|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Friday, May 16, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati [Prologue I]

Mumbling o milanhawkin at 7:31 AM
Prologue

“Umi! Umi!”

Kelihatan seorang kanak2 lelaki meluru riang ke arahku. Hatiku dilambung bahagia setiap kali menatap wajah mulus itu. Aku terus mendepangkan tanganku sebaik saja menutup pintu kereta.

“Assalamualaikum, sayang” sapaku yang terus saja dipeluk erat oleh anakku yang berusia 4 tahun itu. Manjanya anakku seorang ini.

“Waalaikumsalam, Umi. Lambatnya Umi balik hari ni...” rengek Aisham tanpa mahu melepaskan lengannya yang merangkul tengkukku.

“Sorry sayang, Umi banyak kerja sikit hari ni. Aisham marah Umi ke?” Aku mencium pipinya dengan gemas. Rindunya pada si kecil ini walaupun aku hanya meninggalkannya sejak pagi tadi untuk mencari rezeki.

“Aisham tak marah. Aisham rindu je...” balas Aisham dengan comel. Aku ketawa senang. Suka sangat si Aisham ni mengusik aku. Sama perangai je dengan ayahnya. Ah... aku dah melalut ni...

“Macamlah dah berminggu tak jumpa umi...” usikku pula sambil mencuit hidungnya yang mancung berkali2. Aisham tergelak sambil cuba mengelak ke kiri dan ke kanan. Aku tertawa girang. Ah, bahagia yang kurasakan saat ini benar2 tiada tandingannya.

Aku mendukung Aisham masuk ke dalam rumah selepas mencapai beg tanganku yang masih berada di dalam kereta. Sebaik saja sampai ke muka pintu, aku menyedari ada sepasang kasut lelaki terletak kemas di tepi dinding.

Kasut siapa? Entah kenapa, hatiku berdetak dengan gelisah. Seakan tahu, akan ada sesuatu yang bakal kutemui sebentar nanti. Aisham pula hanya merangkul leherku tanpa bersuara.

Kakiku menapak masuk. Sangkaku, aku akan melihat kelibat Makcik Ani sedang menyiapkan hidangan makan malam seperti hari2 sebelumnya. Sebaliknya, aku berdepan dengan tubuh seorang lelaki yang sedang membelakangiku, asyik sekali menatap gambar aku dan Aisham yang tergantung di dinding.

Ah, memang betullah aku ada tamu hari ini. Tapi, siapa pula ya? Saudara Makcik Ani ke? Makcik Ani ke mana pula? Kenapa ditinggalkan tetamu macam ni je? Perlu ke aku bersuara? Melihat keasyikannya, aku merasa terganggu.

Aku memandang Aisham yg masih didukunganku. Anak itu hanya tersengih2 memandang lelaki itu tanpa bersuara. Seolah2 dia memang tahu siapa lelaki itu.

“Siapa tu?” bisikku ke telinga Aisham.

Tetamu itu masih menatap gambar itu dengan asyik, hinggakan kehadiranku masih tidak disedarinya. Entah apalah yang dia tengok tu. Setakat gambar aku dan Aisham yang diambil ketika kami berpiknik di Pantai Batu Buruk itu rasanya tidaklah begitu menarik pun.

Aisham masih tersengih tapi tidak menjawab pertanyaanku. Ish, budak ni... kecik2 dah pandai nak berahsia. Aku memuncungkan bibir, tanda rajukku pada Aisham. Tanpa kata, Aisham terus mencium pipiku. Anak ini, sudah tahu benar bagaimana mahu mengelak dari menjawab pertanyaanku, sekaligus memujuk rajukku.

Aku menurunkan Aisham. Sejurus kemudian Aisham terus berlari ke arah lelaki itu tanpa dapat kutahan. Anak kecil itu menjeritkan sesuatu dan memeluk erat kaki tetamuku itu.

“Papa!”

Aku tersentak. Hampir luruh jantungku mendengar perkataan yang keluar dari mulut Aisham. Lelaki itu mengalihkan pandangannya ke bawah, kepada Aisham dan terus saja menunduk dan memeluk erat anakku.

Seakan baru menyedari kehadiranku, lelaki itu berpaling. Mata kami bertentangan. Nafasku yang tadinya sesak bila mendengar Aisham memanggil lelaki itu ‘papa’, kini hilang untuk sesaat dua tika mata kami saling berpandangan.

“Hana...” serunya, agak perlahan. Hampir saja tidak kedengaran. Aku mengertap bibir. Kuat.

Aisham sudah tersengih2 di dalam pelukan ‘papa’nya. Dan aku...

1 demented soul(s):

nursya said...

biler nk ltk n3 br nie..
x sabarnyer nk tggu...
huhuhuhu

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review