|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Tuesday, July 17, 2007

::Kusimpul Mati - 3::

Mumbling o milanhawkin at 5:52 PM
“Damn!!” untuk sekian kalinya Amirul menyumpah. Untuk sekian kali itu jugalah fail2 di atas mejanya menjadi mangsa hentakan tangannya. Sudahnya, beberapa fail akhirnya tercampak ke lantai. Amirul langsungtidak ambil pusing.

Dia benar2 geram dengan tingkah Syalinda kali ini. Sudahlah dia ditinggalkan pada hari perkahwinan mereka, kemudiannya menghilang tanpa jejak. Sudah beberapa minggu dia cuba mencari ke mana kekasihnya itu menghilangkan diri. Bila ke agensi tempat Syalinda bekerja, pekerja2 di situ langsung tidak mahu memberikan kerjasama. Sudah puas juga dia cuba menghubungi Syalinda namun usahanya itu sia2 saja.

“Hey, buddy! Apsal termenung je ni? Muka pun masam semacam jer”

Amirul hanya mendengus mendengarkan suara sahabatnya, Dani. Dia mengerling sekilas pada Dani yang masih tersengih. Dia merengus lagi.

“Kau still marah kat Sya sebab jadi runaway bride ke?” gelak Dani. Lucu mengenangkan kisah teman baiknya itu, mengingatkannya pada filem Runaway Bride lakonan Richard Gere dan Julia Roberts.

“This is not funny, Dani” dengan geram Amirul bertutur. Marah dengan tawa Dani yg tak kena tempat. Tapi itulah Dani. Apa pun yg berlaku, lelaki itu hanya tahu ketawa. Entah kenapa. Mungkin saraf tangisnya dah lama terputus. Jadi yg dia tahu hanyalah ketawa, senyum dan tersengih.

“Sorry, sorry. I didnt mean it that way, buddy. But I always thought Sya wouldn’t tie herself up this fast. It is predictable for a girl like her. Jangan la fikir sangat, ok” ujar Dani setelah ketawanya reda. Dia mengambil tempat di hadapan Amirul. Amirul merenggangkan tali lehernya. Dia terasa panas tiba2.

“Aku tak sangka dia sampai hati tinggalkan aku macam ni. This is too much, Dani. Takkan dia tak tahu betapa aku sayangkan dia. Kenapa dia buat aku macam ni?” Amirul bersuara setelah mendiamkan diri seketika. Wajahnya kembali muram, sedih.

Dani menghela nafas. Kasihan juga pada Amirul. Dia tahu betapa setianya Amirul pada Syalinda. Hubungan mereka bermula semenjak mereka sama2 menuntut di sekolah menengah lagi. Syalinda adalah cinta pertama Amirul, berkenalan ketika sama2 terlibat dalam aktiviti sukan. Amirul bintang bola sepak sementara Syalinda merupakan pelumba lari yg hebat. Pasangan yang sama cantik, sama padan.

Bahkan dia sendiri tak menyangka Syalinda sanggup melarikan diri secara tiba-tiba. Bukan sikap Syalinda untuk tidak berterus terang. Entahlah, mungkin ada sesuatu yang berlaku.

“Sabarlah Mirul. This is not the end of the world. Mulakan hidup baru. Kata orang tua2, bunga bukan sekuntum” Dani cuba memberi nasihat. Dia tak mahu selamanya Amirul bermuram durja. Dia mahukan Amirul yg lama. Yg sentiasa bergelak tawa bersamanya, yg sentiasa riang dan bersemangat.

“Kau takkan faham perasaan aku, Dani” Ya, Dani takkan faham perasaannya. Perasaan cinta yg telah dihancurkan. Cinta yg dipermainkan. Cinta yg sia-sia.

“Yelah, aku kan player. Mana boleh sangkut-sangkut ni. Tak macho ar” Dani kembali dengan tawanya.

“Tapi nasib baiklah aku takde masa kau nak kahwin hari tu. Kalau tahu jadi macam ni, aku kidnap je kau ke UK. Takde la kau sedih sangat kat sini” ujar Dani, sekadar cuba menceriakan hati sahabat baiknya itu.

Amirul hanya merenung kosong ke arah jendela bilik pejabatnya. Entah kenapa, mulutnya terkunci dari memberitahu Dani tentang Mila. Biarlah. Itu cuma satu kesilapan yang boleh diperbetulkan. Ya, dia akan perbetulkan segalanya. Cuma, dia harus menunggu masa yang sesuai.

“Aku tidur rumah kau lagi ye malam ni” Dani hanya mengangguk.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review