|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Saturday, May 31, 2008

Berpalinglah padaku - 5

Mumbling o milanhawkin at 11:56 PM
Beberapa hari kemudian, aku kembali ternampak kelibat Iqram bersama Vivien. Mereka kelihatan sedang berbual2 mengenai sesuatu yang penting (agaknya la kot). Dan Iqram kelihatan sentiasa mengukir senyum. Aku jadi keliru dengan apa yang kulihat. Beginikah layanan Iqram pada perempuan yang telah meninggalkan dirinya?

Bukankah dia cakap mereka dah berpisah? Katanya dia dah kena reject, tapi dia tetap tersenyum macam biasa pada Vivien. Biasanya dia akan terus mencari teman wanita yang baru, malah selalu acuh tak acuh saja pada setiap bekas teman wanitanya. Tapi kali ini, dia sedikit pun tidak mencuba untuk mencari teman baru. Malah masih melayan Vivien sama seperti dulu.

Nampaknya, kali ini lain benar. Dia benar-benar seriuskah?

Entah mengapa, terasa duniaku semakin suram. Aku seakan dapat melihat sekelompok awan kelabu sedang mengelilingi tubuhku. Sejuk....

“Abang Iq, macam mana kalau kita buat another party?” aku kembali ke alam realiti mendengarkan pertanyaan dari Asyraff. Aku kembali memasang telinga. Ah, ini saja masanya untuk aku mendapatkan maklumat. Err... nak buat party lagi ke? Diaorang ni, tak habis2 dengan party. Cubalah buat study group ke kenduri doa selamat ke... ada jugak pekdahnya...

“Well, let’s see...umm... aku bukannya suka sangat party2 ni” jawapan Iqram sedikit mengejutkan aku. Sejak bila pula mamat ni tak minat party?

“Apa maksud kau?” Shahid pula bertanya, tapi aku tidak mendengar jawapan dari mulut Iqram. Ah, susahnya kalau pasang telinga jauh2 begini. Huhuh... macam pengendap kehormat saja aku ni. Cuma tak bertauliah saja.

“Macam mana kalau kita buat on Saturday minggu selepas habis final exam?” cadang Shahid pula. Hmm... kiranya jadilah tu buat party tu.

Iqram seakan telah mengubah sebahagian dari hidupnya, demi memenuhi kehendak gadis itu. Bukannya aku tidak perasan. Aku tahu Iqram semakin kerap menghabiskan masanya di kelab ini hanya kerana menunggu Vivien menghabiskan kelasnya. Iqram semakin jarang menghadiri parti2 kerana dia lebih gemar menemani Vivien. Aku seakan tertanya2, pentingkah Vivien dalam hidup Iqram?

Tiba2 pintu bilik kelab dikuak dengan kasar dari luar. Seorang lelaki yang tidak kurang kacaknya melangkah masuk ke dalam bilik kelab dengan wajah bengis. Aku kenal dia ni.

“Haikal?” Iqram nampak tenang saja menerima kehadiran Haikal di situ, namun aku pasti aku telah terlihat sinar matanya yang seakan terganggu sesaat tadi.

“Abang Iq! Saya nak cakap sikit!” lantang saja Haikal bersuara. Rasa perit jugalah telinga kami di sini. Asyraff dan Shahid saling berpandangan, dan saling pula mengangkat bahu. Tiada siapa yang tahu apa tujuan Haikal mencari Iqram.

“OK” Iqram hanya bersetuju, bersama sebuah senyuman pelik terukir di bibir nipisnya yang merah. Ishh... sempat lagi aku memerhati...

“Kita cakap kat luar” Tegas Haikal mula beredar bersama langkahnya yang panjang. Iqram pun membuntuti langkah lelaki tadi dengan tenang. Dia memang sentiasa tenang, tinggal aku pula yang tak keruan. Tanpa sedar, aku bangun berdiri di tepi meja. Kemudian aku turut sama meninggalkan bilik kelab tersebut.

“Kak Liana?” aku tidak mempedulikan panggilan itu. Aku ingin tahu...

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review