|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Saturday, January 22, 2011

Amihana: Nilai Sekeping Hati 53

Mumbling o milanhawkin at 8:58 PM
Aku melirik ke arah Ummi yg masih sibuk memotong sayur kangkung sambil sesekali mengesat matanya. Katanya nak masak untuk makan malam. Tapi sekarang ni baru tengah hari, Ummi.

Kasihan aku lihat keadaan Ummi. Asyik menangis saja dari semalam. Balqish masih mengurung diri di dalam biliknya. Babah pula sedang berbincang dengan keluarga Kamal Hadi di luar sana. Aku sekadar menolong Ummi menyediakan minuman untuk tetamu, dan itupun sudah kubereskan.

Dari Ummi semalam, tahulah aku kemudiannya yang Balqish dan Kamal Hadi ditangkap khalwat di sebuah hotel murah di KL. Terpempan aku sesaat dua mendengar berita itu dari mulut Ummi. Malah lebih terkejut lagi bila Ummi mengkhabarkan yang Balqish sebenarnya sudahpun berbadan dua. Sudah 2 bulan! Aku pasti Ummi dan Babah begitu kecewa dengan adikku yg satu itu. Aduhaii…

Aku langsung tak menyangka Balqish sanggup menconteng arang ke muka keluarga kami. Aku tak faham bagaimana Balqish sanggup menggadaikan maruahnya sebagai seorang gadis yg dididik cukup dengan agama hanya kerana seorang lelaki. Dan bukankah Kamal Hadi sememangnya milik Balqish?! Kenapa pula dia harus bersaing denganku? Sudah lama aku tinggalkan Kamal Hadi demi Balqish. Kesal sungguh rasanya bila adik kesayanganku itu begitu cetek pemikirannya. Dan Kamal Hadi! Begitu lemahkah imannya?!

Sudahlah hal aku dengan Imran Hadi, Auntie Zue dan Dr Khairul masih belum selesai, kini terpaksa pula aku menolong Ummi menyiapkan persiapan pernikahan Balqish dan Kamal Hadi. Tak sanggup rasanya untukku bebankan masalahku sekarang ini pada Ummi dan Babah. Biarlah. Biarkan semua ini selesai terlebih dahulu. Keluargaku lebih penting dari masalahku. Jauh lebih penting!

“Ummi, biar Hana jumpa Qish kejap ye” aku meminta izin Ummi. Kulihat Ummi sekadar mengangguk lesu. Perlahan aku bangun meninggalkan Ummi di dapur. Sedih hatiku melihat Ummi berduka begini. Namun apalah dayaku.

Kuketuk pintu bilik Balqish, namun tiada sambutan. Tombol kupulas, menjenguk ke dalam. Rupanya adikku itu sedang mengelamun panjang. Aku menarik nafas, mencari kekuatan. Sebagai kakak, bukankah aku harus menyalurkan kata2 semangat untuk seorang adik pada saat2 genting begini?

“Qish…” seruku. Wajah Balqish yg berpaling, penuh sendu. Muram. Aku menarik senyum nipis sekaligus cuba meredakan gelodak hati yg sukar untuk kutafsirkan ketika ini. Kecewa, marah, geram dan entah apa2 lagi menjamah kotak hati. Yg kutahu, tidak wajar jika kuhamburkan semua rasa ini pada Balqsih. Api akan semakin marak kalau kita simbahkan minyak, bukan?

“Kak Hana… maafkan Qish, kak. Qish tak niat nak lukakan hati semua orang” Balqish memeluk tubuhku erat secara tiba2 membuatkan tubuhku sedikit terundur ke belakang. Kuusap belakangnya dengan lembut mendengarkan gadis itu meluahkan kekesalannya. Tak tahu nasihat apa yg patut kuberikan.

“Kak Hana jangan benci Qish. Ummi dan Babah dah benci Qish” teresak2 gadis itu menangis. Mungkin menyesal semua ini terjadi. Tidakkah kau tahu Qish, semua ini sudah terlambat?

“Mana boleh seorang kakak bencikan adiknya, kan? Ummi dgn Babah pun bukannya bencikan Qish. Diaorg kecewa, Qish. Dah, janganlah nangis lagi Qish. Tak cantiklah pengantin mata bengkak” aku cuba mengusik, namun tiada tawa yg kedengaran. Balqish cuma menundukkan kepalanya.

“Qish menyesal, Kak Hana. Qish yg cemburu tak tentu pasal… Kak… Abang Kamal masih sayangkan akak. Qish rampas Abang Kamal dari Kak Hana, kan? Maafkan Qish, kak” gadis itu mengongoi. Hilang sudah keceriaan Balqish di mataku, di mata kami semua. Aku mengeluh. Sambil menyapu air mata yg masih lebat membasahi pipi mulus Balqish, aku menggelengkan kepala.

“Qish salah tu. Qish tak rampas Kamal dari Kak Hana. Kamal memang kepunyaan Qish dari dulu. Percayalah. Kami dah takde pape. Janganlah Qish risau. Dan Kak Hana pasti Kamal pun sayangkan Qish” pujukku.

“Tapi Qish dah malukan Ummi dan Babah, Kak Hana. Qish bukan anak yg baik. Qish ikutkan sangat perasaan Qish. Qish pentingkan diri Qish aje. Qish betul2 menyesal Kak Hana” tangisnya lagi. Rasa sudah semakin basah baju t-shirtku itu.

“Kalau macam tu, Qish kena tebus kesalahan Qish tu. Start belajar jadi isteri yang baik. Cuba ambil hati Ummi dan Babah semula. Lama2 nanti mesti surut juga marah mereka tu. Dah, jangan nangis lagi ye” sekali lagi aku cuba memujuk. Lama Balqish berada dalam pelukanku.

Akhirnya Balqish mengangguk jua.

3 demented soul(s):

tzaraz said...

aduhh!.. Balqish..

MaY_LiN said...

o-o..
speechless..

milanhawkin said...

tzaraz, may_lin, milan pun geleng pale tgk perangai Balqish.. :P

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review