|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, January 14, 2008

Cinta bertih jagung - 1

Mumbling o milanhawkin at 9:48 AM
“Ah, semalam aku tengok show Identity. Best giler. Makcik tu memang terer la meneka.... then aku tengok drama melayu... pelakon pompuan tu cantik sangat. I bet she’s your type kan? Pastu.... cerita tu memang kelakar.... sedih pun ada jugak. Kau tengok tak... Aku ada baca pasal pelakon ni dalam majalah...” aku terus berceloteh dengan riang tanpa berhenti.

“Mmmm...” Shahil terus menikmati nasi lemak di hadapannya, sambil terus memasang telinga. Matanya tetap dihala padaku, mendengar setiap butir bicaraku yang bagaikan bertih jagung. Bibirnya mengukir senyum dalam diam.

Aku memang banyak cakap, malah terkenal sebagai perempuan mulut murai di sekolah. Aku tak pernah kisah, malah tetap dengan sikap aku yang banyak cakap dan periang. Nak buat macam mana, dah sejak azali lagi aku memang banyak mulut. Mak dan ayah aku sendiri pun tak pernah melarang aku bercakap. Lagipun aku gembira begini. Ini cara aku mengekspresikan diri.

Berbeza dengan Shahil yang pendiam. Terlalu pendiam sebenarnya menyebabkan ramai perempuan takut untuk mendekati lelaki tampan itu. Apalagi dengan perwatakannya yang sentiasa serius dan nampak garang. Jadi tak ramai yang dapat meneka apa yang selalu bermain di kotak fikirannya.

“So, macam ni la cara kamu berbual tiap2 hari ye” tegur satu suara dengan sinis. Dua orang pelajar lelaki berdiri di tepi meja di mana kami sedang menikmati masa rehat. Aku dan Shahil sama2 berpaling ke arah mereka. Khairul dan Aidil berdiri di tepi meja kami dengan senyuman sinis mereka.

“Huh? Kenapa?” soalku dengan wajah keliru. Apa la mamat dua ekor ni nak. Selalu sangat dia kacau kitaorang berbual. Menyibuk je! Shahil pula langsung tidak menghiraukan kata2 mereka, sebaliknya terus menyuap makanan.

“Arina dengan mulut bertih jagungnya, bercakap tak berhenti...” ujar Khairul sambil mencebik.

“Dan Shahil cuma mendengar je, tak bercakap langsung. Korang ni terlalu berbeza” sambung Aidil pula, melipat tangannya ke dada.

“Boleh pulak kau tahan mulut perempuan ni ye, Shah. Why?” Khairul sengaja menambah dengan nada yang menyakitkan hati aku.

“Why do you think?” selamba Shahil mengerling padaku sambil menghadiahkan sebuah senyuman seperti selalu. Aku sekadar tersenyum geli hati dengan reaksi Shahil. Temanku ini memang malas nak mengeluarkan suara dari kerongkongnya.

“Sebab kami ni kawan baik sejak dari tadika lagi tau! Kami dah kawan selama 11 tahun tahu!” ujarku sambil memeluk lengan Shahil tanpa segan silu. Aku dah terlalu biasa dengan lelaki ini yang kuanggap seperti saudara sendiri ini.

“Tapi kau tak rasa si Arina ni bising ke, Shah? Kalau aku, mesti dah sakit telinga asyik dengar dia berleter sepanjang masa” luah Adil pula.

“Aku dah terbiasa” ringkas jawapan Shahil, kembali meneruskan suapannya. Aku membuntangkan mataku padanya dengan geram.

“Shah, that’s mean!” rengekku dengan wajah memerah. Selamba je cakap ‘terbiasa’. Hampeh betul! Nak kena dia nih!

“Memang betul pun” giat Shahil. Dia tersenyum ke arahku.

“Jahat!!” Aku memukul lembut belakang Shahil dengan geram walaupun aku turut sama tersenyum. Kalau Shahil tersenyum, secara automatik aku akan membalas senyumannya. Sebabnya, smile is contagious. Tapi Shahil hanya tahu senyum pada aku seorang saja. Dengan orang lain, jangankan senyum, nak bercakap pun malas.

“Bisinglah!” Shahil sengaja mahu membangkitkan kemarahanku. Sebaliknya aku tersengih tak peduli.

Walaupun kami berlainan karekter, persahabatan ini terjalin erat sejak dulu. Mungkin kerana perbezaan inilah yang menguatkan tali persahabatan antara aku dan dia. Kami memang rapat sejak dulu. Aku teramat menyenanginya. Aku gembira berada di sampingnya. Hanya dia yang suka mendengar aku bercakap. Kalau orang lain, dah lama suruh aku tutup mulut. Dia sahabat baikku!

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review