|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, December 14, 2009

Amihana: Nilai Sekeping Hati 48

Mumbling o milanhawkin at 9:07 PM 13 demented soul(s)
Aku menatap cincin di jari. Cincin belah rotan. Cincin pertunanganku. Air mataku mengalir laju membasahi pipi. Aku sudah jadi tunangan orang. Baru seminggu aku keluar dari hospital, aku sudah disunting orang. Dengan ‘dia’ pula tu. Sakitnya hati aku.

“Ummi, Babah... kenapa terima pinangan dia?” aku menyoal dengan mata yang masih basah. Ummi dan Babah saling memandang untuk seketika. Apa yang peliknya dengan soalanku?

“Sayang, Ummi rasa inilah jalan terbaik untuk Hana. Lagi pula, kami nampak Dr Khairul tu baik orangnya” jelas Ummi lembut lalu menarik tubuhku ke sebelahnya. Aku memeluk Ummi dengan erat. Dengan lembut, Ummi menghapuskan sisa air mata di pipiku.

“Tapi.. dia kan dah kahwin, Ummi. Dah ada anak pun. Kenapa pula Ummi dengan Babah nak kahwinkan Hana dengan laki orang?!” aku keluarkan segala rasa tidak puas hatiku. Tidakkah mereka tahu status sebenar lelaki itu? Atau mereka tertipu dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh doktor muda itu?

Ummi dan Babah berkerut dahi. Tanpa menunggu jawapan dari mereka, aku berlari masuk ke bilik. Sampainya hati mereka buat aku begini. Sanggup mereka melihat aku menderita. Kahwin dengan suami orang bukanlah apa yang kuimpikan dalam sebuah kehidupan. Malah itulah yang paling aku ingin elakkan. Nampaknya sudah jodohku begini. Tapi, dapatkah aku menerima semua ini dengan redha? Tidak! Tidak! Ah, Balqish pula hilang entah ke mana. Kalau dia ada, boleh juga aku mengadu-damba pada adikku itu. Pasti dia faham akan masalahku ini.

Telefon bimbitku berdering memainkan lagu ‘Biarlah Rahsia’ yang menjadi kegemaranku.

“Hello...” aku bersuara lemah. Apa lagi melihatkan nombor itu tidak kukenali. Entah siapa mahu menelefonku saat2 aku mahu bersedih begini. Mengacau jelah!

“Assalamualaikum Hana” suara garau itu singgah ke telingaku, lembut dan bersahaja.

“Siapa ni?” suaraku berubah kasar. Aku sebenarnya dapat mengagak siapa di hujung sana. Maunya aku tidak kenal kalau setiap hari aku dihantui dengan leteran dan usikan sinisnya.

“Mak aih, takkan tak kenal tunang sendiri? Dahla tu, salam pun tak berjawab” Doktor Khairul tergelak perlahan. Aku merengus. Segera pula menjawab salam dalam hati. Dose ooo tak jawab salam.

“Dr Khairul?! Awak! Kenapa awak buat gini? Kenapa awak pinang saya?! Mesti awak dah bomohkan ummi dan babah supaya mereka terima pinangan awak kan? Isteri awak memang malang dapat suami macam awak ni!” aku menyerang tanpa belas. Nafasku turun naik. Kalaulah dia ada di hadapanku sekarang ini, memang aku cubit2 lengannya sampai lebam. Biar dia pula yang masuk hospital.

Dr Khairul tergelak sakan. Sukalah dia dapat kenakan aku agaknya. Suka dapat menambahkan sengsara di hati aku ni. Aku tak tahu apalah dosa aku padanya hingga dia suka hati nak menambahkan garam di hatiku ini.

“Isteri saya tak malanglah, dia tengah marah” Itulah Dr Khairul. Selagi dia boleh menjawab, dia akan jawab.

“Memanglah dia marah! Siapa yang tak marah bila suami nak kahwin lain. Dah ada anak berderet pun ada hati nak kahwin lagi satu”

Lagi2 dia ketawa. Jahatlah dia ni! Kesalku menebal.

“Anak berderet? InsyaAllah, kalau awak sudi...”

Ish, apa dia ni! Geramnya aku. Melayan karenah doktor tak betul ni memang boleh buat aku gila! Macam manalah dia boleh lepas pulak exam jadi doktor ni?!

Aku segera memutuskan talian. Padan muka! Ingat aku banyak masa nak layan dia? Kirim salam sikit!!

Namun tak lama kemudian, telefonku berbunyi lagi.

“Awak nak apa ni? Saya tengah susah hati ni. Besok2 sajalah saya marah awak. Sekarang saya nak tidur” bentakku penuh geram. Mengacau aje kerjanya sejak dari aku kenal dia sampailah sekarang. Tak habis2 dengan karenahnya. Tak habis2 dengan usikannya.

“Nak tidur apa maghrib2 ni Hana. Tak elok. Nanti suami tak sayang tahu”

“Suka hati sayalah! Awak peduli apa?” aku hampir menjerit dek kerana terlalu geram. Peduli apa aku kalau dia tak sayang aku pun. Ingat aku nak heran ke?!

“Tengok, cakap tengking2 dengan bakal suami, dosa tau”

“Alah, baru bakal, belum jadi lagi. Anyway, esok saya nak gi rumah awak. Saya nak jumpa isteri awak. Biar dia tahu cerita yang sebenar. Lepas tu, saya nak kita putuskan pertunangan kita ni. Saya tak hingin nak kahwin dengan awaklah!”

“Awak nak datang ek? Eloklah tu. Saya tunggu awak. Emm... awak nak ada saksi lain ke nak kita dua orang je? Tapi saya takut gak kena kahwin free. Penat je saya simpan duit nak kahwin dengan awak, last2 kahwin free. Emm... saya ajak mak bapak saya sekali la ye. Diaorang pun nak berkenalan jugak dengan bakal menantu kesayangan mereka ni. Ok, see you tomorrow darling”

Tup! Talian diputuskan. Aduhai, belum sempat aku membalas kata2nya, dia dah putuskan talian?! Arghh... sakitnya hati aku!! Sabar Hana, sabar. Esok kau jumpa dia kau belasah dia cukup2 depan bini dia, depan anak2 dia, depan mak bapak dia sekali. Biar dia rasakan. Biar dia kenal siapa Amihana!

Friday, October 9, 2009

Amihana: Nilai Sekeping Hati 47

Mumbling o milanhawkin at 5:18 PM 4 demented soul(s)
*Ampunnnn!!!! Selamat Hari Raya Semua!! I'm back.. tapi sekejap sajalah... milan sambung sikit je ek.. *

Hari2 yang berlalu dipenuhi dengan usikan dan sindiran dari doktor muda itu. Kadang kala, aku akan melenting marah dengan usikannya. Pada kadang yang lain pula, aku membatukan diri dari menjawab sindirannya. Tanpa aku sedari, dua minggu aku di Hospital USJ berlalu tanpa ada sedikit pun perasaan sedih.

Langsung tidak terungkit perihal Imran Hadi kerana aku terlalu sibuk mempertahankan diri di hadapan Dr Khairul. Bukanlah aku melupakan terus pada Imran Hadi, tetapi sebaik saja aku mahu mengenang kenangan pahit antara aku dan Imran Hadi, Dr Khairul akan segera datang mengganggu. Macam tahu2 saja aku sedang bersedia mahu berkubang air mata.

Jauh di sudut hati, aku amat berterima kasih padanya. Walaupun takkan mungkin aku akan mengaku perihal itu di hadapan lelaki itu.

Pada hati terakhir aku di hospital itu, Dr Khairul menjengah lagi. Seperti biasa, rutinnya adalah mengganggu ketenteraman hidupku sebaik saja dia selesai melakukan ‘rounds’ pada pagi itu.

“Hopefully I wont see you again” ujarnya sambil merenung tepat ke dalam mataku. Tangannya sedang menulis sesuatu pada file di hujung katilku.

Aku mencebik. Macamlah aku nak sangat jumpa dia. Dia yang datang terhegeh2 pada aku. Mengada!

“Nanti karang, ada pulak orang yang sengaja meng’accident’kan diri semata2 nak jumpa saya” kali ini lelaki itu tersengih memunculkan lesung pipitnya. Aku memalingkan muka.

“Tolong jangan buat saya muntah kat sini boleh tak?” aku menjeling sekilas. Dr Khairul tergelak kecil mendengar kata2ku.

“Dalam hati, siapa yang tahu, kan?”

Aku mendiamkan diri. Tension nyer melayan karenah dia ni. Kalau sehari tak sakitkan hati aku, rasanya dia tak boleh nak buat kerja kot.

“Awak balik hari ni kan? Rumah awak kat mana? Boleh tak saya datang rumah weekend ni? Mungkin saya nak bawak family saya sekali. Bolehlah kita sama2 berkenalan”

Aku menarik nafas panjang.

Apa semua ni? Kenapa pula tiba2 aku nak kena jumpa family dia?

“Apsal plak saya kena berkenalan dengan isteri dan anak2 awak, Dr Khairul? Boleh tak jangan nak mengarut?! Bosan la...”

“Mana ada saya mengarut Cik Amihana. Takpela.. kalau saya tak boleh nak jumpa family awak dan awak tanak jumpa family saya, apa kata kita jumpa dua-dua je?” lelaki itu tersengih sambil menayangkan lesung pipitnya.

Sekali lagi aku mendengus. Kenapa la dia ni tak reti nak berputus asa? Dan kenapa selalu nak mengarut depan aku. Depan Ummi dan Babah, pandai pula dia bersopan seolah dialah lelaki melayu terakhir dalam dunia ni.

Wajah Balqish yang muncul di muka pintu berjaya menyelamatkan mulutku dari terus berdosa!

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri utk Semua...

Mumbling o milanhawkin at 9:28 PM 6 demented soul(s)


Buat teman2 di thydivaontheloose.blogspot, milan ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri. Mintak ampun dan maaf atas segala kekasaran bahasa dan janji yang tak tertunai. Huhuh.. sampai sekarang pun milan masih tak sempat nak postingkan Amihana-next episode. Sungguh, masa sungguh terbatas. Apatah lagi di bulan mulia ini dan sekarang sudahpun menghampiri akhir Ramadhan. Persiapan Raya menuntut terlalu banyak masa milan yang ada.

Tahun ni milan beraya di kampung milan di Kelantan. Korang semua beraya di mana? Pada sesiapa yang memandu tu, BERHATI2 DI JALAN RAYA ye. Jangan bawak kereta laju2. Sentiasa ingatkan yang tersayang yang sedang menanti kepulangan kita. Pada yang tak balik beraya, jangan sedih pula. Maklumlah, tahun ni mungkin korang plak yang kena standby.. :) Nanti milan bawakkan kuih raya (itupun kalau korang dekat dengan kampung milan lah.. hehehe....jgn maree...)

Akhir sekali, milan doakan semoga kita semua dapat menikmati Hari Raya kali ini dengan penuh kesyukuran. InsyaAllah...

Monday, August 24, 2009

Jodoh 15 [END]

Mumbling o milanhawkin at 6:25 PM 14 demented soul(s)
Pagi yang nyaman. Indah. Burung2 menyanyi riang di dahanan pokok.

“Morning sayang” suara garau itu menjengah lembut telingaku.

Aku berpaling. Suamiku masih berbaring malas di atas katil. Tubuhnya yang tidak berbaju masih mampu membuat pipiku kemerahan. Aku kembali menikmati keindahan alam sambil cuba menenangkan debaran di dada. Ish, cepatlah gi mandi. Biarkan aku sendiri menikmati semua ini. Kalau bersama, takut dada ni pecah dek kerana terlalu bahagia.

Telingaku menangkap bunyi tapak kaki yang makin menghampiri. Dadaku makin berdegup kencang. Aduh mak....

“Still shy?” usiknya bersama gelak halus. Wajahku makin panas membahang. Apatah lagi bila tangan sasanya itu memeluk tubuhku erat dari belakang. Aku cuba meleraikan pelukannya, tapi makin kejap pula lengannya melilit. Serentak itu kudengar tawa kecil muncul dari bibirnya.

“Senyap je pagi ni... kenapa? Tanak tengok muka abang pun. Sampai hati sayang buat abang macam ni. Tak hensem ke abang sampai jeling abang pun tanak?”

Aku menggigit bibir. Tolonglah... dia ni tak henti2 buat aku malu bercampur geram. Kerjanya memanglah mengusik aku je dari pagi sampai ke malam. Aku jugak la terkulat2 tak reti nak membalas. Maklumlah.. dah jadi isteri kenalah hormat suami. Tapi kadang2 tu melayang jugalah sepit ketam sedas dua.

“Abang pergilah mandi dulu. Busuklah!” sengaja aku menekan perkataan ‘busuk’ itu seraya menekup hidung.

“Eh.. hello sayang... abang dah mandi sebelum subuh tadi lagi tau. Buat2 lupa pulak dia. Saja nak usik abang ek” Aku tertawa riang bila tangannya cuba menggeletek pinggangku.

Suamiku membalikkan tubuhku. Aku tunduk memandang dadanya sambil cuba menenangkan tawa yang meletus sejenak tadi.

“Ish.. pakailah baju tu. Tak malu betul”

Namun dia tetap memeluk tubuhku dengan erat.

“Abang masih tak percaya...” ujarnya seketika kemudian.

“Tak percaya apa pulak?”aku berkerut dahi.

“Tak percaya yang abang boleh kahwin dengan sayang. Abang ingatkan abang akan membujang sampai ke tua. Maklumlah, orang tu jual mahal sangat. Rasa baru semalam abang kena reject”

“Bukan ke orang tu yang tanak kita dulu. Kita taulah kita siapa. Saja je nak balas dendam, biar padan muka orang tu”

“Oooo... balas dendam ye. Meh sini nak balas dendam”

Suara kami bergelak ketawa rupanya sampai ke luar bilik. Ibu berdehem berkali2.

“Kot ye pun nak beramah mesra pagi2 buta ni, cubalah keluar dulu dari bilik tu. Dah lama ibu tunggu nak sarapan ni”

Ya Allah!! Lupa pulak aku.

“Ooo.. sayang tak tolong ibu masak ye” usik Adam sambil mencubit lembut pipiku.

“Eh, taklah. Imah dah tolong ibu masak. Imah masuk sini sebab nak kejutkan abang” dalihku. Memang pun aku sebenarnya terlalu asyik termenung sampaikan lupa nak tolong ibu kat dapur.

“Kalau betul sayang tolong ibu masak tadi, sarapan apa kita pagi ni?”

Shoot! Mana la sempat aku nak check. Bau pun tidak.... ah, tembak jelah...

“Erm... emm... mee goreng!”

Terkulat2 aku kemudiannya bila mendapati juadah nasi goreng kampung terhidang di meja makan. Wajahku dah tukar jadi kaler pelangi dah bila suamiku merenungku sambil mengulum senyum. Nak perli aku la kejap lagi tu.

“Sedapnya mee goreng yang ibu masak ni, kan sayang?” Haa... kan dah kena perli.

“Eh, mee goreng apanyer... kan nasi goreng ni. Kamu mamai lagi ke, Adam? Tu la... tak elok sangat amalkan tidur lepas solat Subuh ni”

Hahaha... tak sangka tanpa sengaja ibuku pula yang menembak dengan peluru berpandu. Adam kulihat tersenyum kelat.

“Tu la... perli orang lagi! Dose tau!” bisikku perlahan sambil menceduk nasi goreng ke dalam pinggan Adam.

Sebuah jelingan maut dihadiahkan padaku. Aku tahan saja gelak, takut suamiku makin merajuk pula karang. Dia ni memang kadang2 berperangai macam budak2.

“Malam ni siaplah... tanak kasi sayang tidur sampai pagi...” ugutnya dengan nada bisikan. Aku mencebik walaupun mukaku dah berapa kali bertukar warna. Mulut memang takde insuran. Nasib saja ibu dah keluar ke belakang rumah bersama rutin hariannya, menyiram pokok2 bunga kesayangannya.

“Imah sayang abang...” aku berbisik ke telinganya. Serta merta, wajah tampan itu mula kemerah2an. Aku tersenyum menang. Dah tau dah kelemahan dia yang satu.

Jodoh 14

Mumbling o milanhawkin at 6:24 PM 5 demented soul(s)
Aku mengaduh kecil saat tangan tua ibu bertukar menjadi ketam batu. Berkerut dahiku menahan pedih. Sakit woo...

“Cuba jangan nak malukan ibu kat depan tetamu kita ni” bisik ibu bersama nada mengeram. Aku memuncungkan bibir. Ibu ni... sakit tau main cubit2 gitu. Isk...

“Kenapa pula Imah tak nak kahwin dengan Adam? Boleh bagitau kami?” Puan Shila mula bersuara setelah sessi bisik-berbisik selesai antara mereka.

“Ermm... maafkan saya, makcik. Tapi, Adam kan dah bertunang. Saya taknak jadi isteri kedua” lidahku cuba mengatur ayat.

Aku mengerling ke arah Adam. Lelaki itu tampak terkejut. Eleh, macamlah aku tak ingat yang Sofea tu tunang dia. Tapi kira sporting la jugak family dia ni sebab sudi nak bagi anak dia kahwin dua.

Sekali lagi sessi bisik-berbisik dimulakan. Shira dah mula tergelak2. Entah apa yang lucunya. Adam menggaru2 kepalanya. Ibubapa Adam juga saling memandang sesama mereka.

“Sejak bila pula anak kami, si Adam ni bertunang?” Pn Shila kembali bersuara. Memang nampak sangat keter’kejut’an di wajahnya.

Ah, sudah. Kali ini aku yang menggaru kepala. Takkan aku salah dengar kot? Kan hari tu Shafik sendiri yang kenalkan aku dengan tunangnya? Adam sendiri ada kat situ kan?

“Maafkan saya, makcik. Mama, Papa, boleh kasi Adam peluang bercakap dengan Imah sekejap? Rasanya ada salah faham ni”

Salah faham? Excuse me...?

Tiba2 saja badanku ditarik keras hingga aku terpaksa berdiri. Aku merenung geram pada Adam yang sudahpun menarik tanganku supaya mengikuti langkahnya.

Terpinga2 aku membuntuti Adam yang tanpa menunggu persetujuan dari sesiapa terus saja mengheret aku keluar dari rumah. Nasib baik la aku tak dibawa lari jauh2, takat depan rumah bawah pokok nangka tu je. Sempat la jugak merembat selipar jepun.

Aku tahu Adam sedang memandangku. Bukan memandang, tapi lebih kepada merenung. Tapi aku malas nak berbalas pandang dengannya. Hati aku masih sakit. Luka itu masih berdarah. Pedih. Tengah merajuk ni!

“Imah...” Adam menyeru namaku. Aku buat2 pekak. Aku bermain2 dengan hujung baju kurungku.

“Saya tau awak marahkan saya”

Dah tau buat apa cakap lagi?! Huh!

“Please...forgive me...?”

Ah, malas nak layan! Maaf konon! Senang2 je minta maaf bila dh buat salah. Orang yang menanggung ni, macam mana pula?

“Imah... pandang muka saya. Saya tahu saya ada byk benda kena jelaskan pada awak. Jangan buat saya macam ni...”

Baliklah awak! Saya tak suka awak datang sini. Saya tak faham kenapa awak nak main2kan saya! Tak cukup lagi ke dengan apa yang berlaku sebelum ni? Tensen la saya macam ni...

“Imah!”

Tak tahulah berapa kali aku nak terkejut hari ni. Kali ini kerana Adam tiba2 saja melutut di hadapanku. Tanganku pula digenggam erat. Cepat2 aku mengerling ke arah rumah, mana tau ibu dengan yang lain2 tu dok mengintai gelagat kami. Buat malu je la Adam nih....

“Lepaslah!!” marahku sambil cuba menarik kembali tanganku dari genggamannya. Dah hilang akal agaknya Adam ni. Suka suki je nak buat macam ni, depan2 rumah aku pula tu. Kalaulah mak aku tahu, mau keras aku dikerjakannya.

“Please... maafkan saya. Saya tahu saya salah. Saya tau saya dah lukakan hati awak. Tapi awak juga kena tau, saya juga banyak menderita selama ni”

Aku mengertap bibir. Menderita? Huh...menderita hapa kebendanye pulak? Aku takde buat apa2 pun kat dia! Tiba2 pula nak salahkan aku balik. Dasar lelaki! Awak tu yang buat saya menderita tau!

“Saya betul2 tak faham dengan apa yang sedang berlaku ni, En Adam. Tapi saya mohon sangat2, cukuplah kelirukan perasaan saya sekarang ni. Cukuplah awak siksa perasaan saya ni. Saya dah tak boleh nak terima semua ni” keluhku dengan kesal. Rasa macam nak nangis pun ada ni.

“Imah, saya minta awak maafkan saya. Please listen to me, sayang. I know I am in the wrong. Saya layan awak dengan teruk. Tapi saya sedar sekarang yang semua sangkaan saya selama ni cuma satu salah faham. Semua tu Shafik dh jelaskan pada saya. Everything...”

Aku terdiam. Jadi dia dah tahu semuanya?

“I love you, Imah”

“Well, you never seemed to even like me before” ketusku walaupun agak terkinja jugak aku menerima kata2 yang suatu waktu dulu sering aku mimpikan keluar dari mulut lelaki ini.

“Awak patut sedar, selama kita di UK dulu, saya tak pernah layan mana2 perempuan. Hanya awak je yang berani nak bercakap dengan saya, berborak dengan saya. Awak ikut ke mana saja saya pergi. Mungkin kerana itu, lama kelamaan, saya jatuh suka pada awak. Tapi saya punya prinsip. Bagi saya, waktu itu, hanya ilmu yang saya mahukan. But, I made a promise with myself, saya akan melamar awak bila tiba masanya nanti”

“Easier said than done!”

“Yup, true. Saya makin sakit hati bila saya nampak awak dengan Shafik. Memang salah saya kerana menyangka yang bukan2, malah sikit pun saya tak selidik dari awak, mahupun dari Shafik. Tapi selama itu pun, hati saya masih teringatkan awak. I longed for you. You were always on my mind. Dulu...kini... dan InsyaAllah.. untuk selamanya. Adam Suffian hanya untuk Fatimah Asyikin”

Erk! Sejak bila si Adam ni pandai bermadah penuh helah ni? Naik seram sejuk pula rasanya badan aku. Tak boleh jadi ni. Aku tak boleh termakan pujuk rayu dia ni. Kan aku dah nekad tanak ada apa2 hubungan lagi dengan mamat ni. Kan? Kan?

“Selama ni... saya ingatkan awak main2kan saya... sebab tulah...” suaranya makin mengendur, makin perlahan dan wajahnya menunduk.

Ish, apa kejadah pulak aku nak main2kan dia? Bila masanya?

“Awak tuduh saya macam2. Awak kata saya tak layak utk sesiapa...” aku melepaskan perasaan yang berbuku di hati.

Makin kejap genggamannya. Ish dia ni, tolong le lepas tangan aku. Dah berpeluh sakan ni... Air mata pun dah start nak merembes keluar. Erk... dah keluar pun.

“Please...look at me...” rayunya.

Aku diam tak berkutik. Masih tetap menunduk sejak dari tadi. Takut untuk memandang wajah tampan milik Adam. Takut jatuh cinta sekali lagi!

“I love you!” ini kali kedua Adam mengucapkan kata keramat itu. Hati terasa makin mencair plak.

“I really do, sayang. Walaupun selama ini saya salah sangka pada awak, saya masih tetap sukakan awak. Saya sangka, dengan berjauhan dari awak, saya akan dapat melupakan awak. Tapi... rindu saya makin parah. Bila saya jumpa awak kembali, cinta saya makin melimpah ruah. Hati saya ni.. makin menyayangi awak. Mungkin sebab itulah yang buat saya jadi kejam pada awak. Kerana saya sangka hanya saya sorang yg ada perasaan begini. Please sayang, maafkan saya?”

Air mata ini gugur lagi. Kali ini bukan kerana aku sedih. Sebaliknya kerana bahagia yang teramat sangat. Walaupun hati ini masih meragui kebenarannya, aku masih mahu menghargai perasaan yang kualami ketika ini. Sungguh, ianya begitu indah.

Jemari Adam meraih wajahku. Air mataku disapu lembut.

“Walaupun pada masa saya sangka awak mempermainkan hati saya, saya tak mampu membuang awak dari fikiran saya. Setiap malam, hanya awak yang saya mimpikan. Saya marah pada Shafik kerana mempergunakan awak. Saya marah pada Muaz sebab dia cuba mengurat awak. Saya benci pada lelaki2 yang suka pandang awak. Jadi, tolong jangan siksa saya lagi Imah. Please have me and I will give you all the happiness in the world, InsyaAllah”

Ya Allah... nak tergelak pun ada. Bila masa lah si Muaz tu nak ngurat aku? And ada ke lelaki yang nak pandang aku? Halusinasi betullah dia ni...

“Jadi... awak dah tau pasal...Shafik...Maria...”

Adam mengangguk2kan kepalanya.

“Shafik dah terangkan segala2nya pada saya. Sempatlah jugak saya hadiahkan penumbuk kat muka dia tu. Nasiblah dia menjawab dengan Maria nanti” tukas Adam dengan geram.

Ish dia ni! Sibuk je nak tumbuk2 orang! Apa kes ntah!

“Yang awak tiba2 nak tumbuk Shafik tu apasal pulak?! Apa pun yang berlaku dulu tu takde kaitan dengan awak pun tau” marahku bercampur geram.

“Tapi dia dah gunakan awak. Dia gunakan kebaikan awak padahal dia tahu awak tu gadis yang macam mana. Dia tahu awak boleh simpan rahsia. Awak pula tetap akan rasa bersalah sebab tolong mereka kan? Selama ni, tidur awak mesti tak lena kan?”

Aku mengeluh perlahan. Memang benar kata2 Adam itu. Namun, yang berlaku sudahpun berlaku. Sepatutnya aku perlu terus menuju ke hadapan. Yang penting, mereka sudahpun berbahagia sekarang.

“Awak janganlah pandang serong pada Maria. Dia tetap sahabat saya. Shafik pun sama. Lagipun, itu masa lampau mereka. Tolong jangan ungkit lagi pasal ni ye...” aku merayu. Teringat pada Maria. Teringat pada Shafik.

“Saya faham. Awak janganlah risau. Just marry me, and we’ll be okay”

Adam tersenyum padaku. Aku sekali lagi dilambung rasa bahagia. Namun rasa bahagia itu cuma seketika bila tiba2 saja wajah Sofea menjelma di minda.

“Wait... Sofea... awak kan tunang Sofea! Saya kan dah cakap saya tanak jadi bini no. 2!”

Eww! Simpang malaikat 44!

Adam tergelak. Dia kembali menggaru kepalanya hinggakan rambut lurusnya itu menutupi dahinya.

“Apa yang awak merepek ni? Takkanlah saya nak kahwin dua. Dengan Sofea pula tu. Ish...”

“Habis... malam tu...kan Shafik...ermm...there’s just no way I would misunderstand something like this!” tukasku geram. Impossible kan?

“Yeeeee.... betullah apa yang sayang dengar tu. Tapi kan saya tak mengiyakan pun. I never say a word, remember? Hmm...sayang jeleaous ek?”

Jeleaous? Sekius me! Takde masa ok nak jeles2 ni.

“So... ermm... Sofea tu bukan tunang awak?”

Adam menggeleng kepalanya. Aku menggigit bibir.

“Habis kenapa Shafik kenalkan Sofea as your fiance?”

Adam mengangkat bahu.

“Maybe sebab Sofea yang hebahkan berita ni kot. I dont know and I didnt care. Masa tu Adam terlalu frust dengan sayang, so I just let it be. So, cakaplah, were you jealous?” Adam tersenyum2.

“Jadi... awak bukan tunang orang? Bukan tunang Sofea?”

Adam menggeleng2kan kepalanya. Tubuhnya semakin rapat ke arahku. Tanganku digenggam erat.

“Kita kahwin ye, sayang” bisiknya sambil mencium lembut jemariku.

Aku tunduk, menyembunyikan senyuman yang mula menghiasi wajahku.

“Allright!” Adam menjerit sambil memberikan isyarat ‘OK’ ke arah rumahku. Rupanya satu keluarga itu, termasuk ibuku sendiri sedang menyaksikan drama tak bertajuk ini.

Waktu itu, wajahku sudah berubah menjadi warna pelangi. Dengan geram aku mencubit bahu Adam sekuat hati.

Thursday, June 4, 2009

Jodoh 13

Mumbling o milanhawkin at 6:42 PM 17 demented soul(s)
Aku merenung ke jendela. Nyamannya udara kampung. Kalaulah aku ni punya harta berbillion, aku rasa aku akan lebih senang melepak kat kampung macam ni je. Tak payah nak risau pasal duit kalau duit dah menimbun. Tak payah kerja. Rileks je memanjang. Hehehe... bestnye berangan2 mat jenin ni.

Angin yang sepoi2 bahasa seakan membelai lembut wajahku. Mata pun segar je memandang bendang sawah yang sedang menghijau. Pokok2 buah merendang di sepanjang laluan pejalan kaki. Kereta memang susah nak masuk sini. Nama pun jalan kampung.

Namun suasana sebegini sememangnya indah. Memang cantik. Mana nak dapat landscape macam ni kat KL sana kan? Asap kereta banyaklah kat sana. Ni yang buat rasa macam nak pindah balik kampung aje. Lagi best!

Aku memejamkan mata seketika sambil menghirup udara segar. Kalaulah boleh begini selamanya. Tak payah bersusah payah terperangkap dalam jam. Tak perlu bersesak2 dengan orang ramai masa shopping. Tak perlu jumpa orang yang tak sukakan aku. Tak perlu nak rasa terhina. Tak perlu nak rasa marah. Tak payah lagi rasa sakit hati. Tak payah lagi nak mengalirkan air mata saban malam. Aku nak lepas dari semua ni... nak bebas!

Tit tit! Tit ti!

Ish... terhenti sekejap meditasi aku. Lantas hati ini berdebar2. Aku tahu siapa yang menghantar mesej ke telefon bimbitku. Dan sebenarnya sudah hampir seminggu aku dihantui dengan karenahnya. Telefonnya tak pernah kuangkat. SMSnya pun tak ingin aku nak balas. Aku biarkan semuanya berlalu bagaikan angin. Biar padan muka!

Walaupun terbit juga rasa ingin tahu kenapa dia mencariku, tapi kutabahkan jiwa dan ragaku agar menepis segala pujukan naluri. Aku membelek skrin. Terbeliak mataku membaca mesej tersebut.

‘Saya kat depan rumah awak. Boleh keluar kejap?’

“Wh...what?!!!” aku terlompat dari katil. Confirm wajahku sedang pucat tak berdarah sekarang ni.

Ibu!!!!!!!!

Wait, tunggu dulu.... mungkin dia saja nak main2kan aku tak? Yelah, aku kan dah berpatah arang, berkerat rotan dengannya. Mungkin dia nak balas dendam dengan buat aku terkejut macam ni. Nasib je takde sakit jantung.

Aku menjinjit perlahan menuju ke ruang tamu. Sampai ke tingkap, aku menolak sedikit daun tingkap. Mataku meliar mencari bayangan lelaki itu. Biar betul nih... takde pun...

Sedang aku terhendap2 begitu, tak sedar ibuku sibuk memerhatikan gelagatku.

“Ni apsal terhendap2 ni? Mengintai sapa ni?” sergah ibu.

“Mak!!!” aku menjerit dek terkejut yang amat sangat. Aku mengurut dada. Tak habis lagi terkejut dek Adam, ibu pula datang menyergah.

“Yang kamu dok mengintai kot tingkap tu kenapa? Kamu tunggu sapa?” ibu menjelingku tajam. Aku tersengih sambil menggaru kepala yang tak gatal.

“Mana ada, ibu...”

“Assalamualaikum....Assalamualaikum...”

Hah! Aduh mak! Betul ke dia ni...

“Waalaikumsalam....” jawab ibu sambil membuka pintu. Aku pula berlari masuk ke bilik. Sempat juga ibu menggeleng kepala melihat telatahku sambil mengomel sendiri. Mengutuk akulah tu.

Sayup2 aku mendengar Adam memperkenalkan dirinya. Mesti ibu terkejut menerima kedatangan lelaki itu yang tidak pernah sekalipun kusebut namanya di hadapan ibu. Eh... kenapa aku dengar macam ramai je yang datang? Perlu ke aku keluar sekali? Tak mahulah...

“Imah! Buatkan air untuk tetamu kita ni” laung ibu.

Alaaaa....

“Baik, ibu” aku menjawab lemah.

Eh, berapa ramai ek... dari balik langsir pintu aku mengira. Satu...dua...tiga...empat...lima... ish... ramainyer!

Bergegas aku kembali ke dapur sebaik saja aku menangkap Adam memerhatikan tingkahku dengan senyum di bibir. Merah mukaku seketika. Malunya! Eh, tapi...kenapa pula aku nak malu?!

Aku akhirnya keluar menatang dulang berisi air dan sedikit kuih muih. Nasib baik ibu memang tengah buat kuih koci kegemaranku. Adalah juga juadah untuk dihidang. Tak tahulah betapa merahnya mukaku saat aku menjadi perhatian beberapa pasang mata itu. Terketar2 jugalah dulang yang kupegang tu.

“Jemputlah...” hampir tak kedengaran suaraku saat itu.

Kemudian, seperti yang diajar oleh ibu, aku tunduk menyalami setiap tetamu perempuan di situ. Ada yang tua. Ada yang muda. Eh, Shira pun ada? Gadis itu tersengih penuh makna ke arahku. Aku pula, membalas senyumannya dengan gementar. Aduh, apa kes ni?!

Baru saja aku mahu berpaling untuk kembali ke bilik, ibu menyuruhku duduk di sisinya. Mahu tak mahu, terpaksalah jua aku bergerak ke sisi ibu.

“Oh...inilah Imah ye...” seorang perempuan yang agak berusia namun masih jelita tersenyum mesra ke arahku.

“Yelah, Kak Shila. Inilah satu2nya anak saya” Tetamu yang dipanggil Kak Shila oleh ibuku itu tersenyum lagi sambil mengangguk2kan kepalanya kepada lelaki berumur di sebelahnya.

“Cantik kan mama?” puji Shira pula. Erk...kembang nih kena puji...

Adam tiba2 saja bangun dari tempat duduknya dan tanpa segan silu menempatkan dirinya di sebelahku. Eh eh... apahal mamat ni? Sekeh kang! Makin rapat pula aku mengendeng sebelah ibu.

“Mama, tolong ye. Adam nak kahwin dengan Imah” Hampir tersedak aku dibuatnya (walaupun aku tak minum apa2pun masa tu) bila mendengar kata2 Adam. Bulat mataku merenung wajahnya.

Tetamu2 itu pula dengan senang hatinya bergelak ketawa. Lucu ke? Ibu pun turut sama tersenyum bagai nak rak.

“Yelah.. yelah... bagila mama dengan papa uruskan hal ni” ujar ‘Kak Shila’.

“Abang Adam ni tak malu betul” usik Shira bersama tawanya. Adam buat2 tak dengar. Aku masih memandang wajah Adam, cuba menafsirkan maksudnya sebentar tadi.

“Imah tak nak!!”

Amik ko! Sekarang semua mata tertumpu padaku. Nampak sangat mereka tak faham dengan sandiwara yang sedang berlaku di hadapan mereka sekarang ini.

Tuesday, May 26, 2009

Macam mana nak buat episode

Mumbling o milanhawkin at 8:43 PM 3 demented soul(s)
Khas utk K Tyea dan comei...

*Maaf, milan x dpt nak email. Jadi milan kongsi kat sini saja ye... hopefully bleh dijadikan panduan

Ini script yg milan pakai...
Contoh:
+<+b><+i>~Amihana: Nilai Sekeping Hati~<+/i><+/b><+br/>
+<+a href="http://thydivaontheloose.blogspot.com/2008/05/novel-amihana-nilai-sekeping-hati.html">[Proloque I]<+/a>
+<+a href="http://thydivaontheloose.blogspot.com/2008/05/novel-amihana-nilai-sekeping-hati_16.html">[Proloque II]<+/a>

*pastu buangkan tanda '+' yang milan letak tu ek
*address http://blablabla tu korang amik saja dari archive.

Any question? milan akan jawab dekat comment nanti ye...

Saturday, May 23, 2009

Jodoh 12

Mumbling o milanhawkin at 2:03 PM 10 demented soul(s)
“So... are you going out with Muaz?” Adam mengajukan pertanyaan itu secara tiba2, membuat aku mengangkat mukaku dari helaian2 kertas yang kutatap sejak aku melangkah masuk ke dalam bilik kerja Muaz.

Waktu itu hanya kami berdua di dalam bilik ini. Muaz pastinya sedang sibuk melayan pelanggan di luar. Memang dari tadi pun, aku tidak menghiraukan sangat kehadiran Adam di situ. Malas...

“Apa maksud En Adam?” soalku kembali. Aku memang tak berupaya memahami lelaki ini. Sungguh tak tercapai dek akalku dengan perangainya.

“Soalan tu... dah jelas kan? I’m asking you whether you are going out with one of my friend. The answer...?” kali ini dia mencerlung ke arahku. Aku mengertap bibir.

“Apa yang buatkan En Adam fikir yang saya akan keluar dengan dia?”

Dan kenapa nak sibuk? Namun soalan itu hanya tersekat di kerongkong.

“Just a hunch. Lagipun kau bukan jenis perempuan yang akan lepaskan apa yang ada depan mata. Kau pun bukan muda lagi. Patutnya dah ada calon. Maybe you are considering him?” Adam mencebik.

Ish! Kenapalah dia ni suka nak menyakitkan hati aku? Kalau tak kerana aku perlu siapkan audit ni, mati hidup semula pun aku takkan jejakkan kakiku ke sini.

“I’m not” jawabku ringkas. Geram betullah dengan dia ni!

Memang betul pun. Aku tak pernah terfikir untuk keluar dengan Muaz. Lelaki itu memang baik. Peramah. Caring. Tapi dia bukan lelaki yang aku inginkan. Dan aku tahu, Muaz sendiri tak pernah menganggapku lebih dari seorang teman.

Betul, ada sekali dua kami keluar bersama. Itupun setelah diasak berulang kali oleh Muaz. Dan kami keluar pun, bukan untuk dating atau untuk suka2. Semuanya kerana kerja.

“Good! Sebab kau tak layak untuk lelaki sebaik itu” sinis sekali kata2 itu keluar dari bibir tipis Adam.

Ya Allah, sabarkanlah hatiku saat ini. Rasa mahu saja aku cekik2 leher makhluk tuhan di hadapanku ini. Rasa macam nak campak je kertas2 audit ni ke muka mamat ni. Biar dia buat sendiri kerja ni. Mulut memang takde insuran! Buat sakit hati saja!

“Sebenarnya, apa dosa yg saya dah buat pada awak, En Adam? Saya betul2 tak faham, apa yg buatkan awak benci sangat kat saya ni” akhirnya kuluahkan perasaan yang berbuku.

Adam merengus. Perangai mengalahkan budak2 aje.

“Sebab kau suka mempermainkan perasaan seorang lelaki!” suara Adam sudah meninggi. Dia bangun dari kerusinya dan berdiri di hadapanku, membuat aku tergamam seketika.

Oh god, since when? Bila masa pula aku ni perempuan yg suka nak buat benda2 bodoh macam tu? Boyfriend pun tak pernah ada...

“And I know...”

“Know what?”

“What kind of woman you are!”

Aku menghempaskan fail yang kupegang ke atas meja. Aku benar2 sudah hilang sabar.

“Seriously, En Adam. Straight to the point sajalah. Saya dah malas nak berteka-teki dengan awak. Dan saya bukannya tunggul nak terima saja apa yang awak bagi pada saya!” lantang aku bersuara. Aku memandang tepat ke wajahnya, merenung matanya. Biar dia tahu siapa aku. Cukuplah aku menjadi patung bernyawa di hadapannya.

“I saw you...” dia bersuara seketika kemudian. Pandangannya penuh dengan tuduhan.

“What?”

“I saw you coming out from that clinic with Shafik. Years ago, in UK. You didnt look too well at that time. And I know what you did there...”

Shoot! Dia nampak aku? Jadi... dia tahu apa yang berlaku? Rahsia antara aku, Shafik dan Maria, bukanlah rahsia lagi pada Adam...?

“Kenapa diam? Dah tahu bersalah, kan? Sanggup kau main2kan aku, Imah! Siang hari kau goda aku, ucapkan cinta pada aku. Malam hari, kau menjalang dengan Shafik, you best friend’s boyfriend! Aku begitu bodoh sebelum ni sebab percaya yang kau ni gadis suci. Rupa2nya musuh dalam selimut”

Aku mengertap bibir. Rasanya hanya tuhan saja yang tahu betapa sakitnya hati aku saat ini. Betapa terhinanya aku. Begitu sekali Adam memandang diri ini. Dengan sewenang2nya dia membuat andaian.

“You tend to saw only the worst in me, didnt you?” tak sedar air mata ini mengalir ke pipi. Barulah aku faham kini kenapa Adam begitu membenciku.

“I saw the fact! Kenapa? Still tanak admit?”

“Kalau saya nafikan pun, awak takkan percaya, bukan? Jadi, biarlah... suka hati awaklah nak anggap apa pun. Maafkan saya. Saya nak balik dulu. Kerja ni saya akan siapkan di office” aku mengalah. Air mata kukesat dengan lengan baju.

Ibu! Imah nak balik jumpa ibu!

Thursday, May 14, 2009

Jodoh 11

Mumbling o milanhawkin at 7:54 PM 3 demented soul(s)
“Tak sangka kau boleh invite lagi perempuan tu datang rumah kau” Adam bersuara, seolah tak puas hati. Jemarinya bermain2 di bibir gelas berisi fresh orange itu. Matanya memandang tepat ke arah Shafik. Sofea pula hilang entah ke mana. Mungkin bersama teman2nya yang turut serta hadir.

“Kenapa pulak tak boleh? Dia kan kawan Maria. Kawan Maria, kawan aku jugak” Shafik berkerut dahi.

Dia sendiri kurang faham mengapa Adam sejak dari dulu tidak menyukai Fatimah Asyikin. Mungkin dia merasa rimas dengan layanan gadis itu yang agak berlebihan sewaktu mereka sama2 menuntut dulu? Tapi seingatnya, pada awal Fatimah Asyikin mengurat Adam, lelaki itu tidak pernah bersikap ‘verbal’. Paling kuat pun, Adam akan buat2 pekak bila saja Fatimah Asyikin berbual2 dengannya. Hanya semenjak tahun akhir mereka di sana, barulah terserlah kebencian Adam pada gadis itu. Sebab? Shafik tidak pernah bertanya.

“Friends with benefit? What a friend...Hmm...kau ni betul2 open mindedlah” Adam seolah menyindir.

“What do you mean?” Entah kenapa, Shafik terasa hati walaupun dia tidak berapa faham dengan kelakuan Adam kali ini.

“Well, no point of digging the past. Tapi kau buat keputusan yang betul by marrying Maria” Adam mengukir senyum tidak ikhlas.

“Of course! Maria kan the love of my life. Ish, aku tak faham la apa yang kau cuba nak cakap ni” ujar Shafik sedikit berang.

“Ah, takpelah. Forget it. Aku doakan kau sentiasa bahagia dengan Maria. She’s a good wife, jangan sia2kan dia” nasihat Adam pula. Kemarahan Shafik mengendur sedikit.

“So, kau pulak, bila the big day?” soal Shafik, malas mahu melayan rasa tidak puas hatinya tadi. Lebih baik mereka bercakap tentang hal lain.
“Next week, next month... siapa tahu?” ujar Adam tanpa minat. Matanya lebih tertumpu pada gadis yang sedang berbual mesra dengan Maria di pojok sana.

“Macam nak membujang sampai ke tua je...?” telah Shafik dengan nada bergurau, namun tidak ditanggapi oleh Adam. Nampak sangat Adam tidak mahu membicarakan hal hubungannya dengan Sofea. Memang selama ini pun, amat jarang sekali Adam mahu membawa tunangnya itu ke mana2. Malah, majlis pertunangannya pun dirahsiakan. Tau-tau saja, bila Sofea sendiri memberitahu berita itu padanya.

Adam mengeluh perlahan. Matanya masih terus terarah pada gadis itu. Shafik tahu siapa yang dipandang Adam tapi hanya mendiamkan diri. Kata orang, jangan diusik sarang tebuan...

Tuesday, April 28, 2009

Amihana: Nilai Sekeping Hati 46

Mumbling o milanhawkin at 6:30 PM 6 demented soul(s)
Aku menguis2 nasi yang berada di hadapanku. Sungguh aku tak berselera. Lidahku sudah hilang deria rasa. Segala apa yang kutelan terasa seperti batu saja menerjah masuk ke kerongkong. Pedih. Perit. Apa lagi bila tangan kananku tidak berupaya menyuapku makanan dengan keadaan berbalut begitu. Aku terkial2 sendiri. Aku jadi teringat pada Imran Hadi yang tak reti nak makan guna tangan. Hatiku jadi pilu dengan kenangan itu, namun cepat2 aku menyedarkan diri sendiri bahawa tiada gunanya untuk aku mengenang masa lalu.

Aku mengeluh sendirian. Walaupun badanku sudah beransur sihat, namun tenagaku masih lemah. Kata Ummi, mungkin aku sendiri yang tak mahu pulih dari keadaanku sekarang ini.

'Jangan ikutkan hati sangat, sayang. Ikut hati nanti mati, ikut rasa pasti akan binasa. Banyak2kan berdoa' Ummi memang pandai berkata2. Namun nasihatnya itu benar belaka.

Balqish sudah lama pulang ke rumah. Kasihan adikku itu, kepenatan menjagaku sepanjang minggu ini. Babah dan Ummi juga turut sama menemani adikku itu pulang. Mereka juga kelihatan begitu letih. Ah, makin menebal rasa bersalah ini. Kesal kerana menyusahkan mereka, walaupun aku tahu mereka takkan pernah menganggap aku ini beban.

Adli dan Aida juga tak jemu menjengukku di sini. Kamal Hadi juga. Tampak benar dia merasa bersalah kerana mendengar kata2ku pada hari itu. Namun aku lega kerana lelaki itu berjanji untuk terus menganggapku sebagai sahabat. Benarlah telahanku, bahawa dia benar2 sayangkan Balqish. Takpelah, sekurang2nya aku tak perlu lagi menambah sakit kepalaku dengan hal Kamal Hadi. Memang sudah bukan jodohku dengannya.

Aku tumpang gembira bila mendengar Adli dan Aida akan bertunang sebaik saja tamat pengajian tahun akhir kami. Ah, cepat benar mereka ini merancang. Kalau sudah jodoh, takkan ke mana, bukan? Kahwin muda bukan semuanya membawa kepada kehancuran. Aku yakin mereka memang saling sayang menyayangi.

Auntie Zue ada juga melawatku, bersama2 dengan Imran Hadi. Tapi aku tak mampu memandangnya langsung. Marah, dendam, kesal, benci dan malu, semuanya bercampur baur menjadi satu. Malah lelaki itu juga tidak menunjukkan kesudian untuk berbual2 denganku. Takutkah? Bencikah? Malukah? Hanya dia dan Allah saja yang tahu.

Sudah benci benarkah awak kepada saya, Imran? Sudah hilangkah perasaan kasih itu? Jika awak menganggap saya ini sebagai kawan, tidakkah awak ingin tahu kenapa saya jadi begini? Begitu senangnya awak bermain dengan perasaan. Mudahnya awak mengalihkan kasih.

Tak sedar air mataku menitik membasahi pipi. Tuhan, sabarkanlah jiwaku ini. Bantulah aku untuk melupakan segala2nya. Walaupun aku kurang pasti mengapa Imran Hadi memperlakukan aku begini, namun aku sedar, cinta takkan pernah boleh dipaksa.

"Awak sedih sebab saya tak suapkan awak ke?" Aku segera mengangkat muka mendengar suara itu seakan bergema di bilik kecil ini. Cepat2 aku mengesat mataku.

Tak guna betullah dia ni!

Doktor Khairul bergerak mendekati katilku dengan senyum terukir di bibir. Lesung pipit di pipinya seakan memaksa aku memerhatikan wajahnya. Manis, walau mungkin tidak boleh dikategorikan sebagai tampan. Ah, apalah ada pada rupa kalau perangai menyakitkan mata dan hati.

Kali ini dia tidak memakai jubah doktornya seperti selalu. Selesa berkemeja corak dan berseluar slack, lelaki itu melabuhkan punggung di tepi katilku. Aku merenungnya tanpa kata. Apalah mamat ni nak. Mahu mengusikku lagi? Tapi kata2nya selalu membuatkan aku berang.

"Mak awak tak pernah ajar ke, tak baik main2kan makanan macam tu. Nak makan buat cara nak makan" sindirnya sinis. Tengok tu, bukannya dia nak cakap baik2 dengan aku. Selalu saja menyindir dan memperli.

Aku memejamkan mata untuk seketika. Dia memang sengaja cari pasal dengan aku ni. Tak nampak ke tangan kanan aku ni berbalut? Rasa nak sepak je muka dia ni.

"Mak awak tak pernah ajar ke suruh fikir dulu sebelum bercakap? Allah dah kurniakan otak, pandai2lah fikir sendiri" tempelakku akhirnya. Lelaki itu sekadar tergelak kecil sebelum mengambil pinggan nasi itu dari pehaku.

"Garangnya makcik ni. Macam singa. Nasib takde taring je. Kalau tak mesti awak dah ratah2 dah daging saya ni kan?"

Aku mencebik.

"Siapa sudi nak makan daging awak tu. Mesti kena keracunan makanan nanti. Saya masih sayangkan organ2 dalaman saya ni" aku membalas bersahaja.

"Kalau sayang, kenapa pergi langgar kereta orang? Kan dah berbalut sana sini. Lebam satu badan. Memang tak sayang nyawa" tempelak doktor itu lagi, menambah minyak ke dalam api amarahku.

"Kalau awak datang sini setakat nak sakitkan hati saya, baik awak tak payah datang. Kalau dah habis kerja, balik je la. Kesian dekat anak bini awak kat rumah tu kan, dapat laki dan ayah jenis macam awak ni" aku bertambah berang.

"Isteri saya mesti cakap saya ni lelaki paling romantis dalam dunia ni. Anak saya pulak mungkin anggap saya ni ayah paling macho kat Malaysia" Dah, masuk bakul angkat sendiri pulak.

Ya Tuhan, rasa nak termuntah pulak aku dengar. Betullah dia ni dah hilang akal. Memang nasib malanglah bini dia dan anak2 dia ni. Aku rasa mak ayah dia mesti trauma dapat anak macam ni. Jadi, maknanya dia ni laki oranglah. Patutlah gatal semacam!

"Meh saya suapkan. Saya tahu awak takleh nak makan guna tangan kiri. Dari tadi dok terkial2. Sampai bila2 pun takkan habis nasi ni" Doktor Khairul menyuakan sudu berisi nasi dan ikan ke mulutku.

Aku menutup mulutku rapat2 sambil menggeleng2kan kepalaku. Tak mahulah!

"Bukak mulut tu atau saya cium awak kat sini jugak!" pandainya dia memaksaku. Terpaksalah aku membuka mulut dan menerima suapannya. Mana mungkin aku membenarkan suami orang berbuat sesuka hati padaku. Selisih malaikat 44.

Selain Kamal Hadi, dia lelaki kedua yang pernah menyuapkanku. Imran Hadi sendiri tak pernah seromantis ini. Hatiku jadi sayu. Aku sudah hilang kedua2 Hadi dari hidupku. Kedua2nya tidak pernah mahukan aku dalam hidup mereka. Aku ini rupanya cuma persinggahan sementara untuk mereka.

"Awak ni... cuba jangan ikutkan sangat perasaan awak tu. Ingat Tuhan, ingat mak bapak, ingat family awak. Jangan asyik fikirkan benda2 yang tak elok. Tak baik untuk kesihatan awak"

Aku diam, malas nak membalas. Makin dilayan, makin menjadi.

"Atau...awak memang nak duduk kat hospital ni lama2? Nak temankan saya? Saya tahulah saya ni lelaki idaman malaya, tapi awak tak payah nak bersusah payah macam ni. Saya ni dah memang hak awak"

Aku menjeling ke arahnya. Lelaki memang suka berkata2 tanpa memikirkan perasaan penerimanya. Aku jadi muak.

Saturday, April 25, 2009

Jodoh 10

Mumbling o milanhawkin at 3:51 PM 1 demented soul(s)
Aku mengenakan sehelai dress tanpa lengan bertanahkan coklat dan berbunga biru, dipadankan dengan sehelai baju kebaya pendek dari corak yang sama. Rambutku yang lurus dan panjang, aku kemaskan dengan pin rambut berwarna kuning susu. Kemudian aku kenakan pula secalit lipstik pada bibirku. Ringkas dan bersahaja. Aku memang tak pernah pandai nak bersolek. Cukup dengan bedak dan lipstik. Simple dan ringkas.

Sebetulnya aku menerima jemputan dari teman lamaku, Maria dan Shafik yang kukenali semasa belajar di UK. Maria juga merupakan salah seorang teman sebilikku merangkap teman yg paling rapat denganku ketika di sana. Cuma bila kembali ke Malaysia, kami jarang2 bertemu atau berjumpa. Paling akhir aku berjumpa Maria, ketika hari perkahwinan mereka 3 tahun lepas.

Aku sampai ke rumah Maria & Shafik di Damansara tepat2 pukul 9 malam. Waktu tu dah ramai juga yang datang. Ish, rasa segan pula datang berseorangan begini. Tapi, aku nak ajak siapa lagi? Ah, tawakal sajalah Fatimah Asyikin...

Sedang aku memasukkan kunci kereta ke dalam handbag, pandanganku tertancap pada sebuah kereta BMW. Aku kenal kereta ni... Adam! Kenapa kereta dia kat sini? Dia memang tinggal kat kawasan ni ke? Atau dia memang kenal dengan Shafik? Mungkin juga, sebab Adam juga dari universiti yang sama. Tapi aku tak pernah tahu Adam dan Shafik adalah kawan..?

“Imah!” namaku diseru lembut. Wajah Maria menjelma di hadapanku. Cepat2 aku mengukir senyum, tak mahu Maria mengesan perubahan pada wajahku ketika ini.

“Mar... apa khabar? Makin sihat kau sekarang ye” sapaku sambil memeluk erat tubuh Maria. Tubuhnya yang dulu langsing dan kurus kini sudah semakin berisi, walaupun tidak langsung menjejaskan kecantikan asli wajah lembut Maria.

“Macam mana la aku tak gemuk, Imah. Hari2 kerja aku cuma melepak saja kat rumah. Nak kerja, Shafik tak bagi. Cantiklah kau malam ni. Lama betullah kita tak jumpa kan? Eh, jomlah masuk. Takkan nak berbual kat sini” Maria terus memimpin aku masuk ke dalam banglo mewah 2 tingkat itu.

Bertuahnya Maria, dapat kahwin dengan kekasih hati dan kebetulan pula Shafik tu memang anak orang kaya. Tak perlu nak bersusah payah mencari rezeki macam aku ni. Ish, tak baik pula aku cakap macam ni. Macam nak menyalahkan takdir pula. Astaghfirullah...

“Darling, tengok siapa datang ni” jerit Maria dengan senyum lebar. Kami berjalan membelah manusia2 yang membanjiri kawasan taman banglo tersebut. Maria ni, cakap nak jemput teman2 rapat je. Ini, semua pun aku tak kenal.

“Eh, Imah! Lamanya tak jumpa kau. Apa khabar kau sekarang?” Shafik menyungging senyum. Masih macam dulu, Shafik ini murah dengan senyuman.

“Alhamdulillah, sihat je. Kau macam mana?” aku berbasa-basi.

“Aku macam biasa je. Penat sikit melayan puteri ni. Merajuk aje kerjanya” usik Shafik pada Maria. Muncung mulut Maria disambut tawa oleh aku dan suaminya. Terus saja Shafik memeluk pinggang Maria seakan memujuk. Aduh, bahagianya pasangan ni. Rasa cemburu pula.

“OK, korang borak2 dulu. Mar ambilkan air untuk korang ye. Darling, take care of my dear friend ni tau”

“Lama tak jumpa kau” Shafik merenung wajahku. Aku senyum macam biasa.

“Yup, dah lama”

“Kau macam menghilangkan diri je lepas balik ke Malaysia” lelaki itu seolah cuba menyalahkanku.

“Mana ada, Fik. Aku busy dengan kerja, cari rezeki tanggung mak aku kat kampung. Kau pun busy dengan company kau, Mar dengan aktiviti dia, maybe sebab tu la kita jarang jumpa”

“Dah lama kita tak borak2 macam ni kan? I missed the old UK-days”

“Emm...” aku merenung high-heels hitamku.

Flashback...
“Imah, please, you’ve gotta help me. Me and Maria!”Shafik merayu. Wajah itu meminta simpati. Aku jadi keliru.

“Fik, kenapa aku? Lagipun, ini kerja gila tau. Gila! Aku tak sangguplah nak bersubahat!”

“Imah, kau kena tolong kami. Kami dah takde jalan lain lagi.”

“Ini kerja gilalah, Fik. Aku tak nak terlibat!” aku cuba bertegas. Sungguh aku tak nak terlibat. Dosa ni!

“Tolonglah, Imah. I beg you. Sekali ni je. Tolonglah ye...”

“Ishh!!”

“Demi Maria, Imah. For your friend. Please...” Entah berapa kali Shafik dan Maria merayu, barulah aku bersetuju untuk menolong Shafik dan Maria. Itupun bila aku ingatkan Maria yang asyik menangis berhari2 membuatkan aku jadi lembut hati. Entahlah, sampai sekarang pun aku masih dihantui peristiwa itu.

“Thanks” ucapan Shafik itu menyedarkan aku dari lamunan singkatku. Aku mendongak memandang wajah Shafik.

“For what?” aku mengerut dahi.

“You know for what. Aku tak sempat nak ucapkan terima kasih kat kau dulu. Dari pihak Maria juga. Aku tahu Mar takkan pernah ungkitkan pasal ni pada kau, sebab dia masih malu dan sedih” terang Shafik.

“I did it for Maria, not for you. Jadi kau tak perlu ucapkan terima kasih pada aku” ujarku, mengalihkan mata ke arah lain.

“Yes, and you’re such a good friend. Thanks alot, Imah. Aku takkan pernah lupa apa yang kau dah pernah buat untuk kami”

“No need to thank me, Fik. I did what I had to do. Dosa kita tanggung sama2, kan? Tapi Alhamdulillah, kau pegang pada janji kau dan kahwin dengan Maria. Itu dah cukup bagi aku”

“And he loves me very much, Imah. So dont worry, dear. And thank you” tiba2 saja Maria berdiri di sebelahku dan memelukku erat.

“Fik, meriah betul birthday party kau kali ni” O’ooo.... Suara itu membuat aku kaku di hadapan Maria dan Shafik.

“Alah, Adam. Biasa je la. Jemputnya sikit, tapi ramai pulak yang datang. Takkan aku nak halau pulak tetamu yang datang”

Aku berpaling. Aku nampak wajah Adam yang berubah mencuka. Mesti dia tak sangka akan berjumpa dengan aku di sini. Di sisinya, berdiri seorang wanita cantik dan bergaya dengan mengenakan sehelai dress hitam separa lutut. Seksi. Nampak sepadan dengan Adam yang kacak dan segak dengan kot hitamnya.

“Err...Hi.. saya Fatimah Asyikin, kawan Maria dan Shafik” aku memperkenalkan diri seraya menghulurkan salam pada gadis cantik itu. Gadis itu hanya menyambut antara mahu dengan tidak saja.

“Oh? Fatimah Asyikin? Ini ke perempuan yang you cakap tergila2kan you masa kat UK dulu tu, Yang?” Eh? Macam mana dia tahu? Mataku terarah pada Adam dengan terkejut. Adam hanya merenungku tajam tanpa bicara.

“Err... Imah, yang ini Sofea, tunang Adam” ujar Shafik, seakan cuba meleraikan suasana tegang itu. Aku sekadar mengangguk perlahan.

Tunang? Jadi Adam sudah bertunang... Hati, kenapa perlu kau rasa kecewa sedangkan dari dulu lagi sudah tahu Adam takkan menjadi milikku.

“Kami bertunang sejak kecil, family arrangement. Tapi kami still a lovey-dovey couple” Sofea menjeling padaku, seakan memberi amaran bahawa Adam adalah haknya.

Entah apalah yang Adam ceritakan pada tunangnya itu hinggakan begitu jelas sekali Sofea cemburu. Apa yang nak dicemburukan? Bukankah Adam juga membenciku? Jadi aku bukanlah ancaman dalam hubungan mereka. Manusia ini memang pelik.

“Mar, kat mana ladies room?” aku cuba melarikan diri, tak mahu menjadi melukut di sisi Adam.

“Ermm.. jom aku tunjukkan” Maria mempelawa. Aku meminta diri dari mereka semua.

“Sorry, Imah. Aku tak sangka Adam datang malam ni. Selalunya kalau buat party, dia bukan nak datang pun” Maria seolah tahu apa yang aku fikirkan.

“Takpelah, bukan salah kau pun. Tapi aku tak tahu pula Shafik dengan Adam tu kawan baik?”

“Lah... diaorang kan pernah jadi roommate masa kat UK dulu” Maria merenung pelik ke arahku, seolah2 itu semua pengetahuan am yang patut aku tahu.

“Eh? Ye ke? Aku tak tahu pun”

“Sekejap je. Lepas tu Adam pindah ke rumah lain. Tapi selalu juga dia lepak kat rumah Shafik dulu. Aku pun selalu terserempak dengan dia masa aku kat rumah Shafik dulu” cerita Maria panjang lebar.

“Oh...”

Jodoh 9

Mumbling o milanhawkin at 3:50 PM 0 demented soul(s)
Aku menekan2 perut. Senak. Pedih. Isk, gastrikku datang lagi! Cepat2 aku menggagau tangan mencari ubat gastrikku di bawah laci. Ah, nasib baik ada lagi. Dah lama betul penyakitku yang satu ini tidak datang menjengah. Mungkin disebabkan aku terlupa untuk makan tengah hari tadi, ataupun dek kerana stress memikirkan Adam.

Dua biji kapsul kutelan. Tanganku mencapai botol mineral yang sememangnya tersedia di mejaku dan meneguk rakus. Cepatlah hilang wahai penyakit. Aku paling tak suka kalau tubuhku ini tak sihat. Susah aku nak buat kerja.

“Hi, Imah. How’s the meeting last week? Hope everything was fine?” tiba2 saja Jackie muncul di hadapan mejaku.

Aku mengerut dahi sambil mengangkat muka ke arahnya. Ah, lambat betul ubat ni nak bertindak.

“Eh, kenapa ni? You sakit ke? Muka you pucatlah” Jackie segera mendepangkan tangannya dan meraba dahiku.

“Having a fever?” soalnya lagi. Aku menggeleng2kan kepala. Kalau dah sakit macam ni, aku memang malas nak bercakap. Harapnya dia faham aje bahasa badan aku ni.

“Then, period pain?” Jackie terus menerus menyoal.

“Gastric” jawabku sepatah. Aku memejamkan mataku sejenak, mahu mengelak dari menjawab pertanyaan Jackie.

“Oh my... you tak lunch ye. Hold on ya, I’ll get you something” Jackie akhirnya meninggalkan sisiku.

Aku merenung jam dinding office. Sudah pukul 4 petang rupanya. Waktu2 begini, hanya beberapa kerat saja penghuni office ini yang tinggal. Suzila pula entah ke mana. Mungkin ada urusan di luar. Biasanya mereka semua ni lebih banyak berurusan di luar pejabat. Lebih2 lagi dengan keadaan ekonomi Malaysia sekarang ni yang memaksa kami mencari client dengan lebih banyak.

Sebaik saja aku menghabiskan biskut bersama tuna yang dibawa Jackie, perutku terasa lebih lega. Dada pun dah semakin kurang sesaknya. Ah, nasib baik ada Jackie. Ada juga yang bertanyakan khabar.

“You’d better take care of yourself, Imah. Skipping lunch would do you no good. I know you wanna diet, but that’s not the way” Jackie yang sedari tadi memerhatikan aku makan mula bersuara semula.

Aku tersengih. Bila masa pulak la aku nak diet ni? Aku bukan dah kurus ke? Hahaha... tapi aku malas mahu menafikan kenyataan Jackie.

“I promise I wont skip lunch again. You have my word on it. Lagipun I terlupa la, bukan sengaja” jawabku dengan senyuman kecil. Gelihati melihat betapa risaunya Jackie.

“Good! Anyway, I ada hal mahu cakap dengan you. I would like you to take up Delicious You account, can or not? I got too much on my hand la right now. And my son is not really feeling well lately, so I always got to be home before 6. Pleaseeee.....” Sudah, Jackie ni dah buat muka kesian pulak.

Aisehmen... ini yang aku taknak ni. Bila dah start something, mesti terus kena ambil alih sampai habis. Aku gerun mahu berjumpa dengan Adam lagi. Confirmla dia akan sakitkan hati aku lagi. Isk...

“Can it not be me? I’d rather not take it up. Orang lain boleh tak?” aku pulak cuba buat muka kesian. Entah menjadi, entah tidak.

“Uh-huh... nope. I dont trust anyone as much as I trust you, Imah. I know I could always count on you. And Mr Adam is one of our new biggest client for us. Delicious you is not his one and only company, you know. We might be entrusted with his other companies’ accounts. Oh, come on. Dont be a spoil sport. Be confident. I already talked to Mr Khaidir about this and he totally agrees”

Siot betul la minah cina ni. Terus je bincang dengan boss tanpa beritahu aku dulu. Susah la aku nak menolak macam ni.

“If the boss says so...”

Matilah aku lepas ni. Confirm!

Monday, April 13, 2009

Amihana: Nilai Sekeping Hati 45

Mumbling o milanhawkin at 9:11 PM 3 demented soul(s)
Perlahan2 aku membuka mata. Beratnya mata ni. Di mana ni? Segalanya berwarna putih. Siling, dinding, langsir... sakitnya kepala...

“Hana...” itu suara Ummi. Aku berpaling mencari empunya suara. Ummi, Babah dan Balqish rupanya sedang mengelilingiku.

Kupandang wajah Ummi yang kelihatan sayu. Mata Ummi merah bagaikan baru lepas menangis. Babah yang berdiri di sebelah Ummi juga kelihatan muram.

“Kak Hana!” Balqish memelukku erat. Aku jadi kebingungan. Kenapa mereka begini? Apa yang dah berlaku?

“Ummi...” terasa sakit tekakku. Bagaikan berpasir.

“Hana sayang, Hana nak air?” bagaikan mengerti, Ummi menyuakan segelas air ke mulutku.

Balqish menolongku mengangkat kepalaku. Ya Allah, terasa lemah seluruh tubuh ini. Tekakku yang tadinya umpama berisi pasir, kini agak berkurangan pedihnya. Aku meneguk hampir separuh gelas. Ah, lega betul.

“Hana kat mana ni, Ummi?” aku cuba bersuara lagi walaupun masih serak2 basah.

“Hospital, sayang. Hana accident” terang Ummi. Tangannya mengusap2 rambutku dengan penuh kasih sayang.

“Kak Hana, jangan takutkan kami lagi. Qish tak nak Kak Hana tinggalkan Qish” ngongoi Balqish pula. Aku mengerutkan dahi. Accident? Bila? Adakah...

Aku memegang dadaku. Sakit. Sakit sangat. Kenapa aku jadi teringat pada Imran Hadi? Teringat pada gadis yang memeluknya erat. Teringat pada wajah tanpa rasa bersalahnya. Sakit...

“Kak Hana... kenapa ni? Sakit dada? Kejap, Qish panggilkan doktor” Aku memegang erat lengan Balqish, menghalangnya bangun.

Aku menggelengkan kepala sambil cuba mengukir senyum. Ummi dan Babah yang tadinya juga menunjukkan riak bimbang, mula berubah sedikit tenang.

“Dah berapa lama Hana kat sini?” aku mengajukan soalan pada mereka sambil cuba membetulkan baringku. Rasa kebas sedikit tubuhku. Kulihat kaki kiriku berbalut dengan simen. Tangan kananku juga dalam keadaan yang sama. Teruk juga aku accident rupanya.

“Tiga hari. Kami ingatkan...” beritahu Babah dengan terbata2. Kasihan kulihat Babah yang cuba menahan sedihnya. Terasa bersalah membuat mereka semua bimbangkan aku.

Tiga hari... Tiga hari lamanya...

“Alhamdulillah.. akhirnya Hana sedar jugak. Tiga hari Hana tak sedarkan diri, kami ingatkan dah takde harapan lagi. Nasib baik dah takde apa2. Tangan dengan kaki Hana patah. Nasib baik yang lain OK. Cuma lebam di sana sini” Ummi kembali mengalirkan air mata. Babah menepuk2 lembut bahu Ummi, menenangkan isteri tersayang.

“Maafkan Hana, Ummi, Babah, Qish...” aku pula yang sebak kini. Sungguh aku bersalah pada mereka yang menyayangiku. Tak patut aku buat begini, walaupun bukan ini pintaku. Tapi rasa kecewa yang mendalam rupanya membuat aku tak berdaya mengawal kereta.

Dari cerita Balqish, keretaku meluncur laju melanggar sebuah kereta Honda dan kemudian keretaku dirempuh pula oleh sebuah kereta pacuan empat roda. Nasibku baik bila aku tidak meninggal di tempat kejadian, sebaliknya hanya koma beberapa hari bersama patah tangan dan kaki. Ya Allah, cuainya aku.

Seketika kemudian Babah memanggil seorang doktor untuk memeriksa keadaanku. Doktor Khairul (seperti yang tertulis di name tag-nya) berkali2 menasihatkanku supaya banyakkan berehat. Nampaknya terpaksalah kutangguhkan kuliah tahun akhirku. Banyak benar dugaanku tahun ini. Harapnya aku boleh menghadapinya dengan tabah.

“Lain kali, bawak kereta tu jangan laju2. Jalan raya tu bukan medan perang. Bukan juga tempat berlumba. Not even a place for you to release your tension. Be careful next time. Kalau awak ada masalah, better bercerita dengan somebody, jangan pendamkan seorang diri” Doktor Khairul berbisik. Aku terpempam.

Nasib baik juga keluargaku sedang memerhati dari jauh. Kalau tidak, tentunya mereka dapat melihat betapa merahnya mukaku saat itu. Cheh, macam mana doktor ni boleh tahu pulak?

Aku sekadar menjelingnya. Malas mahu membalas. Suka hati awaklah nak cakap apa pun, tuan doktor!

Stetoskopnya dijauhkan dari dadaku. Dia mula menulis2 di atas file yang dibawa bersamanya tadi.

“Tak elok masam2 muka macam tu. Kalau awak senyum sikit, mesti ramai yang tergoda” Eh, dia ni, mengusik pulak?!

“Saya tengah sakit ni, lebam sana sini, macam mana nak senyum, dan mana ada orang boleh tergoda. Mengarutlah doktor ni! Dah sudah check tu, keluar je la” tukasku geram, malah sedikit kurang ajar.

Orang tengah sakit macam ni, boleh pulak dia nak mengusik. Mana aku tak marah? Sakit badan, sakit hati, sakit segala2nya!

“Saya tergoda je” jelas terserlah lesung pipit di sebelah pipi kirinya. Ingat awak tu hensem ke? Ingat saya ni apa?

Aku mencerlung geram ke arah doktor tinggi lampai itu. Aku jadi benci. Benci lelaki. Benci semuanya. Lelaki semuanya sama. Semua tak boleh dipercayai. Semuanya gatal. Semuanya mahu mempermainkan perempuan!

Belum sempat aku mahu membidas, Doktor Khairul bergerak keluar dari bilikku dan memanggil keluargaku masuk. Dia berbual2 dengan Babah di luar bilik. Ah, malaslah aku nak melayan. Aku letih. Aku nak tidur. Aku nak rehat.

“Dah, Hana rehat dulu ye. Dengar cakap doktor tu. Biar Ummi dan Babah balik dulu. Malam nanti kami datang lagi” Ish, sapa nak dengar cakap doktor gatal tu? Meluat aku tengok muka dia.

“Qish?” Ummi memandang Balqish. Kulihat Balqish menggeleng2kan kepalanya beberapa kali.

“Qish nak temankan Kak Hana” jawabnya. Ah, Balqish memang adikku yang manis dan lugu.

“Baiklah. Nanti Ummi bawakkan barang2 Qish sekali. Sayang rehat dulu ye” Ummi mencium lembut kedua pipiku. Babah juga menunduk dan mencium dahiku. Ah, aku takkan pernah kekurangan kasih sayang mereka. Aku patut bersyukur, walaupun mungkin tiada lelaki yang mahukan aku, aku masih punya Ummi dan Babah yang terlalu sayangkan aku. Aku juga ada Balqish yang akan sentiasa berada di sisiku di saat susah dan senang.

Namun, luka di hati ini... apakah akan ada ubatnya?

Saturday, April 11, 2009

Amihana: Nilai Sekeping Hati 44

Mumbling o milanhawkin at 10:34 PM 7 demented soul(s)
Hatiku tidak terasa pedih. Tidak sakit. Malah air mataku juga tidak terasa mahu mengalir. Aku masih tenang. Tapi... aku tahu. Kesakitan itu hanya aku akan rasakan bila aku berseorangan nanti.

Aku memandang Imran Hadi. Lelaki itu tampak serba salah. Wanita yg datang bersama dengannya tadi sudah hilang entah ke mana setelah Imran Hadi membisikkan sesuatu ke telinga wanita itu. Kamal Hadi pula setia menungguku di luar sana. Aku memejamkan mata seketika, cuba mencari kekuatan yang semakin hilang.

“Patutlah susah betul saya nak jumpa awak...” aku cuba memulakan perbualan. Ingin saja ketika itu aku menghamburkan segala rasa kecewa yang kurasakan saat ini. Mungkin masih ada sedikit kewarasan yang bersisa membuatkan aku berlagak tenang ketika ini.

Imran Hadi menggigit bibir. Apakah dia merasa bersalah?

“SMS saya tak berbalas. Bila nak call, tak pernah pula awak angkat...” aku mencuba lagi. Aku ingin sekali mendengarnya menidakkan semua ini. Hanya sedikit penafian, dan aku akan mempercayai segala katanya.

Tapi Imran Hadi masih berdiam diri. Duduknya resah, serba tak kena pada pandanganku. Tak mahukah dia menjelaskan segala2nya padaku?

“Siapa perempuan tu?” akhirnya aku bertanya.

“Girlfriend saya”

Terasa sebuah pisau tajam mencucuk rakus jantungku saat ini. Imran Hadi langsung tidak memandang wajahku. Permainan apakah ini? Kenapa awak begitu berterus terang?

“Habis... saya ni... siapa?” makin perlahan suaraku. Sungguh aku malu! Sangkaku, kami ini adalah pasangan kekasih. Mungkin aku tidak pernah menyatakan betapa aku sayangkan dia kini. Mungkin ini semua salahku kerana tidak pernah berterus terang. Aku biarkan dia bermain tarik tali. Aku biarkan dia meneka2 sendiri. Mungkin inilah balasannya padaku.

“Awak... cuma kawan saya. Maafkan saya kalau awak dah salah faham”

Begini senangkah seorang manusia itu boleh berkata2? Bagaimana dengan kasih yang telah tersedia untuk kuhulurkan padanya? Kenapa bila aku sudah begitu percaya padanya, dia sanggup pula menghancurkan harapanku?

“Sampai hati awak, Imran. Thank you for this lesson. I’ll remember it..forever..” dengan tenang, aku bangun dari tempat dudukku, dan terus keluar dari restoran tersebut. Tidak sekalipun aku mendengar Imran Hadi menahanku. Terasa diri ini memang tidak bernilai di matanya.

Kamal Hadi segera mendekatiku.

“Biar abang hantarkan Honey balik?” pelawanya. Wajahnya mengandung kebimbangan. Aku cuba untuk mengukir senyum, namun gagal sama sekali. Akhirnya aku menggelengkan kepala.

“Saya drive ke sini. Takkan nak tinggalkan kereta kat sini pulak” ujarku.

“Abang hantarkan ke kereta” Aku diam, menurut saja kehendaknya. Aku tak mampu melawan.

Aku hampir2 saja jatuh, saat kakiku terasa tidak bermaya lagi untuk melangkah. Seluruh tubuhku terasa lemah. Kamal Hadi cuba untuk memapahku, namun sekali lagi aku menolak khidmatnya. Tidak, aku harus bangun dari kekecewaan ini. Biar berapa kalipun aku harus tersungkur, aku perlu bangun dengan kekuatanku sendiri.a

“I’m worried, Honey. Mana boleh Honey drive macam ni” Kamal Hadi agaknya masih cuba memujukku untuk menghantarkan aku pulang.

Aku menekan alarm kereta dan membuka pintu. Aku pandang Kamal Hadi sekilas.

“No need. Nanti apa pula kata Balqish. Saya tak nak...” aku tak mampu lagi untuk berkata2. Penat... sungguh aku penat...

“Abang cuma nak hantar Honey balik aje. Abang risau kalau apa2 jadi pada Honey nanti”

“Tak perlu awak nak risaukan saya, Kamal Hadi. Awak cuma perlu risaukan Balqish”

“Honey, please... I still love you”

Aku sekadar tergelak kecil. Kenapa Kamal Hadi masih mahu mempermainkan aku begini?

“Awak nak cakap yang awak tak sayangkan Balqish? Tak cintakan Balqish? Begitu?”

Kamal Hadi diam, menunduk. Tangannya bermain2 dengan cermin sisi keretaku.

“Kalau awak sayangkan saya, tinggalkan Balqish!”

Kamal Hadi mengangkat muka dengan wajah terkejut. Aku pasti kini, bahawa Kamal Hadi juga mencintai Balqish. Ah, lelaki...

“Kenapa awak masih nak nafikan yang awak cintakan Balqish? Awak mesti tak dapat bayangkan hidup awak tanpa dia kan? Macam saya juga, Balqish terlalu istimewa dalam hidup saya”

Lama Kamal Hadi mendiamkan diri di sisi keretaku. Aku menarik nafas panjang.

“Saya dah lama maafkan awak, Kamal Hadi. Mungkin hubungan kita dulu adalah satu kesilapan. Malah, awak juga mungkin merasa bersalah pada saya, jadi awak harapkan saya masih dapat menerima awak kembali. Tapi saya yakin, awak takkan mungkin tinggalkan Balqish. Awak sayangkan dia kan?”

Akhirnya, lelaki itu mengangguk jua. Peliknya, aku langsung tidak merasa sakit hati mahupun kecewa. Mungkin kerana sudah lama aku menerima kenyataan ini. Inilah kebenarannya.

“Saya balik dulu ya. Terima kasih kerana temankan saya hari ni” Aku menghidupkan enjin kereta, dan tanpa pamit, aku berlalu dari One Utama. Sebaik saja kereta ini memasuki lebuhraya, air mataku mengalir laju. Pandanganku kabur dek air mata yang membanjiri pandanganku.

Wednesday, April 8, 2009

Amihana: Nilai Sekeping Hati 43

Mumbling o milanhawkin at 2:28 PM 3 demented soul(s)
‘Honey, I need to see you. Where can we meet?’

SMS itu kupandang dengan kerut di dahi. Perasaanku bercelaru. Keliru. Perlukah kubalas?

‘Sorry. Sy xnk Qish benci sy’

Satu-satu aku menekan pad telefon bimbitku. Apa benda la si Kamal Hadi ni nak dari aku lagi? Aku tak mahu Balqish menaruh prasangka. Lagipun, aku sudah tidak ada urusan dengannya lagi.

‘Jgn risau. Ini bukan psl kita. Ini psl Imran Hadi. Pls Honey, u need to hear me out’

Kamal Hadi masih mendesak. Aku makin benci bila dia asyik memanggilku ‘Honey’. Bukankah aku dah haramkan perkataan itu untuknya?! Tapi... apa pula halnya dengan Imran Hadi dengan Kamal Hadi?

Aku akhirnya bersetuju untuk berjumpa dengan Kamal Hadi di One Utama. Kami berjanji untuk berjumpa di depan pintu utama. Kamal Hadi terus saja menarik tanganku dengan kemas dan membawaku masuk ke dalam Sushi King. Beraninya dia!

Aku merentap tanganku keras sambil menjeling tajam ke arahnya.

“Honey, duduk dulu. Abang nak cakap something ni” pujuk Kamal Hadi sambil cuba menarik tubuhku untuk duduk. Akhirnya aku mengalah. Aku mengalah kerana aku ingin tahu apa yang lelaki ini mahu bicarakan tentang Imran Hadi.

“Awak, boleh tak stop this nonsense of ‘abang & Honey’ ni? Awak obviously sedang bahagia dengan Balqish. Jangan...”

“It’s because I still love you, Honey. Mana boleh abang lupakan Honey macam tu je” dia memotong percakapanku.

“Please la, Kamal Hadi. Jangan cuba nak keruhkan keadaan sekarang ni. Baik awak ceritakan saja apa yang awak nak cakap pasal Imran Hadi. Saya tak nak dengar benda lain” tegas aku nyatakan pendirianku. Lelaki memang tak boleh dibagi muka.

Kamal Hadi menarik nafas panjang. Mungkin sedang cuba menyusun ayat?

“Kekasih yang awak sayang dan cinta tu...” kata2nya berbaur cemburu....

“... sekarang ni sedang bercinta dengan perempuan lain! Dia cuma mainkan awak, Honey!”

Aku kaku memandang wajah Kamal Hadi. Aku cuba tersenyum sinis. Berguraukah lelaki ini?

“Awak... saja je nak kacau hubungan saya dgn dia kan? Awak sengaja reka cerita ni!” suaraku kedengaran sebak.

“Abang takkan tipu Honey psl benda2 macam ni. Tolonglah percaya, Honey”

Aku sebenarnya percaya, kerana saat itu aku melihat Imran Hadi memasuki restoran yang sama bersama seorang gadis kacukan yang sedang memeluk pinggang lelaki itu dengan rapat.

Saturday, February 21, 2009

Jodoh 8

Mumbling o milanhawkin at 1:54 PM 5 demented soul(s)
Terasa fikiranku jauh menerawang. Entah kenapa, hari ni terasa jiwang gile pulak. Lebih2 lagi bila otakku ini asyik memikirkan tentang pertemuan antara aku dan Adam pada minggu lepas. Lagi2 aku mengeluh. Lelaki itu memang punya impak yang sangat besar pada kehidupanku. Kenapa aku tidak mampu melupakannya?

Sepanjang mesyuarat tersebut berjalan, aku langsung tidak berani menentang matanya. Aku sibuk mencatat maklumat yang diperlukan, dan hanya membuka mulut bila ada soalan yang harus kutanyakan. Suasana di dalam ketika itu begitu tegang. Terlalu serius. Hanya Muaz yang ceria. Muaz memang lelaki yang baik. Dan dia nampaknya punya pertalian yang rapat dengan Adam. Kerana, hanya Muaz yang berani membuat Adam mencerlung padanya.

“Since I’ve got your card, kalau saya ajak awak keluar, OK kan?” Muaz berdiri di sebelahku dengan senyum menggoda. Terasa membahang seketika pipiku ketika itu. Ini kali pertama ada lelaki yang mengajakku keluar.

Waktu itu, mesyuarat kami selesai dalam masa setengah jam saja. Adam sendiri nampaknya ada urusan lain yang perlu diuruskan. Tanpa berbasa-basi, dia menyuruhku keluar.

Aku mengerling sekilas pada Adam yang sedang membenahi beberapa fail yang mungkin ingin dibawanya bersama. Dia tidak mengangkat muka pun. Ah, apa yang aku fikir ni? Takkan dia nak marah kalau ada lelaki yang ingin bersama denganku. Aku ini, bukan sesiapa padanya.

“Ermm... InsyaAllah.” Jawabku malu2. Muaz segera menghantarku keluar dari pintu restoran.

“See you soon, then” ujarnya. Sekali lagi bersama senyuman di bibirnya. Aku mengangguk.

Ketika aku sampai ke tempat parking, sebuah kereta BMW Sports 320i berwarna biru gelap berhenti betul2 di sebelahku. Terkejut juga aku dibuatnya. Siapa pula ni ye? Kenapa nak berhenti kat sini pulak? Atau pemandunya aku kenal? Aku mana ada kawan yang pakai kereta mewah macam ni.

Cermin gelap kereta itu diturunkan. Adam!

“Dont...” kali ini pun, kata2nya dituturkan tanpa memandang wajahku. Begitu sekali awak tak mahu tengok muka saya kan?

“Dont...?”

“Dont you ever think you could’ve fooled me over these years. Muaz terlalu baik untuk perempuan macam kau!” keras Adam bersuara.

Aku menggigit bibir. Hatiku berdebar2.

“S..ss...saya tak buat2 apa2pun...” kenapa lidahku tak mahu berfungsi di hadapan lelaki ini?

“I can see right through you, Fatimah Asyikin. Jangan ingat aku akan tengok saja apa yang kau sedang lakonkan sekarang ni” dan untuk itu, dia menekan minyak keretanya.

Aku mengeluh. Kalau aku kena jumpa dia ni hari2, memang sakit jantung dibuatnya. Asal saja kami berada dalam jarak 100 meter, jantungku sudah berdegup laju bagaikan baru menghabiskan larian 200 meter berpagar. Nasib baik aku hanya menggantikan tempat Jackie. Minta2lah, itu kali terakhir aku berdepan dengan Adam Suffian.

Wednesday, January 28, 2009

Jodoh 7

Mumbling o milanhawkin at 10:47 PM 2 demented soul(s)
Adam mengerling pada susuk Muaz yang baru saja melangkah masuk ke biliknya dengan senyum sinis di bibir. Dia seakan tahu Muaz sedang mengejek sikapnya yang tidak professional. Antara teman dan musuh dalam dunia perniagaan, Adam amat dikenali sebagai lelaki tanpa emosi. Poker face. Robot. Itu semua gelaran yang diterimanya, juga tanpa perasaan.

Wajahnya sentiasa nampak tenang walau dalam apa keadaan sekalipun. Kerana itu, susah untuk sesiapa menangkap apa yang sedang bermain dalam fikirannya. Sesiapa pun tidak akan dapat menduga langkah yang bakal diambil Adam. Muaz sendiri pertama kali berdepan dengan Adam yang sebegini. Ini kali pertama dia memaparkan perasaanya pada orang lain. Semuanya kerana seorang perempuan bernama Fatimah Asyikin.

Fatimah Asyikin. Fatimah. Asyikin. Nama itu saja sudah bisa membangkitkan pelbagai perasaan dalam dirinya. Marah. Benci. Dendam. Rindu. Sayang. Kasih. Bila semuanya bercampur menjadi satu, Adam jadi keliru.

“I’m kinda shocked, Boss...” Muaz memulakan bicara. Kakinya disilang, jemarinya bermain2 di sekitar dagunya. Bibirnya masih mengenakan senyum yang sama. Senyuman yang sok-tahu.

“Spill it out. I dont need another disruption on my business today” Adam membuang pandang. Dia kembali mengadap komputer ribanya. Mouse ditekan2.

“Well, I’m being entertained... ” Muaz masih belum mahu mengalah. Adam buat2 bodoh. Dia kenal Muaz. Mereka teman sejak kecil. Berpisah hanya kerana masing2 melanjutkan pelajaran ke benua berlainan. Adam di UK, dan Muaz di Jepun. Tapi hubungan mereka lebih rapat dari adik beradik. Dan selagi Adam tidak meluahkan segala2nya pada Muaz, selagi itulah lelaki itu akan cuba mengorek rahsia. Hingga salah seorang dari mereka mengalah.

Tapi Adam juga kenal siapa dirinya. Tak mungkin dia akan membenarkan Muaz masuk campur dalam urusan yang satu ini. Dan dia meneka, Fatimah Asyikin juga punya pegangan yang sama. Kerana, dia lebih dari kenal siapa Fatimah Asyikin.

“Just send her away. I dont want to see her” getus Adam tanpa memandang Muaz.

“That sweet girl is from Khaidir & Co. She’s replacing her colleague for our meeting today. She really is sweet, you know” Muaz bermain2 dengan pen yang tersadai di atas meja Adam.

Dia tahu Adam sedang mencerlung ke arahnya.

“Sweet... comel... cute... hmm....”

Terasa makin tajam sinar mata Adam padanya. Muaz terasa mahu gelak sekuat hati. Tapi dia mahu tahu apa yang sedang dirasakan oleh Adam pada gadis itu. Provocation is the best way to gain unwanted knowledge, as far as Adam is concerned.

Adam mengertap bibirnya dengan kuat. Sweet? Fatimah Asyikin ‘sweet’? Dia benar2 tidak gemarkan panggilan itu pada Fatimah Asyikin. Comel? No! Cute? Absolutely not! Tidak sedikitpun!

“What the hell are you trying to get at?” suara Adam yang keluar dari bibir nipisnya kedengaran tidak sabar. Bila2 masa saja Adam mungkin akan melenting seperti tadi. Adam dah jadi semakin menarik, fikir Muaz.

“You know you cant afford to miss today’s meeting. Your schedule is way too packed already. Might as well we continue with the meeting. The longer we delay, the more money we’ll lose. And please, refrain yourself from using unnecessary remarks to her. You’re professional enough, I believe?”

Adam masih merenung laptopnya, namun kali ini mouse-nya tidak bergerak. Mungkin dia sedang berfikir tentang kesibukkannya. Memang benar dia tidak punya banyak masa. Hari ini pun, dia hanya ada dalam 2-3 jam yang sepatutnya diluangkan dengan akauntan dari Khaidir & Co. itu.

“And, I got my eyes on her...”

“Hmmph...! Just get her inside and flirt with her later. See if I care!” rengus Adam. Muaz tersennyum, yakin dengan kemenangannya. Dia kini tahu Adam semakin keliru dan fikirannya semakin bercelaru hanya kerana kemunculan Fatimah Asyikin.

Wednesday, January 7, 2009

Amihana: Nilai Sekeping Hati 42

Mumbling o milanhawkin at 7:53 PM 2 demented soul(s)
Aku melangkah keluar dari dewan pelajar dengan hati yang girang. Presentation ku tadi memang agak memberangsangkan. Kertas kerja yang kuutarakan juga nampaknya mendapat sambutan dari panel hakim. Setidak2nya aku yakin aku akan lulus, kalaupun tidak cemerlang.

Dengan wajah menyungging senyum, aku menuju ke arah bangunan dekan. Aku masih punya satu semester yang bersisa. Selepas ini, aku akan graduate dengan ijazah sarjana muda dalam bidang IT minor in Business. Aku tidak lagi menetap di asrama, sebaliknya berulang alik dari rumah. Ummi dan Babah tentu sekali menyokong penuh tindakanku itu.

Hubunganku dengan Balqish juga sudah pulih seperti dahulu. Cuma aku masih belum mampu berlagak biasa dengan Kamal Hadi. Jika dia bertandang ke rumah, aku akan menyapanya sekilas dan akan menghilang ke bilik ataupun ke dapur. Aku perasan juga, Kamal Hadi seolah mencari peluang untuk berdua denganku. Atau mungkin ini semua perasaanku saja.

Seperti biasanya juga pada minggu lepas, Kamal Hadi datang untuk membawa Balqish keluar sempena menyambut Valentine’s Day. Aku sendiri tidak suka menyambut hari tersebut, tapi tak mungkin aku nak halang mereka dari menyambutnya. Dari pagi, Balqish kelihatan begitu gembira dan asyik menyanyi riang. Aku sekadar tersengih melihat telatahnya. Aku jadi teringat pada Black Day yang disambut oleh orang Korea. Black Day ni disambut oleh mereka2 yang single di mana mereka akan berkumpul ramai2 dan makan Jajang Noodles yang warnanya memang hitam! Mungkin ini cara orang single menyambut ke’single’an mereka. Kelakar betul! Mungkin aku kena raikan jugak Black Day ni. Tapi nak ajak sapa ye? Imran Hadi kot...

Entah ke manalah Imran Hadi ni menghilang. Aku sendiri agak kepelikan. Sudahlah kepulanganku tidak bersambut, kelibatnya juga aku tidak jumpa di mana2. Aku sengaja singgah di mana2 MPH, manalah tahu kan... Panggilan telefonku juga tidak bersambut. Mesejku tidak berbalas. Pesananku tidak dijawab.

Aku kadang2 jadi geram. Masa aku di Korea, bukan main lagi dia menyuruh aku pulang ke Malaysia. Bila aku dah kembali ke tanah Malaysia ni, dia pula yang menghilang. Nak tanya lebih2 pada Auntie Zue, aku jadi segan pula. Apa kena ntah dengan si Boy senget ni! Ha.. kan dah dapat nama baru...

Tapi... aku rindu sangat... rindu nak dengar suara dia, rindu nak dengar usikan dia dan rindu nak menatap wajahnya. Kami kan dah dua tahun tak jumpa. Kenapa dia macam menjarakkan hubungan kami sekarang ni? Nak kata kami bergaduh, sejak pulang ni mana ada dia berhubung dengan aku. Jadi, bila masanya pula kami nak bergaduh? Apa dah jadi sebenarnya ni? Imran Hadi...

Amihana: Nilai Sekeping Hati 41

Mumbling o milanhawkin at 7:52 PM 1 demented soul(s)
Sampai saja di rumah, aku begitu berharap untuk melihat wajah Imran Hadi di situ. Manalah tahu dia mahu buat surprise padaku. Tapi sekali lagi aku hampa. Yang ada cuma Aida dan Adli yang meluru ke arahku sebaik saja kaki ini melangkah keluar dari Grand Livina hitam Babah.

Aku memeluk Aida dengan gemas. Rindu juga pada teman baikku ini. Adli mengusap lembut kepalaku yang dibaluti tudung. Kami saling berbalas senyuman.

“Rindu gile kat kau! Tak payahla kau gi oversea lagi. Aku takde kawan tau!” sebak Aida menuturkan kata. Matanya sudah merah.

“Eleh, Adli ada kat sebelah pun nak rindu2 kat aku jugak” usikku sambil ketawa besar. Seronok tengok wajah Aida yang makin merah.

“Adli, Adlilah. Kau, kau. Mana nak sama” bidas Aida yang gelisah bila diusik begitu.

“Yelah, aku kawan kau. Adli, boyfriend kau, kan? Tolong jemput aku bila korang nak kawen nanti ek” Kali ini tangan Aida cepat je mencubit lenganku. Aku mengaduh kesakitkan. Sakit siot!

“Ha.. kan dah kena dengan mak ketam. Sapa suruh kau usik dia macam tu” Adli mencelah dengan senyum melebar.

“Oooo... awak panggil saya mak ketam ye. Siap awak lepas ni” ugut Aida, mencerlung geram ke arah Adli. Matanya dikenyitkan padaku. Aku makin tergelak.

“Ala sayang ni, usik sikit pun tak boleh” Adli mencebik, kemudian mengenyitkan matanya padaku. Aku tergelak kecil melihat telatah mereka.

“Awak!!” muka manis Aida semakin bersemu merah bila Adli memanggilnya sayang.

Ah, bahagianya mereka ni. Jeles betul aku tengok. Kalaulah Imran Hadi ada kat sini... Eh, buat apa aku nak ingatkan dia kalau dia tak ingatkan aku. Boy, manalah awak ni ye.. sampai hati tak jemput saya kat airport. Kat sini pun awak takde. Kecil betul hati saya awak buat.

“Err.. Adli.. emm...”

“Eh budak2 ni, buat apa kat luar tu. Jom masuk dalam. Makanan semua dah siap ni” jeritan Ummi dari dalam rumah membuat kami bertiga berpaling serentak. Ah, terbatal niatku mahu menanyakan hal Imran Hadi pada Adli. Nantilah...
 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review