|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, January 14, 2008

Cinta bertih jagung - 3

Mumbling o milanhawkin at 9:50 AM
“Morning!!” sapaku riang. Aku sampai sedikit lewat ke sekolah hari ni. Terbangun lambat... Melepas la pulak nak breakfast dengan Shahil. Ada banyak benda aku nak cerita kat dia nih.

“Eh, korang tengok tak? Perasan tak?”

“Ha’a. Nampak, nampak. Tak sangka...”

Aku mendengar saja bisikan beberapa pelajar kelasku. Entah apalah yang diaorang bualkan. Ah, baik aku letak beg kat meja aku dulu. Hmm... mana Shahil?

“Hey, Arina. Ada sesuatu yang tak kena dengan Shahil hari ni” tegur Zara, pelajar perempuan yang duduk di sebelahku. Aku mengangkat kening. Apa yang tak kena dengan mamat tu?

“Apa maksud kau?” tanyaku sambil mengeluarkan beberapa buah buku teks dari beg sandangku.

“Memang pelik sangat. Aku sendiri rasa tak percaya” ujar Zara lagi, masih belum menjelaskan apa yang berlaku. Suka nak buat suspen tau!

“What do you mean? Ada cerita menarik ke?”

“Shahil yang bermuka batu tu, sekarang dah pandai senyum dan bercakap dengan orang” beritahu Zara.

“Apa??!!!” Wah, terkejut nih! Betul ke?

“Ah, tipulah. Hari ni bukan April Fool lah” Aku tersengih. Takkanlah... Shahil bukan orang macam yang digambarkan oleh Zara tadi. Haha... Shahil nak senyum dengan orang? Impossible! Apalagi nak berbual dengan pelajar lain. Dengan aku pun sepatah dua saja yang dia keluarkan dari mulut dia tu. Mustahil!

“Aku bukan bergurau la. Kau tengok kat luar tu” Zara menarik lenganku supaya mengikuti langkahnya, membawa aku ke luar kelas.

Dan apa yang aku lihat memang sesuatu yang mengejutkan. Di satu sudut, Shahil sedang berbual dengan beberapa orang gadis. Malah sedang tersenyum riang. Pelajar2 perempuan itu pula sibuk mengelilingi tubuh Shahil yang tinggi lampai. Aku menggenyeh mata beberapa kali. Tak percaya!

“Tengok. Kan betul aku cakap” Zara menyiku lenganku, bangga agaknya mengetahui sesuatu yang aku sendiri tak tahu. Aku mengertap bibir. Ada satu perasaan lain yang sedang bermain di dadaku.

“No way...” gumamku perlahan. Shahil tak pernah senyum pada orang lain... kecuali aku. Shahil tak pernah bercakap lebih dari sepuluh patah perkataan dengan orang lain... termasuk aku. Apa ni?

“Err... Shah...” Aku memanggil sambil cuba mendekati Shahil. Tapi nasibku kurang baik bila seorang pelajar perempuan yang sedang mengelilingi Shahil dengan tidak sengaja bergerak ke belakang, menyebabkan aku terjatuh. Ouch!

“Eh, kau OK ke, Arina?” Zara segera mendekati, membantu aku bangun. Aku menepuk2 kain baju sekolahku yang mungkin saja sudah kotor. Aku tidak menjawab pertanyaan Zara sebaliknya memandang Shahil yang masih tidak menyedari kehadiranku. Dia masih berbual dengan salah seorang pelajar perempuan yang mengelilinginya. Dadaku terasa sakit, entah kenapa.

“Shahil....” panggilku perlahan. Hatiku diserang rasa sebak.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review