|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 26::

Mumbling o milanhawkin at 1:19 PM
Kereta BMW kesayangan Amirul memasuki garaj. Dia perasan kereta bapanya tiada di tempat asalnya, mungkin masih belum pulang, mungkin juga sudah keluar. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Kosong. Sunyi dan sepi. Mungkin ibu dan bapanya keluar bersama. Jika tidak, petang2 begini selalunya ibunya akan menyiram pokok2 bunga di halaman.

Amirul merebahkan badannya ke atas sofa, melepaskan lelah seharian di pejabat. Briefcasenya hanya dicampakkan ke sisi. Matanya dipejamkan, sebelah tangannya diletakkan ke atas dahinya. Dia tidak menyedari kehadiran Mila yg baru menuruni tangga.

Mila pandang wajah Aqim yang muram. Entah kenapa, dia ingin sekali menenangkan perasaan Amirul ketika itu. Mila ingin lelaki itu tahu, walau apa pun yang terjadi, Mila akan tetap berada di sampingnya. Dia akan tetap akan cuba membahagia Amirul. Malah dia sanggup berkorban apa saja untuk suaminya. Dia mahu Amirul tahu!

Mila mendekati tubuh yang sedang berbaring di sofa. Tangan Mila mencapai tangan Amirul, perlahan2. Digenggam erat. Matanya meneliti wajah tampan Amirul, berharap lelaki itu akan membuka mata dan memandangnya. Dengan itu dapatlah dia melihat betapa dalamnya kasihnya pada Amirul. Namun Amirul masih tetap memejamkan matanya. Dadanya turun naik seiring dengan nafas yang dihela.

“Aqim, janganlah bersedih lagi. Tak elok kita menangisi orang yang dah pergi. Awak kena redha dengan ketentuan Allah. Kita hanya boleh merancang tapi Dia yang akan menentukan segalanya.” Ucap Mila panjang lebar, namun Aqim langsung tak bergerak apa lagi membalas kata-kata itu. Entah dari mana kekuatan itu muncul, Mila mengucup jemari Amirul dengan penuh kasih sayang. Sungguh, kasih dan cintanya hanya untuk Amirul seorang. Takkan berubah perasaan ini.

“Aqim... saya kan ada. Saya boleh...” belum sempat Mila menghabiskan ayatnya, Amirul sudah menolak tubuh kecil Mila yang sedari tadi menempel pada tubuhnya.

Kata-katanya perlahan, tidak menengking seperti selalu. Namun ada kekerasan dalam nada itu. Ketegasan yang tak dapat dilunturkan.

“Kau takkan pernah dapat menggantikan tempat Sya dalam hati aku. Aku hanya cintakan Sya. Sampai bila-bila pun aku hanya akan cintakan dia. Kau dan dia ibarat langit dan bumi. Kau langsung tak layak menggantikan dia. Kalau bukan kerana kau, semua ni takkan terjadi!”

Mila diam seketika. Perasaannya terluka dengan kata-kata itu tapi dia sedar, Amirul sedang kecewa saat ini. Dia perlukan seseorang untuk melampiaskan rasa kecewa. Kerana itu, Mila kembali tersenyum. Tapi Mila tak berani lagi mendekatinya.
Aqim yang ketika itu sedang membelakangkannya bersuara lagi.

“Sekarang baru aku tahu kenapa mak Sya terlalu bencikan kau” Aqim mencebik. Mila tersentak. Apa yang dimaksudkan oleh Aqim?

“Aqim tahu...?” tanya gadis itu, separuh berbisik.

Amirul kembali mengadap Mila. Matanya memancarkan kebencian yang nyata. Kemarahan yang tak mampu dibendung.

“Ya, aku tahu!” akuinya, sedikit menengking. Jantung Mila berdegup kencang. Adakah Amirul mendengar perbalahan mereka di hospital hari itu?

“Macam mana Aqim boleh tahu?”

“Aku dengar semuanya. Aku lihat semua yg berlaku masa kat hospital hari tu” Mila menggeleng lemah. Ya Allah, tabahkanlah hatiku.

Aqim tersenyum lagi, sinis sekali.

“Tak sangka, gadis yg berlagak baik macam kau ni datang dari keturunan yg tak baik! Keturunan perampas! Kau memang tak tahu malu kan? Dah tahu orang tak hendak, masih juga terhegeh-hegeh, masih juga meminta-minta, hanya untuk mendapatkan apa yg kau hajati” ejeknya lagi.

Ya Allah, begitu sekalikah lelaki ini membenciku? Mila tak sangka Amirul sanggup menuturkan kata2 sebegitu.

Terhegeh-hegeh? Kali ini Mila tak mampu tersenyum seperti biasanya dia menerima kata-kata Amirul. Kali ini dia hanya mampu terkedu, memandang kakinya. Kaku. Seolah baru dikejutkan dari mimpi indah yang panjang. Kini Mila tahu siapa dia dihati Amirul. Atau lebih tepat lagi, dia kini sudah tahu siapa dia pada Amirul, bukan siapa dia di hati lelaki itu. Kerana dia takkan pernah mendapat penghormatan sebegitu. Perlukah dia berputus harap untuk kali ini?

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review