|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Wednesday, September 24, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 29

Mumbling o milanhawkin at 4:53 PM 3 demented soul(s)
Seminggu. Dua minggu. Kamal Hadi langsung tidak menghubungiku. Takkan dia merajuk sebab aku menghilangkan diri kot? Sepatutnya akulah yang merajuk sebab dia dah buat hidup aku kucar kacir macam ni!

Di universiti, bukannya kami tak jumpa tapi dah tak semesra dulu. Kalau dulu, kemain lagi dia asyik nak melekat dekat aku. Sekarang ni, muka aku pun dia tak nak pandang. Sakitnya hati aku. Rasa macam intan terbuang pulak. Err... intan ke aku ni? Entah2 dia anggap aku ni kaca saja. Sebab tulah boleh main campak macam tu je.

Kalau boleh aku memang nak aje bersemuka dengannya. Mahu bertanya.. tapi malu itu masih menebal. Pelbagai andaian yang bermain di kepalaku. Itu tak termasuk lagi dengan perangai Balqish yang pelik tu. Tiba2 saja dia sudah kembali pada Balqish yang asal. Siapa yang tak pelik, kan? Aku yakin pasti, mesti ada sesuatu dah berlaku sewaktu aku tiada di sini. Tapi pada siapa aku harus bertanya?

Balqish?

“Kak Hana jangan risau... Abang Kamal akan jelaskan semuanya pada akak. Dont worry, I still love you sis. Maafkan Qish ye sebab terlanjur kata masa hari tu. Qish marah sangat masa tu. Maafkan Qish ye...”

Hanya itu yang aku terima. Dan bila dia merayu meminta maaf begitu, takkanlah aku tak nak maafkan pula. Dia kan adik aku. Mestilah aku sentiasa memaafkannya.

Kamal Hadi?

Entah apa yang mahu disorokkan dariku. Geram pula melihat telatahnya yang seolah2 cuba melarikan diri dariku. Bila berdua aje, dia akan mula mencari alasan sebelum sempat aku bertanya dengan lebih lanjut. Sakit perutlah... ada meeting lah... ada perjumpaan lah... nak kena practice main bola lah...

Aku menongkat dagu. Buku di hadapanku hanya sekadar hiasan saja. Aku ralit dalam meneliti setiap kenangan yang pernah aku bina bersama Kamal Hadi. Selama ini, benarkah perasaan yang hadir antara kami? Betulkah cinta? Atau sekadar cinta monyet yang tidak tahan dek dugaan yang mendatang?

Aku akui, aku bahagia di samping Kamal Hadi. Dia lelaki romantis. Lelaki yang berwibawa. Lelaki yang aku dambakan dalam hidup aku. Bagi aku, he’s so perfect for me. Namun, baru sekarang aku tahu. Kamal Hadi rupanya lelaki pengecut!

Aku tersentak bila telefonku bergetar. Hampeh betul siapa2 yang tengah mengganggu aku berkhayal ni!

‘Awak suka tak dengan hadiah saya tu?’

Mamat senget! Eh, tak baiklah aku asyik panggil dia macam tu kan? Tapi sejak bila pulak dia ada nombor telefon aku ni? Memang sahla dia curik! Tak pun, si Adli yang bersekongkol dengan mamat senget ni.

Aku menekan2 butang2 di telefon bimbitku.

‘Ni sejak bila pulak da pandai jadik stalker ni? Rasanya x pernah bg awk no sy!’

Send.

‘Hendak 1000 daya. X nak 1000 dalih ’

Pandai pulak mamat senget ni menjawab. Apa aku nak balas ye? Tapi mamat senget lagi tangkas menghantar SMS.

‘Apa kita ckp kalau org bg hadiah?’

Huh? Nak cakap apa pulak? Ni mesti nk suh aku cakap terima kasih kat dia ni.

‘Ye la... sy tau. Thanks.’

‘Teet! Salah! Patutnya ckp -THANKS SAYANG-!’

Aku mencebik. Kurang asam!

‘Apa kita ckp bila org ucapkan –THANKS SAYANG-?’

‘Welcome lah. Apa lagik?’ Mengada2 la mamat senget ni.

‘Salah lg. Apa slow sgt my honey ni? Jawapannya: TQ je tak cukup. Kena sayang I lebih ’

Loyar buruk punya mamat senget! Dah la loyar buruk, miang pulak tuh! Tapi senyuman tetap terukir di bibirku. Entah kenapa kan, si mamat senget ni selalu berjaya membuat aku tersenyum, walau apapun keadaan aku masa tu.

Monday, September 22, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 28

Mumbling o milanhawkin at 10:27 PM 0 demented soul(s)
Pelik! Memang pelik sangat. Itulah yang dirasakan ketika disambut mesra oleh Balqish ketika baru tiba dari Terengganu sebentar tadi. Balqish masih manja seperti dulu. Seperti tidak pernah berlaku pertengkaran antara kami. Seolah2 peristiwa di restoran hari itu tidak pernah singgah dalam diari hidup kami. Apakah aku sedang bermimpi?

“Cantik sangat kain ni, Kak Hana. Thanks my lovely sis!” dan serentak itu satu ciuman singgah ke pipiku. Aku bagaikan terpempam seketika. Namun rasa bahagia itu tidak dapat kubuang dari hati ini. Alhamdulillah.. akhirnya aku mendapat kembali adikku. Biarpun aku sendiri tidak tahu apa sebabnya. Yang penting, Balqish sudah sudi bermesra denganku kembali.

“Ummi pun suka sangat dengan tudung saji ni, Hana. Cantik betul. Bukan senang nak dapat hiasan macam ni sekarang. Terima kasih ye, sayang” Aku mengangguk sambil tersenyum kecil.

“Nanti bolehla Babah pakai hadiah Hana ni bawak gi office. Mesti ramai yang jeles...” usik Babah pula. Aku tersengih melihat Babah menggayakan baju batiknya itu. Rasa terharu pula melihat mereka begitu menghargai pemberianku yang tidak seberapa itu.

“Hana beli apa pula untuk Hana? Takkan beli utk kami je?” tegur Ummi. Serta merta aku teringatkan Imran Hadi yang memaksa aku menerima hadiah yang dibelinya untukku.

“Saya belikan ni untuk awak. Harap awak sudi terima walaupun awak tak boleh nak terima saya sekarang. Mana tahu, kalau2 awak rindukan saya nanti, awak pakailah baju ni” ujar Imran Hadi perlahan. Waktu itu dia membantuku mengeluarkan beg pakaian dari bonet kereta. Aku tak sampai hati membiarkan hulurannya tak bersambut.

“Terima kasih...” hanya itu yang mampu kuucapkan. Imran Hadi tersengih.

“Sama-sama kasih” usikannya membawa tawa di bibirku, entah mengapa.

“Adalah sikit, Ummi. Hana beli tudung aje kat sana. Tak tahan tengok cantik sangat tudung2nya” khabarku. Nasib baik hadiah Imran Hadi sempat aku selitkan ke dalam beg sandangku. Tak mahu nanti kecoh2 pula diaorg ni. Lagipun aku tak sempat menilik apa hadiahnya padaku itu.

Tiba2 je terasa tak sabar2 nak tengok hadiah dari Imran Hadi.

“Ummi, Babah... Hana masuk dalam dulu ye. Nak mandi. Penat rasanya seharian dalam kereta” Tanpa menunggu persetujuan mereka, aku berlari masuk ke dalam bilik.

Perlahan2, kukeluarkan beg plastik dari beg sandangku. Aku buka perlahan2 untuk melihat isi kandungannya. Waahh... cantiknya. Rupanya baju kebaya batik sutera kelantan. Bila masa dia beli ni?

Tanganku mengusap perlahan kain batik sutera berwarna ungu dan coklat kekuningan itu. Bibirku menguntum senyum. Mana pulak dia tahu size aku ye? Pandai2 je Imran Hadi ni. Harga ni mesti beratus2 jugak. Banyak pulak duit dia habiskan untuk aku kali ini.

“Cantiknya, Kak Hana. Kak Hana beli ke ni?” tersentak aku mendengar suara Balqish yang rupanya mencuri2 masuk ke bilikku. Ish minah ni... suka suki je mengendap orang. Tak sempat aku sembunyikan, baju kebaya itu sudah bertukar tangan.

“Cantiklah... kenapa Kak Hana tak belikan untuk Qish satu? Tak acilah macam ni” panjang muncung Balqish. Tangannya menggaya2kan baju kebaya tersebut di depan cermin.

“Bukan Kak Hana beli, orang bagi” jawabku. Manalah aku ada duit sampai beratus2 semata2 nak beli sepasang je baju kebaya. Baik aku beli berpasang2.

“Oooo....”

Aku diam. Tak mahu menanggap apa2 maksud dari ‘O’ si Balqish. Aku mencapai tuala dan terus masuk ke bilik air. Biarlah Balqish dengan tanggapannya.

Amihana: Nilai Sekeping Hati 27

Mumbling o milanhawkin at 10:25 PM 0 demented soul(s)
“Kalau saya tanya sket, awak marah tak?” soal Imran Hadi sewaktu aku dan dia duduk2 di bawah pokok di halaman rumah Nek Pah. Adli dan Aida? Hah... rasanya tak perlu nak cerita kat sini kot. Maklum le.. steaming punya love story... hehehe... Nek Pah pulak tengah bertandang ke rumah jiran. Ada mesyuarat tingkap katanya... apa2lah nek.

“Tanya apa plak?” aku kembali menyoal. Entah hapa2 ntah dia ni. Nak tanya, shoot je la. Watpe plak main hide and seek. Aku melitik sekilas pada Imran Hadi yang duduk berlun jur di sebelahku. Panjang betul kaki mamat senget ni. Entah2 dia ni atlet lompat pagar masa sekolah dulu tak?

“Awak... ermm... gaduh ngan boyfriend ke?”

Aku diam. Perlu ke aku jawab? Yang paling penting, kenapa plak aku nak kena jawab? Tak abis2 nak menyibuk dlm urusan aku. Memang takde keje la mamat senget ni.

“Awak peduli apa?” aku mencebik.

“Kalau gaduh, ada la peluang saya masuk jarum kan?” beraninye dia ni... siap kenyit mata lagi. Memang tak pernah nak serius!

“He’eh awak ni... tak baik cakap macam tu tau. Macam mendoakan plak saya ni cepat2 putus ngan dia. Saya sayang dia tau!” cepat aje aku membalas kata2nya. Tak tahu pulak bila cakap macam tu, wajahnya terus berubah. Kelat.

“Betul ke awak sayang dia?” Betul, mamat senget ni memang suka tanya soalan yang mencabar minda.

“Who are you to judge?” aku bersuara perlahan, dalam ragu yang tak sudah. Aku berpaling, menyembunyikan keraguan yang pastinya terpancar jelas di wajahku saat ini.

Hampir seminggu di Terengganu, aku bagaikan cuba mencari satu jawapan yang pasti. Aku mencari apa sebenarnya yang aku mahu dari hubungan antara aku dan Kamal Hadi. Saban malam, aku menunaikan solat Istikharah. Aku mahukan petunjuk dari Tuhan kerana otakku saat ini bagaikan tiada fungsinya. Saban malam juga, hanya wajah Balqish yang hadir dalam mimpiku. Adakah ini petunjukNya?

Namun, melepaskan sesuatu yang paling aku ingini dalam hidup ini, mampukah aku?

“Well, saya dah selalu cakap yang saya suka gaduh dengan awak...” aku menjeling hairan ke arahnya. Suka gaduh dengan aku? Haa... elok le tu... nak cari teman gaduh rupanya...

“Eh.. I mean, saya suka awak. Why dont you give me a chance? Mana tahu, kita lebih serasi bersama?” Erk... serasi bersama? Teringat plak lagu Ajai dengan Nurul tu...huhuhu...

“Lagipun, awak tak jawab lagi kan... sama ada awak sudi terima saya ke tak...kalau awak sudi, saya janji kita takkan gaduh kat MPH lagik”

Betul ke tidak mamat senget ni? Ada ke main janji takkan gaduh lagi kat MPH? Nampak sangat, selama ni memang dia yang suka nak cari gaduh dengan aku, kan?

“Tak mungkin...” tuturku perlahan, memaling muka ke arah lain.

“Awak... tak suka saya langsung ke?”

“Masalahnya sekarang bukan sama ada saya suka awak atau tak. Saya kan dah ada Kamal Hadi...”

Entah kenapa, rasa sedih pulak bila teringatkan Kamal Hadi. Jauh di sudut hati, aku seakan dapat merasakan betapa kami sudah semakin jauh. Selama aku kat sini pun, tidak sekalipun aku menerima panggilan darinya. SMS.... jauh sekali.

Aku perasan Imran Hadi membatukan diri di sebelahku. Biarlah dia melayan perasaannya sendiri. Aku pun nak layan perasaan sedih aku jugak ni. Rasa best je masa ada kat sini. Takyah nak fikir pasal sapa2. Dan tak payah nak sakit2kan kepala. Tapi kenalah terima kenyataan. Sampai bila aku kena pendam saja segalanya. Harapnya, akan ada perubahan bila aku kembali ke KL.

Tuesday, September 16, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 26

Mumbling o milanhawkin at 11:08 PM 1 demented soul(s)
Esoknya, kami berempat merancang untuk ke Kuala Terengganu. Ke mana lagi kalau bukan ke pasar payang. Tempat biasa untuk pelancong2 mencari sourvenier. Ahaks, pelancong ke kami ni?

Seronok juga tengok barang2 yang ada kat sana. Aku belikan kain batik dan sepasang tudung saji kecil untuk Ummi serta baju batik untuk Babah. Untuk Balqish, aku belikan sepasang kain pasang bercorak batik untuk dibuat baju.

Mengingatkan Balqish, aku sedikit muram. Aku sebenarnya masih tidak tahu bagaimana mahu memujuk adikku yang satu itu. Masih marahkah dia padaku? Aku amat berharap dia tidak menyimpan dendam padaku. Aku masih mahu kami menjadi adik beradik, seperti dahulu.

“Banyak barang beli?” tegur Imran Hadi. Aku mengerling sekilas pada lelaki yang sudah berdiri di sebelahku sambil membelek2 kain pasang di depan mata. Mana pulak si Aida ni pergi? Tadi ada kat sini...

“Adalah sikit. Barang utk family” ujarku bersahaja. Imran Hadi mengangguk2kan kepalanya. Tangannya sibuk menarik2 kain2 pasang di hadapan kami. Mungkin ada yang dia tertarik tak?

“Awak tak beli apa2 ke?” soalku pula bila melihat tangannya kosong. Dari tadi kami dok keliling pasar ni, dia boleh tak beli apa2 lagi.

“Emm... tak tau nak beli apa untuk Mama saya. What do you think?” soal Imran Hadi, meminta pendapat.

“Beli kain pasanglah senang. Boleh jugak buat baju kurung ke, baju kebaya ke...” usulku pada lelaki itu. Bagi aku, itu hadiah yang paling senang nak cari. Cari saja yang cantik2, yang berkenan di hati.

“Kalau macam tu, awak pilihkanlah. Saya mana reti benda2 macam ni. Boleh kan?” Imran Hadi seakan merayu. Aku mencebik.

Ish, dia ni... kenapa pulak aku yang kena pilih? Pilih je la sendiri. Bukannya susah pun.

“Laa... mama awak, awak la yang pilih. Kenapa pulak suruh saya” aku memuncungkan mulut.

“Bukan orang lain pun, bakal mak mentua awak jugak” Terasa membahang pula wajahku mendengarkan kata2 Imran Hadi itu. Bila masa pulak aku setuju nak kahwin dengan dia ni? Belajar pun tak habis lagi!

“Mana Aida?” aku sengaja bertanya, mahu mengalih topik. Daripada melayan karenah Imran Hadi ni, baik aku tanya soalan lain.

“Aida dengan Ad. Tadi Ad ajak Aida cari barang jugak. Agaknya diaorang tu couple tak?” Imran Hadi separuh berbisik.

Aku tersengih. Bila masa pulak la diaorang ni main mata ni? Kenapa aku tak perasan? Itulah, agaknya sibuk sangat dengan hal sendiri, diaorang tengah bercinta pun aku tak sedar. Elok jugak tu, Aida single, Adli pun single. Nama pun nak dekat2 sama.

“Pandai je awak serkap jarang. Yang awak ni mengendeng kat saya apsal?”

“Takkan tak boleh. Kan saya tengah ngorat awak ni” selamba badak je mamat senget ni mengeluarkan ayat yang boleh bikin muka aku ni panas.

“Dah, meh tolong saya pulak cari barang. Kain untuk Mama, ermm... utk Papa apa pulak ye? Jomlah...” terus saja Imran Hadi menarik tanganku, membawa aku entah ke mana.

Friday, September 12, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 25

Mumbling o milanhawkin at 11:33 PM 1 demented soul(s)
Pada malamnya, setelah kami sama2 selesai menunaikan ibadah secara berjemaah, aku, Aida dan Nek Pah sibuk menyediakan juadah untuk makan malam. Masakan Nek Pah memang lazat. Apa lagi bila sajiannya adalah ikan patin masak lemak cili api bersama ulam-ulaman.

Kami semua duduk mengadap makanan. Terasa renungan Imran Hadi yang duduk betul2 di hadapanku. Aku buat tak peduli. Malah pengakuannya petang tadi pun aku biarkan sepi tanpa jawapan. Mustahil untuk aku menerimanya begitu saja. Entah2 dia main2kan aku saja.

“Sedapnya masak lemak ni, Nek” puji Aida yang sudah pun memulakan acara.

“Kalau macam tu, makanlah banyak2 sikit. Memang Nek Pah masak untuk kamu semua je ni”

Aku menguntum senyum. Si Aida ni kalau bab makan, laju aje. Aku menguis sedikit ikan ke dalam pingganku. Begitu juga Adli dan Imran Hadi.

“Err... Nek Pah, sudu dan garfunya kat dapur ye?” soalan Imran Hadi membuat aku mengangkat muka. Pehal pulak mamat senget ni siap mintak sudu dengan garfu?

“Ada kat dapur tu ha. Hana, tolong amikkan utk Imran ni” arah Nek Pah. Aku dan Aida saling berpandangan.

“Nak kena makan dengan sudu, garfu jugak ke? Makan je la dengan tangan” aku pulak mengarahnya. Ini bukannya bandar, setiap masa kena makan dengan sudu, garfu pelbagai. Ini kampung....

Imran Hadi nampak serba salah. Adli pula tersengih2 saja, macam ada sesuatu yang menggelikan hatinya.

“Saya... ermm... saya...”

“Makan je laa...” desakku lagi. Bukannya malas nak bangun tapi malas nak layan karenahnya. Apa, susah sangat ke nak makan dengan tangan? Ingat ini England ke apa?

Agaknya Imran Hadi mengalah sebab terus saja dia menyenduk kuah ke dalam nasi dan mula menjamu selera. Tak lama selepas itu, aku sendiri yang tidak tahan melihat cara dia makan. Ya Tuhan, macam budak kecik! Habis semua tangan kanannya diselaputi dengan nasi dan kuah. Comot gile.

Si Adli dah gelak sakan. Kurang asam je gelakkan member sendiri. Nek Pah dan Aida pula hanya tersenyum sumbing. Aku? Nak gelak tu memang ada tapi aku lagi kesian tengok mukanya yang cerah itu kemerahan menahan malu. Nampak terseksa saja dia menggunakan tangannya. Aku yang melihat ni pun lagi la terseksa.

Tanpa menunggu lagi, aku bangun ke dapur dan mendapatkan sudu dan garfu untuknya.

“Dah, basuh la tangan tu. Ni amik sudu ngan garfu ni” aku menyuakan alatan makanan tersebut pada Imran Hadi. Sikit pun tak diangkat mukanya.

“Takpe, saya belajar makan dengan tangan” ujarnya perlahan. Nampak macam merajuk je. Aku mengukir senyum. Kelakar betulla Imran Hadi ni.

"Kalau kau nak tau, Hana, si Imran ni memang tak reti makan guna tangan. Even kat kolej tu pun, tak pernah sekalipun aku tengok dia makan dengan tangan. Maklumlah, dulu dok oversea..." jelas Adli sekalilgus memperli temannya itu. Kesian juga tengok Imran Hadi yang seakan tidak mengendahkan kami.

Thursday, September 11, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 24

Mumbling o milanhawkin at 3:33 PM 1 demented soul(s)
Sebaik saja kami sampai ke Rantau Abang, kami disambut mesra oleh Nek Pah, nenek kandung kepada Adli. Aku memang mengenali Nek Pah kerana seringkali mengikut Adli pulang ke kampung. Maklumlah, aku ni takde kampung. Kampung aku kat Damansara tu la. So, bila teringin nak beraya kat kampung ke apa, aku akan merengek2 nak mengikut Adli pulang ke sini, hinggakan Nek Pah sendiri akan tertanya2 kalau aku tak pulang beraya kat sini.

“Apa khabar, Nek Pah” sapaku girang sambil mencium kedua belah pipi yang sudah berkedut itu.

“Baik, nak. Lamanya Nek Pah tak jumpa Adli ngan Hana ye.”

Aku sekadar tersengih sambil menjeling lembut pada Adli. Bila saja mataku melekat pada si mamat senget, wajahku segera berubah masam. Wajahnya, sama juga macam tadi. Toye je, tanpa perasaan. Geram betul tengok muka batu macam tu.

Aku memperkenalkan Aida pada Nek Pah yang sememangnya duduk berseorangan. Kemudian kami sama2 menjamu cempedak goreng yang digoreng khas oleh Nek Pah sempena menyambut kedatangan kami.

Badan yang kepenatan tadi seolah2 hilang bila saja bayu petang menyapa lembut tubuhku. Segera aku meminta izin dari Nek Pah untuk ke pantai yang tidak begitu jauh dari rumah Nek Pah. Aida menolak bila aku mengajaknya dengan alasan penat. Apalah Aida ni, tadi bukan dah cukup ke tidur dalam kereta tu. Adli pula hilang entah ke mana. Yang ada hanyalah si mamat senget. Ah, malaslah nak ajak dia. Bukannya kenal pun.

Aku memerhatikan laut yang membiru. Damainya perasaan ini. Betullah, untuk sesetengah orang, pemandangan laut boleh membantu menenangkan perasaan. Lebih kurang macam terapi la.

Mataku memerhatikan sekeliling. Ada anak-anak kecil yang sedang bermain-main di tepi pantai dengan riang. Saling kejar mengejar sesama mereka. Ada family yang sedang tenang duduk di pinggir memerhatikan anak2 mereka. Ada juga pasangan yang datang memadu kasih kat sini. Alahai... romantiknya...

“Tenangkan perasaan ke?” Suara itu benar2 memeranjatkan aku yang telah terbang ke duniaku sendiri. Ish.. takleh tengok orang senang la dia ni. Memang pengacau!

“Kita kenal ke?” sengaja aku memperlinya tanpa berpaling. Terdengar dia ketawa kecil. Merdu. Isk.. apa aku merepek ni?

Dari kerlingan mata, aku dapati dia sudahpun berada di sebelahku. Aku buat tak tau.

“Honey, awak marahkan saya ye?” lembut saja suaranya, menyentap tangkai jantungku. Aduhai... kenapa berubah romantik ni? Hana, please la...

“Nama saya Amihana la, En Imran Hadi!” ketus aku membalas. Suka suki je nak panggil aku Honey. Bila masa entah aku bagi kebenaran.

“Nasib baik awak ingat lagi nama saya. Tapi mestilah awak ingat kan, since nama boyfriend awak pun sama...”

“Excuse me? Sejak bila pulak nama dia sama ngn nama awak? Nama dia Kamal Hadi, OK!”

“Hadi jugakk...” Ish... dia ni memang saja nak provoke kemarahan aku ni. Daripada aku layan dia ni, baik la aku gi temankan Nek Pah tu.

Baru saja aku mahu bergerak, Imran Hadi dengan pantas memegang tanganku, menghalangku dari berlalu. Bulat mataku memandang wajahnya. Ish.. kenapa dekat sangat muka awak ni?

“I’m... sorry...?”

Huh? Huh?

Aku buat muka tak paham.

“Maafkan saya...sebab saya sukakan awak”

Arghh... lagilah aku tak paham. Jangan la serabutkan fikiran saya ni!

Friday, September 5, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 23

Mumbling o milanhawkin at 9:24 PM 1 demented soul(s)
Aku mengertap bibir, menjeling pada manusia yang sedang bersiul tanpa rasa bersalah di tempat duduk hadapan. Aida di sebelahku sudah lama lena. Boleh pulak minah ni tidur dalam kereta. Adli pula tekun memandu walaupun kami sudah berada dalam highway.

“Orang Islam yang bersiul umpama menyemarakkan api neraka, tau!” saja aku mengeluarkan ayat yang bakal menimbulkan provokasi pada mamat senget. Hanya siulannya saja yg berhenti, tiada kata2 balasan dari lelaki itu.

Wah, sejak bila dia boleh saja terima kata2 aku ni?

Adli menjeling ke arah cermin kereta. Agaknya pelik melihat aku seakan sengaja memancing aksi dari temannya itu. Sungguh aku tak sangka, si mamat senget ini adalah antara teman Adli di kolejnya. Tahu2 saja, si mamat senget ini sudahpun berada di dalam kereta Honda CRV kepunyaan Adli. Rasa mahu tercabut saja jantung aku melihat si mamat senget dengan selesa berada di sebelah pemandu, tapi dia boleh je buat tak kenal dengan aku?!

Pastu, sepanjang perjalanan sampai masuk highway ni pun, tidak sepatahpun yang keluar dari mulutnya. Selalu kalau jumpa tu ada je benda yang dia guna nak sakitkan hati aku. Bila dia senyap begini, aku jadi bertambah geram pula. Tak tahan!! Tapi apsal plak aku nak kena geram bila dia buat2 tak kenal aku ye? Apsal?!

“So, sejak bila pulak korang ni berkenalan?” soalan Adli membuat aku terdiam. Sejak bila? Sejak lama dulu. Sejak aku jumpa mamat senget di MPH. Sejak dia sibuk cari pasal dengan aku bila kami jumpa di MPH. Sejak itulah...

“Berkenalan? Ini kali pertama aku jumpa Cik Amihana ni. Apsal?” Mamat senget ni betul2 nak kena belasah dengan aku ni. Tak guna betul!

“Nampak cam dah lama kenal” jawab Adli sambil menjeling ke arahku melalui cermin. Aku memuncungkan mulut bila dia tersenyum sinis. Mesti ada yg dia nk kenakan aku lepas ni.

“Kami memang tak kenalla...” aku menokok geram.

Sepanjang perjalanan kemudian, aku mendiamkan diri. Yelah, orang dah tak kenal kita, buat apa kita sibuk2 nak berbual2 dengan dia, kan? Isk, apsal aku ni macam orang merajuk pulak? Dia bukannya pakwe aku yang aku nak merajuk2.

Ah, teringat pula pada Kamal Hadi. Aku mengerling telefon bimbit di tangan. Takde mesej macam selalu. Kosong je. Tak terfikirkah Kamal Hadi untuk memujukku? Kan aku tengah merajuk ni? Huhuhu...

Monday, September 1, 2008

Selamat berpuasa

Mumbling o milanhawkin at 10:22 PM 0 demented soul(s)

Selamat menjalani ibadah puasa semua! Semoga diberkati Allah SWT selalu. Sama2lah kita berdoa agar ibadah puasa kita kali ini diterima olehNya.
 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review