafas lega. Risau juga jikalau Mila tidak bersetuju dengan tindakannya ini. Tok Imam mengangguk2kan kepalanya. Tiada apa lagi yang boleh dilakukannya jika gadis itu sendiri sudah bersetuju.
“Aku nikahkan dikau, Amirul Haqimi b Zulfakar dengan Mila Aria bt Khalimi...”
Funny Clock
Lepaking
eCerpen
Kot boring... rajin2 le klik ek...
Mana tau kot2 lps click, milan update post... :P
Anak kucing (idaman) saya...
Disclaimer
All works are solely milanhawkin's. Copy paste technology is prohibited. Characters are fictional and read at your own risks.
|Terkini dari milan|
1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.
Followers
Wednesday, April 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 demented soul(s):
eh..tak pernah dibuat org kahwin cam ni..p menarik dan seronok.....sian mila jd pengantin xpress....
Tapi walaupun anak yatim piatu tetap kena ada wali kan?
Post a Comment