|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, July 22, 2007

::Kusimpul Mati - 4::

Mumbling o milanhawkin at 9:28 AM
Angin petang yg menyapa wajahnya tidak berupaya menenangkan perasaannya yang kusut ketika itu. Fikirannya bertambah kusut bila teringatkan Amirul. Ah, Amirul, tidakkah kau tahu betapa aku menyintaimu? Kasih sayang ini tak pernah berbelah bagi. Bagiku, hanya kau saja yg bertakhta di hati.

Mila memerhatikan bilik tidur Amirul. Semuanya tersusun rapi. Biliknya yang agak luas itu dilengkapi dengan sebuah katil kingsize. Sebuah sofa panjang diletakkan di tengah2 ruang bilik, bertentangan dengan sebuah tv. Sebuah meja kerja diletakkan di satu sudut, lengkap dengan sebuah almari buku yang kecil. Semuanya kelihatan teratur dan rapi. Terserlah keperibadiannya yg mementingkan kebersihan dan keselesaan. Dan kemewahan.

Tangannya mencapai frame gambar di meja solek. Gambar Amirul dan keluarga. Agaknya gambar itu diambil beberapa tahun lepas. Amirul nampak begitu kebudak2an. Tetap tampan. Mila tersenyum.

Mengimbau kenangan pertemuan mereka yang pertama membuatkan Mila mengoyak senyum. Apa tidaknya, dialah yang menyebabkan kemeja putih Amirul bertambah corak tompok kekuningan. Siap dengan perfume lagi, bauan kari ayam. Sangkanya lelaki itu akan melenting padanya, seperti kebiasaan pelanggan lain. Sebaliknya Amirul hanya tersenyum dan menasihatkannya supaya lebih berhati2 di kemudian hari. Bukan dia saja yang terpempan ketika itu, malah teman2 semejanya nampak melongo. Dan sejak itu, dia sering memerhatikan Amirul setiap kali dia dan teman2nya datang ke restoran itu.

Mungkin kerana terlalu menyukai Amirul, Mila menjadi berani. Setiap kali Amirul datang ke kedainya, Mila akan cepat2 menegur Amirul dan tersenyum menggoda. Kadang kala dia terasa malu juga bila Amirul langsung tidak mengendahkannya tetapi dia terus2an juga mendekati lelaki itu. Jika mahukan sesuatu, bukankah kita perlu berusaha?

Pernah juga dia mendengar teman2 yg bekerja bersama2nya di restoran itu mengejek dirinya sebagai perempuan yg tak tahu malu. Ah, dia bukan perempuan yg tak tahu malu. Dia hanya mahu meluahkan perasaannya. Atau mungkinkah dia memang keterlaluan? Bukankah sepatutnya perempuan tidak semudahnya menyatakan cinta pada seorang lelaki yg belum mungkin akan menjadi suaminya? Entahlah, yg dia tahu dia cuma mahu Amirul sedar akan kehadirannya.

Hari itu mungkin antara hari malangnya. Pagi2 lagi dia sudah diberi amaran oleh tuan rumah supaya menjelaskan sewa rumah yang sudah tertunggak selama 3 bulan, atau keluar dari rumah sewa hari itu juga. Duit yang ada hanya cukup untuk menjelaskan yuran pengajiannya saja. Kerja sambilannya sebagai waitress di restoran tidak cukup untuk menampung kehidupannya. Dia berkira2 mahu menumpang rumah teman baiknya, Halina. Dalam perjalanan pulang dari restoran ke rumah Halina itulah kejadian tersebut berlaku.

Masih terasa lagi betapa kuatnya tangan itu menekup mulutnya. Sepantas kilat juga tubuhnya dicempung ke sebuah lorong yg gelap. Puas dia meronta cuba melepaskan diri tetapi gagal. Bila mendapat peluang, dia menggigit sekuat mungkin tangan yang menekup mulutnya. Hanya sempat menjerit sesaat, mulutnya kembali ditekup. Kali ini bersama dengan sebuah tamparan. Terasa dunia ini berpinar. Dalam hati dia hanya mampu berdoa semoga akan ada seseorang yang terdengar jeritannya sebentar tadi.

Seketika kemudian dia terasa dirinya rebah. Rupanya Tuhan telah menghantar seorang penyelamat untuknya. Dalam remang malam, wajah lelaki yang sedang bergelut dengan penjahat tersebut tidak dapat dilihat dengan jelas. Dan dia benar2 terkejut bila mengetahui Amirullah lelaki yang menyelamatkannya. Sudahnya, Amirul menawarkan rumahnya untuk disewa olehnya setelah mengetahui keadaannya ketika itu. Ibarat pucuk dicita ulam mendatanglah tawaran itu. Sekurang2nya dia berpeluang untuk sentiasa berjumpa dengan Amirul.

Bukannya dia tidak tahu Amirul sudah punya kekasih hati. Malah lelaki itu selalu bercerita tentang kekasihnya. Mungkin sekadar mengingatkannya bahawa dia sudah ada pilihan hati, mungkin juga Amirul senang meluahkan perasaan padanya. Dia tak kisah. Tak peduli. Meskipun setiap kali Amirul bercerita tentang Sya, dadanya terasa begitu sakit.

Ketika menghadiri majlis perkahwinan Syalinda, barulah dia mengetahui Sya yang sering diceritakan oleh Amirul itu rupanya temannya sendiri. Waktu itu, dunianya terasa seperti mahu terbalik. Sedihnya bukan kepalang. Tetapi agaknya Tuhan mendengar doanya saban malam dan akhirnya menghadiahkan Amirul kembali padanya. Cuma, ini bukan seperti yang diangankannya.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review