|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Saturday, April 25, 2009

Jodoh 10

Mumbling o milanhawkin at 3:51 PM
Aku mengenakan sehelai dress tanpa lengan bertanahkan coklat dan berbunga biru, dipadankan dengan sehelai baju kebaya pendek dari corak yang sama. Rambutku yang lurus dan panjang, aku kemaskan dengan pin rambut berwarna kuning susu. Kemudian aku kenakan pula secalit lipstik pada bibirku. Ringkas dan bersahaja. Aku memang tak pernah pandai nak bersolek. Cukup dengan bedak dan lipstik. Simple dan ringkas.

Sebetulnya aku menerima jemputan dari teman lamaku, Maria dan Shafik yang kukenali semasa belajar di UK. Maria juga merupakan salah seorang teman sebilikku merangkap teman yg paling rapat denganku ketika di sana. Cuma bila kembali ke Malaysia, kami jarang2 bertemu atau berjumpa. Paling akhir aku berjumpa Maria, ketika hari perkahwinan mereka 3 tahun lepas.

Aku sampai ke rumah Maria & Shafik di Damansara tepat2 pukul 9 malam. Waktu tu dah ramai juga yang datang. Ish, rasa segan pula datang berseorangan begini. Tapi, aku nak ajak siapa lagi? Ah, tawakal sajalah Fatimah Asyikin...

Sedang aku memasukkan kunci kereta ke dalam handbag, pandanganku tertancap pada sebuah kereta BMW. Aku kenal kereta ni... Adam! Kenapa kereta dia kat sini? Dia memang tinggal kat kawasan ni ke? Atau dia memang kenal dengan Shafik? Mungkin juga, sebab Adam juga dari universiti yang sama. Tapi aku tak pernah tahu Adam dan Shafik adalah kawan..?

“Imah!” namaku diseru lembut. Wajah Maria menjelma di hadapanku. Cepat2 aku mengukir senyum, tak mahu Maria mengesan perubahan pada wajahku ketika ini.

“Mar... apa khabar? Makin sihat kau sekarang ye” sapaku sambil memeluk erat tubuh Maria. Tubuhnya yang dulu langsing dan kurus kini sudah semakin berisi, walaupun tidak langsung menjejaskan kecantikan asli wajah lembut Maria.

“Macam mana la aku tak gemuk, Imah. Hari2 kerja aku cuma melepak saja kat rumah. Nak kerja, Shafik tak bagi. Cantiklah kau malam ni. Lama betullah kita tak jumpa kan? Eh, jomlah masuk. Takkan nak berbual kat sini” Maria terus memimpin aku masuk ke dalam banglo mewah 2 tingkat itu.

Bertuahnya Maria, dapat kahwin dengan kekasih hati dan kebetulan pula Shafik tu memang anak orang kaya. Tak perlu nak bersusah payah mencari rezeki macam aku ni. Ish, tak baik pula aku cakap macam ni. Macam nak menyalahkan takdir pula. Astaghfirullah...

“Darling, tengok siapa datang ni” jerit Maria dengan senyum lebar. Kami berjalan membelah manusia2 yang membanjiri kawasan taman banglo tersebut. Maria ni, cakap nak jemput teman2 rapat je. Ini, semua pun aku tak kenal.

“Eh, Imah! Lamanya tak jumpa kau. Apa khabar kau sekarang?” Shafik menyungging senyum. Masih macam dulu, Shafik ini murah dengan senyuman.

“Alhamdulillah, sihat je. Kau macam mana?” aku berbasa-basi.

“Aku macam biasa je. Penat sikit melayan puteri ni. Merajuk aje kerjanya” usik Shafik pada Maria. Muncung mulut Maria disambut tawa oleh aku dan suaminya. Terus saja Shafik memeluk pinggang Maria seakan memujuk. Aduh, bahagianya pasangan ni. Rasa cemburu pula.

“OK, korang borak2 dulu. Mar ambilkan air untuk korang ye. Darling, take care of my dear friend ni tau”

“Lama tak jumpa kau” Shafik merenung wajahku. Aku senyum macam biasa.

“Yup, dah lama”

“Kau macam menghilangkan diri je lepas balik ke Malaysia” lelaki itu seolah cuba menyalahkanku.

“Mana ada, Fik. Aku busy dengan kerja, cari rezeki tanggung mak aku kat kampung. Kau pun busy dengan company kau, Mar dengan aktiviti dia, maybe sebab tu la kita jarang jumpa”

“Dah lama kita tak borak2 macam ni kan? I missed the old UK-days”

“Emm...” aku merenung high-heels hitamku.

Flashback...
“Imah, please, you’ve gotta help me. Me and Maria!”Shafik merayu. Wajah itu meminta simpati. Aku jadi keliru.

“Fik, kenapa aku? Lagipun, ini kerja gila tau. Gila! Aku tak sangguplah nak bersubahat!”

“Imah, kau kena tolong kami. Kami dah takde jalan lain lagi.”

“Ini kerja gilalah, Fik. Aku tak nak terlibat!” aku cuba bertegas. Sungguh aku tak nak terlibat. Dosa ni!

“Tolonglah, Imah. I beg you. Sekali ni je. Tolonglah ye...”

“Ishh!!”

“Demi Maria, Imah. For your friend. Please...” Entah berapa kali Shafik dan Maria merayu, barulah aku bersetuju untuk menolong Shafik dan Maria. Itupun bila aku ingatkan Maria yang asyik menangis berhari2 membuatkan aku jadi lembut hati. Entahlah, sampai sekarang pun aku masih dihantui peristiwa itu.

“Thanks” ucapan Shafik itu menyedarkan aku dari lamunan singkatku. Aku mendongak memandang wajah Shafik.

“For what?” aku mengerut dahi.

“You know for what. Aku tak sempat nak ucapkan terima kasih kat kau dulu. Dari pihak Maria juga. Aku tahu Mar takkan pernah ungkitkan pasal ni pada kau, sebab dia masih malu dan sedih” terang Shafik.

“I did it for Maria, not for you. Jadi kau tak perlu ucapkan terima kasih pada aku” ujarku, mengalihkan mata ke arah lain.

“Yes, and you’re such a good friend. Thanks alot, Imah. Aku takkan pernah lupa apa yang kau dah pernah buat untuk kami”

“No need to thank me, Fik. I did what I had to do. Dosa kita tanggung sama2, kan? Tapi Alhamdulillah, kau pegang pada janji kau dan kahwin dengan Maria. Itu dah cukup bagi aku”

“And he loves me very much, Imah. So dont worry, dear. And thank you” tiba2 saja Maria berdiri di sebelahku dan memelukku erat.

“Fik, meriah betul birthday party kau kali ni” O’ooo.... Suara itu membuat aku kaku di hadapan Maria dan Shafik.

“Alah, Adam. Biasa je la. Jemputnya sikit, tapi ramai pulak yang datang. Takkan aku nak halau pulak tetamu yang datang”

Aku berpaling. Aku nampak wajah Adam yang berubah mencuka. Mesti dia tak sangka akan berjumpa dengan aku di sini. Di sisinya, berdiri seorang wanita cantik dan bergaya dengan mengenakan sehelai dress hitam separa lutut. Seksi. Nampak sepadan dengan Adam yang kacak dan segak dengan kot hitamnya.

“Err...Hi.. saya Fatimah Asyikin, kawan Maria dan Shafik” aku memperkenalkan diri seraya menghulurkan salam pada gadis cantik itu. Gadis itu hanya menyambut antara mahu dengan tidak saja.

“Oh? Fatimah Asyikin? Ini ke perempuan yang you cakap tergila2kan you masa kat UK dulu tu, Yang?” Eh? Macam mana dia tahu? Mataku terarah pada Adam dengan terkejut. Adam hanya merenungku tajam tanpa bicara.

“Err... Imah, yang ini Sofea, tunang Adam” ujar Shafik, seakan cuba meleraikan suasana tegang itu. Aku sekadar mengangguk perlahan.

Tunang? Jadi Adam sudah bertunang... Hati, kenapa perlu kau rasa kecewa sedangkan dari dulu lagi sudah tahu Adam takkan menjadi milikku.

“Kami bertunang sejak kecil, family arrangement. Tapi kami still a lovey-dovey couple” Sofea menjeling padaku, seakan memberi amaran bahawa Adam adalah haknya.

Entah apalah yang Adam ceritakan pada tunangnya itu hinggakan begitu jelas sekali Sofea cemburu. Apa yang nak dicemburukan? Bukankah Adam juga membenciku? Jadi aku bukanlah ancaman dalam hubungan mereka. Manusia ini memang pelik.

“Mar, kat mana ladies room?” aku cuba melarikan diri, tak mahu menjadi melukut di sisi Adam.

“Ermm.. jom aku tunjukkan” Maria mempelawa. Aku meminta diri dari mereka semua.

“Sorry, Imah. Aku tak sangka Adam datang malam ni. Selalunya kalau buat party, dia bukan nak datang pun” Maria seolah tahu apa yang aku fikirkan.

“Takpelah, bukan salah kau pun. Tapi aku tak tahu pula Shafik dengan Adam tu kawan baik?”

“Lah... diaorang kan pernah jadi roommate masa kat UK dulu” Maria merenung pelik ke arahku, seolah2 itu semua pengetahuan am yang patut aku tahu.

“Eh? Ye ke? Aku tak tahu pun”

“Sekejap je. Lepas tu Adam pindah ke rumah lain. Tapi selalu juga dia lepak kat rumah Shafik dulu. Aku pun selalu terserempak dengan dia masa aku kat rumah Shafik dulu” cerita Maria panjang lebar.

“Oh...”

1 demented soul(s):

MaY_LiN said...

ohooo..sudah..
pe nie..
xnak la gaduh2..
phia nie laser nye..
tp...at the last mesti imah ngan adam kan...?
cam sweet jer dorang tu klu b'2..
hehehe..request nmpk...
huhuhu

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review