|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 47::

Mumbling o milanhawkin at 1:48 PM
Mila menekan2 remote control di tangannya. Namun semua rancangan yang ditayangkan tidak mampu menghiburkannya, apalagi untuk menarik perhatiannya. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Bayang Amirul masih tidak kelihatan. Mila mengertap bibirnya.

‘Bukan main lagi dia pergi dating, tengah malam macam ni pun tak nak balik2 lagi’ gerutu Mila dengan geram. Hatinya bertambah sakit mengingatkan betapa gembiranya Amirul siang tadi menerima panggilan dari kekasihnya. Rasa mahu dicekik2nya leher suaminya itu. Cakap pun main bisik2.

Mila mengeluh panjang. Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Dia sedar dia tak patut mencampuri urusan Amirul lagi. Sungguh, dia tak berhak lagi sejak dia sendiri yang mengakui dia tak mahukan apa2 dari lelaki itu. Namun jauh di sudut hatinya, dia menyesal yang amat sangat. Segala2nya sudah terlambat.

Tepat jam 12.15, Mila terdengar pintu utama dikuak perlahan. Dari ekor matanya dia melihat tubuh Amirul memasuki ruang tamu. Dia berpura2 tekun menonton.

“Mila tak tidur lagi? Esok tak kerja ke?” Amirul menyapa.

“Kerja” sepatah Mila menjawab. Dia tak mahu berpaling, tak sanggup mahu menatap wajah ceria Amirul sedangkan dia sendiri sedang berduka.

Amirul memandang Mila yang seakan khusyuk menonton rancangan bola di tv. Dia tersengih. Sejak bila pulak Mila ni minat tengok bola? Tengah marahlah tu.

“OK. Abang tidur dulu la. Penat keluar shopping tadi” ujar Amirul dan terus mengorak langkah ke biliknya. Mila kembali mengertap bibirnya. Shopping? Tak nampak barang shopping pun! Ini mesti shopping dengan perempuan tu! Ya Allah, sakitnya hati aku!


*****

Paginya itu Mila terlewat bangun. Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Nasib baiklah dia ‘cuti’ hari ni. Kalau tak, memang dah terlepas la sembahyang Subuh. Secepat mungkin dia mandi dan bersiap. Teringat amaran Mr Teoh hari itu. Dia tak mahu terlewat lagi. Amirul pun sampai hati tak kejutkan aku. Takkan dia dah pergi kerja dulu? Takkan dia tinggalkan aku sebab aku lewat bangun!

Selesai memakai tudung, Mila keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu. Kosong. Dapur, kosong. Dia tinggalkan aku? Mila melangkah ke pintu utama. Kasut Amirul masih ada di situ. Maknanya dia masih ada di sini? Dahinya mula berkerut. Takkan tak bangun lagi?

Mila berdiri di luar pintu bilik Amirul. Tangannya mengetuk perlahan. Sekali. Tiada jawapan. Dua kali. Masih sunyi. Mak aii, tido mati ke? Ataupun dia memang dah keluar?

“Aqim! Aqim!” Hatinya mula dilanda bimbang. Tangannya cuba memulas tombol pintu. Tak berkunci. Dikuak perlahan pintu tersebut. Kepalanya menjengah ke dalam.

Amirul masih berbaring di katilnya. Selimutnya juga sudah tersingkap dari tubuhnya, sebahagiannya sudah menyentuh lantai. Ganas betul dia ni tidur, Mila tersenyum sendiri.

“Aqim, bangunlah. Dah lambat ni. Awak tak nak pergi kerja ke?” sela Mila sekali lagi dengan nada yang semakin meninggi. Amirul masih tak bergerak. Mila naik geram. Memang tidur mati ni. Kalau pencuri masuk pun tak sedar!

Tangannya menolak tubuh Amirul perlahan sambil terus memanggil nama lelaki itu. Bagaikan terkena renjatan elektrik, Mila kembali menarik tangannya. Kerut di dahinya bertambah. Tak berpuas hati, tangan Mila singgah ke dahi Amirul, menekan perlahan.

“Ya Allah, panasnya!”

Amirul mengerang. Kelopak matanya terbuka perlahan2. Mila sedang merenungnya dengan kerut di dahi. Ada riak risau di situ. Dia cuba mahu bangun, rasa segan pula bila ditenung sebegitu oleh Mila. Terasa badannya begitu lemah, tak bertenaga.

“Awak, bangun. Kita ke klinik ye. Awak demam ni” dengan lembut Mila bersuara. Amirul menggelengkan kepalanya. Sekali lagi dia menggagahkan badannya untuk bangun. Berjaya, walaupun badannya terasa ngilu di beberapa tempat.

“Mila nak pergi kerja? Abang hantarkan. Tunggu kejap” lemah sekali Amirul bersuara. Mila cuba menahan bila Amirul mahu berdiri tetapi Amirul memberi isyarat supaya Mila tidak berganjak dari tempatnya.

“Takpe, abang ok lagi ni. Abang hantarkan Mila dulu, lepas tu abang ke klinik” langkahnya dibuka. Terasa tubuhnya terlalu lemah tak bermaya. Hampir saja dia terjatuh bila dengan terhuyung-hayang dia melangkah ke bilik air. Mila yang cuba mengampu tubuh Amirul turut sama terjatuh ke lantai. Berat sangat!

“Awak, janganlah paksa diri. Awak tak sihat ni” ujar Mila, cuba menarik tubuh Amirul kembali ke katil. Tak berdaya, Amirul mengikut saja arahan Mila. Dengan berhati2, Mila membaringkan tubuh Amirul kembali ke katil. Selimut yang tadi tergolek di lantai diangkat dan disarungkan kembali ke tubuh Amirul.

“Sorry...” lemah suara Amirul, hampir saja tidak kedengaran. Hati Mila digamit sayu. Kasihan melihat keadaan Amirul.

“Awak rehat dulu. Saya nak call office dengan Papa. Lepas ni saya buatkan bubur ok” Mila berlalu pergi sambil menekan2 telefon bimbitnya. Seketika kemudian, sayup2 kedengaran suara orang sedang berbual. Mata Amirul kembali tertutup.

1 demented soul(s):

gerau said...

nice story. baru jumpa. keep it up!

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review