|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 19::

Mumbling o milanhawkin at 1:02 PM
Mila melipat telekungnya ke atas sejadah yg terbentang. Hatinya sedikit tenang setelah mengadap Allah. Inilah yg dikatakan nikmat anugerah Tuhan bila kita sembah padaNya. Mila beristighfar panjang, memuji Tuhan Yg Maha Kuasa. Mengharapkan agar ketenangan itu menjadi miliknya sentiasa.

Dia mengerling ke arah jam. Sudah pukul 10.00 malam. Namun Amirul masih tak kelihatan. Tadi suruh balik awal. Alih2 dia pula yg tak balik2, gerutu Mila dalam diam.

Peristiwa petang tadi sedikit sebanyak mengundang perasaan yg tidak senang pada semua org. Semuanya mempunyai pemikiran yg tersendiri. Syalinda sudah pasti sudah mengesyaki sesuatu antara Mila dan Amirul. Amirul pula pastinya hanya menunggu peluang untuk menyalahkan Mila. Dan Dani, entah apalah yg difikirkan oleh pemuda itu. Mila menghembuskan nafasnya dengan berat. Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini. Dugaan dariMu ini harapnya akan kulalui dengan penuh keinsafan, doa Mila.

Setelah melipat sejadah, Mila berura2 mahu turun ke bawah untuk menyediakan minuman untuk suaminya. Mana tahu tiba2 dia pulang. Mesti dia dahaga. Selama dia tinggal di rumah itu, satu kebiasaan Amirul yg diketahuinya adalah milo panas sebelum tidur. Mila tersenyum sendirian mengingatkan itu. Jika dulu, ketika hubungan mereka masih baik dan tidak berantakan seperti sekarang, bila bertandang saja ke rumah sewanya Amirul pasti akan memesan segelas milo panas sebelum pulang.

Dahulu mereka sering saja berbual. Selalunya Amirullah yg akan bercerita. Tentang apa saja. Tentang Syalinda, tentang kerja malah kadangkala mereka akan berdebat mengenai isu semasa. Selalunya Milalah yg akan mengalah jika mereka berdebat. Tapi waktu itu, dia tak pernah menyangka Syalinda yang sering meniti di bibir lelaki itu adalah temannya sendiri. Kalau dia tahu... entahlah...

Baginya Amirul lelaki paling sempurna untuknya. Amirul mempunyai karisma yg tinggi, bertanggungjawab dan punya sebuah hati yg besar. Jika tidak, takkan Amirul sanggup bertumbuk dengan lelaki yg cuba memperkosanya suatu waktu dahulu. Malah sentiasa bersikap gentleman. Bukan lelaki yang suka mengambil kesempatan.

Baru saja dia mahu turun, pintu bilik telahpun terkuak. Wajah Amirul yg terpacul di muka pintu ditenungnya dengan tenang. Saat mata mereka bertemu, Mila menghadiahkan sebuah senyuman. Seperti biasa, senyumannya tidak pernah dibalas. Sebaliknya Amirul kembali menutup daun pintu, menghampiri katil dan merebahkan tubuhnya ke atas tilam. Sebuah helaan dilepaskan.

"Aku nak cakap sesuatu dengan kau" Seperti yg telah diagak oleh Mila. Mila menghampiri Amirul, menanti bibir itu mengukir kata yg seterusnya.

"Aku akan kahwin dengan Sya" Ringkas dan padat, membuatkan Mila terpempan di situ. Kata2 itu menyucuk terus ke dalam jantung Mila, menghentikan nafasnya untuk sesaat dua.

Bukan 'Aku nak kahwin' tetapi 'Aku akan kahwin'. Besarnya perbezaan ayat itu. Satu keputusan yg tidak memerlukan pendapat kedua.

"Awak nak air? Saya buatkan air untuk awak ye. Awak kan suka minum milo sebelum tidur. Awak mandi dulu, saya turun bawah ok" entah kenapa, itu yg terkeluar dari mulutnya. Fikirannya terasa kosong. Dia tak mampu untuk memikirkan apa2.

"Kau dengar tak apa aku cakap tadi?" semakin tinggi suara Amirul. Mila berpaling mengadap suaminya. Dia menganggukkan kepala perlahan2.

Dengar! Saya dengar! Tapi apa yg saya boleh buat? Berhakkah saya nak halang awak? Saya tahu bukan saya yg awak cinta. Jadi apa perlunya saya bersuara? Kata2 itu hanya bergema dalam hatinya. Tak mampu diluahkan pada Amirul.

"Esok, kita beritahu Mama dan Papa. Aku tak perlukan persetujuan kau. Aku cuma mahu restu mereka. Aku harap kali ini kau akan tolong aku. Kau sendiri tahu hubungan kita ni hanya satu drama saja. Aku nak perbetulkan hidup aku semula. Lagipun dengan apa yg kau dah buat ni, aku rasa ini satu2nya cara untuk kau tebus kesalahan kau" cadang Amirul, tanpa terselit sedikitpun rasa bersalah.

Tebus kesalahan? Kesalahan apa? Mila rasa seperti mahu menjerit.

"Jangan ingat aku tak tahu Mila. Sya baru cakap dengan aku tadi, yg kaulah orgnya yg suruh dia larikan diri dari aku. Aku tak sangka kau ada niat busuk di sebalik layanan kau selama ni. Sanggup kau suruh kawan kau sendiri musnahkan hidup dia? Semata2 kerana seorang lelaki yg tak pernah cintakan kau"

Berkerut dahi Mila mendengarnya. Apa yg dicakapkan oleh Amirul ni? Apa lagi yg dia telah buat?

"Jangan buat2 tak tahu la Mila. Kau nak nafikan yg kau cakap dengan Sya, suruh dia larikan diri ke luar negara untuk memikirkan semula tentang perkahwinan kami? Kau nak nafikan kau ada jumpa Sya seminggu sebelum majlis perkahwinan kami? Kau nak nafikan semua tu? Aku mula rasakan mmg kau yg rancangkan semua ni, bukan?"

"Mm... memang saya ada jumpa Sya hari tu tapi..." Tidak, Amirul dah salah faham. Bukan dia yg sengaja berjumpa dengan Syalinda semata2 mahu menasihatkan benda2 yg macam tu. Bukankah Syalinda sendiri yg mengajaknya berjumpa?

"Enough, Mila. Tak payahlah kau nak tegakkan benang yg basah. Cukuplah dengan sandiwara kau selama ni. Sekarang ni, giliran aku pula"

2 demented soul(s):

..tinis.. said...

aper beza 'nak kawen' ngan 'akan kawen'..??

......

thydiva said...

meaning: apa yg Amirul ckp kt Mila tu, bukan option yang dia bagi. Kiranya sama ada Mila setuju atau tak, dia tetap akan kawen ngn Sya. Gitu le maksudnyer...

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review