|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Saturday, October 25, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 35

Mumbling o milanhawkin at 10:41 PM
Aku menguap panjang. Ya Allah, mengantuknya mata ni. Nak dilelapkan, masih ada 3 mukasurat yang aku belum habiskan. Buku Social Psychology itu kurenung agak lama. Ah, dah takleh nak masuk ilmu ni. Kena lepak jap.

Aku mengerling pada jam di dinding bilik. Mak aih, dah pukul 2 pagi rupanya. Patutlah mata ni asyik nak terpejam je. Aku mengeluh perlahan. Mataku meliar keliling bilik. Si Aida sudah lama diulit mimpi rupanya. Agaknya teman2 yang juga sudahpun belayar ke alam mana. Hanya aku yang masih sibuk mengulangkaji.

Aku bangun dari meja studi, mencapai mug yang sudahpun kosong. Kaki kuangkat ke luar bilik, menuju ke arah dapur. Dari luar jendela dapur, aku dapat melihat langit yang cerah dan dipenuhi bintang2 yang berkelipan. Indahnya.

Aku membawa mug berisi air suam ke luar balkoni bilik. Suasana di hostel memang sunyi di waktu2 begini. Hanya ada beberapa buah bilik yang masih diterangi oleh cahaya lampu. Agaknya mereka juga macam aku, masih mahu mengulangkaji apa yang patut.

Aku mendongakkan kepala ke langit. Masih seperti tadi keadaannya, masih indah dan bercahaya. Kalaulah hidup aku pun sentiasa indah begini, alangkah baik. Tapi, kalau hidup tanpa cabaran, bukankah itu sesuatu yang memboringkan? Aku patut mengambil kegagalan ini sebagai satu cabaran untukku bangkit semula. Ini adalah salah satu pengajaran yang patut aku ambil iktibar darinya. Mungkin untuk aku, cinta dan ilmu tidak boleh seiring seperti orang lain.

Yup! Chaiyok Hana! Teruskan usaha murnimu ini!

Aku mengukir senyum. Puas berdiri di balkoni, aku kembali ke bilikku. Aku sisip sedikit air suam dari mugku dan kuletakkan ke atas meja studi. Aku masih kantuk. Rasa nak je baring2 atas tilam yang tak berapa empuk tu. Tapi kalau aku dah siap baring kat tilam, dah sah2lah aku akan terus tidur.

Aku mengerling ke arah tilamku. Mr Teddy masih setia menantiku di sana. Bila terpandangkan Mr Teddy, hatiku digamit rasa sayu. Sudah tentulah aku akan teringatkan Kamal Hadi. Betapa jauhnya aku dan dia kini.

Di uni, jarang2 sekali aku dapat bertembung dengannya disebabkan kami sudahpun berlainan kelas. Kalaupun aku terserempak dengannya, amatlah jarang untuk aku berbual dengannya. Walaupun dia sudah tidak melarikan diri dariku sejak kami berjumpa di rumah tempoh hari, aku tetap tidak ingin berbual lama dengannya. Sepatah yang ditanya, sepatahlah yang aku jawab.

Sebenarnya aku teramat merindukan Kamal Hadi. Aku rindukan layanannya terhadapku dahulu. Aku rindukan kata2 manis yang sering diucapkannya padaku. Aku pasti, kini hanya Balqishlah yang dapat menerima semua itu dari Kamal Hadi. Walaupun aku sering tertanya2 kenapa semua ini terjadi, kenapa Kamal Hadi berubah hati, aku takut mahu menghadapi kenyataan. Kata orang, kebenaran itu paling menyakitkan.

Rasa pilu yang kian lama bersarang di hati ini, dapatkah kuleraikan bersama masa yang berlalu? Benarkah kasih Kamal Hadi sudah berpaling arah dariku?

Sekali lagi aku menarik nafas dalam2. Perlahan2 kemudian aku lepaskan. Buku yang tersadai di mejaku itu, sekali lagi kupandang. Akhirnya, dengan nekad yang kubina, aku kembali meneliti bait demi bait yang tercetak.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review