|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Wednesday, November 3, 2010

Amihana: Nilai Sekeping Hati 50

Mumbling o milanhawkin at 3:05 PM
Walaupun aku sombong tak menyambut huluran tangannya, lelaki itu tetap saja menarik jemariku ke dalam genggamannya dan menarikku naik ke tingkat atas.

“Mama, Kay bawak Hana naik atas jap ye” Dr Khairul memaklumkan pada ibunya ketika kami tiba di hadapan ibubapa kami. Masing2 sedang seronok berborak sesama mereka. Entah apa yang dibualkan.

“Ye, tapi jangan lama-lama. Tak manis. Awak tu bukannya ada ikatan lagi” pesan Pn Safiah, sementara Ummi dan Babah cuma menganggukkan kepala ke arahku.

“Don’t worry, Ma. Kejap jer” ujarnya sambil mengenyit matanya. Hek eleh... budget hensem sgt la tu... (mmg hensem pun...)

“Awak, bleh tak tolong lepaskan tangan saya ni?! Tak malu la awak ni! Depan mak ayah awak pun awak berani lagi nk buat gini” aku merungut sambil cuba melepaskan pautan jemarinya sewaktu kami mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas. Gagal!

Dr Khairul tersenyum cuma. Agaknya dah malas nk berbahas dengan aku. Dia membawa aku menaiki tangga. Sambil2 tu, mata aku sudah meliar mencari kelibat manusia. Hampa. Kami melintasi ruang tamu di ruang atas. Agak besar dan dihias simple dengan beberapa kabinet buku, televisyen dan sofa L-shape.

Aku tiba2 saja diberhentikan di hadapan sebuah bilik yang tertutup rapat. Dia ni biar betul? Takkan nak bawak aku masuk bilik plak? Waaaa.... takutnye.... Ummi, Babah, mamat psycho ni nak apa2kan Hana ke?

“Takut ker?” Ish... camna la dia boleh baca fikiran aku dengan mudah? Aku memuncung mulut.

“Sebab semuanya terpancar kat muka awak yg cute ni. Awak marah ke, happy ke, sedih ke... semuanya saya nampak kat muka awak, walaupun awak tak cakap apa2. You’re too easy to read la, my dear. Macam buku ABC!”jari telunjuknya tiba2 saja naik menyentuh bibirku, membuatkan aku tersentak dan berundur setapak. Dr Khairul tergelak kecil. Sungguhla aku rasa nk sental je senyuman tu dari wajah lelaki gatal ni.

Aku mengertap bibir menahan geram. Takpe, sabar je dulu... ada ubi ada batas, ada lori ada bas, ada kapal terbang... aduh, kenapa aku rasa gementar je ni? Rasa nervous je nk jumpa bakal madu... opss...

Tombol dipulas. Aku menunggu dengan penuh debar. Sebaik saja daun pintu terbuka, yang aku lihat hanyalah sebuah bilik tidur moden yang cantik. Interior designnya simple tapi menawan. Semuanya dihias dalam warna hitam dan dark chocolate saja.

"Mana orangnya?" entah kenapa aku sedikit berbisik. Aku dengar lelaki itu tergelak. Ketawakan aku la tu.

"Tu!" Jari telunjuknya dihalakan ke side table di tepi katil. Aku melirik ke arahnya. Dia nak aku jalan ke sana ke? Dan lelaki itu mengangguk. Perlahan aku mengorak langkah. Atas side table tersebut, hanya ada sebuah frame gambar. Tanganku mencapai frame gambar tersebut.

Gambar seorang perempuan yang sedang tersenyum gembira ke arah kamera. Gambar aku! Ya, tidak silap lagi. Gambar yang kuambil sewaktu aku masih berada di Korea. Gambar aku di berdiri di bawah pokok di tepi Gilansa Temple, Seoul. Kenapa dia ada gambar aku?





“Kenapa awak ada gambar ni?” ujarku penuh tanda tanya, memandang tepat ke dalam anak matanya. Dr Khairul tersenyum.

“Saya curik” dia mengusik. Aku memejamkan mata perlahan. Sungguh aku tak tahan lagi dengan sandiwara ini. Kenapa dia mahu aku berteka-teki sendiri?

“Tolonglah... cakap dengan saya, kenapa awak ada gambar ni? Gambar ni bukan untuk awak” Aku mahu menafikan apa yg aku sangkakan sekarang ini.

“Kan saya dah cakap...”

“Mustahil! Mustahil!” bentakku, memotong kata2 Dr Khairul. Lama kami bertentangan mata. Aku tidak mahu mengalah kerana aku inginkan kebenaran. Sudah begitu banyak persoalan yang bermain2 di kepalaku.

Aku menarik gambarku keluar dari frame gambar tersebut. Terpampang jelas tulisan tanganku di belakang gambar tersebut.

Sayang dan rindu hanya untuk awak...

“Please... tell me the truth...” akhirnya aku merayu. Tak sedar ketika itu air mataku sudahpun mengalir.

“Imran Hadi yang kasi kat saya” Dr Khairul akhirnya mengaku.

“Kenapa? Kenapa?!!” aku separuh menjerit. Peritnya hati ini bila aku diperkotak-katikkan begini. Apa maksud semua ini? Permainan apakah ini? Dan kenapa aku pula yang menjadi mangsa.

“Mahukah awak terima kebenarannya, Hana? Sanggup ke awak? Setiap hari, sewaktu awak di hospital, saya tengok awak bersedih hati. Saya tak mahu lagi tengok awak macam tu...”

“Apa awak cakap ni? Kenapa pulak saya nak bersedih? Baik awak cakap apa yang awak sembunyikan!” aku berubah geram.

“Saya tak pernah sembunyikan apa2. Saya ikhlas sayangkan awak. Saya jatuh cinta pandang pertama pada awak, walaupun masa tu muka awak ni babak belur dengan luka dan lebam” dia mengorak senyum, seolah membayangkan sewaktu pertama kali kami bersua muka. Pandanganku masih tidak berubah. Masih penuh dengan tanda tanya. Masih marah.

“Tipu! Awak tipu!” esakku dalam tangis berpanjangan.

4 demented soul(s):

tzaraz said...

YAY! Thank you Milan...
tapi bila baca eps ni makin tak sabar nak baca seterusnya...

hana_aniz said...

huhuh.. thanks cik writer!

cepat2 la diorg kahwin. nk tgk khairul ngorat hana.

pipvz devil said...

ish..hatiku dgaru2..miang,gatai dah nk thu pe kesudhan cite ni..adoiii..sape laki c hana y sbnar nye ek..mule2 bce bab 50..bgikn kuda ku lari gagah berani..bce dr bab1 dgn slaju2 nyer..aduhh rse xsbar plak nk n3 strusnye..pe jd hana ngan laki dier?cerai ke?p kenape?arghhh..btul2 mjd persoalan d hatie..cik milan smbung lah cepatttt... -pipvz devil-

MaY_LiN said...

teng teng teng..
saspen nye..
nak lagi nak lagi..

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review