|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, July 22, 2007

::Kusimpul Mati - 12::

Mumbling o milanhawkin at 11:18 AM
”Aih, apasal plak la mata ni taknak lelap” Amirul menggumam sendirian. Dipusingkan badannya ke kiri. Matanya dipejamkan. Beberapa saat kemudian dia mengalihkan badannya ke kanan pula. Gelisah. Akhirnya dia berbaring, matanya mengadap siling biliknya. Timbul rasa geram di hatinya kerana matanya yg tak mahu lena.

Matanya singgah ke sesusuk tubuh yg sedang mengerekot di atas lantai beralaskan cadar yg nipis. Walaupun tubuh itu berselimut, namun dia tahu gadis itu kesejukan. Kejamkah dia? Ah, memang patut dia menghukum gadis itu. Siapa suruh degil.

Amirul melepaskan satu keluhan. Mila, Mila. Mila Aria. Sebenarnya nama itu agak cantik dan unik. Jarang sekali ada yg menggunakan nama sebegitu. Pertama kali mendengar nama itu dari bibir pemilik restoran yg sering dikunjunginya, dia begitu teringin untuk mengenali si pemilik nama tersebut. Sekadar ingin melihat. Tak disangka pula, gadis itu sekarang adalah isterinya yg sah.

Bodohkah dia? Betul dia tak menggunakan akalnya ketika menarik Mila dan membawanya ke hadapan tok kadi. Memang dia tak terfikir langsung akan akibatnya di kemudian hari. Marah Papa dan nasihat Mama langsung tak diendahkannya. Dia terlalu mengikut perasaan.

Mila, gadis biasa yg mungkin menarik di mata lelaki lain, namun bukan di matanya. Hatinya bukan untuk gadis itu. Sudah terpahat kukuh nama Syalinda di suatu sudut hatinya. Malah, segala yg dia ada hanya untuk kekasihnya itu. Bodohlah Syalinda mempersia2kan cintanya.

Pertama kali bersua dengan Mila, dia sudah mengagak gadis itu ada hati padanya. Mila sering memandangnya dengan malu-malu. Bila saja mata mereka bertembung, gadis itu akan segera menunduk dengan rona merah di pipinya. Kadang2 comel juga. Ah, kenapa pula aku berperasaan begitu? Dia bukan sesiapa. Bukan orang aku cinta. Dia hanya gadis yg pernah dibantunya. Gadis yg sering mendengar keluh kesahnya. Gadis yg setia menemaninya.

Teringat pula Amirul sewaktu dia membantu Mila. Malam itu dia pulang lewat dari pejabatnya, menyudahkan tender untuk dihantar pada sebuah syarikat. Seperti biasa dia akan singgah ke restoran kegemarannya, tempat Mila bekerja. Dia sengaja menunggu restoran itu tutup dan barulah bergerak ke tempat parking kereta. Saat itulah dia mendengar sebuah jeritan dari arah lorong gelap yg berdekatan. Tertanya2, dia menghampiri lorong tersebut.

Seorang lelaki berjambang sedang bergelut dengan seorang gadis. Tanpa banyak soal, dia berlari ke arah mereka dan kakinya menendang kuat belakang lelaki tersebut. Berlaku pula adegan pergelutan antara dua lelaki yg sama gagah, sama kuat. Mungkin Tuhan menyebelahinya, dia berjaya melarikan Mila akhirnya.

Gadis itu kelihatan begitu pucat dan ketakutan.

”Tt..terima k...kasih” hanya itu yg mampu diucapkan sewaktu dia membantu gadis itu berdiri.

Kasihan, ya hanya kasihan yg dia ada untuk Mila. Apalagi bila mengetahui sejarah hidup anak yatim piatu itu. Entah bagaimana, ringan saja mulutnya mencadangkan agar Mila menyewa di rumah yg baru dibelinya. Walaupun sebenarnya rumah itu adalah untuk Syalinda bila mereka berkahwin nanti, dia dengan rela hati membiarkan Mila menyewa di situ dengan sewa yg rendah. Mungkin kerana risau lelaki tadi akan mengekori mereka dan akhirnya tahu Mila berseorangan, perkara yg lebih buruk mungkin akan berlaku. Atau mungkin juga kerana dia terlalu kasihan dengan kisah hidup gadis manis itu. Tidak, sebenarnya sejak mula bertemu dengan gadis itu, dia rasakan dia perlu melindungi gadis itu. Melindunginya dari kelukaan dan kesedihan. Di balik wajah yg sentiasa mengukir senyum itu, dia seakan dapat merasakan kedukaan dan kesakitan yang disembunyikan. Betulkah?

Dan sejak itulah, mereka menjadi kian rapat. Kadangkala Amirul akan singgah di rumah itu untuk mengutip sewa. Mereka selalu berbual tentang apa saja. Dari topik kegemarannya hingga kepada hal-hal semasa. Dia selesa bila bersama gadis itu. Mungkin kerana Mila sentiasa mengutamakannya. Mila juga akan sentiasa memasak untuknya bila saja dia datang. Kadang kala dia singgah hanya untuk merasa masakan Mila. Pelik bukan? Sungguh, dia sendiri keliru tentang hubungan mereka. Cinta? Dia hanya cintakan Syalinda. Teman? Hanya ketika dia datang ke rumah tersebut. Hendak dikatakan hubungan mereka sekadar antara penyewa dan tuan rumah, dia mengakui hubungan mereka lebih dari itu.

Malah dia senang dengan panggilan Mila padanya. Hanya Mila yg memanggilnya 'Aqim' sedangkan semua yg mengenalinya memanggilnya 'Mirul'. Walau pada mulanya dia berkeras supaya Mila memanggilnya dengan panggilan yg biasa digunakan orang lain, gadis itu tak pernah menanggapi kata2nya.

Sewaktu hari perkahwinannya, dia sendiri terkejut mendapati Mila berada di situ. Rasanya dia tak pernah menjemput Mila sama. Oh, Mila sememangnya sedia maklum tentang hubungannya dengan Syalinda dan sejauh mana hubungan tersebut berjalan. Kadang kala bila dia menghadapi masalah dengan Syalinda, Milalah yg memberi nasihat dan cadangan, berusaha menenangkan hatinya bila saja dia memerlukan.

Dikerlingnya tubuh Mila yg masih dalam posisi yg sama, masih berselimut. Mahu diajak ke katil, tadi dia sendiri yg melarang. Mana mungkin dia menjilat ludahnya sendiri. Biarlah, biar dia rasakan betapa aku tak menginginkannya.

'Kau yg minta semua ni berlaku, sekarang terima jer lah' bisik Amirul, menutup kelopak matanya.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review