|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Tuesday, August 12, 2008

Jodoh 2

Mumbling o milanhawkin at 8:04 PM
“Kak Imah!”

Aku yang baru saja menapak keluar dari bangunan Tun Razak, segera mencari si empunya suara. Siapa pula yang memanggil namaku itu?
“Laa... Shira ke?”

Shahira, juniorku sewaktu aku menuntut di Sekolah Menengah Teknik itu berlari2 anak ke arahku. Ish, budak ni. Boleh pulak main lari2 depan bangunan ni.

“Kak Imah! Ya Allah, lamanya tak jumpa akak! Akak buat apa kat sini?” soal Shahira yang sudah termengah2 ketika sampai di hadapanku. Aku tergelak kecil melihat telatahnya itu. Tak pernah berubah. Suka sangat berlari dan suka sangat bercakap masa tak cukup nafas. Aku menggeleng kepala.

Tanpa membuang masa, Shira memeluk tubuhku dengan gemas. Alahai, rindu la tu. Aku membalas pelukannya.

“Akak keje kat sini la. Shira pulak buat apa kat sini?” soalku pula sambil meneliti wajah anak gadis itu. Wajahnya yang putih melepak mula berona kemerahan.

“Shira tunggu abang. Shira pinjam kereta dia tadi, jadi Shira kena la ambil dia kat sini pulak” jawab Shira.

Abang? Mungkinkah.... Ah, tak perlulah aku berteka-teki. Aku sudah tahu jawapannya. Namun tak mungkin aku ingin memastikannya dengan Shira. Biarlah...

“Lamanya tak jumpa akak. Akak apa cerita sekarang? Dulu masa gi oversea takde pun bagitau Shira, tau. Kecik ati Shira” ujarnya sambil memuncungkan bibirnya yang merah. Alahai, comelnya kau ni Shira. Rasa geram nak cubit pipi tu.

Aku cuma mampu tergelak. Sememangnya kami agak rapat sewaktu di sekolah. Maklumlah, adik angkat kesayangan. Apa lagi Shira ni memang agak manja dan keletah orangnya. Terlalu banyak kenangan manis dengan anak gadis ini. Bila aku melanjutkan pelajaran ke luar negara, sudah tentulah dia merajuk bila aku tidak memaklumkan padanya. Tapi, aku punya alasanku tersendiri.

“Adik!”

Suara yang memanggil itu, aku kenal empunya dirinya. Tuhan, sudah lama suara itu tidak singgah ke cuping telingaku. Suara yang pernah kupuja dan yang masih menghuni setiap mimpi2ku. Aku kaku di tempatku, takut untuk berpaling.

“Abang! Oops, sorry, Shira lambat sikit. Meh la sini kejap” Shira sedikit melaung, memanggil si empunya suara tadi. Aku semakin berdebar2. Aku yakin, dia tidak mengenali diriku yang sedang membelakangkannya. Kalau dia tahu, sudah semestinya dia tidak akan mendekati kami.

Wangian ini adalah wangian yang sama dipakainya... ah, dia sudah berada di belakangku. Hati, tabahkanlah dirimu.

“Abang, kenalkan, ini Kak Imah. Fatimah Asyikin, kakak angkat Shira masa kat Sekolah Teknik dulu. Akak, inilah abang Shira yang Shira selalu cerita dulu tu, Adam Sufian” Shira yang riang, tidak menyedari raut wajahku yang sudah pucat.

Aku berpaling perlahan2, dan mengangkat wajahku dengan senyum yang sedia terpalit di bibir. Adam Sufian nampak terkejut. Matanya membulat. Wajah itu, masih seperti dulu. Tidak ada yang berubah. Ah, tidak, ada sedikit perubahan di situ. Jambangnya, walaupun tidak panjang tapi jelas kelihatan.

Tanpa suara, dan tanpa membalas senyumanku, Adam Sufian menarik tangan adiknya dan berlalu dari situ. Shira yang terpinga2 hanya mampu membuntuti langkah abangnya. Jelas sekali dia keliru.

Dan Adam Sufian makin mengecil pada pandanganku, sedikitpun dia tidak menoleh lagi.

2 demented soul(s):

tzaraz said...

Hemmm...Adam Sufian....dah start nampak menarik cerita nie.

Ummihana said...

Salam Milan...Kak Hannah datang berkunjung...

Di cari, rumah Milan asyik mendap, mcm rumah akak...so akak lepak sini jer lah lenkali iya, boleh, kan?

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review