|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 22::

Mumbling o milanhawkin at 1:09 PM
Dani menerjah masuk ke bilik Timbalan Pengarah Urusan syarikat TechPlus tanpa ucapan selamat seperti biasanya. Amirul yg ketika itu sedang berbicara dengan salah seorang pekerja syarikat itu, sedikit tersentak dengan kedatangan Dani yg tanpa diundang itu. Setiausahanya, Syuhada mengekor di belakang Dani dengan cemas.

“Maaf En Amirul, I dah bagitahu En Dani, encik ada meeting tapi...” kata2 Syuhada terhenti bila Dani berpaling dan merenung tajam dirinya. Syuhada tertunduk, takut untuk membalas pandangan Dani.

“It’s OK, Syuhada. Go back to your place” arah Amirul. Tangannya segera menutup fail yg sedang dibeleknya. Syuhada cepat2 berlari kembali ke mejanya.

“I need to talk to you” ucap Dani, menghampiri meja Amirul. Dia menjeling pada lelaki yg sedang berbicara dengan Amirul, memberi isyarat supaya segera beredar. Dengan anggukan dari Amirul, lelaki tersebut segera berlalu keluar.

Keruh di wajah Dani begitu jelas, membuatkan Amirul tertanya2. Memang tak pernah Dani menunjukkan wajah sebegitu. Selalunya temannya itu ceria dengan gelak tawa, biar apapun keadaan. Namun hari ini, Dani kelihatan begitu marah, begitu kusam.

“Kau ni kenapa? Aku kan tengah ada discussion tadi. Kalau pun ada hal, boleh tak kau tunggu sampai aku habis?” ujar Amirul dengan tidak puas hati.

“Aku nak kau lepaskan Mila!” tegas Dani bersuara.

“Ap... apa kau cakap ni?” sepasang mata Amirul buntang memandang Dani. Betulkah apa yg didengarnya ini? Lepaskan Mila? Bermakna Dani sudah mengetahui rahsia hubungannya dengan Mila? Ah, keadaan semakin tak terkawal. Rahsianya sudah terbongkar. Walaupun dia tahu rahsia ini takkan selamanya dapat disimpan kemas, pun begitu dia tak berharap secepat ini Dani dapat menghidu segalanya.

“You heard me. Lepaskan Mila!” Dani semakin marah. Tangannya dihentak ke meja. Amirul memandang wajah Dani dengan pelbagai persoalan.

“Sya called me last night. Dia dah ceritakan semuanya pada aku. Tak sangka Mirul, sikit pun kau tak cakap pada aku tentang hal ni. Aku tak faham kenapa kau nak rahsiakan status kau. I’m your best friend, goddammit!”

Patutlah... Cepatnya Syalinda bertindak.

“Look, I’m sorry I didnt tell you earlier. I was going to... but I guess I was waiting for the best time to uncover the whole thing. I’m sorry, man” Amirul cuba berdiplomasi, cuba menenangkan keadaan. Tidak ada gunanya dia menambah minyak ke dalam api yg sedang marak.

“Whatever... sekarang aku cuma nak kau lepaskan Mila. Ceraikan dia. I’ll take care of her. Lagipun aku cintakan dia. I’ll make her happy” Pengakuan dari Dani itu sedikit sebanyak menggugat perasaan tenangnya tadi. Dani cintakan Mila? Bila semua ini bermula? Sejak bila pula Mila bercinta dengan Dani? Dan kenapa dia merasakan satu perasaan aneh menjalar ke dalam dirinya? Cemburukah itu? Mustahil! Dia cuma tak suka barang kepunyaannya dirampas, itu saja.

“Dani, walaupun kau kawan baik aku, but you’re talking about my wife. My wife! You better watch your mouth!” Amirul mula berang. Wajahnya kemerahan menahan rasa marah yg semakin membakar diri. Kedua2 lelaki itu sudah berdiri, bangkit mengadap sesama mereka. Masing2 sedang diamuk rasa marah, atas sebab yg berlainan.

“Wife? Wife? Baru sekarang kau nak mengaku dia tu isteri kau? Kenapa dulu kau kenalkan dia sebagai kakak angkat Alia? Kau dah buat dia sengsara. Kau tak fikir ke? Tambah lagi kau nak kahwin dengan Sya pula sekarang ni. Please, I ask you as a friend, let her go. Kalau tak, aku akan rampas dia dari kau” ugut Dani. Dari semalam, dia sudah nekad untuk mendapatkan Mila dari tangan Amirul. Biar apa pun yg berlaku, dia akan dapatkan gadis itu.

Sejak Syalinda menelefonnya semalam dan mengadu tentang apa yg telah berlaku antara mereka, hati Dani sudah mula tidak tenang. Perasaannya memberontak. Dia kesal kerana Amirul memperalatkan Mila. Dia cemburu bila tahu Amirul memiliki Mila. Dan dia sakit hati bila gadis kesayangannya terluka dek perbuatan tidak bertanggungjawab temannya sendiri. Sepanjang malam dia cuba mencari jalan bagaimana mahu bersemuka dengan Amirul, mahu memperjelaskan niatnya.

“Kau sanggup korbankan persahabatan kita hanya kerana seorang perempuan?” Amirul seakan tak percaya. Persahabatan yang mereka bina selama bertahun2 itu akan runtuh hanya kerana seorang perempuan. Begitu rapuhkah persahabatan mereka?

“Not just any girl, Mirul. It’s the girl that I love. I’ll get her... one way or another. Dan aku tak korbankan persahabatan kita. We’ll still be friends. Sampai mati pun kau tetap sahabat aku. Aku cuma nak ambil sesuatu milik kau, yg kau tak pernah nak hargai. In a way, I’m helping you out, buddy” sinis sekali Dani berkata.

“Aku takkan ceraikan Mila. Dia isteri aku, sampai bila2 pun dia isteri aku!” entah kenapa, baru kali ini dia merasakan betapa berertinya perkataan 'isteri' padanya saat itu. Dia sendiri tidak faham, mengapa jauh di sudut hatinya, dia tak mahu kehilangan Mila sebagai isteri.

Dani tersengih, baru kali itu Dani tersenyum. Walaupun senyuman itu seakan memerli pada pandangan Amirul.

“Sorry, dude. Best man wins. And by the look of the situation now, I think you’re losing”

Dan Amirul hanya melihat bayang Dani yg semakin menghilang.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review