|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Friday, December 17, 2010

Hanya Dia... 2

Mumbling o milanhawkin at 9:28 PM
“Akak! Akak ada sampaikan salam saya kat Ayoi tak?” aku buru2 mendekati K Meen sebaik saja sampai ke dorm. Hatiku berdebar2 menanti jawapan dari seniorku itu, merangkap rakan sekelas pada Azrul Helmi @ Ayoi.

“Dah...” mendatar je suara K Meen. Timbul rasa curiga dalam hatiku.

“Dia cakap apa?” aku masih menanti dengan cemas.

“Hmm... betul ke Dhir nak tau ni?” Aku angguk laju2. Dah tak sabar.

“Dia cakap, cukuplah hantar surat atau kad kat dia. Dia kata, perempuan yg baik hanya untuk lelaki yg baik”

Senyumku mati di situ. Jadi aku ini bukan perempuan yg baik? Begitukah? Rasa malu itu segera bertandang.

“Akak dengar dia sedang berkawan dengan In...”

In? Indah Alia? Terasa mahu menjerit pun ada. Menangis pun ada. Indah kawan baik aku di UiTM dan lelaki yang kupuja rupanya sedang bercinta dengan kawan baik aku sendiri?
Terasa ada air jernih di tubir mata.

--------------------------------------------------------------------

“Kem salam kat In ye” ujarku dalam senyum yg semakin pahit. Aku sendiri tak pernah bersua dengan Indah sejak kami grad, jadi aku tak tahu apa kisahnya. Jadi benarlah dia sudah mengahwini lelaki yang berjaya menambat hatinya ketika di U?

“OK, tapi kasilah no tepon awak. Nanti saya kasi kat In” Azrul sudah mula mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Err... takyahlah. Awak kasi no tepon In kat saya. Biar saya call dia. Saya pun memang dah lama tak jumpa dia”

Aku tahu dia merenungku. Macam dah jadi hobi dia pulak merenung aku. Jaga sikit mata awak tu, En Azrul. Nasib baik ini hari terakhir aku training. Esok dah masuk office macam biasa.

“Kedekut! Ok, 012...” cepat2 aku menaip nombor In di telefonku.

“Telefon tau. Mesti dia suka dengar cerita dari awak. Dah lama dia cari awak, tapi takde sapa tahu awak hilang ke mana” Aku senyum sebaris.

Perlukah kuceritakan luka di hati ini? Perlukah kujaja pada semua? Menghilang adalah satu2nya cara untuk aku mengubat luka. Tapi nampaknya luka itu tak pernah mahu sembuh. Ia tetap merah dan berdarah.

-------------------------------------------------------------

Lama aku tengok skrin telefon. Nama Indah terpahat kemas di situ. Dah 2 bulan nombor telefon In berada di tanganku tapi tak sekalipun nombornya kudail. Perlu ke aku telefon? Kalau aku telefon, apa aku nak cerita? Mesti dia nak tanya kenapa aku tak pernah contact dia lepas habis belajar. Mesti dia nak tahu kenapa aku macam jauhkan diri lepas kami grad. Walaweh, tensi la ini macam. Bukan tak rindu pada Indah, tapi perasaan malu dan kecewa tetap mengganggu minda dan hati.

Tapi sampai bila harus aku menyepikan diri kan? Aku harus berani. Berani menghadapi masa depan. Sudah takdirnya Ayoi bukan jodohku, sudah cukuplah aku menangis. Sudah takdirnya Indah itu milik Ayoi, sudah cukuplah aku kecewa. Memang Indah sendiri tak pernah tahu aku pernah (and still) ada hati pada suaminya. Jadi kenapa harus kuseksa Indah dengan memutuskan persahabatan kami?

Bukan salah Indah jika Ayoi jatuh cinta pada kelembutan dan keimanan gadis itu. Indah dan aku ibarat langit dan bumi. Indah manis bertudung litup. Aku pula megah dengan kaler rambutku. Indah cantik luar dan dalam, sopan dalam percakapan mahupun pergaulan. Sementara aku bebas melayang di udara dengan suara lantang walaupun batasku masih terjaga. Indah umpama perempuan melayu terakhir. Aku pula umpama gadis liar yang hanya tahu mencari keseronokan dunia. Rasionalku, bila lagi aku nak enjoy sakan kalau bukan masa kat U?

Aku melepaskan keluhan berat. Aku kena jugak buat pilihan. Cukuplah aku melarikan diri. Akhirnya nombor itu kudail juga. Biarlah kulepaskan rinduku pada Indah untuk seketika.

“Assalamualaikum...” aku memula bicara dengan kalimah Allah. Berdebar2 pula nak bercakap dengan In. Maklumlah, dah lama tak bercakap dengan dia.

“Waalaikumsalam warahmatullah”

Eh? Ini suara lelaki! Siapa pulak? Ayoi ke?

“Ayoi?” Aku bertanya dengan nada pelik. Lelaki di sana sudah tergelak kecil.

“Ye saya, Adhira. Baru sekarang awak telefon? Lama betul saya tunggu...”

Eh? Eh? Biar betul? Eh, apa tak betulnya Adhira oi! In kan isteri Ayoi, possible la kalau Ayoi yang angkat telefon. Aku menepuk dahi.

“Err... In ada? Saya nak cakap dengan dia” aku mula rasa tak selesa bercakap dengan Ayoi.

“In takde. Ini no telefon sayalah. Kalau saya cakap no saya, mesti awak tak nak telefon, kan?” Tau pulak dia?!

“Kalau macam tu takpela. Bila In balik nanti, awak mintak dia telefon saya ye” suaraku mengendur. Ingatkan dapatlah berborak dengan In. Keciwa.

“Eh, nanti dulu. Awak dah nak letak telefon ke?”

“Yelah” confident je aku menjawab.

“Awak tak nak cakap dengan saya ke?” Kenapa kurasakan nada suara Azrul kali ini lebih romantic dari biasa? Ish, aku perasan sorang jek ni. Selalu sgt nak perasan bila ada dekat dengan lelaki nan satu itu.

“Awak... diam je? Betul tak nak cakap dengan saya?” seakan mengusik pula dia bila aku tak bersuara. Aku makin serba salah. Ingat Adhira, ini suami orang. Tak baik kalau kau ada niat nak meruntuhkan masjid org lain. Sila takut sikit pada balasan Tuhan.

“Betullah. Saya nak cakap dengan In je” aku mengaku.

“Sampainya hati awak, Adhira. Dahla awak menghilang macam tu, sikit pun tak tinggal khabar berita awak pada sesiapa. Bila dah balik sini, awak langsung tak nak cakap dengan saya”

Mana dia tahu aku baru balik KL? Dia pasang spy kah?

“Tak elok la saya lama2 bergayut kat telefon dengan awak. Maaflah ye. Kirim salam pada In” sekali lagi aku cuba melepaskan diri dari suasana tegang ini. Perlahan aku menekan butang merah pada telefon bimbit.

---------------------------------------------------------------------

Aku membawa kereta memasuki sebuah rumah banglo yang tersergam indah di Shah Alam itu. Perghh... sungguhla cantik. Tak sangka pulak aku si In ni orang kaya. Atau mungkin si Ayoi tu yang kaya. Bertuahnya badan mereka. Aku jugak yang sampai sekarang masih duduk kat flat. Astaghfirullah... kenapalah aku ni mudah sangat di hasut syaitan? Patutnya aku dah bersyukur ada rumah nak duduk. Cuba kalau aku merempat kat tepi jalan macam mereka yang kurang bernasib baik tu...

Seorang gadis manis bertudung labuh keluar dari banglo tersebut dengan senyuman melebar. Indah! MasyaAllah, makin ayu la minah ni walaupun dah 8 tahun kami tak jumpa.

“Assalamualaikum” Indah terlebih dahulu member salam. Aku tersengih.

“Walaikumsalamwarahmatullah... In... lama weh tak jumpa awak” Tubuhku sudahpun berada dalam dakapan sahabatku. Erat.

“Saya rindu awak sangat2, Dhir” bisiknya perlahan. Selama berkawan dengan Indah, kami memang menggunakan saya-awak, tak pernah ber-aku-kau. Skema kan?

Terasa basah bahuku. Eh, In menangis? Terus je aku rasa bersalah.

“Awak janganlah nangis. Kalau awak nangis, saya pun nangis kang” ucapku dengan sebak. Tak sangka In masih menyayangi aku sebagai sahabatnya.

“Kalau korang menangis, nanti saya pun nak nangis jugak” Erk! Suara ni! Alah mak, dia ada kat rumah jugak ke?

Segera aku meleraikan pelukan In dan memandang tepat ke arah seorang lelaki yang santai di muka pintu memandang kami dengan tenang. Dadaku berdebar lagi. Bilalah debaran ni nak surut? Tiap kali teringatkan dia, aku dah macam sakit jantung, inikan pula bila berdepan.

“Assalamualaikum Cik Adhira” sapanya lembut. Aku mengangguk cuma, menjawab salam dalam hati.

“Eh, jomlah masuk Dhir. Abang, kita borak kat dalamlah. Kat luar ni panas” pelawa In. Demi mendengarkan In membahasakan diri Ayoi sebagai ‘abang’, jiwaku tercalar lagi. Hai, bilalah hati ini nak belajar terima kenyataan ye.

Aku mengikuti langkah In dengan lemah, sedikitpun tidak memandang ke arah Ayoi.

--------------------------------------------------------------

“Awak, saya rasa bersyukur sangat bila tengok awak dah berubah. Alhamdulillah sangat. Tak sangka saya” Teringat aku akan kata2 In semalam, mengundang senyumku.
Masa kami belajar dulu, bukan sekali dua In cuba mengubah aku menjadi gadis yang beragama, tapi aku terlalu asyik dengan nikmat dunia yang sementara. Malah pernah juga dia menghadiahkan aku beberapa helai tudung untukku, namun semuanya aku simpan buat kenangan. Cuma sekarang ni, barulah aku keluarkan kembali koleksi tudung bawal hadiah dari In menjadi favourite tudung aku.

“Awak, maaf ek kalau saya nak cakap sikit. Awak macam tak suka je berborak dengan abang Azrul? Ke awak tak selesa masa dia ada tadi?”

Soalan dia masa tu memang membuatkan wajahku berubah. Malu ada. Segan ada. Takut pun ada. Malu dan segan kerana In seolah dapat membaca fikiranku. Takut kerana aku tak mahu In tahu aku masih ada perasaan pada suaminya.

“In dah berapa lama kawen?” aku cuba mengubah topic. Agaknya In faham kerana kemudiannya perbualan kami hanya berkisar tentang aku, dia dan kisah silam kami. Dan Azrul sudah lama meninggalkan kami berdua, hilang entah ke mana.

Ringtone ‘Ingat Shalawat’ menyedarkan aku ke alam nyata. Aku pandang skrin telefon. Nama Ayoi terpamer di ruangan. Ish, napa dia telefon ni?

Setelah salam berbalas, aku mendiamkan diri. Mahu mendengar apa yang Ayoi mahukan dari aku.

“Apa alamat awak kat kampong ye Adhira?” Aik? Soalan apakah? Kenapa tiba2 nak tahu kat mana kampong aku?

“Kenapa awak nak tau?”

“Saya nak hantar rombongan meminang” Aik? Biar betul mamat ni?!

“Awak dah hilang akal ke?” Ha, kan aku dah berkasar. Geram aku dibuatnya.

“Saya masih waras, Adhira. Sebab waraslah, saya nak hantar mak ayah saya ke rumah awak”

“Tak naklah saya!” suaraku naik senada.

“Kalau macam tu, saya tanyakan pada In ajelah. Dia mesti tau. Awak mesti ada cerita kat dia kan?”

“Tak baik awak buat In macam tu tau” Sedih pula aku bila lelaki yang menginap di hati ini sekian lama, rupanya tidak tahu menghargai perasaan seorang wanita, seorang isteri.

“La, apa kena mengena In dengan kita?”

“Awak kenalah dapatkan persetujuan In dulu kan? Tapi, walaupun In setuju, which I don’t think will happen, saya tetap tak setuju”

“Adhira...” Kenapa dia selalu guna nama penuh aku ye?

“Adhira, saya yakin In akan terima awak sebagai...”

“Tak nak!” aku memotong.

“Saya tau saya anak dara tua. Saya tau saya pathetic sebab masih keseorangan tapi saya bukan perampas!” Dan aku terus meletakkan telefon, menghempasnya ke tilam. Air mata ini mengalir lagi kerana lelaki yang sama, setelah sekian lama.

---------------------------------------------------------------------

Kadangkala sy rasa berdosa krn terus2an merindui Cik Adhira. Rupanya perasaan kita tak sama.

Sms itu kupandang sepi. Kubiarkan tak berbalas.

Tit! Tit!

Slhkah sy bila mengimpikan kita hidup bersama suatu hr nnt? Slhkah sy menunggu awak, Adhira?

SALAH! Ia slh bila awk menperjudikan harga diri wanita lain. Tlg jgn ganggu sy lg. Sy sygkan In.

Sy juga sygkan In. Kalau dh begini takdirNya, sy berserah. Maaf.

Kali ini telefonku berbunyi menandakan ada panggilan masuk. In!

“Awak, kenapa awak tak terima abang Azrul? Kesian dia...”

Laa... apa kes si In ni? Cepat betul dia dapat berita.

“Dah lama dia tunggu awak tau. Sejak dulu. Ke awak dah ada pilihan hati awak sendiri?”

“In, kenapa awak ni? Takkan awak nak tengok saya kahwin dengan suami awak sendiri?”

Sungguh aku tak faham dengan derang berdua ni. Open sangatlah pulak.

“Hah? Suami saya? Kenapa pulak awak nak kawen dengan Shahid?”

What??? Aku ternganga.

----------------------------------------------------------------

Ayoi tersengih2 memandangku. Lahanat betullah. Adala tu dia nak mengusik aku tu. Aku membetulkan tudung sambil menyembunyikan wajah. Malu weh!

“Rupanya ada orang tu buat serkap jarang tapi tak mengena la plak kan?” Ayoi sengih lagi. Aku diam tak berkutik. Geram pun ada.

“Ingatkan orang tu tak sudi. Kecewa betul abang time tu. Ada ke patut dia ingat Indah tu isteri kita, walhal Indah tu adik kita je. Tulah, pandai2 buat assumption sendiri. Nasib baik dah memang jodoh kita, kan sayang?”

“En Azrul, sila stop mengusik saya ye. Kang awak tido luar kang malam ni” dengan geram aku meningkah bersama ugutan.

Memang malu betul masa tahu cerita sebenar dari In. Manalah aku nak sangka yang In dan Ayoi ni adik beradik. Muka pun tak sama langsung. Satu U pulak tu. Dan rupanya memang tak ramai yang tahu hubungan mereka masa di UiTM. Sengaja mereka rahsiakan.

“Ibu & Shahid amanahkan abang untuk jaga In masa kat U. In tu dah bertunang dengan Shahid lepas SPM lagi. Lagipun, mana boleh abang kahwin dengan adik abang sendiri?!”

Chait! Cliché sungguh la cerita aku dengan Ayoi ye. Semuanya hanya disebabkan salah faham yang berlarutan sampai bertahun2.

“Sayang, abang tak benarkan sayang panggil ‘awak’ lagi kat abang tau. Baru je hari Jumaat lepas abang lafaz akad. Sila hormat suami sikit ye sayang” Ayoi mencubit pipiku dengan gemas. Kemudian tangannya dilingkarkan ke pinggangku. Ish, tolonglah dia ni. Tak sabar!

“Kot ye pun, tak payahlah nak romantik2 kat sini. Abah dengan ayah still ada kat depan tu ha” mulutku memuncung menunjukkan ayahku yang berborak dengan ayah mertuaku. Ibu dan mak pula masih di dapur menyiapkan makan malam. In dan suaminya, Shahid dah lama pulang ke rumah mereka.

“Sayang...” tak sedar bila masa si Ayoi meletakkan kepala di bahuku. Tubuhku dipeluk erat dari belakang. Aduh ibu, kenapalah anak ibu ni miang sgt. Plak tu tak malu langsung dengan keadaan sekeliling, walaupun takde sesapa lagi kat dalam rumah tu kecuali kami berdua. Tapi mana tahu kang tetiba ayah dgn abah naik ke atas dan tengok keadaan kami ni. Ish... maluuuu....

“Dah lama abang impikan saat macam ni tau. Masa sayang tolak lamaran abang hari tu, abang betul2 kecewa. Tak sangka sayang takde perasaan kat abang walaupun dah bertahun abang tunggu sayang kembali” luahnya perlahan, cukup untuk telingaku seorang. Terharu pun ada bila dengar pengakuan Ayoi.

“Bukan awak ke yang tolak saya dulu?”

“Bila? Masa kat UiTM dulu tu ke?” Aku angguk. Tetiba rasa sedih bila ingat balik.

“Bukan niat abang, sayang”

“Awak cakap kat K Meen, perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Saya sedih tau. Saya tahulah saya dulu tak berapa nak baik tapi saya bukannya jahat sangat. Sampai hati awak cakap saya macam tu”

“Astaghfirullahal’azim. Sayang dah salah faham lagi la. Bukan abang maksudkan sayang perempuan yg tak baik. Abang maksudkan abang ni ha bukan lelaki yang baik” Aku mengerut kening.

“Abang dulu kan agak nakal la jugak. Tiba2 pulak ada orang suka kat kita. Dari cerita In, abang tahu sayang ni perempuan yang baik. Walaupun selalu nampak ganas dan kadang kala seksi, tapi sayang masih jaga pergaulan sayang dengan lelaki kan? Jadi abang cuba nk berubah demi masa depan kita bersama. Alih2, sayang tinggalkan abang macam tu je”

Masa Ayoi sebut seksi tu, aku dpt lihat dengan jelas senyuman nakalnya. Ah, malu lagi!

“Abang kenal sayang melalui cerita2 In. Abang jatuh cinta dengan sayang melalui surat2 sayang. Maaflah sebab abang tak pernah reply. Abang tak reti la nak balas2 surat ni. Sebab tu abang suruh sayang stop tulis surat kat abang. Bila abang jumpa balik sayang kat Iverson tu, hanya Allah je yang tahu betapa gembiranya hati abang ni, betapa bersyukurnya abang padaNya. Sayang dah jadi perempuan yang abang idamkan. Dan abang harap sangat abang juga dah jadi lelaki idaman sayang”

“Hanya abang... hanya abang yang ada dalam hati sayang ni bertahun2 lamanya” akuiku.

Azrul senyum lagi. Aku menunduk saat jemarinya mengait tanganku.

----------------------TAMATED---------------------------------

Tau, tau! Cliche sungguh cite milan kali ni. Tapi nak wat camna kan? Hehehe... Sebab amik masa sekejap je wat ecerpen ni, milan mohon maaf kalu ada yg terkurang kat mana. Milan hanyalah manusia biasa.

9 demented soul(s):

MaY_LiN said...

milannnn
sambung la lagi..

thydiva said...

may lin cayang, cerpen ni da abis la... nnt milan wat cite lain plak ek. muahhhss

cactaceous opuntia said...

aha..xpa...best2...huu

saya ♡_♡ said...

haha.. klakar citer nih..
best3x

Nurul A'in said...

best je cite ni.. suka suka suka.. ^^,

tzaraz said...

milan... cliche x cliche..paper pun, cite ni ttp menarik!

srikandi said...

aku suke je citer ni..

yunix77 said...

kita suka jer semua citer milan
cliche ke tak, takde hal
sebab kita tau bukan senang nak buat sebuah citer yang sempurna di mata semua

izzaty najwa said...

awwwwww~ love this.. so sweet~

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review