|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 18::

Mumbling o milanhawkin at 12:57 PM
"Mila! Dani?" Syalinda bergegas mendapatkan pasangan yg baru memasuki KLCC. Kegembiraan jelas terpancar di wajah Syalinda. Syalinda memeluk Mila dengan gemas. Cemas bercampur gembira. Cemas dengan persoalan yg dibangkitkan Amirul tadi, namun agak gembira bila berjumpa temannya.

"Mila, where have you been? Bila aku balik sini, aku terus cari kau. Kau dah pindah ke? Apasal aku pergi rumah kau hari tu kau takde? And what are you guys doing here?" bertalu2 Syalinda menyoal. Mila pula seakan baru terlihat sesuatu yg menakutkan. Terasa tiada darah yg mengalir dalam badannya. Apalagi bila terpaksa berdepan dengan Amirul.

"Korang ni dah berbaik ker?" Dani pula bersuara. Senyuman tak lekang dari bibirnya. Entah apa yg seronok sangat.

"Mestilah. My darling takkan marah lama2 kat I" bohong Syalinda, memaut lengan Amirul dengan mesra. Amirul tersengih sambil tangannya melingkar pada pinggang ramping Syalinda. Pun begitu, matanya tak lepas dari memandang wanita bertudung di hadapannya. Mahu melihat reaksi Mila.

"Dani, are you trying to tackle Mila? Watch out ya, my friend ni mmg susah nak dipikat. Sebab tu la sampai sekarang pun takde boyfriend" Syalinda mengenyit mata pada Mila. Gadis itu hanya mampu tersenyum nipis. Kenapalah hari ini banyak sangat kejutannya? Tadi Dani, sekarang Syalinda bersama Amirul pula. Dahlah tu, siap berpeluk sakan lagi depan aku. Tak guna punya laki! Mila menggumam di dalam hati.

"Trying to, hehe... Actually kitaorg ni nak gi makan. Tak sangka jumpa korang kat sini. Wanna join us?" Dani berbasa-basi. Sebenarnya dia mahu bersendirian dengan Mila. Mahu mengenali gadis itu dengan mendalam. Lalu dia berharap Amirul faham dengan lirikan yg diberikan.

"Oh, we were just..."

"OK jer. We’ll join you. Kan sayang?" potong Amirul sambil mengelus lembut rambut Syalinda yg panjang dan lurus itu. Hati Mila semakin membara dengan kelakuan Amirul.

Syalinda agak tercengang dengan tindakan Amirul. Bukankah mereka baru saja selesai makan? Malah sedikit pelik dengan kemesraan yang berlebihan yang ditunjukkan di hadapan Dani dan Mila. Namun dia hanya mengikut saja langkah Amirul. Dani pula sedikit bengang bila rancangannya terganggu. Mila makin gelisah dengan drama ini.

"Tak sangka Mila ni kawan you, ye Sya. What a small, small world. So you taulah Mila ni kakak angkat Alia. Currently staying with Mirul’s family" Dari mana si Dani ni dapat byk sangat information pasal aku ni? Ah, sudah...

"Really? Well, Mirul definitely didn’t say anything about it. So does Mila" Syalinda mula terasa ada yg tidak kena. Sejak bila pula temannya ini mengenali Alia, adik Amirul? Dan kenapa pula Mila menetap di rumah Amirul? Syalinda mengerling pada Amirul, yg buat2 tak dengar. Kemudian dia merenung pula wajah Mila yang sejak dari tadi tidak mengangkat mukanya dari meja.

"Err.. everybody, pls excuse me. Saya nak ke 'ladies' kejap" Mila segera bangun meninggalkan meja. Sungguh dia gelisah. Cemas. Habislah aku bila balik ke rumah nanti, fikir Mila.

Namun dia tak menduga dia perlu menghadapi semua itu lebih awal. Sebaik saja keluar dari bilik air, tangannya disambar dan tubuhnya ditolak ke dinding. Sakit!

"Aqim..."

"What the hell are you trying to do?" bisik Amirul, keras. Matanya dicerlung ke arah Mila. Wajahnya begitu dekat, begitu garang.

"Aqim, saya... saya..." kecut perutnya melihat rupa Amirul. Hilang sudah kata-kata yang ingin disuarakan pada suaminya itu.

"Apa kau buat dengan Dani? Nak perangkap dia pula?" ketus suara Amirul. Kedua lengannya masih lagi mencengkam erat tangan Mila hingga gadis itu meringis kesakitan.

"Saya tak buat apa2. Dia... dia cuma ajak saya makan. Itu jer. Aqim, sakit..." keluh Mila dalam rasa sakit yang kian menjalar di lengannya. Kenapa Amirul melayannya sebegini rupa?

Amirul cepat2 melepaskan Mila bila seorang gadis keluar dari bilik air restoran tersebut.

"Kau dengar sini baik2. Jangan cuba nak bongkarkan rahsia ni pada mereka, especially Sya. We’ll continue this at home. Balik awal!" Amirul menamatkan perbualan mereka dengan melangkah pergi. Mila mengusap lengannya yang sudah mula kemerahan dengan mata berkaca.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review