|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Friday, October 15, 2010

Amihana: Nilai Sekeping Hati 49

Mumbling o milanhawkin at 8:57 AM 13 demented soul(s)
“Aik? Cakap semalam nak datang marah saya? Napa diam pulak ni? Cat got your tounge?” Dr Khairul separuh berbisik ke telingaku. Wajahku makin merah padam bila Pn Safiah dan En Kahar tersenyum2 melihat gelagat kami. Ummi dan Babah apatah lagi. Suka betul mereka dengan mamat 3 suku ni.

Ah, macam manalah aku nak menyerang kalau ada ibubapa si Khairul ni? Aku masih hormat orang tua. Apa lagi ketika aku tiba, Ummi dan Babah turut sama berada di sini. Kenapa aku boleh tak perasan kereta Babah kat luar tu? Mesti sebab aku terlalu bersedia dengan agenda ‘gunung berapi’ku ini hinggakan aku tak peka langsung dengan keadaan sekeliling. Patutnya aku ajak mamat ni jumpa kat luar, bukan kat rumah dia. Bodoh betullah Amihana ni...iskk...

“Awak boleh tak tolong duduk jauh2 sikit?! Menyibuk je kat sini” desisku geram. Aku mengengsot sedikit ke kanan.

“Taknak! Saya nak duduk dekat dengan bakal isteri saya. Tak salah kan?” Dr Khairul merapatkan lagi jarak kami. Sofa mewah ini kurasakan begitu kecil pula.

“Ada orang tu cakap, dia nak datang sini nak marahkan kita. Tapi dah sampai sini, senyap pulak dia” Aku mengertap bibir mendengar usikan Dr Khairul. Ya Allah, tolonglah sabarkan hati aku ni.

“Kay, apahal duduk bertempek kat anak dara orang tu? Hana, meh sini sayang. Mari borak2 dengan Mama. Jangan dilayan sangat perangai anak bujang Mama tu. Dia memang kuat mengusik” Pn Safiahlah penyelamatku!

“K? Hehe.. saya L” aku tergelak kecil. Kelakar betul. Ada ke dipanggil Kay?! Sungguh metroseksual...

“Alah Mama ni, Kay baru nak bermesra2an dengan bakal menantu Mama. Kacau daun betullah” ujar Dr Khairul tanpa mempedulikan aku yang sedang mentertawakannya.

“Gelak la gelak, cubit pipi tu karang...” Mendengarkan kata2nya, serta merta aku menekup pipiku dengan kedua tanganku.

“Boleh tak jangan buat hal kat rumah sendiri. Ni, mana bini awak? Dah lama saya datang, dia tak keluar2 pun?” aku menyoal penuh semangat.

“Anak awak pun takde ni...”

Memang pelik. Punya la riuh rendah suara2 kami ni berborak di luar, tapi batang hidung isteri dan anak2 dia sikit pun tak nampak. Hmmm...

Dr Khairul tersengih cuma.

“Betul ke nak jumpa diaorg ni? Tak menyesal?”

Memang niat aku datang ni pun nak bersemuka dengan mereka. Apa pulak aku nak menyesal? Aku menggeleng kepala.

“OK, jom!” Dr Khairul menghulurkan tangannya.

Wednesday, October 6, 2010

Aku Benci, Aku Sayang ~ 1

Mumbling o milanhawkin at 5:48 PM 6 demented soul(s)
Maaf kawan2... milan tarik balik citer ni. milan buat idea lain plak.. hikhik...

harap ampun dan harap maklum.

Monday, October 4, 2010

Hello All!!!

Mumbling o milanhawkin at 6:46 PM 10 demented soul(s)
Teman2 sekalian... I'M BACK!!!!

Huhuhu... lama kan milan menghilang?! Ampun dan maaf milan pohonkan - Raya x abis lagi kan... Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin semua!

Mesti ramai yang tertanya2 (err.. ada ke yg tanya? hehehe) ke mana milan melarikan diri kan? Sigh... entahlah, milan sendiri pun tak tau kenapa tiba2 milan seakan berputus harap nak sambung cerita milan kat sini... well... adalah reasonnyer tapi milan malas nk memperbesarkan masalah milan kat sini...

Hopefully milan akan cuba lagi memperbaiki penulisan milan kt sini.. InsyaAllah...
 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review