|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Friday, September 12, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 25

Mumbling o milanhawkin at 11:33 PM
Pada malamnya, setelah kami sama2 selesai menunaikan ibadah secara berjemaah, aku, Aida dan Nek Pah sibuk menyediakan juadah untuk makan malam. Masakan Nek Pah memang lazat. Apa lagi bila sajiannya adalah ikan patin masak lemak cili api bersama ulam-ulaman.

Kami semua duduk mengadap makanan. Terasa renungan Imran Hadi yang duduk betul2 di hadapanku. Aku buat tak peduli. Malah pengakuannya petang tadi pun aku biarkan sepi tanpa jawapan. Mustahil untuk aku menerimanya begitu saja. Entah2 dia main2kan aku saja.

“Sedapnya masak lemak ni, Nek” puji Aida yang sudah pun memulakan acara.

“Kalau macam tu, makanlah banyak2 sikit. Memang Nek Pah masak untuk kamu semua je ni”

Aku menguntum senyum. Si Aida ni kalau bab makan, laju aje. Aku menguis sedikit ikan ke dalam pingganku. Begitu juga Adli dan Imran Hadi.

“Err... Nek Pah, sudu dan garfunya kat dapur ye?” soalan Imran Hadi membuat aku mengangkat muka. Pehal pulak mamat senget ni siap mintak sudu dengan garfu?

“Ada kat dapur tu ha. Hana, tolong amikkan utk Imran ni” arah Nek Pah. Aku dan Aida saling berpandangan.

“Nak kena makan dengan sudu, garfu jugak ke? Makan je la dengan tangan” aku pulak mengarahnya. Ini bukannya bandar, setiap masa kena makan dengan sudu, garfu pelbagai. Ini kampung....

Imran Hadi nampak serba salah. Adli pula tersengih2 saja, macam ada sesuatu yang menggelikan hatinya.

“Saya... ermm... saya...”

“Makan je laa...” desakku lagi. Bukannya malas nak bangun tapi malas nak layan karenahnya. Apa, susah sangat ke nak makan dengan tangan? Ingat ini England ke apa?

Agaknya Imran Hadi mengalah sebab terus saja dia menyenduk kuah ke dalam nasi dan mula menjamu selera. Tak lama selepas itu, aku sendiri yang tidak tahan melihat cara dia makan. Ya Tuhan, macam budak kecik! Habis semua tangan kanannya diselaputi dengan nasi dan kuah. Comot gile.

Si Adli dah gelak sakan. Kurang asam je gelakkan member sendiri. Nek Pah dan Aida pula hanya tersenyum sumbing. Aku? Nak gelak tu memang ada tapi aku lagi kesian tengok mukanya yang cerah itu kemerahan menahan malu. Nampak terseksa saja dia menggunakan tangannya. Aku yang melihat ni pun lagi la terseksa.

Tanpa menunggu lagi, aku bangun ke dapur dan mendapatkan sudu dan garfu untuknya.

“Dah, basuh la tangan tu. Ni amik sudu ngan garfu ni” aku menyuakan alatan makanan tersebut pada Imran Hadi. Sikit pun tak diangkat mukanya.

“Takpe, saya belajar makan dengan tangan” ujarnya perlahan. Nampak macam merajuk je. Aku mengukir senyum. Kelakar betulla Imran Hadi ni.

"Kalau kau nak tau, Hana, si Imran ni memang tak reti makan guna tangan. Even kat kolej tu pun, tak pernah sekalipun aku tengok dia makan dengan tangan. Maklumlah, dulu dok oversea..." jelas Adli sekalilgus memperli temannya itu. Kesian juga tengok Imran Hadi yang seakan tidak mengendahkan kami.

1 demented soul(s):

tzaraz said...

Demi Amihana sanggup Imran Hadi belajar makan dgn tangan juga ye! Klakar jugak!

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review