|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 23::

Mumbling o milanhawkin at 1:10 PM
Syalinda memandu keretanya dengan laju. Hatinya berbaur dengan perasaan. Benci, dendam, geram dan kesal. Semuanya bercampur aduk. Sahabat yg begitu dipercayainya rupanya sedang menipunya. Kekasih yg dicintainya pula menyimpan rahsia darinya. Kalaupun marah, kenapa perlu menikahi temannya sendiri dan merahsiakan perkara itu darinya? Malah orang tuanya turut sama bersubahat. Semua orang menipunya!

Air matanya mengalir lagi. Dengan geram, kakinya menekan minyak kereta. Dia mahu membawa kereta itu dengan sepenuh kelajuan. Tidak peduli dengan apa yg akan berlaku. Dia hanya berharap hatinya akan sedikit lega. Dia hanya mahu melepaskan geram.

Syalinda menjeling cincin di jarinya. Cincin yg dirampasnya dari Mila. Terlukis sebuah senyuman puas di bibirnya. Biar padan dengan muka perempuan tak tahu malu itu! Ada hati nak rampas Amirul dari aku. Dia ingat dia tu siapa? Sorry Mila, kau tak layak nak bertanding dengan aku.

Syalinda memang pasti dengan cinta Amirul padanya. Sudah bertahun mereka menganyam kasih. Takkan semudah itu lelaki itu akan berpaling darinya. Dia cukup sempurna di mata Amirul. Malah di mata sesiapa saja. Dia yakin itu. Cepat2 ditepis segala perasaan ragu yang bertandang.

Cuma, dia begitu terkejut dengan pengakuan Amirul.

“I kahwin dengan dia sebab you tinggalkan majlis perkahwinan kita. Masa tu I terlalu marah pada you. I cuma nak sedarkan you aje. Tak sangka pula, ini yang akan terjadi.” Ucap Amirul, kesal.

“Itu bukan caranya untuk you lepaskan marah you pada I, Amirul. Ada banyak lagi cara lain. Kenapa you kena kahwin dengan dia semata2 untuk sakitkan hati I? Kenapa?” melengking2 suara Syalinda melepaskan perasaannya pada Amirul. Puas juga dihentak2kan tangannya pada dada lelaki itu. Dalam diam dia mengakui kata2 Syalinda. Apa perlunya dia mengahwini Mila? Saat itu dia tak pernah tahu Mila dan Syalinda berkawan. Jadi, kenapa tangan Mila yang diheret ke depan tok kadi pada hari itu?

“I nak you lepaskan dia. Ceraikan dia!” Amirul diam, sesekali mengerling ke arah Syalinda dengan pandangan mengharap, mengharap agar gadis itu memahami keadaannya ketika itu. Bila gadis itu langsung tidak mempedulikan pandangannya, matanya kembali terarah pada radio keretanya, mendengar muzik yg dialunkan oleh DJ. Tangannya menekan punat untuk merendahkan volume radio, mahu menumpukan seluruh perhatiannya pada masalah mereka waktu itu.

“It’s not that easy, Sya” lemah suara Amirul.

”It IS easy. You aje yg nak menyusahkan perkara ni. You lafazkan talak pada dia, then it will all be over. Atau... you dah jatuh hati pada dia?” duga Syalinda.

”Impossible!” Amirul tergelak, kedengarannya seakan dipaksa.

“Habis? Apa yg you tunggu lagi? I nak you ceraikan dia. Only then, kita kahwin” Syalinda memberi cadangan, separuh mengugut.

”I tak boleh...” keluh Amirul.

”Kenapa pulak?” Syalinda semakin berang. Terasa mendidih kepalanya saat Amirul mengatakan ‘tak boleh’ padanya.

”You have to understand me. Mama dan Papa sayangkan dia. I tak mahu jadi anak derhaka”

”Alasan! Itu semua alasan you!” tempik Syalinda. Sabarnya sudah lama hilang. Geramnya makin menjadi2. Sakit hatinya makin bertambah.

Bila berjumpa dengan Mila tadi juga, kebenciannya makin bermaharajalela. Jika diikutkan hatinya, dia masih tak puas memaki perempuan tak guna itu. Depan bukan main baik, belakang dia rampas hak kita. Syalinda mengomel sendiri. Minyak ditekan lagi. Dan lagi.

Entah dari mana datangnya, sebuah kereta tiba2 muncul dari arah bertentangan. Secara automatik, tangannya memusing stereng kereta sekuat yg mungkin, mahu mengelak dari kereta tersebut. Kakinya menekan brek sekuat2nya, memaksa kereta Honda CRV itu berpusing 360 darjah, dengan bunyi yg cukup memeritkan telinga. Kereta tersebut sudah tak terkawal, kemudiannya berhenti apabila melanggar pembahagi jalan. Sayup2 Syalinda mendengar bunyi hon sebelum matanya menangkap cahaya lampu yang semakin mendekatinya. Sebuah lori balak akhirnya merempuh kereta Honda CRV dari bahagian depan.

Mila rebah bila mendapat berita tersebut dari Halina. Amirul terduduk, hampir tak percaya dengan berita yg dikhabarkan oleh ibubapanya. Dani kelihatan termenung setelah ditelefon oleh Alia. Ibu bapa Syalinda meraung tak berkesudahan menangisi pemergian anak tunggal mereka. Pemberita sibuk mengumpulkan bahan berita untuk hari esok.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review