|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 20::

Mumbling o milanhawkin at 1:04 PM
Panggilan telefon dari Mila sebentar tadi agak mengganggu fikiran Halina. Suara Mila kedengaran begitu suram. Apakah yg terjadi sebenarnya? Dia amat yakin masalah itu berkaitan dengan Amirul. Apa lagi yg boleh membuatkan hidup gadis itu huru-hara. Hanya Amirul.

Dengan sabar dia menunggu kedatangan Mila ke rumahnya. Nasib baik juga suaminya outstation untuk beberapa hari. Sekurang2nya Mila takkan malu untuk bercerita. Bila terdengar saja loceng rumahnya berbunyi, Halina bergegas mendapatkan pintu. Sebaik saja pintu terbuka, sekujur tubuh sedang kaku berdiri, memandangnya dengan sayu. Perlahan2 air mata mula mengalir ke pipi gebu itu. Makin lama makin deras. Halina mendepakan tangannya, menganggukkan mukanya, seakan memberi isyarat kepada Mila, 'Aku ada di sini untuk kau'.

Pantas gadis itu menerpa ke arahnya, memeluknya erat. Sesaat kemudian, Mila meraung hiba, menumpahkan segala kesedihan hatinya pada teman baiknya. Hati Halina turut sama dicengkam rasa pilu mendengarkan tangisan Mila. Ya Allah, Kau tetapkanlah iman temanku ini, kuatkanlah hatinya.

Agak lama mereka berkeadaan begitu, dengan Mila menangis di bahunya, tubuhnya dipeluk erat. Setelah dirasakan tangisan itu semakin reda, Halina melepaskan pelukan Mila, membawa gadis itu ke arah sofa. Dengan perlahan, dia mendudukkan Mila di situ.

”Mila...” Halina menyeru nama sahabatnya. Dilihatnya mata Mila sudah kemerahan dan membengkak. Hidungnya tersumbat, dengan pipi yg basah. Tudungnya juga sudah tidak dalam keadaan asalnya. Mila masih tersedu sedan menahan hibanya.

Bila dipanggil nama Mila untuk kali kedua, barulah gadis itu mengangkat mukanya. Air matanya kembali bergenang di kelopak mata. Halina mengusap pipi Mila, cuba membersihkan air mata di situ.

”Wanna talk about it?” lembut Halina bersuara. Mila masih cuba mencari nafasnya, masih tersekat2.

”Aku sebenarnya dah dapat agak perkara ini akan berlaku juga. Malah selama aku berkahwin dengan Aqim, aku cuba sediakan diri aku untuk terima semua ni. Tapi, kenapa hati aku masih rasa sakit yg amat sangat? Pedih... sangat? Kenapa Ina? Kenapa?” Mila mengesat hidungnya dengan lengan baju kurungnya.

”Selama ini aku memaksa Aqim terima aku. Aku patut tahu cinta itu tak boleh dipaksa. Aku patut tahu, aku tak layak dicintai Aqim. Aku degil, Ina. Dan agaknya inilah balasan atas kedegilan aku. Aku tahu yg aku menyeksa dia dengan paksaan macam ni tapi aku teruskan juga kedegilan aku ni, sebab aku rasa dengan cinta aku, semua ini dah cukup. Aku percaya, dengan bodohnya, bahawa dengan cinta aku ini sudah cukup untuk kami berdua. Takpelah dia tak cintakan aku asalkan aku cintakan dia. Sebenarnya aku ni terlalu pentingkan diri aku sendiri. Aku tak fikir betapa dia terseksa dengan perkahwinan kami. Aku ada peluang untuk betulkan semua tu tapi aku... aku tak sanggup lepaskan dia. Sekarang, nak tak nak, aku terpaksa lepaskan dia jugak. Aku kalah Ina, aku dah kalah” Mila kembali meraung dalam pelukan Halina.

Halina diam, gagal menyusun kata. Apa yg harus diucapkan pada temannya itu? Takkan nak cakap, 'Kan aku dah cakap dulu...'. Jemarinya mengusap lembut belakang Mila, umpama seorang ibu yg cuba menenangkan anaknya yg baru jatuh. Rasanya, setakat ini hanya itu yg mampu dilakukan untuk gadis itu.

”Aku bersalah, Ina. Bersalah pada Aqim. Bersalah pada Sya. Bersalah pada ibubapa Aqim. Aku bersalah pada semua org” ujarnya dalam esak tangis yg berpanjangan. Halina hilang kata, makin kelu lidah untuk memujuk Mila.

”Mila, cuba cerita kat aku dulu. Apa sebenarnya dah berlaku? Amirul nak ceraikan kau ker?”

Mila menggeleng2kan kepalanya.

”Mirul takkan ceraikan Mila, jika itu yg Papa dan Mama risaukan. Mirul cuma nak kahwin dengan Syalinda, itu aje”, itulah kata2 muktamad dari Amirul pada ibu bapanya.

En Zulfakar merengus kasar. Pn Meriam menggeleng2kan kepalanya sambil air matanya berjuraian di pipi. Alia hanya merenung abangnya yg duduk mengadap ibubapa mereka. Mila pula menunduk diam di sisi Amirul.

”Kamu ni suka buat hal yg bukan2. Dulu si Mila ni yg jadi mangsa kamu, mangsa fikiran kamu yg cetek tu. Mangsa panas baran kamu tu. Sekarang ni kau nak tambah pula dengan Syalinda? Lelaki apa kamu ni, Mirul. Papa dan Mama tak pernah ajar kamu jadi macam ni. Kami didik kamu dengan pelajaran agama yg cukup, ajar kamu menghormati kaum yg lemah. Tapi ini yg kamu lakukan. Kamu tahu tak kamu hanya akan menyeksa Mila bila kamu kahwin dengan Syalinda? Kamu pernah fikir tak tentang perasaan Syalinda pula bila dia tahu dia tu isteri kedua? Kamu ada cerita pasal hal ni pada Syalinda? Ada?” panjang lebar En Zulfakar memberikan syarahan.

”Papa, Mama, saya rela Amirul kahwin dengan Sya. Dalam perkara ni, sebenarnya saya yg salah. Saya tak patut memanjangkan masalah ni. Jika dengan berkahwin dengan Syalinda, Amirul akan bahagia, saya rela. Papa, Mama, tolong jangan salahkan Amirul. Ini semua mmg patut berlaku. Tolonglah, tolong izinkan Amirul kahwin dengan Syalinda. Tolonglah...”

”K...kau cakap macam tu?” bulat mata Halina merenung Mila. Kenapa pula Mila menyetujui rancangan Amirul tu. Si Amirul tu memang dah gila. Dia mempertaruhkan perasaan semua org.

”Sebab ini satu2nya jalan demi kebahagiaan Amirul. Aku tak mahu dia dibuang keluarga hanya kerana dia tak dapat bersama dengan org yg paling dia cintai. Lagipun, dia sendiri cakap yg dia takkan ceraikan aku. Maknanya, aku masih ada peluang untuk menumpang kasihnya”

Mila, kau ni bodoh tahap apa ye. Kalau dah dia kahwin dengan perempuan pujaan dia, dia takkan pandang kau langsung.

“Cuma aku risau, dia takkan pandang aku lagi lepas ni...”

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review