|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 24::

Mumbling o milanhawkin at 1:17 PM
“Kenapa kau datang sini hah? Siapa suruh kau datang sini? Siapa? Hah?” tengking Pn Soraya bila Mila muncul di hadapannya. Mila menggeleng lemah. Memang sejak kebelakangan ini, dia terlalu murah dengan air mata.

“Makcik, saya cuma datang nak tengok Sya, makcik. Saya takde niat lain. Maafkan saya” ucap Mila.

Dia sendiri terkejut sewaktu menerima panggilan telefon dari Halina sebentar tadi. Syalinda kemalangan. Sedangkan dia baru saja berjumpa dengan Syalinda pagi tadi. Luka di jarinya masih lagi terasa pedihnya. Menurut Halinda, kereta yg dinaiki Syalinda dilanggar sebuah lori balak bila cuba mengelak dari bertembung dengan sebuah kereta lain. Separuh badannya hancur dan Syalinda meninggal di tempat kejadian. Mendengarkan itu, Mila pitam di pejabatnya. Setelah sedar, dia bergegas ke hospital. Niatnya hanya mahu melihat keadaan temannya itu. Kekesalan beraja di hatinya.

Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa. Dalam sekelip mata dan tanpa mereka duga, Pn Soraya dan En Zulkifli telahpun kehilangan anak kesayangan mereka. Benarlah, jika Allah menginginkan sesuatu itu berlaku, tanpa dapat dihalang, ia akan berlaku jua.

“Tak cukup lagi ker kau seksa keluarga aku? Tak cukup ker? Dulu kau dah rampas tunang anak aku, lepas tu kau rampas pulak nyawa dia. Sekarang ni kau nak apa? Nak ambil nyawa aku pulak ker?” Mila mengucap panjang mendengar bebelan Pn Soraya padanya. Dia bukan Tuhan untuk merampas nyawa sesiapa. Kenapa dia yg harus dipersalahkan? Walaupun begitu, Mila tetap merasakan dia turut menjadi punca.

“Tak baik makcik cakap saya macam tu...” lemah saja suara Mila. Kolam matanya pecah lagi.

“Perempuan sial! Tak guna! Kau sama jugak macam mak kau. Perempuan murah! Suka nak rampas hak orang. Kau tahu tak, mak kau tu bini kedua bapak kau. Bapak kau sanggup tinggalkan bini dia untuk perempuan perampas tu. Sama la macam kau ni hah. Kau dah tahu Amirul tu kekasih anak aku, kau nak juga rampas dia. Perempuan tak guna!” bagai orang hilang akal, Pn Soraya menjerit.

Ya Allah, kebenaran apakah ini yg kudengar? Betulkah semua ini? Beginikah sejarah hidupnya? Ibu..., Mila merintih sayu. Dia tak pernah tahu sejarah hidup ibubapanya. Yg dia tahu, ibubapanya adalah pasangan yg paling bahagia, paling romantis. Adakah ini semua sekadar fitnah yg mahu merosakkan kenangan indahnya?

Suasana di hospital itu mula riuh rendah. Ramai yg mengerumuni tempat itu untuk mengetahui apa yg sedang berlaku. Beberapa petugas hospital yg cuba menenangkan suasana itu tidak mereka endahkan.

“Sebab kaulah Syalinda mati sekarang ni. Sebab kaulah, Syalinda kecewa dan bawak kereta laju2. Ini semua sebab kau! Perempuan jahanam! Jahanam! Sial! Sekarang anak aku dah takde. Aku nak kau ganti balik anak aku. Ganti balik!!” Pn Soraya menerkam ke arah Mila dalam esak tangisnya. Puas tangannya menampar dan mencengkam tubuh Mila tanpa belas kasihan. Tudung Mila ditarik2. Mila tak mampu mempertahankan dirinya. Dia sendiri dicengkam rasa bersalah, membiarkan saja tubuhnya disakiti.

Kali ini, En Zulkifli langsung tidak menghalang. Dia terlalu kecewa dengan berita kehilangan anaknya hingga lupa pada isterinya yg sedang melepaskan geramnya pada Mila. Hanya bila gadis itu terjelepuk ke lantai, barulah ada beberapa org yg cuba menenangkan keadaan dan membawa Pn Soraya jauh dari Mila.

“Mila, kenapa ni?” Dani muncul di celah2 org ramai yg menyaksikan drama terbaru itu. Melihat Mila yg terduduk lemah, Dani segera memapah Mila ke bangku yg berdekatan. Pn Soraya juga telah jauh dibimbing oleh suaminya. Orang ramai mula beransur meninggalkan tempat tersebut.

“Mila...?” Dani cuba membetulkan tudung Mila, menutup apa yg sepatutnya. Hatinya rasa begitu geram bila melihat keadaan gadis itu. Kalau dia tak memikirkan apa yg sedang berlaku ketika itu, mahu saja dia bersemuka dengan Pn Soraya. Namun dia tahu, tak elok dia memburukkan keadaan.

“Dani, Sya...” Mila kembali teresak. Tubuhnya terasa lemah sekali. Semua ini berlaku kerana akukah? Ya Allah, ampunkanlah aku. Sya, maafkanlah aku. Aku bersalah pada kau. Maafkanlah aku.

Hatinya kemudian dipagut rasa bimbang. Bimbang pada Amirul. Bagaimana keadaan Amirul? Bagaimana lelaki itu menerima berita buruk ini? Dia mahu berada di sisi Amirul, mahu mententeramkan lelaki itu, mahu meminjamkan bahunya untuk Amirul.

“Dani, saya bersalah... bersalah sangat. Sebab sayalah semua ni tejadi. Sebab saya...”

“Mila, pls... ini semua ketentuan Allah. Kita tak ada kuasa nak menghalangnya” Dani cuba memujuk gadis itu. Semua yg berlaku ini adalah kejutan yg tidak dirancang. Sebagai manusia, kita hanya boleh cuba menerimanya dengan hati yg tenang.

“Tapi...”

“I know.. I know, sweetheart. Shhh... pls dont cry.. shhh...” Dia menarik kepala Mila dan disandarkan pada dadanya. Tangannya memeluk bahu Mila, menepuk belakang gadis itu perlahan2. Dani sedikit lega bila esakan Mila semakin berkurangan.

Dan semua itu tidak lepas dari pandangan Amirul.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review