|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Thursday, June 5, 2008

Berpalinglah padaku - 9 (END)

Mumbling o milanhawkin at 10:54 AM
Ah, rasanya dah lama aku tak ke bilik kelab. Itulah, sibuk sangat berlatih main piano padahal tak pandai2 jugak. Lagipun skang ni banyak betul assignment kena siapkan. Dan yang paling penting, aku sebenarnya cuba melarikan diri dari Iqram.

Aku sedar kehadiranku mengganggunya. Aku tahu dia terang2 menolak perasaanku. Sebab itu aku mengambil peluang ini untuk meredakan rasa kecewaku. Aku tak mahu hatiku terus terusik dengan kebenaran. Namun aku tetap tak berjaya melarikan diri darinya bila saja malam menjelang. Mimpi yang dulunya indah dengan senyuman Iqram menjadi mimpi ngeri bila kata2 Iqram dulu menjadi igauan.

Aku semakin melajukan langkah. Dah lama sangat aku tak jumpa teman sekelab. Tanpa kuduga, pintu bilik tiba2 saja terbuka dari dalam. Tak sempat nak brek. Nasib baik juga pintu itu tidak terkena mukaku. Itulah... tak sabar2!!

“Abang Iqram...” tercetus nama itu dari bibirku. Kemudian aku kaku di situ, hanya mampu memandang wajahnya. Aku cuba tersenyum, tapi terasa pahit pula senyumku ini.

“Oh, maaf Liana. Tak tahu pulak awak ada kat luar ni” Iqram tersenyum, macam biasa. Macam tak pernah terjadi apa2 di antara kami.

Untuk seketika, kami saling berpandangan. Dan mataku tertangkap pada plaster yang tertampal di hujung bibirnya.

“Abang Iqram, awak cedera ke?” aduh, aku ini... tak pernah mahu belajar dari kesilapan. Mungkin dah jadi tabiat aku untuk sentiasa mengetahui perkembangannya. Dan plaster di wajahnya itu takkan mungkin terlepas dari pandanganku. Maaf Abang Iqram, saya tahu saya menyibuk. Maaflah...

“Oh, ini ke? Saya cuma jatuh je. Teruk kan?” dia tersengih sambil mengurut perlahan hujung bibirnya.

“Jatuh? Awak tipu!” Urkkk... sekali lagi aku tidak dapat menahan kata2 itu terkeluar dari bibirku. Masalahnya, aku tak mampu berdiam diri bila melihat keadaannya. Ada lebam yang jelas kelihatan di lengannya.

Iqram merenungku dalam2. Tak dapat disangkal lagi, betullah tekaanku sebentar tadi dengan reaksinya itu.

“Awak ni memang prihatin la. Macam mana awak tahu?” nada Iqram agak mesra, seolah cuba bergurau denganku. Ah, tak mungkin...

“Ini mesti pasal Vivien dengan Haikal kan? Haikal cederakan awak kan? Awak bertumbuk dengan Haikal ke? Tapi kenapa? Kenapa?” bertalu2 aku menyoal. Sungguh aku tak sedar, air mataku sudah laju mengalir membasahi pipi. Iqram merenungku tanpa suara.

“Masuk!” arahnya padaku. Dia tampak serius dan arahannya itu agak tegas. Ah, aku sudah melakukan kesilapan sekali lagi. Bermakna aku mungkin terpaksa mendengar ceramahnya sekali lagi. Oh hati, tabahlah. Ini bukan kali pertama... jadi bertahanlah...

“Kenapa awak menangis?” suaranya kedengaran agak perlahan. Aku yang berdiri membelakangkannya mengemaskan pelukanku pada beg sandangku. Aku perlu mencari kekuatan untuk semua ini.

“Sebab... saya sedih tengok awak macam ni...” jawabku, juga dengan agak perlahan. Aku menunduk memandang lantai bilik yang kosong. Dalam getar, aku cuba menahan air mataku dari terus mengalir.

“Awak cedera sebab nak menolong gadis yang sukakan orang lain! Saya... saya tak suka...” Bodohlah kau ni Liana! Kau tak suka? Iqram peduli apa kau suka atau tak suka? Tapi kenapalah Iqram terlalu cintakan perempuan tu? Kenapa dia tak pernah mahu memandang aku? Aku yang selama ini menyayanginya... yang mencintainya...Kenapa awak tak pernah mahu memandang saya, Iqram??

Tiba2 saja aku terasa tubuhku ditarik ke dalam pelukannya. Tangannya melingkar di pinggangku dan wajahnya, ya tuhan... seram sejuk aku dibuatnya. Aku agak terpana dengan kelakuannya tanpa mampu berbuat apa2, hanya menyerah dalam dakapan yang mesra itu. Selebihnya, aku amat terkejut hinggakan tubuhku terasa begitu keras dan kaku.

“Err... ummm..” Tuhan, hanya itu yang mampu kukeluarkan dari kerongkongku saat ini. Aku mahu menolak tubuhnya, tapi... oh tidak, aku dah jadi perempuan gatal...!

“Awak menangis untuk diri awak...” suaranya lembut dan perlahan. Bisikannya itu membuatkan jantungku semakin rancak berdegup.

Aku menangisi diriku sendiri? Apa yang Iqram cuba cakap ni? Dan kenapa dia tak renggangkan pelukannya. Wajahku rasanya sudah kemerahan. Malunya!!

“Mungkin awak betul2 kasihankan saya. Tapi bukan itu saja. Awak juga kasihankan diri awak, kan?” Lagi2 aku mendengarkan kenyataan yang keluar dari mulutnya. Apa yang cuba disampaikan oleh Iqram? Aku kasihankan diri aku, jadi aku kasihankan dirinya?

“Awak rasa cinta awak yang bertepuk sebelah tangan tu sama teruknya dengan keadaan saya sekarang ni. Awak rasa cinta saya juga bertepuk sebelah tangan...”

Aku menekup mulutku seolah baru memahami apa yang mahu dikatakannya. Benarkah? Tak mungkin! Perasaan aku rupanya perasaan yang mementingkan diri sendiri, yang datang dari situasi yang dihadapi oleh Iqram. Adakah itu yang dimaksudkannya? Jadi, selama ini, aku berilusi sendiri? Perasaan aku ini bukan sesuatu yang benar? Begitukah?

“Though, I don’t think that’s such a bad thing” Huh? Meaning? Apsal la mamat ni asik bagi aku tertanya2 ni?

Iqram merenggangkan pelukannya. Akhirnya... Namun kelegaanku hanya untuk sesaat. Tubuhku dipalingkan supaya mengadap tubuhnya. Wajahnya dibawa hampir ke mukaku. Dia tersenyum manis memandangku. Aku semakin keliru sekaligus semakin malu dengan keadaan kami ini.

“Pada mulanya, awak memang bukan jenis perempuan yang saya suka. Perasaan awak pada saya memang merimaskan saya. Malah selalu membuat saya rasa geram dan sakit hati. Saya tak pernah hiraukan awak yang selalu memerhatikan saya sebab saya rasa awak dapat membaca setiap gerak geri saya. Saya tak biasa dengan orang yang begitu memahami saya. Dan, walaupun saya telah menolak berulang kali, cinta awak tetap sama, tetap suci. Cinta awak pada saya tak pernah berubah, kan?” Renungan matanya menusuk jauh ke dalam hatiku. Mahu saja aku menganggukkan kepala, tapi aku masih tahu malu.

“Your feeling is more hungry, more insistent and sexy, than what I have thought. There’s another part of you, deep inside, that’s completely different from who you are outside. And I came to feel that, I wanted to see into those depths” Kenapa mamat ni bila romantik je cakap omputih ye?

Ini kali pertama ada manusia menggambarkan perasaan itu adalah sesuatu yang seksi. Aku memang tak pernah salah pilih. Iqram sememangnya lelaki yang tepat untukku.

“Err...” Darah menyerbu ke mukaku saat menyedari wajahnya semakin hampir pada wajahku. Cepat2 aku menolak tubuhnya dengan lembut dan memalingkan sedikit tubuhku.

“Tak elok.. lagipun...” Aduii... kalau nk ikutkan perasaan sayang kala ini, aku sanggup aje... tapi iman itu masih bersisa. Lagipula, antara kami berdua ini, pastinya ada makhluk ketiga yang sedang penat berusaha. Pun begitu, aku tahu Iqram bukan lelaki yang suka mencari peluang. Aku terdengar gelak halus dari bibirnya.

“Maaf, sayang. Saya patut belajar dari awak sekarang ni, kan? Awak buatkan saya mahu jadi lelaki yang terbaik untuk awak. Kita sama2 belajar menerima diri kita masing-masing. What do you think?”

Aku memandang raut wajahnya, dan mula mengukir senyum manis, khas untuk dirinya seorang...

4 demented soul(s):

bulanhijau said...

ehhehe

comel

comei said...

cute & nice =)

::cHeeSeCaKe:: said...

best..! sume cite milan best2..

Najwa Qayyum said...

so cute 😍😍

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review