|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 48::

Mumbling o milanhawkin at 1:48 PM
Matanya dibuka perlahan. Matanya ditala ke seluruh bilik. Kosong dan sepi. Mila mana? Kenapa dia ditinggalkan sorang2 kat sini? Mila memang dah tak sayang aku lagi ke? Sampainya hati! Sakit2 macam ni pun isteri sendiri tak nak layan langsung! Betulkah sayang Mila padanya sudah lama mati? Takkanlah...

Dia meraba2 tuala kecil di dahinya. Sudah hampir kering. Amirul tersenyum lemah. Sayang juga Mila dekat abang ye, hatinya menyanyikan lagu senandung riang versi terlebih slow. Tapi sejurus kemudian, Amirul mengerang. Kepalanya terasa begitu berat. Berdenyut2 tak berhenti. Ya Allah, sakitnya. Matanya kembali terpejam. Silau cahaya yang memenuhi ruang biliknya dirasakan begitu mengganggu, begitu menyakitkan. Sesiapa, tolonglah hilangkan cahaya tu...

“Sorry, saya bukak langsir tadi sebab tak nak nampak bilik gelap sangat” suara itu menyapa gegendang telinganya. Serentak itu cahaya yang mengganggu tadi semakin berkurangan. Amirul mengeluh lega sambil membuka kelopak matanya kembali. Dilihatnya Mila sudah duduk di sisinya bersama semangkuk bubur. Berasap2 mangkuk yang dipegang Mila itu.

“Awak, makan sikit ye” lembut Mila memujuk. Amirul menggelengkan kepalanya. Tekaknya tak boleh menerima apa2, sentiasa saja rasa mual. Asyik rasa nak muntah je.

“Dah pukul berapa ni?” soal Amirul, mengangkat tubuhnya dengan menggunakan tangannya. Belakangnya disandarkan ke kepala katil.

“Pukul 10. Saya dah call Papa cakap awak MC hari ni. Makanlah bubur ni sikit ye. Penat saya masak untuk awak” pujuk Mila. Tangannya mengacau2 bubur tersebut dengan sudu, sesekali meniup ke dalam mangkuk sekadar untuk mengurangkan sedikit kepanasan bubur yang baru dimasak itu.

“Suapkanlah...” lemah Amirul bersuara. Mulutnya dibuka seinci. Alahai, manjanya dia nih! Terubat sedikit luka di hati Mila dek kedinginan Amirul semenjak dua menjak ini.

Baru dua tiga suap, Amirul menolak mangkuk bubur di tangan Mila dan bergegas berlari ke bilik air. Berkerut2 dahi Mila mendengar bunyi Amirul memuntahkan bubur yang baru masuk ke perut. Mila meletakkan mangkuk bubur ke atas meja di tepi katil dan bangun ke bilik air. Amirul sibuk mengadapkan mukanya ke sinki. Dengan kasih yang menebal, Mila mengurut2 belakang Amirul.

“Sorry sayang, abang bukan tak nak makan tapi tekak abang ni rasa tak sedap je dari semalam” ucap Amirul sambil membasuh mulutnya. Sebak juga dada Mila bila mendengar Amirul meminta maaf padanya sedangkan itu bukan salahnya. Amirul, kenapa awak layan saya macam ni? Kenapa jadi baik sangat? Kenapa? Pertanyaan2 itu hanya tersekat dikerongkongnya, tanpa mampu diluahkan. Sebaliknya dia terus menuntun Amirul kembali ke katil.

Sepanjang hari itu, Mila meladeni semua kehendak Amirul. Sesaat pun dia tak lepas dari sisi lelaki itu. Amirul masih lagi tak berselera untuk makan atau minum. Baru je sedikit makanan yang masuk ke mulut, dalam seminit dua, dia akan muntahkan semula. Tubuhnya sudah semakin lemah, membuatkan Mila semakin risau.

“Abang OK je ni. Abang cuma nak Mila ada dekat abang je” Itulah jawapannya bila diajukan persoalan untuk ke klinik. Akhirnya, Mila membiarkan Amirul dengan kedegilannya hanya selepas lelaki itu menelan 2 biji panadol yang dihulurkan padanya. Hampir tergelak Mila dibuatnya bila berkerut2 dahi Amirul sewaktu mahu menelan panadol tersebut. Nampak sangat tak suka makan ubat!

Semalaman juga Mila tak dapat melelapkan mata. Dia terlalu risau dengan keadaan Amirul. Hingga ke dinihari, barulah demam Amirul sedikit kebah. Panasnya sudah berkurangan walaupun seleranya masih terbantut. Dia terlelap di tepi katil Amirul, dengan kepalanya di tilam dan badannya di lantai. Dia terjaga beberapa jam kemudiannya bila terasa rambutnya diusap mesra.

“Baby, abang teringin nak makan buah durian belanda la” Terjungkit kening Mila mendengar kata2 Amirul. Waktu itu dia baru saja berkira2 untuk menyambung semula tidurnya selepas memasak bubur untuk Amirul.

“Durian belanda?” Mintak2 la aku salah dengar. Mungkin jugak dia cakap nak makan durian kat belanda, ataupun makan durian kat beranda. Ah, mungkin juga dia maksudkan nak makan durian sambil tengok pasukan Belanda main bola.

“Emm... abang teringin sangat ni. Boleh tak baby tolong carikan?” Wajahnya penuh pengharapan, hampir membuatkan Mila tak sampai hati mahu menolak. Tapi, gila apa nak makan buah durian belanda? Mana nak cari? Selama dia menetap di KL ini, tak pernah sekalipun dia nampak ada orang jual buah durian belanda. Aiskrim perisa durian belanda adalah.

“Mengada2 pulak orang demam ni ye. Macam orang mengandung mengidam pulak. Mana saya nak cari buah tu? Ini kan KL. Bukannya kampung” rungut Mila.

“Kat pasar mesti ada kan? Tolonglah cari. Kan abang tak sihat ni. Kalau abang sihat, takde lah abang minta baby yang belikan” balas Amirul dengan nada rajuk yang begitu jelas.

Ishh, sensitif pulak orang tua ni. Sakit2 macam ni pun ada hati lagi nak merajuk pelbagai. Pasar? Ada ke orang jual buah tu kat pasar? Ala, mana la dia nak cari ni....?

“Ye la, ye la. Orang pergi la ni” alah Mila, menarik kakinya dengan berat ke muka pintu. Wajah Amirul yang muram sebentar tadi berubah ceria mendengar kesanggupan Mila.

“Balik cepat tau, baby. Abang tunggu...” pesannya dengan senyum mekar di bibir nipisnya. Mila menarik muka.

Nasib baiklah awak ni demam. Kalau tak...hmm... Tapi pelik betullah. Demam sampai mengidam nak makan buah durian belanda. Apakehal?? Pelik betul lelaki yang sorang tu. Kenapalah aku jatuh cinta dengan lelaki pelik macam ni... haii... dah nasib. Ini baru demam. Kalau sakit lain, entah apalah dia akan mintak nanti.

Sampai ke malam, barulah Mila berjaya mencari buah idaman Amirul. Itupun dia da tawaf satu KL untuk mencari buah yang satu itu. Nasib baik dia terfikir untuk menelefon Halina dan dia terlebih bernasib baik bila kebetulan Halina ada membawa buah tersebut dari kampung suaminya.

Amirul hampir melonjak keriangan bila melihat buah itu di tangan Mila. Tak tunggu lama, dia dah habiskan sebiji buah durian belanda. Langsung tak tinggal untuk Mila. Amirul menyeringai kepuasan sambil mengusap perutnya. Tak lama lagi, buncitlah perut tu. Makan tak ingat orang langsung! Mila menyumpah geram.

“Thanks, baby. Bestlah buah ni” ucapnya senang.

Mila tak menyahut, masih geram dengan tindakan Amirul. Sebaliknya tangannya sibuk membasahkan kembali tuala yg sudah tergeletak di atas meja. Amirul patuh bila Mila mengarahkannya membaringkan badan ke tilam. Dibiarkan Mila meletakkan tuala basah tersebut ke dahinya walaupun panasnya sudah lama kebah. Ditatapnya wajah itu dengan penuh kasih sayang. Cinta membara di matanya.

Tanpa disedari oleh Mila, Amirul sudah membawa kedua telapak tangannya ke muka Mila, mengusap perlahan pipi Mila yang gebu. Hangat sekali sentuhan itu. Mila melarikan anak matanya dengan gugup. Wajahnya merona merah dengan debaran di hati menghentam dada. Rasanya Amirul sendiri boleh dengar betapa cergasnya jantungnya berlari. Ya Allah, kenapa hati ini begitu mudah goyah oleh renungannya?

“Sayang abang tak?” Amirul bertanya. Suara gemersik itu begitu perlahan, begitu romantis, begitu meruntun kalbu. Syahdu Mila dibuatnya sebentar.

“Pandang abang, baby” seru Amirul, masih romantis. Jemarinya mencengkam lembut dagu Mila, cuba memaksa Mila membalas renungannya.

Ish, lagi2 nickname tu la dia guna. Buat aku rasa semacam jer. Rasa menggigil satu badan. Lemah lutut. Rasa macam nak jatuh...

Dengan susah payah, Mila memaksa dirinya menentang pandangan Amirul. Pandangannya begitu menusuk kalbu, dalam pada masa yang sama begitu memikat hatinya. Terpancar seluruh kasih yang terbentang luas untuknya.

“Sayang abang tak?” sekali lagi Amirul mengemukakan soalan yang sama. Kali ini terburai air matanya tanpa dapat ditahan. Seketika kemudian, Mila teresak2 menangis di dada Amirul.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review