|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, July 22, 2007

::Kusimpul Mati - 7::

Mumbling o milanhawkin at 9:32 AM
Dani menyusur persisiran pantai Morib yang indah, menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Dia memang gemarkan pantai. Bila saja ada peluang, dia pasti akan meluangkan masa untuk ke pantai, sekadar mencari ketenangan diri.

Burung-burung yang berkicauan mencipta suatu muzik yg sungguh indah untuk dinikmati. Bunyi deruan angin yg menyapa lembut tubuhnya begitu mengasyikkan. Ditambah lagi dengan bunyi ombak yg memukul pantai dengan lembut, membuatkan dia memejamkan mata untuk seketika. Sungguh, tiada tandingannya keindahan ini. Keindahan yang membawa kedamaian. Dia mengucap syukur di dalam hati.

Lama dia di situ. Memerhatikan pantai bersama manusia lain yg juga kelihatan sedang enak bersuka ria. Ada yg datang dengan keluarga masing2. Kanak2 sedang gembira bermandi-manda di gigi pantai. Ibu bapa pula asyik memerhatikan keletah anak2 mereka. Ada juga yg datang dengan teman2. Malah tidak kurang juga yg datang bersama buah hati masing2. Semuanya sedang mengukir kenangan tersendiri.

Tiba di suatu sudut, matanya tertancap pada sebatang tubuh berbalut baju kurung dan bertudung, sedang tenang bersimpuh di atas pasir pantai. Mata itu seolah sedang menerawang jauh, hilang dari riuh rendah org2 di situ. Gadis itu seakan tenggelam dalam dunianya sendiri. Wajahnya begitu muram. Tiada senyuman.

Entah mengapa, Dani seakan tertarik pada perempuan itu. Apakah yg sedang difikirkannya? Mengapa wajah itu begitu sugul pada pandangannya namun pada masa yang sama, nampak begitu manis? Dia mula membuat andaian sendiri.

Perlahan, seakan tidak dapat dikawal, kakinya bergerak mendekati gadis itu. Semakin dia menghampiri, semakin jelas wajah itu. Manis, mungkin tidak secantik perempuan2 yg pernah dikenalinya tetapi tetap manis. Mata bundar itu seolah menyimpan seribu duka, membuatkannya tertanya2 apa yg telah membuatkan gadis itu kelihatan begitu sedih dan muram. Terdetik di hatinya untuk menyapu setiap air mata yg gugur di pipi gadis itu. Ah, kenapa dengannya kali ini? Pelik, tak pernah dia merasakan ini semua pada seorang perempuan. Apatah lagi pada gadis yg belum dikenalinya.

“Hai” sapanya bersama senyuman.

Sapaannya itu berjaya membawa gadis itu kembali ke alam realiti. Gadis itu nampak begitu terkejut hingga terbangun dari tempat duduknya. Wajahnya begitu gugup namun sebuah senyuman cepat2 terukir di bibir kecilnya itu.

Comelnya!

“Maafkan saya. Saya ambik tempat duduk awak ke?” Gadis itu kelihatan begitu bersalah. Dani ketawa lucu.

“Taklah, ini kan tempat awam. Sesiapa pun boleh duduk kat situ” balas Dani pula. Matanya merenung setiap inci wajah di hadapannya tanpa segan silu. Kesunyian yg terukir di mata bundar itu sudah hilang di balik senyumannya yg manis. Pandainya dia menyembunyikan resah hatinya. Ini membuatkan gadis itu kelihatan misterius.

“Oh, ok. Err.. saya mengganggu awak ke?” soal gadis itu lagi. Nampak cute aje bila dia gelisah macam tu, Dani berbisik pada hatinya. Ah, mudahnya aku ini terpikat.

“Kenapa awak cakap macam tu?” Dani sekadar menduga.

“Sebab... sebab...” Dani ketawa lagi bila gadis itu kelihatan makin serba tak kena. Wajah itu kemerahan, mungkin menahan malu. Hatinya berbunga riang, entah kenapa.

“Saya nak berkenalan ni. Saya Dani. Muhd Dani. Awak?” Tangan dihulur. Wajah gadis itu berkerut, sekali lagi mengundang tawa darinya.

“Jangan risau, saya bukannya nak culik awak. But then, it sounds like a good idea. Awak pun sorang2 je ni kan?” Dani tak dapat menahan dirinya untuk mengusik. Gadis itu kembali kelihatan ragu-ragu. Seronok pula dia nak mengusik. Ketawanya meletus lagi.

“Awak ni memang suka ketawa ye” ujar gadis itu pula, akhirnya sedar bahawa lelaki itu sekadar mempermainkannya. Wajah gadis itu sudah sedikit mencuka, tapi masih nampak manis.

“Awak ni senang sangat diusik. Rasa seronok pulak. So, friends?” senyum Dani. Gadis itu perlahan2 membalas senyumnya. Nampaknya petang itu bakal merubah hidup kedua manusia itu.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review