|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Thursday, July 31, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 15

Mumbling o milanhawkin at 2:04 PM
Aku mengerling sedikit pada wajah kacak Kamal Hadi. Dia nampak begitu asyik menikmati tomyam sayur di hadapannya. Berdesit2 dia menahan kepedasan. Itulah, tak tahan pedas tapi tetap juga nak makan pedas. Ada rona merah di pipinya sementara matanya sudah mula berair. Terseksa jugak tengok mamat ni makan. Aku tersenyum sendiri.

“Awak ni, tak tahan pedas janganlah makan pedas” tegurku akhirnya. Kamal Hadi mengangkat mukanya, dan kemudian mengukir sebuah senyuman malu. Lagilah dia nampak comel gile.

“Saya memang suka makan pedas. Tak best la tak pedas. Awak tu kenapa tak makan?” balasnya sambil mengunjukkan pada pingganku yang tak luak.

Aku tersengih. Nasi goreng kampung yang ku order tadi sekadar menjadi mainan pada sudu di tanganku. Aku lapar, tapi aku lebih mahu mengetahui kenapa Kamal Hadi mengajakku keluar. Hasilnya, hanya sesuap dua yang masuk ke mulutku. Itupun aku tidak dapat menikmati kesedapannya.

“Saya kurang sikit makan malam2 ni” aku memberi alasan. Kamal Hadi mengorak senyum lagi. Kali ini nampak lebih nakal.

“Nak diet ek? Buat apa nak diet? Saya suka je awak macam ni. Bukannya gemuk pun” usikannya membuatkan pipiku bersemu merah. Ish, kenapa rasa bahagia ini perlu bertandang di hati sedangkan kutahu perasaan itu bukan milikku.

Mata kukitarkan ke arah restoran. Restoran yang menjadi tempat biasa pelajar2 kampusku untuk mengenyangkan perut. Restoran mamak yang dibuka 24jam, sememangnya amat menguntungkan bila ramai yang bertandang. Lagipun makanan di sini tidak kurang hebatnya dengan masakan melayu. Apa lagi dengan roti canainya yang memang enak.

Ada beberapa pengunjung restoran tersebut yang memang kukenali. Mereka nampaknya begitu taksub memandang kami. Atau sebetulnya, memandang Kamal Hadi. Maklumlah, ‘The most eligible bachelor’ kat kampus. Mungkin saja mereka tertanya2 apa yang aku buat bersama Kamal Hadi di sini. Bukannya aku tidak tahu, yang sebelum ini Kamal Hadi tidak pernah keluar dengan mana2 gadis pun. Tidak di dalam kampus, tidak juga di luar kampus. Sebab itu aku agak tergamam bila mendapat mesejnya mengajakku makan malam. Pelik, kan? Bukankah dia sendiri sudah menolak luahan hatiku dulu? Takkan dia sendiri lupa?

Mungkin akulah perempuan pertama yang berjaya keluar dengan Kamal Hadi, berdua2an pula tu. Mungkin nanti ramai jugalah yang membenciku kerana merampas lelaki pujaan kampus itu. Aku seolah2 teruja untuk mendengar berita bagaimanakah yang akan dijaja tentangku nanti. Persoalannya, dari siapa sebenarnya Kamal Hadi ini kurampas?

“Kalau awak tak nak makan, meh sini saya tolong awak habiskan” suara Kamal Hadi itu memecahkan lamunanku.

Aku makin tersentak bila Kamal Hadi menarik pingganku ke tengah. Aku tidak sempat menahan bila tangan lelaki itu mencapai sudu dari tanganku, dan mula menyuapkan nasi goreng itu ke mulutnya. Sungguh aku tak tahu apa yang patut kuucapkan saat itu.

“Awak, itu... emm... nasi goreng saya... saya dah makan sikit...” tergagap2 aku menegur. Aku malu sebenarnya. Apa lagi bila aku pasti perbuatan Kamal Hadi itu dilihat jelas oleh beberapa pengunjung di situ.

“Lah, apa salahnya. Awak pun tak nak habiskan. Diet konon. Nah, makan sikit” kali ini Kamal Hadi menyuakan sesudu nasi itu ke arahku. Bulat mataku merenungnya. Dia ni buang tebiat ke? Kenapa romantik semacam je ni? Kenapa awak buat saya keliru ni?

“Eh, awak... taknaklah...” tolakku perlahan. Segan aku dibuat lelaki ini. Aku menggeleng perlahan. Takut benar jika dia benar2 menyuapku. Selain Ummi, tiada siapa yang pernah menyuapku makanan.

“Makanlah sikit...” pujuknya lagi. Aku mengertap bibir. Kamal Hadi masih setia menatang sudu itu hampir ke arah mulutku. Sudah, takkan nak main paksa kot?!

“Tak payahlah, awak. Saya dah kenyang ni. Awak makan jelah..” sekali lagi aku cuba menolak. Sedikitpun aku tidak mengangkat wajahku. Takut mahu bertentang mata dengannya. Apalagi dengan kelakuannya yang memang terlalu luar biasa bagiku pada hari ini.

“Sikit je. Please? Nah... bukaklah mulut tu...sikit je...” aku terpaku saat jemarinya sudah berani menyentuh daguku.

Ya Tuhan, benarlah dia tidak mahu mengalah! Mengingatkan kami berada di tempat awam, malah beberapa orang di antara mereka mengenali kami, aku menerima juga suapan dari Kamal Hadi. Antara paksa dan rela. Walaupun aku tak puas hati dengan tindakan lelaki itu, aku tak jadi memarahinya bila melihat betapa lebarnya senyuman Kamal Hadi.

“Ha.. macam tulah. Bukan susah pun, kan sayang?” Hampir saja tersembur nasi yang kukunyah tadi. Buntang mataku memandangnya. Tapi dia buat tak nampak je. Atau ini semua ilusiku semata2?

Saya tak paham, awak. Apa awak cakap ni? Apa sayang? Kenapa sayang? Atau awak yang tersasul? Awak benar2 tersasul kan? Awak tak maksudkan apa2 dengan perkataan tu kan? Atau awak tengah main2kan saya?

Aduh, kenapa aku tak punya keberanian untuk bertanya itu semua pada Kamal Hadi? Persoalan ini, dan tingkahnya, membuat aku makin gelisah.

“Sebenarnya kan, awak nak jumpa saya ni kenapa? Ada hal penting ke awak nak cakap?”

Fuh... leganya bila dah keluar separuh dari persoalan yang melanda diriku. Kamal Hadi merenungku dalam2, hingga aku jadi serba tak kena. Ada apa2 ke kat muka aku? Kalau takde, kenapa dia nampak macam nak gelak je? Pantas aku meraba2 wajahku.

“Takde pape la kat muka awak tu. Dah cukup comel dah untuk saya”

Sungguh, aku tak tipu. Aku ternganga mendengarnya.

3 demented soul(s):

tzaraz said...

Hehe...comel ye?....Masih blm dapat masuk Cari Forum ke?

miss_milkshake said...

ola~

milan... nnt smbung lg tau...
smbg pnjang2...

cte ni comey...

grand piss said...

Kamal Hadi. hahhaha... cam kenal jer...

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review