|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, April 16, 2007

::Kusimpul Mati - 2::

Mumbling o milanhawkin at 5:43 PM
Sepanjang malam Mila tidak dapat melelapkan matanya. Dia masih tidak menyangka bahawa dia kini telah bergelar isteri. Isteri kepada lelaki yg amat dicintainya. Namun dia terpaksa sedar pada hakikat yg sebenarnya. Dia bukanlah perempuan yang dicintai oleh suaminya. Bukan juga perempuan yang sepatutnya dikahwini. Bukan perempuan pilihan. Walau perit pun kenyataan itu, terpaksa juga dia menelan.

“Maaf Mila, aku sendiri tak tahu kenapa aku melakukan ini semua” Amirul mula bersuara setelah mereka berdua beredar ke bilik tidur Amirul. Mila tenang berdiri di tepi katil, sementara Amirul sudah merebahkan badannya ke katil. Lengannya sudah berat di dahinya.

“Aku dah melibatkan kau dalam masalah aku. This is not supposed to happen” sambung Amirul lagi sambil meraup mukanya. Wajah tampan itu tampak begitu berserabut. Mila mendekati suaminya, melabuhkan punggungnya di sebelah Amirul yang masih tak bergerak.

“Abang...” Mila menyeru sambil melabuhkan tangannya pada bahu Amirul. Digosoknya perlahan bahu itu dengan penuh kasih sayang. Amirul tak berketik. Dibiarkan saja sentuhan Mila pada bahunya. Terasa sedikit beban di bahunya diangkat.

“Abang, Mila tak menyesal. Mila rela melakukan semua ini. Lagipun Mila memang cintakan abang. Mila sanggup hadapi segalanya bersama abang” luah Mila, memandang tepat pada wajah Amirul. Mendengarkan itu, Amirul mengangkat lengannya, membalas tatapan Mila dengan tajam.

“No, aku tak sepatutnya kahwin dengan kau. Aku cintakan Sya. Aku sepatutnya kahwin dengan dia, bukan dengan kau. Arghh...” Dengan geram, Amirul menghentak lengannya ke katil. Mila tersentak dengan tindakan Amirul itu. Namun dicubanya untuk bertenang. Dia mahu mendamaikan perasaan Amirul saat itu.

“Abang...”

“And stop calling me that! Kau dengar tak? Aku tak cintakan kau, takkan pernah!!” tengking Amirul tiba2. Pantas Amirul berlalu keluar dari bilik mereka. Sekali lagi Mila tersentak bila bunyi pintu dihempas singgah ke telinganya. Mengucap panjang dia seketika.

Dan sejak itu lelaki itu tidak kembali lagi. Entah ke mana dia menghilang. Malam pertama mereka sebagai suami isteri yang sepatutnya disulami dengan hubungan kasih sayang, berakhir dengan sebuah pergaduhan. Sepatutnya mereka hanya berbicara romantis, meluahkan isi hati masing2.

*****

Mila tersentak mendengarkan suara azan yg berkumandang. Dia mengucap dua kalimah syahadah dan kemudiannya bergerak ke bilik air untuk mengambil wudhuk.

Setelah selesai menunaikan rukun islam yang kedua, Mila berkira2 untuk keluar dari bilik Amirul. Sebenarnya dia segan mahu berdepan dengan keluarga mertuanya. Walaupun semalam mereka semua seakan memahami tentang apa yg dilaluinya, namun mereka juga tahu dia bukanlah pilihan Amirul sebenarnya. Entah apalah pandangan mereka pada dirinya.

Ah, aku tak sepatutnya berfikir yg bukan2. Aku harus lalui semua ini dengan tabah. Mana tahu suatu hari nanti kebahagiaan akan berpihak padaku. Mila berbisik dalam hatinya.

Dimulakan langkahnya dengan bismillah.

Perlahan sekali langkah diatur ke ruang tamu. Tiada sesiapa di sana. Matanya mengerling ke arah jam dinding. Patutlah, baru pukul 6.30 pagi. Dia menghembuskan nafas lega. Sekurang2nya dia tak perlu mengadap mereka semua seawal ini.

’Apa yg patut aku buat sekarang?’ bisiknya lagi. Dia mencari2 kelibat Amirul. Ke mana lelaki? Tidak pulangkah sepanjang malam? Di mana pula dia tidur? Pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Mila mula dilanda bimbang. Mungkinkah sesuatu telah terjadi pada suaminya? Sudahlah semalam dia keluar dengan keadaan marah.

“Eh, awalnya Mila bangun” tegur satu suara lembut dari arah belakangnya. Mila segera berpaling, mencari empunya suara. Puan Meriam tersenyum lembut ke arahnya. Dengan gugup, Mila membalas senyuman itu.

“Saya kejutkan puan ke? Saya minta maaf, puan” pinta Mila, bersungguh2 meminta maaf. Kepalanya ditundukkan.

Puan Meriam menggeleng kepalanya. Senyumannya masih bersisa. Bila senyum begitu, wajah itu nampak jauh lebih muda dari usianya yang sebenar. Cantik.

“Tak, Mila tak kejutkan Mama pun. Mila buat apa pagi2 ni? Kenapa tak sambung tidur? Kan awal lagi ni. Atau Mila kerja hari ni?” soal Pn Meriam sambil merapati menantu barunya.

Ah, mesranya ibu mertuaku ini hingga aku tak tahu bagaimana mahu melayannya. Mila hanya mampu tersengih sambil menggeleng kepalanya. Sebelum turun dia sudah menghantar SMS kepada teman sepejabatnya, memohon EL.

“Saya nak masak puan. Nanti bolehlah kita sarapan sama2” jawab Mila pula. Boleh juga dia menunjukkan skill memasaknya. Lagi pula dia memang gemar memasak. Kata orang, kalau mahu memikat hati suami mestilah dari perutnya. Kalau suami takde, mertua pun boleh.

“Ha, bagus jugak tu. Boleh jugak Mama rasa masakan menantu Mama ni. Kalau tak sedap terpaksalah Mama hantar Mila ke kelas memasak la jawabnya” usik Puan Meriam sambil tertawa. Mila ikut ketawa. Senang hatinya dengan penerimaan Puan Meriam pada dirinya. Pun begitu, dia masih ragu2 tentang pandangan mereka padanya.

“Dan Mila, jangan panggil Mama 'Puan' lagi. Mama kan ibu mertua Mila. Jadi Mila kenalah biasakan panggil Mama ni 'Mama'. Jangan malu2. Anggap saja Mama ni macam Mama Mila juga. Boleh kan?” ujar Puan Meriam sambil menepuk lembut bahu Mila. Dilihatnya mata gadis itu bergenang. Agaknya begitu terharu. Puan Meriam memeluk lembut bahu menantunya.

Jauh di sudut hatinya, dia mengasihani Mila. Walaupun dia tak tahu cerita sebenar di sebalik kejadian ini, dia percaya Mila bukanlah gadis yg berniat jahat. Dari cara dia memandang Amirul juga menunjukkan betapa gadis itu amat menyanjungi Amirul. Hanya anaknya itu saja yg buat tak peduli, asyik tenggelam dalam kekecewaannya.

Kalau nak dibandingkan rupa, nyata sekali Syalinda jauh lebih cantik dan bergaya. Syalinda lebih peramah tetapi juga amat degil. Jika tidak, takkanlah hampir setiap hari Amirul pulang dengan wajah masam. Bila ditanya, katanya bergaduh dengan kekasih. Malah Syalinda sering saja melewatkan tarikh perkahwinan mereka. Sibuk mengejar kerjaya hingga melupakan Amirul yg sememangnya sentiasa mahukan perhatian. Maklumlah, anak lelaki tunggal.

Dan semalam agaknya kemuncak kesabaran Amirul terhadap Syalinda. Hingga dia mengheret gadis ini masuk ke dalam masalah mereka. Amirul, kenapalah kau heret sekali gadis yang tak bersalah ini?

“Mirul tak balik lagi Mila?” soal Puan Meriam tiba2. Dia sedar ketika anak lelaki tunggalnya itu meninggalkan rumah dengan tergesa2. Deruman keretanya semalam sudah cukup untuk membangunkan seisi rumah.

Mila hanya menggeleng. Wajahnya ditundukkan, tak sanggup bertentang mata dengan ibu mertuanya. Terasa dirinya begitu bersalah.

“Mila, sabar ye” nasihat Puan Meriam itu disambut dengan senyuman.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review