|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 29::

Mumbling o milanhawkin at 1:20 PM
“Hi sayang...” sapa Dani, penuh romantis. Mila sekadar tertawa kecil. Walaupun kadang kala dia rimas dengan panggilan itu, dia tak pernah menyuarakannya pada lelaki itu.

“Emm... napa call? Saya dah nak balik ni. Mama call saya tadi suruh balik awal” tanpa ditanya, Mila memberitahu.

“Iye? Napa? Ada hal penting ke?” Dani mula ingin tahu. Selalunya Mila akan pulang agak lewat dari pejabat. Dan biasanya mereka akan dinner bersama2 sebelum Dani menghantar gadisnya pulang.

“Entahlah. Tapi semua orang balik hari ni. Agaknya Mama nak buat kenduri sikit kot” jawab Mila bersahaja.

“Hmm... napa Mama awak tak ajak saya pun?” gurau Dani.

“Kenapa pulak Mama saya kena ajak awak?” Mila mengusik. Sememangnya hubungannya dengan Dani sekadar teman. Malah Dani tak pernah menghantarnya sampai ke dalam rumah, sekadar di luar pintu saja. Nasibnya baik kerana ibu mertuanya tak pernah bertanya tentang siapa yang selalu menghantarnya pulang. Atau mungkin dia ingin tahu tapi tak pernah bertanya. Hmmm...

“Ye la, saya kan tengah nak pikat awak...”

Mila terdiam. Dani juga diam.

“Mila...” Dani seperti mahu menyatakan sesuatu tetapi ianya seakan tersekat di kerongkongnya saja.

“Dani, awak ni suka bergurau macam tu” dalih Mila sambil ketawa, cuba menenangkan badai yang melanda pantai hatinya. Tak mungkin Dani bersungguh2 tentang hal ini.

“Actually, saya tak bergurau pun. Rasanya ini masa yg sesuai untuk saya luahkan perasaan saya kat awak” suara Dani kedengaran gementar. Hati Mila lebih lagi. Dia tak sepatutnya mendengar ini semua. Dia masih isteri orang. Sungguh dia rasa berdosa.

“Eh, tak boleh! Er... maksud saya... saya nak balik dah ni. Lain kali la saya cakap ngan awak yer” Mila cuba melarikan diri. Tangannya terus meletakkan gagang telefon ke tempat asalnya.

Fikirannya bercelaru sepanjang perjalanan pulangnya. Ah, kenapa dia tidak menyedari tingkah Dani selama ini? Bukan, bukannya dia tak sedar, tapi dia terlalu takut untuk mengakuinya. Sudahnya dia hanya menganggap segala kata2 mesra dari lelaki itu sebagai gurauan. Mungkin itulah yang sebenarnya. Dan yang lebih penting, dia belum bersedia untuk membuka pintu hatinya untuk sesiapa. Lagi pula, dia masih bergelar 'isteri'.

Sudah agak lama dia tak menyebut perkataan itu. Sepatutnya ia memberi makna yang mendalam pada setiap wanita. Perkataan itu memberi kesan bahagia yang berpanjangan, dan kekal. Tetapi perkataan itu hanya memberi igauan ngeri padanya. Memberi harapan palsu yang sudah lama hilang makna sucinya.

Selama ini dia menunggu masa untuk bergerak ke hadapan. Menunggu kepulangan Amirul dan menyelesaikan segalanya. Ya, dia mahu bebas. Bebas dari Amirul, bebas dari ikatan perkahwinan ini. Demi hajatnya yg satu itu, dia sanggup bersusah payah menaiki pengangkutan awam. Dia lebih rela naik bas dan teksi untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerjanya. Duitnya dijadikan simpanan untuk membeli sebuah rumah kecil.

Bukan bapa mertuanya tidak pernah menyuarakan hasrat untuk membeli sebuah kereta untuknya. Tetapi dia yang berdegil. Dia tak mahu menyusahkan sesiapa, malah sudah cukup dia terhutang budi pada keluarga itu. Yang lainnya, biarlah dia putuskan sendiri. Biarlah dia yang membuat keputusan sendiri. Semuanya telah dirancang. Hanya menunggu masa saja untuk dijalankan. Dia telah nekad.

Namun bila terkenangkan Dani, hatinya berkocak lagi. Ah, kenapalah lelaki itu mahu mengkucar-kacirkan perasaannya saat ini. Bukan ini yang dipinta. Bukan ini yang dia mahu dari lelaki itu. Tidak bolehkah mereka sekadar berkawan? Dia hanya mahu menumpang buat sementara, meluahkan apa yang dirasakannya. Tidak lebih dari itu. Tidak pernah.

Teksi yang dinaikinya itu berhenti di luar pintu pagar. Rumah itu kelihatan terang benderang, agak meriah dari kebiasaannya. Kepulangannya disambut oleh Alia yang girang bertemunya.

“Kak Mila... rindunya..lama tak jumpa akak” Alia segera memeluknya. Mila tersenyum meleret.

“Apa la Lia ni, bukannya bertahun tak jumpa. Semua orang ada kat dalam ke?” soalnya. Tangannya ditarik Alia agar mengikutinya masuk ke dalam rumah.

“Semua ada, akak” Alia tersenyum penuh makna. Belum pun sampai ke ruang tamu, dua orang budak lelaki yang comel meluru ke arah Mila sambil menjerit2.

“Auntie Mi, Auntie Mi...” serentak itu kakinya dipeluk erat oleh dua tubuh kecil. Mila segera mendakap erat tubuh Shahin dan Syazmi sambil melepaskan ciuman2 kecil ke pipi anak2 kecil itu. Terhibur hatinya bila mereka turut sama membalas ciumannya.

“Lamanya auntie tak jumpa buah hati auntie ni. You guys miss auntie tak?”

“We miss you sooooo much, auntie. Auntie Mi, bila lagi auntie nak ajak Shah ke taman. Shah nak main buaian tu” rengek Shahin sambil memeluk leher Mila.

“Syaz nak ikut jugak” Syazmi ikut sama memeluk Mila, tak mahu kalah pada abangnya. Sudahnya kedua2 mereka balas memeluk batang lehernya hingga Mila ketawa dalam kelemasan.

“Weekend ni boleh tak sayang? Auntie kerja. Mummy ngan daddy mana?”

“Diaorang kat dalam, akak. Semua tengah tunggu akak, nak makan malam sekali” Alia pula yg menjawab. Kemudiannya dia menghilang ke bilik makan.

“Auntie, Uncle Mirul pun ada tau” tiba2 si Shahin bersuara riang. Kemudiannya dia menarik adiknya untuk sama2 berlari masuk ke dapur, mengikut Alia.

Huh? Uncle...Mirul? Biar benar! Jantungnya berdegup kencang. Tiba2 saja dia terasa ada mata yang memerhatikannya. Segera dia berpaling dan matanya bertatapan dengan sepasang mata yang begitu dikenalinya. Perlahan2 tubuhnya terasa longlai. Hatinya berdegup kencang. Andai saja dia mampu berdiri saat ini, dia akan pantas berlari keluar. Dia masih tak bersedia untuk menghadapi lelaki yang satu ini. Inikah kejutan yang mahu diberikan oleh ibu mertuanya hingga sanggup menyuruhnya pulang awal dari biasa?

Matanya memerhatikan tubuh yang berdiri di kaki tangga. Amirul sudah agak berubah. Rambutnya sudah semakin panjang, mencapai lehernya. Tubuhnya juga sudah agak kurus walaupun berotot. Nampaknya dia banyak bersenam. Kulitnya bertambah warna, tidak secerah dulu. Dia kelihatan banyak terdedah pada cuaca panas. Dia ni bercuti kat Hawaii ke?, telah Mila sendiri.

“Mila”

Bergetar hatinya saat namanya diseru lembut oleh Amirul. Sudah sekian lama, Amirul masih memberi kesan sebegitu padanya.

“Ah, awak rupanya. Bila sampai?” tegur Mila, cuba berlagak biasa setelah agak lama mendiamkan diri. Dia berdebar2 ketika melihat Amirul melangkah mendekatinya. Segera dia bangun, mengadap Amirul walaupun matanya lebih tertarik pada karpet bercorak kotak di ruang tamu itu.

“Lama tak jumpa. Mila apa khabar?” Nadanya lebih lembut dari yang selalu diterima dari lelaki itu.

“Saya sihat” suaranya masih kedengaran gugup. Cis, tak guna betul suara aku ni.

“Masuklah dulu. Sejuk kat luar ni. Nanti selsema” Matanya hampir terbelalak mendengar kata2 itu keluar dari mulut Amirul. Nak ketawa pun ada. Ah, Amirul, sejak bila pulak kau ambil peduli tentang aku?

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review