|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Saturday, June 28, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 8

Mumbling o milanhawkin at 9:52 PM
Aku merenung tanpa makna pada sekumpulan angsa yang riang berenang di dalam tasik Shah Alam. Sesekali mataku melingas pada pasangan-pasangan yang sedang memadu kasih di tasik ini. Ada yang menaiki perahu kecil sambil mengelilingi tasik, ada yang berjogging bersama-sama, malah ada juga yang sekadar berbual-bual kosong di tepi tasik dan di bangku-bangku di sekeliling taman tasik Shah Alam ini. Bahagianya mereka... masing-masing bersama pasangan sendiri. Hanya aku yang keseorangan...

Aku merenung telefon bimbitku yang menyala-nyala beberapa kali, tetapi tidak berbunyi. Nama Aida terang-terangan muncul di skrin telefon. Aku mengeluh perlahan. Memang sengaja aku ‘silent’kan telefon bimbitku. Aku malas mahu bercakap. Aku tahu, jika aku bercakap sekarang ini, pastinya aku akan menangis dan meraung di sini. Aku tengah sedih ni... waaaaaaaaa.....

“Maaf Hana, saya... saya berterima kasih atas perasaan awak pada saya. Cuma, saya tak terfikir untuk bercinta buat masa ini. Bagi saya, pelajaran lebih penting. Saya ada cita-cita yang perlu saya gapai. Saya pasti awak faham, kan?”

Ya, aku telah ditolak! Hmm.. mahu menangis ada, mahu meraung lagilah ada. Aku sedih kerana cintaku ini tidak berbalas. Punyalah semalam aku tidak dapat tidur kerana aku mahu berterus-terang pada Kamal Hadi tentang perasaanku, begini pula jadinya. Semalaman aku berfikir-fikir sendiri bagaimana mahu menyuarakan perasaan ini. Aku sudah tidak mahu sekadar memendam rasa dan memuja dalam diam. Setiap kali bertemu dengannya, perasaan ini membuak-buak mahu melimpah keluar. Sedaya upaya aku mengumpul kekuatan.

“Jangan fikir saya tak sukakan awak, Hana. Saya suka awak, tapi cuma sekadar teman. Saya senang dengan awak. Saya hormat awak. Janganlah anggap kata2 saya ini sebagai suatu ‘rejection’. Saya pasti, hubungan saya dengan awak ini pasti ada tujuannya. Tapi untuk mengikat sesuatu yang saya sendiri tidak boleh pastikan, saya bimbang akan melukakan hati awak. Saya masih mahu kita bersahabat” panjang lebar Kamal Hadi berbicara padaku petang itu. Walaupun nadanya masih penuh kesopanan dan keikhlasan, aku tetap terasa hati.

Sia-sialah mataku yang lebam tak cukup tidur ini. Kamal Hadi hanya menganggap aku sebagai sahabat. Hanya itu...

‘Cheer up, Hana! Takkan begini mudah kau nak berputus asa? Mungkin hatinya akan berubah dengan masa. Mana tahu, suatu hari nanti hatinya akan berpaling pada kau? Siapa tahu kan?’

Hati ini memujuk sendiri. Ya... siapa tahu... mungkin saat ini, apa yang aku perlukan hanyalah menunggu si dia berubah hati. Amihana, berusahalah memikat hati Kamal Hadi! Mungkin Allah SWT akan temukan jodoh kau dan dia! InsyaAllah...

Aku bangun dari bangku yang kududuki sepanjang petang itu. Bibirku mengukir senyum yang pasti. Apa yang perlu kulakukan sekarang bukanlah berhiba dan bersedih hati. Aku perlu berusaha mendapatkan apa yang kuhajati.

Langkah kuatur perlahan ke arah stesen bas. Aku perlu pulang. Nanti melepasi curfew asrama pula. Tak pasal2 kena tidur kat luar...

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review