|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Friday, November 19, 2010

Amihana: Nilai Sekeping Hati 51

Mumbling o milanhawkin at 10:59 AM
“Mungkin benar saya bukan lelaki yang baik. Saya ambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Tapi cinta saya pada awak, bukanlah cinta palsu, Hana. I am madly, deeply in love with you. Jangan kata awak tak rasakan apa yang saya sedang rasakan saat ni”

Aku menarik jemariku yang sedari tadi berada di dalam genggamannya. Aku mengepal tanganku. Sebetulnya aku tidak tahu bagaimana mahu bereaksi. Terlalu banyak yang bermain di fikiranku saat ini.

Air mataku telah lama kering. Kekeliruanku sebentar tadi terjawab jua. Dr Khairul yg melutut di hadapanku, kupandang sepi. Hatiku berbelah bagi. Kurasakan, separuh jiwaku saat ini sudah terbang melayang entah ke mana.

“Awak... kat mana dia sekarang?” akhirnya aku bersuara. Tiba-tiba saja aku rasakan aku perlu berjumpa Imran Hadi. Aku perlu bersemuka kembali dengan lelaki itu. Walaupun Dr Khairul sudah menjelaskan semua yang terjadi, aku rasakan aku masih perlu merenung matanya, dan mendengar semuanya dari bibirnya.

Aku menyesal sekarang kerana tidak pernah mahu bersemuka dengan Imran Hadi dan menuntut penjelasan. Aku tahu Imran berbohong padaku. Aku tahu ada sesuatu yang disembunyikan semenjak aku pulang dari Korea. Aku patut percayakan instinctku. Tapi aku khilaf. Aku... aku yang membenarkan semua ini berlaku.

“Hana, please... dont hurt yourself anymore. I can’t bear it...” Aku menggelengkan kepala. Berkali2.

“Tak... saya... saya nak jumpa dia... saya perlu jumpa dia. Please awak.. bawak saya jumpa dia sekarang jugak. Please...” aku merayu lagi. Entah berapa kali aku perlu merayu pada lelaki ini?

Dr Khairul menunduk. Lama. Kemudiannya dia mengangguk. Mataku bersinar dengan penuh harapan.

“Baiklah, tapi dengan syarat...”

Keningku bertaut. Syarat?

“Awak kena terima lamaran saya. Dan hanya selepas kita bernikah, barulah saya bawa awak jumpa Imran. Inilah syarat saya”

“Ini paksaan!” bentakku dengan geram. Dr Khairul mendengus perlahan.

“Ini syarat saya, Hana. Sama ada awak terima atau tak, itu keputusan awak” ujar Dr Khairul, langsung tidak mahu mengalah. Tapi syarat ini langsung tak masuk akal walhal dia sudah tahu perkara sebenar. Dan dia sepatutnya tahu perasaanku sekarang ini.

“Kalau awak tanak bawak saya, saya akan mintak Auntie Zue tolong saya!” ugutku.

Ya, patutnya aku minta bantuan dari Auntie Zue. Pasti Auntie Zue akan menolongku. Aku yakin sekali Auntie Zue akan menyebelahiku.

“Cubalah... “ sinis sekali lelaki itu berkata2. Aku menjeling,kurang senang.

“Sebenarnya kami semua dah berjanji takkan bocorkan rahsia ni pada awak sampai bila2. Saya yakin, Auntie Zue takkan bawa awak, sebab Auntie dah janji pada Imran” jelasnya kemudian. Aku menarik nafas panjang.

“Awak tipu...” desahku. Dadaku semakin sebak.

“Macam saya cakap tadi, awak boleh cuba tapi percayalah, hanya saya yang boleh tolong awak”

“Tapi... tapi... awak... saya sayangkan Imran. Saya hanya nak kahwin dengan dia. Saya tanak awak! Please...”

Aku tau wajah Dr Khairul berubah mendung. Hilang serinya bila mendengar aku mengeluarkan ayat2 sebegitu rupa. Aku tahu mungkin hatinya sedang terluka. Namun apalah dayaku, hati ini masih dimiliki oleh Imran. Aku belum bersedia mahu berpaling darinya. Walaupun aku sedar, Dr Khairul semakin mendapat tempat di suatu sudut di hati ini, namun semuanya itu mungkin kerana aku sedang patah hati. Dia menjadi tempat aku melepaskan perasaanku yang terkurung. Pendek kata, he's in the right place, at the right time. Tapi permintaannya sekarang ini benar2 buat aku menyampah.

“Sorry, that’s my only condition. Awak fikirla masak2. Then inform me later. Jom, kita turun. Keluarga kita mesti risau bila kita lama2 kat bilik ni” kali ini bicara lelaki itu tegas. Wajahnya juga semakin serius.

Dr Khairul bangkit dari duduknya. Kemudian digamit jemariku, memaksaku berdiri. Kali ini kubiarkan saja kerana fikiranku sudah semakin berkecamuk memikirkan apa yang telah terjadi.


**********************************************************
p/s: really appreciate your comments, for improvement. tq muah muah!

8 demented soul(s):

tzaraz said...

milan... knapa jadik cengini..
alaaaa... nak dr. khairul gak ngan hana.

thydiva said...

perlu ke milan wat poll? siapa patut jadi hubby hana?

tzaraz said...
This comment has been removed by the author.
tzaraz said...

tak perlu! dr khairul je sudah!

MaY_LiN said...

ala milan..
dr kerul sudah..
hikhikhik

Anonymous said...

nympah lak ngan dr khairul...nape wat hana gitu... bagi jer le hana jmpe imran... kut2 lpas jmpe semuanyer trungkai...... bosan lak main trik tli cam 2...eeeeeee...

IVORYGINGER said...

cik writer: bila nk samb ceta ni. nk latest entry??? xsabar la nk tau kisah imran lak. napa tetiba dia lesap tanpa kabar??? ke dia sakit teruk or dah mati??? tu khairul paksa kahwin ngan dia. he... curious to know everything.;D

Anonymous said...

don't tell me imran ada penyakit n meninggal that's why dia serahkan hana kat khairul betul kan he.he.he. teka aja cpt smbung ya xsabar nak tahu mana n kenapa imran buat hana cam tu

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review