|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Friday, May 16, 2008

Berpalinglah padaku - 1

Mumbling o milanhawkin at 7:34 AM
Ianya adalah pada musim panas pada 2 tahun lepas, di mana aku telah jatuh cinta pada lelaki itu. Ia juga adalah cinta aku yang pertama, yang berputik dalam kehidupan remajaku.

“Adik, jomlah...” lelaki berkumis nipis itu bersuara memujuk. Aku sudah semakin gementar menerima desakan sebegini. Macam salesman nak suruh orang beli barang pun ada.

Entah apalah nasib aku hari ni, baru je seminggu mendaftar ke kolej swasta ini, aku telahpun mengalami kejadian sebegini. Sebenarnya, di kolej ini, mengikuti aktiviti kelab adalah wajib dan kelab yang paling aktif dan punya ramai ahli akan mendapat banyak kelebihan. Kelab yang kurang aktif dan tidak mempunyai ramai ahli pula berkemungkinan akan dibubarkan oleh pihak pengurusan kolej.

Mungkin kerana ini, mereka beria2 benar mahu aku mengikuti mereka. Masalahnya, aku tak berminat untuk mengikuti Kelab Ski! Gila apa! Kat Malaysia ni mana ada salji. Nak main ski apanya?

“Just datang dan tengok kelab kami je. Kelab kami ni ada macam2 aktiviti. It’ll be fun” lelaki yang berbadan besar itu pula memujuk. Aku makin gelisah. Tapi, nak ditolak... aku macam tak berani je. Apa lagi bila tengok mereka berdua ni berbadan besar dan sasa.

Pelukanku pada buku2 di dadaku semakin kukemaskan. Adoi mak, takutnya aku masa ni. Sudahlah mereka ini menghalang laluanku ketika aku mahu ke perpustakaan, kebetulan pula tidak ada orang yang melalui koridor ini.

“Mesti adik akan jadi glamer kalau join kelab kami” lelaki yang berkumis nipis itu sekali lagi bersuara, namun kali ini dia sudahpun menarik tanganku supaya mengikuti mereka. Ah, sudah... siapa pulak nak jadik glamer ni...

“Come on, just come with us. Kami bukannya nak buat apa pun. Datang tengok je” ujarnya lagi dengan senyuman di bibir.

“Tolonglah... lepaskan... saya...” aku cuba menolak. Ini kali pertama aku bersuara setelah terserempak dengan mereka. Sebenarnya aku cuba melepasi mereka dan buat2 tak nampak je tadi, tapi boleh pulak diaorang terus menghalang aku dari berlalu.

“Datang dan tengok dengan kami je. Jomlah!” desak lelaki berbadan sasa yang masih lagi belum kutahu namanya. Peluh sudah memercik di dahiku. Aku tengah takut ni. Kot ye pun nak suruh aku join kelab diaorang, perlu ke diaorang bertindak macam ni. Nampak macam melampau pun ada. Entah2, diaorang ni ada niat lain...?

“Ah, saya...” aku mencuba lagi, namun kali ini suaraku tenggelam dalam suara lantang yang tiba2 saja singgah ke telingaku.

“Hey there”

Dan lelaki itu pun muncul. My brave knight... my prince charming...

“Dah terang2 minah ni dah tolak pelawaan korang tuh, janganlah kacau dia lagi” tenang dia menuturkan kata sambil bergerak mendekati kami. Matanya tajam memandang tanganku yang masih kejap dipegang lelaki berkumis nipis itu tadi.

“Eh, ni bukan urusan kau lah” gertak lelaki berbadan sasa itu pula. Nampak macam nak gaduh je. Alahai, ni yang aku tak gemar ni...

“Ye lah... kami cuma nak ajak cik adik ni join kelab kami je. Bukan nak buat apa pun” sambung lelaki yang memegang tanganku pula. Masing2 sudah berdiri dalam keadaan bersedia untuk bertumbuk. Hatiku dah makin kecut dibuat mamat2 ni.

“Kau tengah pegang lengan dia tu, kira dah jadi sexual harrassment tau. Kalau jadi apa2, dia boleh sue korang. Paling koman pun, aku boleh report kat pengetua” ugut my prince pula (adoi mak, perasan plak aku).

Mereka semua terdiam, barangkali terfikir akan kemungkinannya.

“Ah, lupakanlah! Jom blah!” Lelaki yang bertubuh sasa itu sudah jauh berjalan ke depan, meninggalkan temannya. Eceh, tahu plak takut. Tadi nampak macam nak gaduh je.

“Maaf ye pasal tadi” Cheh, pandai plak mamat misai ni nak mintak2 maaf lepas dah batalkan wudhuk aku.

Ah, nasib baik aku selamat. Kalau tak, tak tahulah apa akan jadi. Tak pasal2 kang, aku kena belajar main ski kat tengah padang.

“And as for you...” aku terperangah... lupa sekejap yang puteraku ini masih ada di situ.

“Kalau tak suka, cakap saja terus terang” nasihatnya dalam suara yang masih tenang.

Dia senyum. Terasa hangat wajahku menerima senyuman sebegitu menawan. Ah, silau! Silau!

“Ma...maafkan saya...”

“Tak perlulah minta maaf. Nama awak apa?”

“L...Li...Liana” aku dan gagapku, sudah sebati sejak lahir. Bukanlah bermakna aku ini gagap orangnya, cuma aku amat jarang bersuara. Boleh dikategorikan sebagai pemalu tahap kura2 la. Satu penyakit yang tak dapat aku ubah sejak dari lahiriah.

“Saya Iqram Aqil”

Iqram Aqil... indahnya nama tu. Akan kuigaukan kau siang dan malam. Chewahh... Aku ni, dalam hati boleh le aku nak mengarut, tapi pada luarannya aku memang nampak pemalu dan tak banyak bercakap.

“First year?”

Aku mengangguk. Itu je yang mampu aku lakukakan.

“Kalau macam tu, ambil ni”

Sekeping kertas ditayangkan ke mukaku. Kelab Seni.

“Sebenarnya saya pun tengah mencari ahli baru” Senyumannya begitu menawan kalbu. Sanubariku seakan terpanggil untuk menjadikan senyuman itu milikku.

“Tapi saya takkan paksa awak masuk. Datang je kalau awak rasa awak nak join” ujarnya bersama senyuman yang tak lekang di bibir. Alahai... awak, saya rasa saya dah ter’suka’ kat awak la...

Aku memerhatikan langkahnya yang kian menjauh. Kertas di tanganku, kurenung dalam2. Kelab Seni...

Dan hanya dengan itu, aku dapati aku sudah berada di dalam bilik kelab itu.

“Tak sangka awak betul2 datang” sapa Iqram yang membuka daun pintu untukku. Wajahnya cerah dengan senyuman.

Walaupun aku langsung tak reti melukis, aku tetap datang ke sini. Semata2 kerana Iqram Aqil. Walaupun hanya dengan perkara kecil sebegini, aku mahu mendekatkan diriku padanya. Mungkin ini adalah satu2nya cara yang boleh kulakukan ketika ini.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review